Kesempurnaan Solat (Part 4) - Tiang Agama
14 04 2007Versi Audio :
Transkripsi :

Inna sholaata ‘imanuddiin.
Inna sholaata ‘imanuddiin. Wa ajallu mubaa niyal islam. Islamil khamsi ba’dal shahaa datain.
Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Sembahyang lima waktu itu tiang agama.

Dan terlebih besar daripada kejadian Islam, terlebih besar daripada kejadian Rukun Islam yang lima perkara, kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah.
Sembahyang lima waktu inilah yang paling besar, daripada Rukun Islam selepas dari mengucap dua kalimah syahadah - sembahyang.
Dia paling besar. Paling penting. Sebab tu kena sembahyang.
Orang yang tak sembahyang, insyaallah puasa. Orang yang puasa, belum tentu sembahyang. Ingat ya. Tu yang kata tiang agama tu.
Orang yang sembahyang payah nak cari. Dia ni sembahyang kuat, puasa aja dak… hai payah. Insyaallah kalau dia sembahyang, dia puasa. Tapi kalu puasa, belum tentu sembahyang….. belum tentu sembahyang.
Hai puasa cukup rajin, tak tinggal puasa, sembahyang tak. Bukan setakat wajib, puasa enam pun puasa lagi, sembahyang dak. Cukup teruk.
Sebab tu sembahyang kena jaga. Jaga sembahyang, baik semua. Sembahyanglah yang mula-mula Allah fardhukan, sebelum ibadat lain. Puasa hijrah ke Madinah dah, baru.. sembahyang ni di Mekah turun dah.
Berlaku israk wal mi’raj ketika Nabi di Mekah, dia disyari’atkan sembahyang, mula sekali, dan dialah ibadat yang mula dicheck oleh Allah s.w.t di Mahsyar. Dok pulun buat hat lain, hat awal ni rosak, habih.
Allah Ta’ala nak check, nak hisab amalan di akhirat esok, yang pertama sekali Allah hisab ialah solat, sembahyang.
Baik.
Kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah.

Wamahalahaa minaddiin, mahalluro’ si minal jasadi. Fakamaa annahu laa hayaa taliman la ro’ salahu. Fakazaa lika laa dii na liman laa shola talahuu. Kazaa lika waraa da fil akbaar.
Baik.
Dan tempatnya tempat sembahyang daripada agama, nak tengok sembahyang ni duduk pada agama duduk di mana, tempat sembahyang pada agama, seperti tempat kepala pada tubuh. Tempat dia sepertimana kepala pada tubuh.
Maka seperti bahawasanya tiada hidup bagi orang yang tiada kepala baginya, demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada sembahyang baginya.
Sama.
Orang tak ada kepala boleh hidup tak? Tak boleh hidup.
Begitu juga orang ni dikira tiada agama kalau tak sembahyang. Macam tak ada kepala.
Apa makna orang tapi tak ada kepala? Samalah apa makna beragama kalau tak sembahyang. Tak beragama orang ni. Tak ada Diin pada dia, tak ada agama kalau tak sembahyang.
Payah nak buat kira orang tak sembahyang tuan-tuan .. kotor, jijik. Tak ada agama orang ni.. ya lah … nak kata agama apa? Nak kata agama apa, jenis tak sembahyang?
Nak kata kafir, tak sembah tokong.
Nak kata islam, tak sembah Allah.
Menatang apa? Allah pun tak sembah, tokong pun tak sembah. Kalau pagi-pagi dok sembah tokong, orang kata dia ni kafir dok sembah tokong. Bolehlah kata.
Ni tokong tak sembah, Allah Ta’ala pun tak sembah.. dok lagu mana pun tak tahu. Laa Diin, orang tak beragama.. itu kata dia.
Ramai ni orang tak sembahyang ni… teman kita.. sebab tu kita turun bala macam-macam. Macam-macam bala terima. Allah Ta’ala bala yang tak sembahyang ramai. Suruhlah sembahyang.
Laa sapa yang nak suruh sembahyang? Tak ada orang nak suruh. Nak suruh benda lain, banyak. Mak bapa banyak tak suruh. Ketua kampung pun tak suruh orang-orang kampung dia sembahyang. JKK pun tak suruh orang bawah-bawah dia sembahyang. Wakil rakyat pun tak suruh orang-orang bawah dia sembahyang. Tak suruh setara mana. Tekan bab sembahyang tu tak ada.
Cuba pakat suruh.
Ni kerja JKK, projek longkang sana longkang sini. Titi sana titi sini. Bagus bukan saya nak tak suruh, buat pi lah yang tu, tapi cubalah mesyuarat sama macam mana kita nak buat, orang kita tak sembahyang ni.
Ketua-ketua kampung, wakil-wakil rakyat.. Itu amanah yang Allah terletak pada kita.. ambil tindakan, mesyuarat, bincang, jangan sampai tajuk sembahyang ni tak timbul langsung.
Tuan-tuan nak marah saya, marahlah. Saya nak lepas tanggungjawab saya.
Tuan-tuan sekalian.
Dia kata ustaz melarat sampai kita pun dia kata. Tak kira..kena kata semua. Cuba mesyuarat sama bab sembahyang. Ni macam mana ni orang kita ni.. tak pernah mai surau, tak pernah mai masjid, tak pernah sembahyang ni, macam mana kita nak buat.
Tak adakah tindakan apa-apa. Takkan kita kerja nak bagi dunia aja kat depa. Akhirat macam mana. Esok Tuhan nak tanya jawatan yang Allah Ta’ala bagi pada kita, ni tak peduli. Nak peduli apa, ni kadang-kadang dia pun tak sembahyang!
Jadi sebab tu orang tak sembahyang ramai. Tindakan, tekanan tu. Nak lah tuan-tuan, tuan-tuan ni banyak orang berkuasa kat sini, pegawai-pegawai, boss-boss syarikat, pengarah-pengarah, gunalah kuasa yang ada pada kita, suruh orang bawah kita sembahyang.
Suruhlah. Di samping kita cari makan, kita dapat pahala. Guna setakat mana ada kuasa pada kita, suruh sembahyang. Kakitangan kita, pekerja-pekerja kita, suruh sembahyang.
Esok Tuhan nak tanya kita, di samping kita bagi kebajikan duniawi, dunia-dunia kita ni, orang panggil, akhirat pun kena tekan. Jangan jadi agama tak ada kepala, tak sembahyang.
Esok Tuhan nak tanya kita, jangan dok pejam mata sahaja. Kita suruh tuan-tuan, dia nak buat tak buat tu bukan kerja kita, Allah Ta’ala. Suruh tu kena. Dia nak buat tak buat, dia punya pasal. Akhirat esok, Allah Ta’ala nak tanya kita.
Bagi ramai orang sujud pada Allah Ta’ala di atas muka bumi ini. Sujud pada Allah s.w.t. atas muka bumi, bagi ramai. Apa duduk atas muka bumi ini, Tuhan pun tak mahu sembah.
Dan tempatnya daripada agama seperti tempat kepala daripada tubuh. Maka seperti bahawasanya tiada hidup orang yang tiada kepada baginya. Maka demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada sembahyang baginya.
Demikian telah datang daripada beberapa hadith Nabi s.a.w.
Itulah Nabi sebut. Orang yang tak sembahyang, macam orang tak ada kepala.

