Rukun

19 04 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

rukun1-3.jpg

Maka barang yang dijabarkan dengan sujud daripadanya itu sunat aba’dh, dan tidak dijabarkan dengan sujud syahwi dinamakan haiat.

Apa dia haiat? Sunat yang lain daripada qunut, yang lain daripada tahiyat awal. Kebanyakkannya haiat. Haiat nisbah dia kecil, macam iftitah - lupa baca iftitah - tak boleh sujud syahwi. Terlupa baca surah, tak boleh sujud syahwi. Terlupa baca subhanarobbial ‘azhim, tak payah sujud syahwi.

Ada orang faham, lupa apa dia pun, semua syahwi. Begitu. Semua syahwi belaka. Itu bukan. Ada perkara yang boleh, termasuk macam sembahyang raya saya sebut tu, terlupa takbir yang tujuh kali, lima kali pun, tak perlu sujud syahwi. Dan sembahyang dia sah dan boleh teruskan. Bahkan bila imam sudah baca fatihah, teringat terlupa takbir yang tujuh tadi tu, teruskan fatihah. Tak payah berhenti fatihah, takbir lain. Sebab fatihah itu rukun, takbir itu sunat haiat. Takkan nak berhenti rukun, buat yang sunat.

Sama macam kita masuk-masuk tak baca iftitah, terus baca fatihah. Teringat tak baca iftitah. Tak payah berhenti fatihah, teruskan, tinggalkan iftitah. Kerana kita sudah masuk rukun. Tak payah kita berhenti buat yang sunat. Itu kena faham.

Selalu sembahyang raya jadi. Tok Imam terlupa takbir yang tujuh kali tu, mula dia buat. Teringat dalam ruku’ pulak, bangkit sekali, takbir lain pulak, baca surah sekali lagi, ruku’ sekali lagi pulak.  Sembahyang raya tukar jadi sembahyang gerhana.

Itu kena faham.

Baik.

Maka rukun itu tiga belas. Perkara pertama niat.

Itu. Perkara yang pertama niat. Itu menjadi rukun sembahyang. Apa niat?

Maka erti niat itu.

Bukan niat. Niat tu benda nak cerita tak boleh sebab dia satu tu saja. Nak cerita tak boleh, lagu mana niat, macam mana niat, payah nak cerita. Sebab benda satu. Benda satu susah nak cerita.

Bila benda ada macam, boleh cerita. Bila benda ada lagu, boleh cerita. Mari benda lagu pun tak ada, macam pun tak ada, tak boleh cerita.

Dia senang saja.

Kalau kita dok kerja kat pekan-pekan ni, balik kampung, kata hang ni kerja apa mat? Kerja saya main komputer saja, tok. Tekan-tekan komputer. Komputer tu menatang apa? Aku tak pernah tahu, tak pernah tengok. Komputer tu macam televisyen. Boleh cerita gitu. Tempat tekan dia tu macam mana? Macam mesin taip. Boleh cerita. Sebab dia ada banding.

Bila mari benda yang tak ada banding, memang tak boleh cerita. Itu aja. Itu soal dunia pun. Macam niat. Nak cerita lagu mana niat? Faham sudah la.

Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat makmum.

Tu bukan niat. Itu orang panggil kata-kata hati kalau kita bercakap dengan hati. Hati ni bercakap. Duk diam pun dia bercakap. Ni macam kita dok diam ni, hati rabung dok menyembang ni, menyembang hati dia. Pukul berapa nak sudah, nak keluar kot mana sat gi tak tahu - itu niat ka tu. Bukan niat, tu hati bercakap, nama dia. Tu kena faham.

Niat lain, kata-kata hati lain. Itu yang menyebabkan orang keliru tu.

Niat. Macam mana kita nak sebut pula, nak faham zat All swt. Sedangkan niat pun kita tak boleh pi dah. Roh pun kita tak mampu faham.

Cuma takrif dia, Qasdhu Syai’, Muqtarinal bil fi’li. Itu takrif dia, takrif niat.

Iaitu mengerjakan  ia akan sesuatu hal keadaan disertakan awal perbuatan.

Qashad sesuatu, buat terus - tu nama dia niat. Qashad sesuatu, cadang sesuatu, buat terus. Duduk nak sembahyang, Allahu Akbar, masa tu niat dalam tu. Itu takrif.

Kecuali puasa yang agak lari sikit dari takrifnya Qasdhu Syai’, Muqtarinal bil fi’li.

Qashad, buat terus. Sebab puasa jadi musyaqqah, jadi satu kepayahan, niat malam, besok baru puasa. Esok baru puasa.

Tapi kalau ikut takrif niat betul-betul, dia kena niat tang mana? Dekat nak masuk subuh tu. Tunggu situ, puk masuk subuh niat masa tu. Tu baru kena cara dia.

