Rukun
19 04 2009Versi Audio :
Trankripsi :
Dan yang lain daripada fardhu jumaat.
Maka yang tiga dinamakan qashad, ta’rudh dan ta’yin dan dinamakan niat, maka hendaklah dia hadhirkan yang tiga ini pada takbiratul ihram dan jika ada yang sembahyang itu jumaat, ditambah imam jika imam atau makmum kerana sembahyang jumaat itu disyaratkan berjemaah pada awal sembahyangnya.
Jadi kalaulah sembahyang jumaat, wajib niat imam dan wajib niat makmum bagi imam dan makmum.
Adapun sembahyang biasa, al imam tak niat imam, tak apa. Dia tak niat imam, dia menjadi imam, tapi dia tak niat menjadi imam, makmum dia sah. Cuma dia sahaja tidak mendapat pahala berjemaah. Pahala imam tak dapat. Kecuali imam sembahyang jumaat, kerana imam sembahyang jumaat ini wajib dia berniat imam.
Kerana sembahyang jemaah bagi sembahyang jumaat itu wajib.
Sebab tu disebut hari ini, dan kita pun selalu dengar ditulis bahawasanya umat Islam tidak mencapai kekuatan dan umat islam akan terus hina jikalau sekiranya sembahyang subuh tidak sepertimana sembahyang jumaat. Kita nampak beza sangat, sembahyang subuh tak ada orang, sembahyang jumaat berderu orang.
Sebab itu biasa Nabi saw, sembahyang jumaat rakaat yang pertama baca suratul jumaah, rakaat yang kedua baca suratul munaafiquun.
Kenapa?
Al Imamul Nawawi rahimallah sebut yang Nabi baca surah jumaat pada hari jumaat, memang bertepatan sebab hari tu hari Jumaat, adapun baca suratul munafiquun pada hari jumaat, kerana hari jumaat banyak orang munafiq. Hari jumaat memang banyak orang munafiq sebab tu Nabi baca surah munafiquun.
Jumaat kita laa ni pun banyak orang munafik. Sebab orang munafik ni, ibadat ni, lagi yang mana dia boleh elak dia tak buat. Yang tak boleh elak dah, yang menyebabkan orang nampak baru dia buat.
Jemaah subuh, kalau orang tanya “Hai pagi tadi tak nampak jemaah subuh masjid pun?” “Aku sembahyang subuh di rumah”. Jemaah isyak “Hai hari tu tak nampak pun isyak di masjid?” “Aku sembahyang isyak di rumah”. Dia boleh jawab.
Tapi kalau jumaat? “Hai, tak nampak sembahyang jumaat pun tadi?” “Sembahyang jumaat di rumah.” Haih, mana boleh, jumaat di rumah orang tak pernah buat. Ha sebab tulah jumaat ramai. Kerana banyak orang nak menunjuk-nunjuk.
Jadi kita faham la ni, bila subuh dengan jumaat, bila subuh dengan jumaat berbeza, itulah keadaan umat islam sekarang. Ramai umat islam tetapi umat islam masih ramai yang menunjuk-nunjuk. Itu nama dia. Kerana orang, bukan kerana Allah swt.
Sedangkan nabi saw sebut, kalau sesiapa boleh nampak pahala berjemaah subuh itu, dia akan pergi jemaah walaupun merangkak. Tak larat merangkak pun dia pergi kerana besarnya pahala jemaah subuh ibarat pahalanya sekali berjemaah subuh sama sepertimana beribadah semalaman.
Pergilah berjemaah subuh-subuh tu. Jagalah awal. Kalau umur macam kita ni tuan-tuan sekalian tak boleh lekat lagi subuh, bila nak lekat lagi tahajud. Bila nak lekat tahajud?
Yang Allah Taala sebut “tatajaa faa junuubuhum ‘anil madhoo ji ‘i yad ‘uu na robbahum khaufan wathomaan, wamiimma rozaq naa hum yuun fiquun.”
