Kesempurnaan
14 04 2007Versi Audio :
Transkripsi :

Waba’du. Ataupun Amma Ba’du. Ini satu perkataan yang selalu kita dengar. Saya selalu terang benda ni.
Amma Ba’du ataupun waba’du. Makna dia - adapun kemudian daripada itu.
Amma Ba’du ni waba’du : adapun kemudian daripada itu. Kemudian daripada mana?
Selepas daripada dia Alhamdulillah. Selepas daripada dia salawat dan salam kepada Rasulullah, pada keluarga Nabi dan para sahabat Nabi, waba’du - adapun kemudia daripada itu.
Menandakan bila sebut amma ba’du, muqaddimah dah habis. Senang kita faham. Bila sebut amma ba’du tu, muqaddimah dah habis. Tanda kata muqaddimah dah habis. Satgi tak tahu pula apa dia gedeba’ gedeba’ ni? Habis kalau orang ceramah pun begitu.
Alhamdulillahirobbil ‘alamin. Wasshola tu wassalamu ‘ala asyrofil anbiyaa iwal mursaliin. Wa’ala aa lihii washoh bihi ajma’in. Amma Ba’du. Dia mula cerita tajuk dia.
Baik.
Waba’du.
Fa’lamuu ya ma’asharol muslimiin. Waffaqonallahu wa iyya kum waal hamanaa rushdanaa waa’a zana min sharrun an fusinaa.
Dan adapun kemudian daripada itu, lepas daripada dia salawat dan salam, lepas daripada alhamdulillah, salawat dan salam tu, maka ketahui oleh kamu hei semua orang yang muslimin, telah memberi faham akan kami, dan akan kamu, oleh Allah s.w.t.
Apa makna?
Telah memberi taufik akan kami dan akan kamu oleh Allah Ta’ala.
Dan mengilhamkan kamu. Dan kamu cerdik.
Mengilhamkan kami - bukan kamu mudah-mudahan. Mengilhamkan kami. Dan kamu cerdik.
Dak bukan macam tu.
Dan mengilhamkan kamu dan kami, kamu dan kami, ataupun mengilhamkan kami dan kamu, cerdik.
Bukan senang nak baca kitab lama ni.
Mudah-mudahan kamu, Allah s.w.t bagi taufik, bagi hidayah, dan Allah Ta’ala mengilhamkan kamu, dan kami cerdik. Mudah-mudahan kamu jadi orang yang cerdik, Allah bagi taufik dan hidayah.
Dalam Islam ni, orang yang cerdik - orang yang dapat hidayah - orang cerdik. Bukan orang yang cerdik itu orang boleh mengaji universiti, orang dapat ijazah, orang boleh jadi pakar nu pakar ni orang cerdik, tidak.
Orang cerdik ialah orang yang dapat hidayah - orang cerdik.

Kalau dia tak dapat hidayah, dia tak cerdik. Walau dia pandai, tapi tak cerdik. Yang cerdik sejati ialah orang yang dapat hidayah, kerana orang yang cerdik, ada juga orang yang mengaji sampai peringkat universiti, sampai jadi pensyarah-pensyarah, mengajar orang, berceramah pada orang, ajar pula orang cerdik-cerdik, tapi dia balik ke rumah, ambil batu buat tuhan.
Cerdik dia setakat tu saja. Ambil kayu buat tuhan. Sembah api buat tuhan. Sembah lembu, martabatnya lebih rendah daripada manusia, buat tuhan. Cerdik apa dia?
Sebab tu orang yang cerdik adalah orang yang menyembah Allah s.w.t. Tu orang yang cerdik sejati. Tak usah tunjuk cerdiklah. Tak usah tunjuk pandailah kalau tak sembah Allah dan tak dapat taufik dan hidayah daripada Allah.
Tu orang yang cerdik, orang yang menyembah Allah.
Dan dilindungkan dari kejahatan diri kita.
Dilindungkan dari kejahatan diri kita. Ni doa. Sebab tu, orang kata nak mengaji dari awal kitab ni berkat, berkat. Sebab dia ada doa pengarang di situ. Mudah-mudahan, dia kata, dilindungkan daripada kejahatan diri kita.
Kejahatan ni ada dua, kejahatan diri kita sendiri dan kejahatan syaitan. Yang payah sekali kejahatan diri kita. Apa kejahatan diri kita? Nafsu. Duduk pada kita.

Ni orang dok kata bulan Ramadhan syaitan kena belenggu. Syaitan kena tambat. Syaitan kena gari. Bulan Ramadhan.
Lepas pada tu sebab apa ada jahat? Dah syaitan kena tambat semua dah, moto-moto tinggallah kunci di moto tu. Tinggal kunci-kunci di kereta, siapa yang nak curi? Dah syaitan tak ada. Ha tinggal - cerah moto hang! Balik jalan kakilah jawabnya, walaupun bulan Ramadhan.
Sebab jahat ni ada dua. Yang pertama syaitan, yang kedua nafsu.
Nak masuk bulan Ramadhan, syaitan wasiat siap-siap kat nafsu, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni. Macam ni, macam ni.
Jadi, kejahatan yang ada pada diri kita sendiri ialah nafsu. Boleh buang dak nafsu? Tak boleh. Nak buang nafsu, kena mati, baru tak ada nafsu. Lagi hidup ada nafsu. Nak buat macam mana?
Didik dia bagi jadi baik.
Asuh dia bagi jadi baik.
Latih dia bagi jadi baik.
Itu nafsu. Nak buang dia tak boleh. Macam mana nak didik? Kena tarbiyah.
Antara tarbiyah nafsu, kita berpuasa. Tak makan. Nafsu makan ni. Tak minum. Nafsu minum ni. Tak bersetubuh di siang hari. Bersetubuh ni nafsu.
Tapi rejam dia sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak. Mudah-mudahan selepas daripada Ramadhan, kita boleh control nafsu jahat kita. Nafsu jahat kita itu bulan Ramadhan.
Sebab apabila Allah Ta’ala buat akal, Allah Ta’ala tanya akal
“Wahai Akal. Siapa kamu siapa Aku?”
Akal jawab
“Engkau Tuhanku, aku hambaMu”.
Ha pergi.
Tapi bila buat nafsu, panggil nafsu mari, tanya nafsu.
“Hei nafsu. Siapa kamu siapa aku?”
Kata nafsu
“Kamu kamu, aku aku”.
Punya samseng nafsu ni. Samseng. Allah rejam dalam neraka seratus tahun, panggil keluar, jawab macam tu juga.
“Kamu kamu, aku aku”.
Rejam lagi. Panggil keluar. Jawab macam tu juga.
“Kamu kamu, aku aku”.
Sampai lepas tiga ratus tahun tanya, baru jawab:
“Aku hambaMu, Engkau Tuhanku”
Maknanya nafsu ni kena dok rejam baru jadi baik. Kalau dok biar dia, dok tak berjenis situ lah. Kena control-control nafsu, kena rejam jangan ikut dia.
Lawan nafsu mengantuk, lawan nafsu tidur, lawan nafsu malas, lawan nafsu segan, lawan nafsu marah, lawan lawan nafsu. Baru boleh.
Kalau main turut saja dia, punah ranah habih.
Nak lawan nafsu ni yang payah. Lebih payah dari nak lawan musuh di medan perang lagi. Sebab dia dalam diri kita. Jiwa kita. Sebab tu kena ada.
Mudah-mudahan, kata dia, mudah-mudahan kamu dilindungi dari kejahatan diri kita sendiri, yang ada pada diri kita.
Popularity: 58% [?]