Tapi kalau macam tu, berlambak orang tak puasa. Awat? Tak dapat niat semalam, terlena. Jadi oleh kerana jadi satu musyaqqah, jatuh sahaja matahari malam tu, boleh niat untuk esok.  Untuk puasa sahaja, tapi amalan-amalan lain, terus. Niat haji,  buat haji, duduk dalam ihram. Niat umrah, terus duduk dalam ihram umrah. Dia terus. Niat sembahyang, terus sembahyang. Tu cara dia.

Yang sebelum niat tu, itu, yang sebelum buat tu, itu bukan niat. Itu cita-cita. Itu cita-cita. Jangan dok silap faham.

Sebab niat ini termasuk daripada rukun.  Bila kata rukun, dia kena duduk dalam sembahyang.

Baik.

Maka tempatnya pada hati

tempat niat itu pada hati. Niat tu di hati.

Maka jika adalah ia sembahyang fardhu itu yang lain daripada jumaat, dan qashad hendaklah mengqashadkan dengan hatinya hendak mengerjakan sembahyang. Dan di ta’radhkan fardhunya dan di ta’yinkan waktunya. Maka tiga itu dinamakan qashad, ta’radh dan ta’yin.

Maknanya bila sembahyang itu sembahyang fardhu, yang lain daripada fardhu jumaat, mestilah kena ada qashad, ta’radh dan ta’yin. Ni yang orang tua-tua dok sebut, siapa-siapa sembahyang, tak ada  qashad, ta’radh, ta’yin  - tak shoh. Tu yang kadang tak faham tu.

Apa dia  qashad, ta’radh ta’yin ni, apa dia?

Bukan “Allahu Akbar! Qashad Ta’radh Ta’yin!!” Bukan macam tu!

Tu nama dia. Nama dia.

Qashad - nak sembahyang.

Ta’radh - sembahyang tu sembahyang fardhu.

Ta’yin - fardhu apa.

Maknanya, masa kita berdiri nak sembahyang, duduk di saf tu, ataupun duduk tempat sembahyang tu, masa “Allahu Akbar!”, kita tahu kita ni nak sembahyang. Kita tahu sembahyang ni fardhu. Kita tahu zohor maghrib isya.

Tahu.

Maka pada ketika itu, dia ada qashad, ta’radh dan ta’yin.

Baik.

Macam mana contoh yang tak ada qashad, ta’radh dan ta’yin yang tidak sah? Masa dia angkat takbiratul “Allahu Akbar!”, seolah kalau sekiranya situ ada soalan, “Hang nak buat apa ni?” , kalau ada soalan “Hang nak buat apa ni?”, “Tak tahu aku nak buat apa pun tak tahu”, tu nama dia tak ada qashad, tu yang tak sah.

Kalau dia takbiratul “Allahu akbar!”, kalaulah ada soalan di situ, “hang nak buat apa ni?” - “Nak sembahyang”. “Sembahyang apa?” - “Tak tahu. Fardhu ka sunat tak tahu”. Tu nama dia tak ada ta’radh.

Begitu juga. Kalau dia takbiratul ihram  “Allahu Akbar!”, masa tu, kalau ada soalan di situ, “Hang nak buat apa ni?” - “Aku nak sembahyang”. “Sembahyang apa?”  - “Fardhu”. “Fardhu apa?” - “Tak tahu, maghrib ka isyak, tibai pi lah!” Tu nama dia tak ada ta’yin.

Faham?

Jadi maknanya, bila dia angkat takbiratul ihram tu, dia paham dia nak buat benda tu, ada qashad, ta’radh, ta’yin.

Faham tak?

Setakat tu sahaja nak boleh cerita. Nak tulis, nak lukis tak boleh benda niat ni. Itu aja. Jadi benda cukup senang.

Cukup senang.

Yang penting hati kita ni bersedia nak sembahyang. Itu saja.

Jangan tak bersedia.

Kalau tak bersedia, memang tak ada niat. Memang tak ada niat.

Sebab tu ada ulamak yang mengatakan, lebih-lebih lagi ulamak-ulamak kita, menyebut, kena sebut “usholli”. Usholli ni bukan sembahyang lagi, tak gaduh mana. Yang jadi masalah dok bertengkar ni kalau  “Allahu Akbar!” - “Ushooli fardhol Maghribi”, yang tu masaalah. Dia bubuh usholli dalam sembahyang.

Ni luar sembahyang. Dia bercakap. Bukan bercakap pasal usholli, macam-macam dia bercakap. Macam-macam dia bercakap.

Jadi, untuk dia. Nak menyelesaikan masaalah itu semua, dia sebut usholli. Hati yang berserabut “Usholli”  - “Aku nak sembahyang”. “Fardhol Maghribi” - “sembahyang maghrib”. Maknanya, dia sebut itu untuk membantu hati dia. Walaubagaimana pun, kalau orang yang boleh hadir tanpa sebut itu, teruskan.  Tak ada masalah.

Yang penting, jangan berkelahi pasal usholli. Itu aja. Siapa yang suka kata, kata. Siapa yang tak suka kata, jangan kata. Kata usholli pun tak masuk neraka, tak kata usholli pun tak masuk neraka. Masuk neraka - berkelahi pasal usholli.

