Rukun
6 09 2009Versi Audio :
Trankripsi :
Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil’ azim.
Dan jika ada sembahyang itu sunat yang mempunyai waktu, atau yang mempunyai sebab, maka disyaratkan adalah niatnya itu dua perkara, pertama qosod, kedua ta’yin. Seperti sunat subuh dan dua hari raya, yakni hari raya haji dan hari raya puasa, dan sembahyang gerhana seperti hadirkan aku sembahyang gerhana matahari atau gerhana bulan atau aku sembahyang hari raya adha, atau fitrah.
Baik, dia kata jika ada sembahyang itu sembahyang sunat, niat dia dua sahaja, qosod dan ta’yin.
Apa makna qosod? Sahaja aku sembahyang. Ta’yin tentukan sembahyang tu sembahyang apa.
Niat dalam mata hati “aku sembahyang sunat aidil adha”, “aku sembahyang sunat aidil fitri” ataupun “aku sembahyang sunat gerhana”. Sunat gerhana matahari, gerhana bulan, maknanya dia kena ada qosod dan ta’yin. Baik, saya ulang balik hak kita mengaji minggu lepas.
Minggu lepas, dalam takbiratul ihram, kita kena ada qosod, ta’rudh dan ta’yin untuk sembahyang fardhu. Bila kita sembahyang fardhu maknanya, ketika kita niat kita kena tau kita ni nak sembahyang. Kita tahu sembahyang kita tu sembahyang fardhu. Kita tau fardhu maghrib ka isyak ka subuh ka, tentukan… Jadi, bila kita angkat Allahuakbar dalam takbiratul ihram kita, maknanya kita sudah ada qosod, ta’rod dan ta’yin.
Qosod, nak sembahyang. Tu nak dia qosod. Ta’rudh, sembahyang tu fardhu. Ta’yin, tentu zuhur ka maghrib ka isyak. Maknanya bila kita angkat takbiratul ihram, kita sedar masa tu kita sembahyang, kita tau masa tu sembahyang fardhu, kita tau masa tu maghrib ka isyak, maka dalam masa itu, kita tau dalam sembahyang kita ada qosod, ta’rudh dan ta’yin. Haa itu, dah jelas dah.
Kecuali kalau sembahyang itu sembahyang jumaat ataupun sembahyang qasar. Sembayang jumaat ataupun sembahyang qasar, kena tambah lagi imam, kalau imam sembahyang jumaat, kena niat. Makmum, kena niat makmum. Sebab apa? Sebab sembahyang jumaat itu diwajibkan sembahyang berjemaah. Haa dia kena niat dalam takbiratul ihram.
Adapun sembahyang biasa, kita sembahyang berjemaah biasa, kalau kita makmum, kita tidak niat menjadi makmum, maka sah sembahyang, tapi tak dapat pahala berjemaah. Ataupun imam, dia tidak berniat menjadi imam, sembahyang biasa, tapi tak dapat pahala berjemaah.
Berbeza sikit kalau makmum, dia tidak niat menjadi makmum, alih-alih dia tunggu imam, tidak sah. Dia tidak niat makmum, tapi dia jadi makmum, dia duduk di belakang dengan dia tidak niat makmum, maka satgi dia habis semua dah, tapi dia tunggu lagi. Tunggu tok imam rukuk baru dia rukuk. Tunggu tok imam sujud, baru dia nak sujud. Maka dia tunggu buat apa? Dia tunggu buat apa? Maknanya bila dia menunggu imam rukuk, menunggu imam sujud, sedangkan dia tidak niat jadi makmum, maka pada ketika itu menyebabkan sembahyang dia batal. Menyebabkan sembahyang dia batal, tu cara dia.
Baik…
Adapun iman, kalau sekiranya dia tidak niat menjadi imam, maka sembahyang dia sah, tidak dapat pahala berjemaah sahaja, kecuali sembahyang, orang panggil sembahyang jumaat, wajib niat menjadi imam, baik…
Yang keduanya sembahyang qasar. Sembahyang qasar, mesti dia kena niat dalam takbiratul ihram, qasar… Pendekkan sembahyang. Maknanya waktu dia takbiratul ihram tu, dalam takbiratul ihram dia kena tahu, kata masa tu dia nak kena sembahyang qasar. Kalau dia tidak niat sembahyang qasar dalam takbiratul ihram, maka sembahyang dia kena sembahyang tamam, sembahyang macam biasa. Ketika dia musafirlah, ketika dia musafir.
Maknanya qasar ni kena niat dalam takbiratul ihram.
Berbeza dengan jamak. Jamak dia tak wajib niat dalam takbiratul ihram. Dia suruh niat dalam sembahyang yang pertama. Dalam sembahyang yang pertama dia kena niat jamak, orang panggil jamak taqdim, dia kena niat. Kalau dia sembahyang tu sembahyang zuhur, kalau dia nak jamakkan asar sekali, dia kena niat ketika dalam sembahyang zuhur, nak masukkan asar sekali.
