Tentang

7 04 2007

 

depan.png

Inilah kitab yang bernama Muniyatul Musholli yang melengkapi akan masaailul sarir wal laali karangan al ‘alim yaitu Tuan Syeikh Daud bin Abdullah al Fathoni faqiirullahu Aamiin, thumma Aamiin.

Kitab yang selesai dikarang oleh ulamak nusantara terbilang Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathoni (semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada beliau) tanggal tahun 1259H/1843M amat popular di kalangan penuntut-penuntut pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak beberapa lama dahulu.

Kenapa ianya popular sehingga kini? Apakah rahsia longetivity nya?

Padahal, kalau dilihat kitab ini sungguh sederhana sekali, tulisan jawinya pun dicetak rapat-rapat tidak mengikut susun atur layout buku moden. Nak membaca sendiri pun susah.

Pada pendapat saya, kitab ini bertahan lama kerana ianya berkesan untuk memberi kesedaran kepada para penuntutnya. Mungkin kerana keilmuan dan keikhlasan penulisnya, Allah kurniakan keberkatan kepada naskah sederhana ini.

Di sini, kitab ini disyarahkan oleh pengajar terkenal Ustaz Abdul Mutalib Maarof, pengasas dan peneraju Madrasah An Nahdhoh, Kubang Semang.

mtalib.jpgmadrasah.jpg

Semoga tuan puan mendapat manafaat dari pembelajaran kitab ini.

Popularity: 61% [?]


Actions

Informations

5 responses to “Tentang”

17 03 2008
wewr (15:31:23) :

Salam.
Tahniah kerana berjaya bikin website yang bagus…

Di sini saya ada beberapa soalan/permintaan…

1) Boleh tak sekiranya saudara e-book kan kitab2 munyatul musolli dan juga kitab taqribul ikhwan. dan kitab2 lain…saya cari kitab2 tersebut di internet, tak jumpa pula..saya duduk di luar negara…

2) Bila nak update lagi pengajian munyatul musolli?

3) kat mana lagi saya boleh dapatkan pengajian seumpama ini di internet?

sekian…terima kasih…harap sudi jawab/balas di emel saya…atau di sini pun boleh..
jemput lawat web saya di http://ceramahmelayu.multiply.com

23 07 2008
abdul aziz (15:58:23) :

Assalamualaikum wbt.

Usaha yang hebat.
Tahniah dan terima kasih atas usaha tuan menyediakan teks ceramah tuan guru. Saya asal orang kedah, tiada masalah nak faham teks tersebut. Saya dulu kerap juga mengikut kelas baca kitab tuan guru tetapi selepas 2004 sy berpindah ke Sabah. Di Sabah susah nak jumpa kelas baca kitab macam ni, rindu kpd ilmu sebegini. Saya sangat menghargai usaha tuan ini semoga usaha tuan mendapat balasan baik dari Allah s.w.t.
Teruskan usaha untuk menyebarkan ilmu keserata alam.

wassalam.

Abdul Aziz,
Sabah.

21 11 2008
mukhlis (12:52:13) :

Assalamu’alaikum
Alhamdulillah. Moga Allah memberkati dan membalas yg setimpal dgn usaha tuan yg sgt besar manfaatnya ini.
Bila membaca transkrip berulang2, spt terdengar2 suara ustaz Mutalib bagi ceramah.
Alhamdulillah.
Harap betulkan typo error pd tajuk kitab di atas gambar kitab hijau di atas.

11 03 2009
encikshukor (01:52:08) :

assalamualaikum wbt…

tahniah atas usaha dakwah tuan, semoga Allah sahaja yang membalasnya…saya sedang mengikuti pengajian online ini mengenai kitab munyatul musolli…agak2 bila tuan nak update bahagian 10 dan seterusnya, Harap tuan dapat membantu kami yang amat memerlukan…syukran

encikshukor@yahoo.com

11 03 2009
admin (08:25:34) :

terimakasih kerana komen encikshukor.

Bahagian 10 tu ada teknikal issue sikit jadi sedang diusahakan, ditambah pula dengan kesibukan saya dengan kerja harian. Maaf kerana terlalu lambat mahu update. Harap gunakan yang ada sekarang ni utk rujukan dan amalan, saya bahagian 1-9 pun tak mampu nak amal lagi sepenuhnya, itu yang kadang-kadang menambah perasaan ’segan’ nak post bahagian yang seterusnya, ditambah dengan isu teknikal pula..

Maaf, terpaksalah bersabar dengan kerenah saya yang pemalas ni. Mungkin komen encikshukor boleh mengubah perangai tak baik saya ni, inshaallah.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment