Syarat

23 03 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

Ni ada beberapa soalan nih:

Assalamualaikum, setelah sembelih lembu korban, adakah sembahyang sunat korban? Lepas sembahyang lembu korban, ada dak solat sunat korban?

Jawab dia takdak - sembahyang usolli sunnatan qurbani ni tak biasa dengaq. Tapi kalau nak sembahyang jugak, boleh, sembahyang sunat mutlak.

Tu saya kata jenis-jenis sembahyang yang banyaknya asalnya daripada sunat mutlak. Sunat yang semata-mata sunat.

Jadi, kalau nak sembahyang sunat qurban, kalaulah nak sembahyang jugak usolli sunnatan lagu tu takdak, jadi kalau nak sembahyang, usolli sunnah, usolli sunnatan, sahaja aku sembahyang sunat kerana Allah Taala. Bbaca fatihah, baca qulya ka, rakaat kedua baca fatihah, baca qulhuwallah, pastu berdoa. Sunat semata-mata.

Sama jugak dengan sunat tahiyyatul masjid. Kalau tak sebut usolli sunnatan tahiyyatul masjid pun tak apa, yang penting masuk dalam masjid jangan duduk terus, sembahyang. Sembahyang sunnat tahiyyatul masjid ka, sembahyang sunat dhuha ka, sembahyang sunat qobliah ba’diah ka, sembahyang sunat mutlak ka, maka terangkat sembahyang sunat tahiyyatul masjid.

Sama jugak dengan sembahyang hadiah pun gitu. Niat sembahyang sunat, lepas pada tu doakan pada si mati, senang takda masalah, takda duk bergaduh apa dah. Kalau nak sebut sembahyang, niat lepas tu doa untuk si mati, kalau ada pahala hadiah pada si mati. Tak masuk dalam niat takbiratul ihram pun tak apa,  yang tu.

Adakah boleh makan duit yang disedekah oleh orang yang datang ke kenduri korban? Dia bagi ka ambiklah, dah orang sedekah, haa dak? Haa itu cerita dia, jadi kita begitulah la ni, jadi jangan satu syarat, yang bagi kena ikhlas, yang terima pun kena ikhlas, antara benda-benda yang susah hati musim cuti-cuti sekolah ni, duit kenduri.

Kalau ada kenduri sorang dua ringgit, sepuluh, dua puluh ringgit. Tiap-tiap hari pulak, kadang jadi sampai beban.

Kalau nampak kita tak ikhlas, toksah bagi. Dia panggil mari  makan, bukan panggil bagi duit. Kalau ikhlas, bagi.

Kalau saya, tak bagi pun tak apa, kita kena ajaq. Kadang-kadang hak buat kenduri tu, dia dah target dah duit tu.

Dia beli lembu pun dia habaq dah - tak apa aku hutang dulu, lepas kenduri orang salam dengan aku, aku bagi balik duit lembu ni. Muka tak malu, jadi tak payahlah.

Jadi cuba kita buang sikit, soal kenapa kita bagi masa tu? Kenapa bagi masa tu? kalau berasa nak sedekah lepas kenduri nak bagi, pi cari dia bagi dua ringgit apa semua.

Yang masalahnya kalau bubuh dalam sampul, seringgit, sampul takdak, lima ringgit. Haa hak bagi saja tu lima ringgit, kalau dalam sampul dua ringgit.

Sah tak ikhlas. Haa tu cara dia.

Tu bukan satu syarat. Tu  kita fikir la masing-masing. Kalau sudah jadi satu tabiat, dok nampak semua tu dah orang kenduri apa semua pun, kita kena ubah keadaan.

Macam sembahyang pun gitu dah, yang ni saya dah perbetul. Alhamdulillah, Kubang Semang kita selalu sebut, sembahyang mayat pun tak kena duit dah, mujuq free dah. Allah!

Mati sekali aja,  pi tolong pi la sekali aja. Sekali tu ja tolong pi sembahyang mayat lagu tu aja. Sekali tu aja, sekali aja dia mati.

Kalau dua tiga empat kali, tak larat dah dua tiga empat kali mati, mampuih kali ni kena pi ambik duit la, ha takpala, yer dak?

Ni sekali tu aja dia mati, jadi, kita tolong-tolong la ajaq semua, lebih-lebih lagi kita yang bergaji ni,  yang ada duit pencen tu hang bagi, rumah sewa pun ada, bendang pun ada, Allah Taala bagi melimpah ruah, jadi tak patut sangatla kita ambik yang tu.

Kecuali tok-tok lebai pondok yang takdak kerja apa sangat tu, haa saya rasa yang tu patut, boleh empat ringgit pun untuk makan mengaji apa semua, yang tu patut.

Saya rasa kita yang ada duit pencen duit apa, duk tibai lagi duit tu, aii tak patutlah bagi saya, jangan marah sayalah satgi marah pulak.

Allah Taala bagi rezeki kat kita.

Kita ni kalau kita  ikhlas, Allah Taala hantar trip kita mati jugak, orang ikhlas-ikhlas.
Kita pun nak mati jugak, kalau kita duk buat lagu tu nanti trip kita mati, Allah Taala hantaq kita lagu tu jugak.

Allah Taala sebut wanaktubu maa qoddamu wa athaarohum, Aku tulis, Aku kira, benda yang kamu buat dan kesan hidup yang kamu tinggal.

Kita mati esok nak ka golongan tu jugak? Ubahla apa semua.

Kalau kita nampak macam tak ikhlas sangat kita orang panggil sembahyang mayat, toksah duk pi lah senang -  kecuali kita tak ada duit sangat miskin, dhorurat sampai takleh makan itu termasuklah, tuan-tuan sekalian. Itu masing-masing.

Kadang kita nampak-nampak sangat, beli kereta tu hutang, bayar dengan duit sembahyang mayat, dia kata lepaih oo sebulan, lepas bayar.

Kena tak mati dua minggu, ni awat tak mati-mati ni, bulan ni takleh bayar duit kereta ni macam ni jadi.

Kita dah jadi macam korporat nuh, jadi macam korporat sangat, sedangkan benda itu asasnya.

Kenduri pun lagu tu.

Itu saya kata cuti-cuti sekolah ni, kalau boleh cuba adjustkan kenduri, toksah duk buat cuti sekolah, banyak sangat kenduri, tak ada makna.

Sepuluh kenduri tuan-tuan sekelian kita nak makan satu hari, nak makan macam mana?

Tujuan mai kenduri nak makan, siapa boleh elak ada kenduri musim sekolah ni lebih baik.

Kalau saya nasihat jangan buatla, sepuluh kenduri, rugi umat Islam tu. Bukan untung, rugi umat Islam, ekonomi umat Islam. Yalah, kalau kita makan sepuluh kenduri, esok pagi nak kena makan jugak.

Kalau makan sepuluh kenduri, sepuluh hari tak payah makan haa takpa.

Sepuluh hari tak makan ada sepuluh kenduri, save, haa itu, benda-benda tu kita adjust-adjust, kalau kita tak kalut sangat, cuba adjust.

Saya mintak maaflah kenduri berbelas-belas kat rumah saya, semua tu, hak takleh pi, saya mintak maaf lah memang tak mampu nak pi dah.

Letih, tuan-tuan saya cerita betul, tengok dua puluh kenduri, pi rumah nuh tak pi, pi rumah ni tak boleh, serba salah apa, saya letak kad kenduri kat tepi, saya masuk dalam bilik, saya tidoq.

Pening kepala.

Pi rumah ni tak boleh, orang kata apa, pening tuan-tuan sekalian. Jadi kita cuba adjust-adjust la, na..

Kalau boleh elakkan luar waktu musim cuti sekolah, kita buat. Kerana kita nak bagi orang makan. Kalau tak boleh jugak, soal lain, terpulanglah.

Tuan-tuan sekalian, kerana kita nampak banyak jadi kalut. Jangan kita suka mengikut-ngikut, sebab tu saya kata, cuba kita berfikir.

Tabiat dah, banyak sangat bertindan. Cuti sekolah lagi, satu bab dah. Sabtu Ahad lagi, bertindan lagi. Jadual pun sama, enam petang sampai lima petang lagi,  makanan pun sama, nak jadi macam mana?

Cuba kalau adjust time pun tak apa, dia ni enam petang sampai lima petang, rumah kawan ni pulak sambung, lima petang sampai sebelas malam, rumah ni pulak sebelas malam enam pagi, baguih jugak, boleh kan, kan sabtu apa semua, apa nak peliknya, yer dak?

Tak ada pelik. Tengok kedai nasik kandaq la ni sampai pintu pun takdak. Bukan dia segan nak buat pintu, nak tutup. Nak buat pintu buat apa? Bukan pernah tutup pun. Rugi aja buat pintu. Makan dua puluh empat jam, kedai nasik kandaq tutup bila? Dua hari dia tutup. Kiamat dengan bankrup, yang tu aja tuan-tuan sekalian. Jadi apa masalahnya?

