Rukun
6 09 2009Versi Audio :
Trankripsi :
Baik,
Adapun kalau sembahyang sunat itu sembahyang sunat yang berwaktu dan yang bersebab, yang mempunyai waaktu dan sebab, maka disyaratkan adalah niat itu dua perkara. Qosod, dan ta’yin. Qosod, keduanya ta’yin. Seperti sunat subuh dan sunat dua hari raya.
Macam kita sembahyang sunat subuh, Allahuakbar, waktu dalam sembahyang kita tu niat sembahyang sunat, sunat apa? Sunat sembahyang subuh. Ta’yin tentu subuh. Sebab sahaja aku sembahyang sunat, macam-macam sunat ada.
Begitu jugak dua hari raya, niat dalam mata hati sahaja aku sembahyang sunat hari raya, sembahyang sunat hari raya, raya apa? Raya haji ka raya puasa ka, tu nama dia ta’yin.
Dan jika disembahyangkan sunat dan sembahyang gerhana, dan hadir seperti aku sembahyang sunat gerhana matahari atau gerhana bulan, atau aku sembahyang hari raya adha, atau fitrah, dan jika ada sembahyang itu sunat mutlak, iaitu yang tidak mempunyai waktu dan sebab, maka memadailah niat satu perkara jua, iaitu qosod hendak mengerjakan sembahyang.
Kalau sembahyang tu sembahyang sunat mutlak, makna tak niat, sembahyang jelah. Niat kata aku sembahyang, Allahuakbar, sembahyang kerana Allah, sembahyang kerana Allah, tu saja…
Tu termasuk ulamak sebut, kalau kita masuk dalam masjid, nak sembahyang, kalaulah sembahyang tu kita masuk, tak ada kata sembahyang fardhu ka sembahyang qobliah ba’diyah, dak ka masuk-masuk nak sembahyang dalam masjid, cukup dengan Allahuakbar. Sunat mutlak. Sahaja aku sembahyang kerana Allah, walaupun dia tidak niat dalam mati hati dia, sahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid kerana Allah, pun boleh.
Itu yang lebih baik ulamak kata. Sembahyang kerana Allah kerana dia termasuk daripada jenis sunat mutlak.
Sebab apa?
Sebab dia suruh kita masuk dalam masjid ni jangan masuk duduk terus. Jangan masuk duduk terus aja. Kerana apa? Kerana hormat masjid. Maknanya bukan pasal pasal masjid tu, msjid tu makhluk Allah. Kerana kita nak beza antara masjid dengan tempat lain. Kita pi-pi masuk rumah kita duk terus, masuk kedai pun duk terus, masuk pejabat pun duk terus, tapi kalau kita masuk masjid duduk terus jugak, jadi kita buat masjid sama dengan tempat lain.
Jadi maknanya untuk membezakan sikit, kita sembahyang. Haa sembahyang, masuk sembahyang, sembahyang apa? Apa-apa sembahyang. Maknanya katakan kita masuk kebetulan waktu pagi, kita sembahyang sunat dhuha.
Di dalam sembahyang sunat dhuha, sudah terhasil tahiyyatul masjid, sudah terhasil tahiyyatul masjid.
Ataupun kita masuk-masuk orang dah sembahyang dah, sembahyang berjemaah. Kita pun masuk-masuk terus sembahyang, sudah terhasil tahiyyatul masjid. Haa tak payah buat asing pun takpa, haa tak payah buat asing.
Kalau nak buat asing, katakanlah masuk tu waktu pagi, waktu dhuha, kita nak buat asing, dhuha lain, tahiyyatul masjid lain, sembahyang yang pertama tu, sahaja aku sembahyang kerana Allah, Allahuakbar, sembahyang.. tak payah niat tahiyyatul masjid pun tak apa. Memang…ada kitab-kitab yang suruh niat pun boleh, tapi kalau tak niat pun tak apa saya kata. Lepas bagi salam, maknanya kita sembahyang yang pertama tadi sembahyang sunat mutlak. Lepas tu bagi salam sunat mutlak tu, bangun pulak buat dhuha, haa boleh…
Ataupun kita masuk dalam masjid tadi, katakanlah orang baru lepas bang. Kita nak buat dua-dua, sembahyang pertama dulu dua rakaat. Jadi dengan niat sunat mutlak, boleh. Lepas pada tu bagi salam sunat mutlak, bangun pulak buat qobliyah sunat zuhur, qobliyah isyak ka boleh, qobliyah maghrib ka haa boleh, tu cara dia, tu termasuk daripada jenis-jenis sunat mutlak.
