Kesempurnaan

14 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Buatlah tuan-tuan sekalian.

Ni kita dok 10 akhir Ramadhan dah. 10 akhir Ramadhan. Ni, tinggal lagi berapa hari lagi nak puasa? 7, 8 hari lagi dah. Siapa tak rebut habislah. Malam ni 22, 23 dah? 22 dah mlm ni. Tinggal lagi berapa hari kalau kita posa 29 hari. Tinggal lagi 7 hari, lapan hari. Tahun depan tak tentu lagi.

Dan hidup, tak dan hidup tak tentu lagi. Kita laa dok ada lagi. Tapi tinggal tak banyak ruang mana dah. Tak banyak mana berapa hari dah.

Wali-wali Allah susah hati. Bulan rahmat, bulan ni dah nak tutup. Dah nak habis dah. Susah hati para waliyullah.

Kita dok seronok nak raya. Baju raya, kuih raya, dok seronok.

ketupat.jpg

Wali-wali Allah susah hati. Kerana bulan yang mulia ni bakal meninggal. Nak tinggalkan kita. Sebab itu berusahalah. Jangan ikut sangat nafsu malas kita. Kita dah tua, tuan-tuan sekalian. Dah tua umur kita dah berapa dah. Fikir tengok.

Tak usah dok kira orang.

Sebab tu saya dok kata kita pi umrah, kita tak usah dok kira orang. Kita yang tak berapa ada duit ni nak boleh pi sekali sekala pun terketaq. Dok kira dia tu tak pi tak buat umrah, kita pun tak buat umrah. Dia tu wirid sikit, kita pun wirid sikit. Dia tu baca Quran, tak baca Quran, kita pun tak baca. Dok kira orang. Orang tak apalah, dia duit banyak, setahun 3-4 kali pi, setahun 3-4 kali pi. Kita gamaknya, kalau tak kena tanah projek lebuhraya ka apa, tak pi pulak. Maknanya nak boleh pi pun bergagah - pulun ambil yang tu. Buat bagi sempurna.

Itu cara. Bukan senang nak boleh pi. Ini kita dok kira orang.

Baik.

dan_jadikan_solat.png

Dan menjadikan padanya dapat lazat manis khidmat sembahyang yag menempati syurga yang disegerakan dalam dunia.

Sembahyang ni manis, nikmat, macam syurga dunia.

Orang dok kata, rumahku, syurgaku. Sekolahku, syurgaku. Pejabatku, syurgaku. Dak aih! Sembahyang tu syurgaku.

Dapat berbisik-bisik dengan Allah.

Dapat bermunajat dengan Allah

Dapat merayu-rayu dengan Allah Ta’ala, kekasih yang menjadikan dia. Tu paling baik, tu paling baik, paling tepat sekali.

Baik.

Daripada segala hambaNya yang muhibbin. Hambanya yang dicintai. Dan tempat galian segala rahsia daripada segala tajalli bagi Allah, orang yang ‘aasyiqiin. Yakni orang yang rindu akan mahbubnya.

Tempat galian segala rahsia, rahsia-rahsia kenikmatan dalam sembahyang.

Ini untuk orang yang rindu pada mahbubnya, pada kekasihnya. Dia rindu pada Allah. Dia cinta pada Allah, tempat pelepas rindu dia - Allahu Akbar! Sembahyang. Tempat pelepas rindu, boleh bercakap, merayu kepada Allah.

Sebab tu kita ada 3. Iman, Islam dan Ihsan. Apa makna Ihsan?

ihsan.gif

Anta’ Budallah Ka An Nakatarahu. (* lihat rujukan di bawah)
Tu ihsan.

Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu boleh tengok Allah. Tu dok berdiri tu depan siapa? Depan Allah ‘Azzawajalla. Kalau tak boleh dapat perasaan tu, kamu kena yakin dalam mata hati kamu Allah sentiasa melihat kamu.

Jadi macam tadilah, tuan-tuan sekalian. Kalau kita dok ralit mengaji bab sembahyang ni, syarat-syarat sembahyang, mengaji rukun sembahyang, ruku’, sujud, i’tidal, qiyam, ngaji sunat-sunat sembahyang - qunut, tahiyat, habis setakat tu habis saja, sampai bila pun kita malas. Kita tak dapat rajin. Kita kena belajar KENAPA KITA SEMBAHYANG.

Kita sedang buat apa sekarang?

Perlunya sembahyang kepada kita dan apa jadi kalau kita ni tak sembahyang?