Dia nak niat dalam takbiratul ihram ka, dalam baca fatihah ka, dalam rukuk ka, dalam sujud ka, asal sebelum bagi salam yang pertama. Dia boleh niat masa tu, ini untuk jamak. Sebelum dia bagi salam yang pertama, dia boleh niat jamak. Tetapi yang paling baik dia niat dalam takbiratul ihrah, yang tu paling baik.
Kalau sekiranya dia sembahyang qasar, dengan tidak diniat langsung untuk jamak, takda dalam sembahyang tadi tak niat langsung, sama ada sengaja atau tidak sengaja, dia tak niat, ataupun dia terlupa, terlupa nak niat, maka dia tidak boleh jamak, dia tidak boleh jamak. Jadi macam mana? Dia qasar sahaja. Dia sembahyang zuhur dua rakat, bagi salam berdoa, berjalan terus. Masuk asar satgi, dia sembahyang asar. Dia sembahyang asar, asar pun dia qasar saja ja. Boleh jugak lagu tu pun, sebab dia tidak niat dalam sembahyang yang pertama tadi.
Faham nooo.. hukum dia memang begitu.
Baik… hari ni yang kita belajar hari ni pulak berkaitan dengan sembahyang yang mempunyai waktu dan mempunyai sebab, sembahyang sunat. Sembahyang sunat ni ada tiga jenis. Satu, sembahyang sunat yang mempunyai waktu. Yang kedua sembahyang sunat yang mempunyai sebab. Yang ketiga, sembahyang sunat yang tidak mempunyai waktu dan tidak mempunyai sebab. Jadi, ada tiga jenis sembahyang sunat ni. Sembahyang sunat yang mempunyai waktu, sembahyang sunat yang mempunyai sebab, sanya sembahyang sunat yang tidak mempunyai waktu dan tidak mempunyai sebab. Jadi, ada tigalah sembahyang sunat.
Sembahyang sunat yang berwaktu macam sembahyang sunat hari raya, dia ada waktu dia. Macam mana waktu sembahyang raya? Lepas naik matahari, dipanggil waktu dhuha tu. Tetapi yang afdhalnya sembahyang sunat hari raya ni, orang panggil waktu dhuha. Keluaq matahari, habis waktu tahrim tu boleh sembahyang sunat dhuha dah., boleh sembahyang sunat hari raya dah. Tapi yang lebih baik, tunggu matahari segalah.
Daan berbeza sikit sembahyang haji ni, elok sembahyang haji lebih awal. Kerana bagi peluang pada orang buat korban. Raya puasa lewatkan sikit, kerana bagi peluang orang yang bayar fitrah yang takdan tu. Ini sembahyang yang mempunyai waktu. Macam sembahyang terawikh, dia ada waktu dia, selepas daripada sembahyang isyak, lepas daripada sembahyang isyak dia ada waktu. Macam sembahyang tahajjud, lepas daripada tidur di waktu malam, dia ada waktu. Sembahyang tahajjud ni waktu malam, lepas daripada tidour. Tak boleh buat tahajjud siang, orang tak buat. Kerana sembahyang ni sembahyang yang mempunyai waktu, dia ada waktu dia.
Satu lagi sembahyang sunat yang dia takda waktu. Waktu dia takdak tetapi dia ada sebab. Waktu takda tapi dia ada sebab. Macam gerhana matahari, dia ada gerhana waktu bila, sembahyanglah. Gerhana waktu pagi ka petang ka, gerhana siang ka, gerhana tengah hari ka, haa dia boleh buat. Cuma matahari ni tak gerhana malam lah. Maknanya dia tak ada waktu, dia tidak ada waktu.
Yang kedua, hak tadi ni. Macam gerhana bulan pun begitu jugak. Dia tidak ada waktu. Makna gerhana awal bulan ka, awal malam ka, tengah malam ka, hujung malam ka dia gerhana, maka dia boleh buat. Ini nama dia sembahyang ni sembahyang yang bersebab.
Adapun yang ketiga sembahyang yang tidak ada waktu dan tidak ada sebab. Waktu pun takdak, sebab pun takdak. Tu nama dia sembahyang sunat mutlak.
Dia takdak waktu dan takdak sebab, nasa-masa bila pun boleh kita buat kecuali waktu-waktu yang diharamkan selepas subuh dan selepas asar.
Termasuklah sembahyang sunat mutlak ni sembahyang hajat contohnya, boleh nak buat malam pun takpa nak buat siang pun tak apa. Takda masalah sembahyang hajat, kerana sembahyang hajat ni termasuk jenis-jenis sembahyang sunat mutlak.
Sama jugak dengan sembahyang sunat tahiyyatul masjid. Maknanya asalnya nama sembahyang sunat mutlak. Bila kita masuk ja masjid, sembahyanglah. Pagi ka, petang ka, malam ka apa semua, boleh, sembahyang sunat tahiyyatul masjid. Itu nama dia.
Jadi, tigalah sembahyang sunat ni.
Sembahyang sunat yang berwaktu, sembahyang sunat yang bersebab, sembahyang sunat yang tidak berwaktu dan tidak bersebab. Itu nama dia.
10:54
Popularity: 24% [?]