Mereka itu merenggangkan lambung-lambung mereka daripada tempat tidur mereka, yad’uu na robbahum, menyeru Tuhan mereka itu, khaufan, dengan penuh takut, wathomaan, dengan penuh harap, wamimma rozaqnaa hum yun fiquun, dengan barang yang Allah swt rezeki, mereka infaqkan, mereka nafkahkan. Jadi Allah puji orang bangun.
Maknanya zaman kita, masa kita, umur kita ni, bukan tang subuh dah kita. Tang nak lekat tahajud pula. Kalau umur empat puluh, lima puluh, subuh tak ketahuan hala lagi, jawabya mati tak lekat tahajud. Apa makna kita?
Jam ada tak kunci. Ada pulak, macam saya dok kata, bagi fatwa pulak, kunci jam - dengar jam tak bangun berdosa. Baik tak usah kunci langsung. Pandai reka mai. Kena lekat.
Subuh-subuh biar penuh masjid kita, surau kita. Tolonglah tuan-tuan. Buktikan ramainya orang yang mukmin sebenar, bukan ramai orang yang munafik, bukan ramai orang munafik. Biar subuh tu sepertimana sembahyang jumaat. Penuh.
Memang sepatutnya subuh lebih ramai daripada sembahyang jumaat, kerana muslimat ada lagi. Kerana subuh ni tak ada sebab, tak ada sebab dia tak boleh pergi. Jumaat tu lagi sibuk. Masa tu nak makan, masa tu mengantuk, masa tu nak buat kerja. Macam-macam ada.
Subuh apa masalah? Apa masalah yang tak boleh pergi berjemaah. Siapa meeting dah subuh-subuh. “Tak upaya” dia kata, “subuh tadi aku ada mesyuarat jadi pengerusi pulak!” “Hai, sakan hang subuh-subuh mesyuarat dah. “
Tak ada apa. Cuma lawan dengan tidur aja. Itu aja.
Yang sedihnya, sembang islam pang pang pang pang, meloncat cawan-cawan kopi. Perang ni sembang cukup hebat, pagi esok subuh tak bangun. Ni lagi koman.
Tengoklah kita subuh-subuh., Bang bang subuh tu, hat duduk rumah murah tu, taman lagi senang tengok. Tenogk berapa biji lampu rumah bernyala dalam rumah. Berderet berapa biji yang dok menyala lampu? Hat menyala tu kita charge kata bangun subuhla walaupun bukak daripada semalam lagi, ni hat tak menyala ni apa hal? Takkan dia merangkak pi bilik air? Memang tak sembahyang. Ramai orang kita tak sembahyang subuh. Sedih.
Patut ingat time subuh tu habis dah waktu tidur. Nabi suruh “Berpagi-pagilah kamu kerana berpagi-pagi itu berkat”. Sebab itu nabi sebut “Tidak akan masuk syurga manusia kecuali orang yang hatinya sepertimana hati burung”. Kita tengok burung ni tenang aja. Dan rezeki burung dijamin oleh Allah swt. Burung ka, ikan ka gitu.
Baru ni orang jumpa ikan di mana, Sabah. Paus yang terdampar mati. 20 tan berat dia. 20 tan seekor. 20 tan seekor. Kita bayangkan tuan-tuan, kalau seekor 20 tan, maan sehari berapa tan? Seekorkah dalam laut tu? Punya banyak. Orang timba ikan yang tak paus pun, hari-hari kutip bawa keluar, tak habis. Siapa bagi makan? Siapa bagi makan? Siapa bela dia? Siapa bagi makan? Manusia seekor pun tak beri makan. Semua Allah swt. Yang dia bagi makan, ikan dalam akuarium, tu pun berapa ekor dah yang mati. Seekor pun tak larat bela.
Sesudah bela mampus, bela mampus, bela mampus, akuarium pun lempar bertabur habis.
Hang tak mampu. Tak mampu kita, lemah kita, dhaif kita. Tapi orang angkit ikan bawa keluar, bertan-tan hari-hari bagi manusia makan, tak payah bela, ambil aja. Nelayan pun tak pernah bagi makan ikan, ambil bawa keluar aja, sembahyang pun tidak! Loklaq sungguh!