Dan kita perlu rasa sembahyang ini satu nikmat rahmat Allah bagi kepada kita dan tak bagi pada semua orang, dan kita rasa sangat beruntung kita ni jadi orang yang sembahyang., anugerah Allah s.w.t - barulah kita rasa benda tu besar. Kalau tidak, kita tak rasa dia besar. Sembahyang begitu - gitu, kosong. Tak menyertai dengan hati. Hati dia lalai.

Bila sembahyang hati dia lalai, maka di samping tidak dapat pahala, tak dapat kesedapan, tak dapat nikmat dalam sembahyang dia.

Baik.

solawat.png

Wassola tu wassalamu ‘ala sayyidina Muhammadin rasulirobbil ‘A lamiin, wasyafiil muznibiin.

Wassolatu wassalam - Jadi tu saya kata muqaddimah tu bukan ngaji lagi bab dia tak masuklagi pun. Kalau ceramah pun dok Alhamdulillahi robbil ‘aa lamiin wassolatuwassalam. Baru tang tu . Tak sampai lagi. Dikata muqaddimah.

Dan rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kita, Nabi Muhammad pesuruh sekalian alam.

Rahmat Allah wassolatu wassalam rahmat Allah dan kesejahteraanNya di atas penghulu kita.

Siapa penghulu kita? Nabi Muhammad s.a.w. Dia penghulu kita. La ni kitab-kitab lama dia tulis penghulu. Saiyidul Mursalin - penghulu segala rasul. Nabi Muhammad in Saiyidina Muhammad - penghulu Muhammad. Maknanya kita bubuh saiyidina tu makna penghulu. Penghulu. Itu kitab-kitab lama.

Kitab-kitab sekarang dia tak bubuh dah penghulu. Sebab tak sesuai. Dia bubuh Junjungan kita. Sebab apa? 100, 200 tahun dulu bila sebut Tok Penghulu ni habis reng. Habis cakap. Kalau sebut Tok Penghulu ni paling hebat. Maka diterjemah makna Saiyidina itu penghulu kami. Mari zaman kita, penghulu macam kita juga tok penghulu la ni. Tak rupa dah. Jadi bubuh Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Terjemahlah apa pun makna saiyidina yang sesuai dengan dia. Boleh.

Penghulu kita Nabi Muhammad pesuruh Tuhan sekalian alam dan yang memberi syafaat

Apa memberi syafaat?

Memberi pertolongan ia akan segala orang yang berdosa pada hari kiamat.

Nabi Muhammad ini dia akan tolong segala orang yang berdosa pada hari kiamat. Yang mendapat syafaat daripada nabi kita Muhammad s.a.w.

Sebab tu, bila orang mati dalam keadaan berdosa, dia mati dalam keadaan berdosa, kita kena baik sangka pada dia. Tok sah dok kata “mmm dia tu tak sembahyang, berdosa mati apa semua ni, malam ni pakai kena la dalam kubur, tu pun tah dah dok kena dah apa”. Tak boleh!

mayat.png

Mana kita tahu yang ni. Sudah setakat tu. Bila dia mati, dia buat dosa sudah.

Yang kita nak kata nak kena bagi nasihat apa, waktu hidup. Ni waktu hidup hang tak pi kata apa kat dia, hang tak pi habag nak kena azab kah, nak kena siksa, nak kena apa? Hang biar!

Bila mati baru nak kata, tak ada makna.

Biar pi lah. Serah pada Dia. Kalau Allah Ta’ala nak azab pun, azab. Kalau Allah Ta’ala nak ampun pun, ampun. Itu serah pada Allah Ta’ala. Asal dia ada iman.

Macam mana peluang-peluang yang ada, mungkin dia dapat syafaat daripada Nabi Muhammad, inshaallah. Ataupun dia dapat syafaat daripada syuhada, orang yang mati syahid. Ataupun dia dapat syafaat daripada sholihiin, orang yang sholih. Ataupun dia dapat syafaat daripada ulamak. Ataupun dia dapat syafaat daripada anak dia yang mati kecil.

Kalau tak dapat semua ini, masuk neraka sampai kadar yang Allah Ta’ala tetapkan, Allah keluarkan daripada neraka. Jadi bil dah mati, kita serahkan dia letak dalam kubur, serahlah pada Allah swt. Kalau kita kasihan kat dia, tolonglah minta ampun pada dia supaya Allah ampunkan dosa dia. Itulah caranya. Nabi yang memberi syafaat.

sohabat.png

 

 

Dan atas segala keluarganya, keluarga Nabi. Dan di atas segala keluarganya.

Nak mula kitab ni, Alhamdulillah, selawat dan salam Nabi Muhammad, dan keluarga Nabi Muhammad. Apa dia keluarga Nabi Muhammad? Ada dua.