Ja’alana Allahu waiyya kum minal muhaa fizhina ‘alasshola til muqiimiinalahaal khaa shi’ii na fiihadaa imiina ‘aialiha fabizaa lika amarallahu’ibaadahul mukminiina fii kita bihi washofahum fa qoola haa fizhuu ‘ala sholawaa ti wassholati wush thoo waquu muu lillahi qaa nitiiin.
Menjadi kami akan Allah Ta’ala dan akan kamu daripada orang yang memelihara atas sembahyang lima waktu
Ha tengok dia kata.. Mudah-mudahan Allah Ta’ala jadikan kamu dan kami, aku sendiri, pengarang kitab ini, dan kamu semua, yang mengaji kitab aku ni, yang mengajar kitab aku ni, orang yang pelihara sembahyang. Bukan sembahyang, orang yang pelihara sembahyang, jaga dia bagi elok, bagi sempurna - pelihara dia, bukan sekadar sembahyang tapi tak sempurna.
Mudah-mudahan kamu jadi orang yang pelihara sembahyang, yakni, sembahyang dengan sempurna, mudah-mudahan.
Dan orang yang muqiim bagi sembahyang, yakni mendirikan.
Muqiim - mendirikan sembahyang. Qadqaa matissholah - mendirikan sembahyang. Lepas pada tu, kena haafizhiin, orang pelihara sembahyang.
Kita macam mana? Mendirikan sembahyang dan pelihara sembahyang. Dua. Bukan sekadar sembahyang, tapi tak pelihara dia. Pelihara macam mana? Jaga syarat-syarat dia. Jaga sah batal dia. Jaga hati khusyu’ pada Allah s.w.t. Jaga rindu dendam kita. Biar kita sembahyang tu elok sempurna penuh tumpuan hati kita - nama dia muhaa fizhiin - orang pelihara sembahyang. Jangan orang yang sembahyang sahaja, tak jadi. Berusahalah kita.
Banyak lagi kerja kita tuan-tuan, bukan selesai dah. Ingat sembahyang tak tinggal, sembahyang tak tinggal tu dah OK dah .. Belum OK. Belum sempurna, lagi kamu tak jadi orang yang muhaafizhiin.
Sebab tu ulamak kata kalau kita ni sembahyang betul-betul khusyu’, 40 hari betul-betul khusyu’, dah ada karomah dah. Dah ada karomah - kemuliaan dah.
Popularity: 73% [?]