Tuan-tuan sekalian, cuba kita cari hak untung dah apa semua

Tu yang saya cuba sebut di sini, tahun ni kita tak ambik akikah.

Tak boleh, kita tak ambik akikah.

Ramai orang marah kat saya, ramai sebab apa?

Kita musim daging korban banyak, duk huluq akikah macam tu? Korban ni ada empat hari aja boleh buat, hari pertama, hari kedua, hari ketiga, hari keempat. Tiga hari tasyriq, tiga hari aja, hari lain takleh buat, la ni nak buat korban tak boleh.

Akikah ni bila-bila boleh buat, baik kita pilih bila-bila orang tak ada daging daripada daging dah banyak dah, pi tambah akikah lagi satu lagi.

Jadi maknanya, membazir.

Sebab tu ibadat-ibadat jugak, cuba kita pikir semua ni, sebab tu saya kata tahun ni tak ambik akikah.

Akikah simpan masa kita nak rasmi asrama rumah musafir kita esok, inshaallah bulan Rabiulawal, kalau cukup duit apa semua, bagi akikah pulak, kita makan.

Sebab daging bertimpun-timbun sangat, daging korban banyak, daging dalam peti ais, masuk akikah lagi apa semua. Kita nak buat ibadat. Lepas pada tu kena bertembung benda ni boleh jadi membazir, tak membazir, fikir, sebab tu kena fikir dua bab.

Sebab itu saya kata pegi ke Mekah pun membazir haram jugak. Duk hingaq kata pi Mekah tuang duit, tu hak duk beli ikut dan,
Beli ni membazir di mana-mana pun, haram jugak, hukum sama aja. Ni pi beli cincin segantang, nak buat apa? Huh, segantang cincin. Jari sepuluh aja.

Fikir-pikirlah sama, hukum-hakam semua.

Banyak sangat aih berletiaq hari ni.

Sekiranya kita lakukan akikah dua tompok untuk satu nama, adakah perlu diniat sebanyak dua kali jugak?

Hak ni pun lagu tu jugak, buat ambik dua tompok, buat satu akikah, niat dua kali, niat aja la, akikah. Paham? Niat tu, tu saya duk hurai selalu dah.

Selepas sembelih korban perlukah dijirus air? Pulak dah. Lepas korban perlu dak jirus air? Atas haiwan sembelih oleh orang yang berniat korban tu, jirus darah-darah tu nak kena orang, taik-taik jiruslah, tu sebab tu, sebab senang nak urus apa semua. Tapi tak pernah suruh jirus air, bubuh sirih pinang, takut kerbau, tu takdak, tu cerita dia, wallahua’lam.

Ni faraid harta pusaka, tulis tak jelas, tak reti.

Yang kedua saya nak umum kat sini korban, yang tu kita ambik tiga, haa lima, kalaulah tuan-tuan nak masuk lagi korban, saya akan bawak balik korban tu ke kampong saya, kerana sana banyak orang susah, kita bukak lagi dua ekoq, pada hari raya kedua saya buat. Ini bagi orang nak buat korban, tetapi daging tak ambik, tu saja, haa daging tak ambik.

Jadi satgi ni, yang masuk dah ni korban, sapa yang nak daging tak mau ambik, boleh catit di situ. Insyaallah sana lebih banyak orang perlu lagi, banyak orang susah-susah apa semua.

Jadi saya cadang tahun ni saya nak buat di kampung saya dua ekoq, di sini lima, jadi tujuh. Jadi sapa yang nak buat di sana. Tapi yang dibuat di kampung tu daging, dia sedekah semua, sebab apa? Martabat korban ada tiga, yang paling afdhol, sedekah semua tak ambik langsung, yang kedua ambik untuk satu hari makan, martabat yang kedua. Yang ketiga, ambik satu pertiga daripada daging tu, kalau ambik banyak, lebih pada tu, tu tak dinamakan korban, tu nama dia makan anak-beranak nama dia.

Lepas pada tu derma, saya harap derma untuk asrama rumah-rumah musafir ni tuan-tuan teruskan, tu lah saya harap kalau ada dividen apa semua, duit bunga apa semua kita boleh guna untuk longkang dan tandas apa semua. Dan sini ada lagi satu pengumuman, kongres umat Islam Semalaysia jadi akan berlangsung di madrasah kita pada dua puluh tiga dan dua puluh empat mula daripada dua puluh dua, insyaallah wakil dia akan umum di sini satgi. Wallahua’lam.

Al-fatihah.

Doa

53:13

Popularity: 31% [?]


Actions

Informations