Satu, keluarga nasab - keturunan. Bani Hashim. Bani Mutalib. Satu lagi keluarga Nabi, keluarga seagama. Kita ni masuk di kalangan keluarga Nabi - keluarga seagama.

Sama agama dengan Nabi kita Muhammad s.a.w. Itu keluarga Nabi.

Dan segala sahabatnya. Sahabat Nabi. Selawat dan salam juga, nak mula kitab ni, kepada para sahabat Nabi. Nak jadi sahabat kena ada empat syarat - boleh jadi sahabat.

Yang pertama - dia kena hidup sezaman dengan Nabi. Syarat pertama, kita terkeluar. Syarat pertama, dia kena hidup sezaman dengan Nabi.

desert.png

Syarat yang kedua, dia kena berjumpa dengan Nabi. Dia kena berjumpa dengan Nabi. Kalau dia hidup sezaman dengan Nabi, tapi kalau dia tak berjumpa dengan Nabi, tak nama sahabat walaupun beriman. Dia nama sholihin. Ataupun dinama waliyullah.

Macam seorang sahabat - seorang yang hidup di zaman Nabi, tak sahabat tapi dia waliyullah - dia beriman dengan Nabi dia duduk di Yaman, namanya Uwais Al Qarni. Uwais Al Qarni seorang yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w tetapi sepanjang hidup dia tak pernah berjumpa dengan Nabi.

Dan dia hidup sezaman dengan Nabi.

Pernah satu ketika dia datang ke rumah Nabi, dia datang rumah Nabi nak jumpa dengan Nabi, kebetulannya Nabi tak ada di rumah, dia terpaksa balik kerana di rumah dia ada ibu dia yang tua yang sudah sakit. Aisyah bagi tahu kepada Rasulullah, ada seorang datang daripada Yaman nak jumpa dengan engkau Ya Rasulullah. Antaranya Rasulullah terkilan. Rasulullah tak sempat berjumpa dengan Uwais Al Qarni.

Arab Saudi

Dan Rasulullah berwasiat kepada sahabat, kalau sekiranya kamu pergi ke Yaman, kamu carilah seorang yang bernama Uwais Al Qarni. Abu Bakar pergi cari. Umar pergi cari.

Jadi maknanya, Uwais Al Qarni seorang yang beriman dan hidup sezaman dengan Nabi, tetapi dia tidak termasuk di kalangan sahabat kerana dia tidak berjumpa dengan Nabi. Kena berjumpa dengan Nabi. Tu syarat yang kedua.

Yang ketiga, dia kena beriman dengan Nabi. Kalau dia hidup sezaman dengan Nabi, berjumpa dengan Nabi, tak beriman dengan Nabi, itu bukan sahabat.

Abu Jahal tu berjumpa hari-hari, Abu Lahab bertembung hari-hari, tapi tak beriman, maka itu tak termasuk di kalangan sahabat.

Syarat yang ke empat nak jadi sahabat, dia kena mati dengan iman. Kalau sekiranya selepas daripada Rasulullah wafat, dia murtad, maka dia juga tidak dinamakan sahabat. Walaupun dia pernah hidup sezaman dengan Nabi, berjumpa dengan Nabi, pernah beriman dengan Nabi, tapi kalau dia tidak beriman selepas daripada mati tak nama sahabat.

Itu empat syarat nak jadi sahabat. Baik. Tu nama washohbihi.

Dan segala ikutannya. pada anak buahnya yang suci mereka itu akan rahmat dan salamnya yang berkekalan keduanya hingga hari kiamat.

Haa rahmat dan salam yang berkekalan hingga hari kiamat.

Rujukan:

iman1.png

Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.

Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya, lantas dia berkata: “Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam”.

Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya.”

Lelaki itu berkata: “Benarlah kamu!”

Kami pun merasa hairan terhadapnya: dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Lelaki itu berkata lagi : “Ceritakan kepadaku tentang iman”.

Baginda s.a.w bersabda: “Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu
beriman dengan kadar baik dan burukNya”.

Lelaki itu berkata: “Benarlah kamu!”

Dia berkata lagi: “ceritakan kepadaku tentang ihsan”.

Baginda s.a.w menjawab: “Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika tidak melihatNya, sesungguhnya Allah
melihat kamu.”

Lelaki itu berkata lagi: “Ceritakan kepadaku tentang tentang kiamat”.

Baginda menjawab: “Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku kiamat).”

Lelaki itu berkata lagi: “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya.”

Baginda menjawab: “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan.”

Kemudian lelaki itupun pergi. maka akupun menunggu beberapa hari.

Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: “Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu.”

Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu. “

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab Iman, hadis no. 8.

Popularity: 71% [?]


Actions

Informations