Ini maknanya. Itu kena faham.

Maknanya yang penting, hati kita ni biar bersedia nak sembahyang. Bersedia nak sembahyang. Jadi waktu takbiratul ihram, kita sedar kita nak buat apa. Ada niat.

Tu yang saya kata, selalu orang sebut khusyu’ ini, sunat aja. Tak khusyu’ pun sembahyang sah.

Sebenarnya khusyu’ juga termasuk daripada rukun sembahyang.

Sapa sapa tidak khusyu’ dalam sembahyang, tidak sah sembahyang dia. Khasnya, dalam takbiratul ihram - mesti kena hadhir hati di situ. Waktu dia takbiratul ihram tu, masa tu dia kena hadhir hati di situ.

Maknanya kalau hati dia tak hadhir, maka pada ketika itu, sembahyangnya tidak sah.

Hadhir hati itulah nama dia khusyu’.

Jadi oleh kerana kita ni ditekan supaya hadhir hati dalam takbiratul ihram, dalam fatihah tak ada, dalam surah tak ada. Dalam ruku’ tak ada, dalam sujud tak ada. Akhirnya, kita biar. Ni orang panggil betul tunggul.

Jadi maknanya bila kita mula dengan khusyu’, kita sudahpun dengan khusyu’. Itu sepatutnya. Mula dengan tidak lalai, tengah pun tak lalai, hujung pun tak lalai.

Tapi kalau kita mula dengan lalai, mula dengan tak lalai, tengah lalai, hujung lalai. Itu silap. Kerana kita tak jaga dia sampai sudah sembahyang.

Oleh kerana dalam fatihah, dalam apa, tak wajib. Takkan semua pun kena bubuh wajib semua?

Itu cara dia. Maka sebab itulah kena sedar masa tu, kita sembahyang. Menyembah Allah swt. Dan niat ni benda yang paling mudah, tak payah mana. Yang payah, orang yang tak faham niat, tu payah.

Tu yang dok gaduh tak dapat lagi, tak dapat, tak dapat. “Arrdh   Arrdh  Arrdh” Tak boleh-boleh lagi. Kadang-kadang “Arrdh  Arrdh Arrdh”, “Aaaaaaardh” pusing pun ada, macam-macam. Ha itu tak ada, mengarut. Ada yang macam tu. Tu syaitan, syaitan. Sudah habaq beberapa kali, jangan ikut syaitan.

“Was wi su” tu nama syaitan, sebab tu saya dah sebut selalu dah - was-was selalunya berlaku dalam ibadat. Was-was.

Takbiratul Ihram, was-was. Baca fatihah, was-was. Baca tahiyat was-was. Ambil wudhu was-was. Mandi hadath, was-was. Semua ibadat.

Dunia ada tak was-was. Bawa kereta tak was-was. Ada orang bawa kereta masuk gear depan. pi depan, gostan, pi depan, gostan. Dia vroooom terus sahaja  pi.

Dak, makan tak was-was.  Makan tak was-was. Bubuh nasi sepinggan, suap elok aja. Tak dok hmm.. Sekali elok saja. Tak was-was.

Tidur tak was-was. Tidur dengan bini tak was-was, elok belaka.

Tapi tak sembahyang ni was-was. Itu kata syaitan. Masuk awal, dok takbir tak boleh, tak boleh. Imam “Allahu Akbar!” sekali sahaj boleh. Padahal tadi pulun sampai separuh nyawa. Tu saya kata.

Lagi satu kita sedar, kita ni mengadap Allah dalam sembahyang. Sembahyang ni mengadap Allah, mesti dengan rupa yang elok. Rupa aja, rupa hina diri, rupa malu, rupa takut. Jangan rupa yang menyebabkan Allah benci.

Kita kalau menghadap dengan rupa yang tak elok, kita pun meluat. Sebab tu rupa dengan penuh kehinaan. Kadang dia elok sahaja, elok sahaja, tapi bila nak sembahyang, jadi gitu. Ha sapa suruh! Mana ada adab sembahyang lagu tu. Pulun nak baca.

Bercakap pun, bercakap dengan orang elok sahaja. Elok aja mulut dia. Tapi kalau baca fatihah, “Alll Ahlll Alll” , mulut jadi macam tu. Macam kambing lekat biji mempelam, saya habaq. Awat jadi macam tu? Mana ada tajwid yang sepayah tu. Tak ada. Tu yang kata termasuk jenis-jenis was-was. Itu nama dia.

Tu saya kata, was-was ni ubat dia payah nak cari. Banyak tanya “Ustax, nak buat apa ubat was-was ni?” Ubat dia was-was, kalau wudhu ambil dia rendam dalam kolah. Ikut, ikut, ikut, ikut, ikut. Tu jadi was-was.

Jangan ikut sangat. Buat bagi betul, bagi kena cara dia. Jangan dipengaruh dan dijajah oleh syaitan dalam hati kita.

25:10

Popularity: 27% [?]


Actions

Informations