Tuan-tuan sekalian,
Begitu juga burung, yang Nabi puji. Orang yang masuk syurga ni, orang yang hati dia macam hati burung. Tawakkal pada Allah swt. Pagi-pagi tembolok kempis, terbang, terbang petang, tembolok penuh. Tak pernah susah hati pasal rezeki, relax aja. Tengok burung tu, muka orang yang ada duit tu. Orang tak ada duit, muka dia lagu lain, serebeh saja.
Muka dia tu, relax sahaja, tak ada masalah, tenang. Sebab tu saya suka tengok. Tengok tenang dia. Ini orang panggil, Allah swt jamin rezeki dia. Jamin rezeki. Ketenangan yang ada pada burung. Sebab tu burung tak pernah susah hati - kira burung bab rezeki dengan kita, kita lagi hebat. Burung KWSP tak ada, SOCSO pun tak ada, insurans apa pun tak ada, duit sekupang pun tak simpan. Tapi tak pernah jatuh mati kelaparan. Tak pernah. Sebab apa? Ambil petua dia.
Antaranya petua dia, dia tak pernah terlewat tidur. Tak pernah. Jaga aja subuh, terus terbang cari rezeki. Jaga. Terus cari rezeki. Mana ada terlewat. tidur. Pernah kita berjumpa? Lalu 9 pagi, burung dok tidur atas pokok lagi? Haih, burung ni tak jaga-jaga lagi pukul sembilan dah ni. Yang tidur sampai pukul sepuluh ni, manusia banyak. Tu yang tak berkat tu.
“Naumatul Subhi, Tamna’u Rizqa“ Tidur lepas subuh tu, sempit rezeki. Sempit. Bukan boleh tidur dah. Lepas-lepas subuh tu keluar dok. Yang bukak kedai, buka awal. Pintu pagi-pagi, tingkap apa, buka dah tingkap-tingkap tu, ni kita. Berkat.
Ni dok kalut susah, susah, susah. Tapi lepas subuh, tidur, lepas subuh, tidur. Bukan boleh duduk dalam rumah, keluar-keluar dok keluar tu, dia kata dak, tidak, letak-letak kepala atas kusyen tu pun jadi tu! Maknanya. Orang Islam ni. Teruk sangat Islam ni macam-macam bala kena, silap kita lah. Silap kita. Allah sayang, tu Allah bala kita tu. Semua susah segala. Senang sikit. Nak bagi kita sedar.
Zhoharol Fasaadu Fil Barri wal Bahri Bimaa kasabat ai dinnaas.
Berlaku bala bencana di darat dan di laut, semua kerja manusia.
Yuziiqahum ba’duzii ‘amilu.
Bagi rasa apa mereka tu buat.
La’allahum yarji ‘uunn.
Mudah-mudahan sedar balik ke pangkal jalan. Baliklah. Kita orang Islam.
Mendekatkan diri kepada Allah swt. Ni jumaat pakat penuh-penuh-penuh pi, waktu lain tak ada. Jemaah-jemaah tak ada. Sebab bubuh sunat sahaja. Kalau kata sunat tak buat terus, siapa ajar? Belajar semua. Jenohlah kita. Tu yang dok kena bala macam-macam. Nak bagi sedar.
Baik.
Dan jika sembahyang qasar bagi orang musafir maka ditambahi qasar pula kerana disyaratkan niat qasar di dalam takbiratul ihram.
Kalau qasar, kena niat qasar. Dalam mata hati dia, niat qasar sebab wajib niat qasar dalam takbiratul ihram.
Dan jika sembahyang itu sunat yang mempunyai waktu dan mempunyai sebab maka disyaratkan adalah diniatkan dua perkara - pertama qasad dan yang kedua ta’yin sepertimana sunat subuh.
Jadilah tang tu dulu.
Dan jika ada sembahyang itu sunat yang mempunyai waktu dan mempunyai sebab - wallahusubhanahu wata’aala a’lam.
(Pengumuman dan Doa)
35:51
Popularity: 31% [?]