Samalah dengan sembahyang hajat pun gitu. Sembahyang hajat pun gitu, sebab tu dia tak senaraikan, sembahyang hajat ni kalau kita tak niat usolli sunnatan hajjati, tak perlu, duduk niat sembahyang sunat mutlak ja, haa boleh. Allahuakbar, aku sembahyang kerana Allah Taala. Lepas pada tu satgi ni dalam sujud satgi kita berdoa, kita berdoa dalam sujud terakhir satgi. Maka dia jadi sembahyang hajat.
Maknanya, niat sembahyang hajat tu tak wajib diniatkan dalam takbiratul ihram. Tak wajib. usolli sunnatan hajjati rak’ataini sahaja aku sembahyang sunat hajat , dak..tak wajib. Tapi kalau dia nak niat tak apa… jangan habaq pulak Ustaz Mutalib kata tak boleh niat sembahyang sunat hajat. Ustaz-ustaz lain riuh pulak dah. Dia belajar kitab mana?? K
Saya nak sebut di sini kalau tak niat dalam takbiratul ihram, sah sembahyang hajat. Yang penting kena ada qosod nak sembahyang tu.
Sama jugak hak kata sunat korban, tak silap minggu lepas pun mai soalan, Sunat korban.. yang tu pun takdak dalam kitab-kitab sunat korban. Takdak memang takdak. Tapi jenis kita ni nak sembahyang, bagus… orang nak buat baik ni kita takleh halang, sembahyanglah, sembahyang. Jadi sembahyang apa? Sembahyang sunat mutlak. Mungkin dalam sujud dia boleh berdoa supaya Allah terima korban dia, dia tadah tangan berdoa. Kalau dia tak niat korban dalam takbiratul ihram, boleh dak? Jawab dia boleh.. paham bagi lebih, jangan menyusahkan orang. Tu cara dia..
Jadi hak kena ni, hak kena sembahyang raya. Hak ni kena niat, niat nak sembahyang, dia nak sembahyang haji raya posa, apa lagi? Sembahyang hak ni ni, sembahyang gerhana matahari, sembahyang gerhana bulan, yang tu kena. Sembahyang yang ba’diah qobliyah kena.Dia kena ada qosod dan ta’yin.
Adapun sembahyang yang tadi, qosod sahaja pun boleh dah. Termasuk jugak yang orang sebut sembahyang hadiah. Memang takdak. Ambik mana usolli sunnatan hadiyyata, maknanya yang masalah jadi riuh dengan masalah yang sunat hadiah. Kita buat sembahyang bagi hadiah. Apa dia? Smbahyang sunat mutlak asal dia. Asal dia sembahyang sunat mutlak. Sahaja aku sembahyang kerana Allah Taala. Lepas sembahyang doa untuk si mati tu, senang… tak berkelahi dengan orang. Kalau kita bertegang ada, kawan nu kata takdak, kawan ni kata ada, kawan ni kata takdak, kawan ni ada, la pakai hak ada semua. Sunat mutlak semua ada. Haa kalau kata sunat mutlak pun takdak haa penyakit. Memang ada, tu cerita dia, haa senang benda ni.
Sebab tu sembahyang sunat ni kalau kita tengok ada tiga peringkat, ada yang kena ada qosod, kena ada ta’rod, ta’yin, yang ni untuk fardhu. Ada yang qosod dan ta’yin sahaja, ini untuk sembahyang sunat yang berwaktu dan bersebab. Ada yang qosod sahaja, ini sembahyang sunat yang tidak ada waktu dan tidak ada sebab. Tidak ada waktu dan tidak ada sebab, maka termasuk yang ni nama dia sunat mutlak, semata-mata sunat. Haa boleh paham situ.
Baik..
Dan ia itu tidak mempunyai waktu dan sebab, maka memadailah niat satu perkara dua itu qosod hendak mengerjakan sembahyang.
Memadailah satu perkara sahaja, qosod hendak mengerjakan sembahyang, cukup dengan satu perkara saja, macam say abaca tadi,
dan sunat melafazkan dengan lidahnya dahulu daripada takbiratul ihram. Dan menyebut bilang-bilangan rakaat dan menyebut ada’ atau qodo’ dan mengidhofatkan bagi Allah seperti usolli fardho zuhri arba’a rokaatin adaa an lillahi taala.
Kita berhentilah tang tu dulu. Baca sikit sudahlah, ramai kawan kita raya dah hari ni. Ramai tak mai..
19:54
Popularity: 23% [?]