Syarat
23 03 2009Versi Audio :
Trankripsi :

Demikian lagi wajib meninggalkan perbuatan yang bukan daripada jenis sembahyang, seperti memukul tiga pukul, atau melangkah tiga langkah yang berturut-turut atau lain daripadanya atau satu langkah yang keji, seperti melompat ia, maka batal sembahyang dengan dia tetapi dimaafkan perbuatan yang sedikit jikalau banyak sekalipun, seperti menggerak anak jarinya
Itu dimaafkan..anak jari dia, dia gerak, dia letak sini dia garu, itu tak masalah apa, tetapi dia makruh kalau tak ada sebab apa-apa, sebab macam main janggut, sembahyang buat lagu tu, main janggut tu, tak batal tapi melambangkan dia ini tidak khusyuk sembahyang.
Khusyuk ni ada dua - khusyuk ni makna duduk diam, bukan hanya khusus pada hati.
Duduk diam hati, nama dia hadir hati.
Duduk diam zahir, makna qudu’, merendah diri.
Jadi, maknanya kita sembahyang mesti khusyuk. Khusyuk ni kedua-duanya sekali, hati kita khusyuk tetap, badan kita khusyuk juga tetap.
Maknanya kalau nak bergaru ka apa, biarlah orang panggil ketika perlu, sangat-sangat perlu.
Kalau sekiranya tak perlu, tak payah kita bergerak, tak payah kita bergaru sana, bergaru sini, tak payah.
Sebab tu dulu, para sahabat bila dia sembahyang, sampai burung boleh hinggap dia atas kepala, sembahyang di tengah padang, burung hinggap atas kepala, sebab burung diingat kayu, punya tetapnya sembahyang tu sampai burung pun tak sangka tu manusia.
Ni kita sembahyang, menatang apa berani hinggap, nyamuk hinggap, nyamuk arwah, siapa berani hinggap, tambah burung, umph.. tak ada apa berani hinggap aih.
Punya menggelisah sana menggelisah sini, mengeluh pun ada dalam sembahyang, hagh bunyi, tanda malas!
Sebab tu, sifat sembahyang ni masuk dengan rupa rajin, tu akhlak dia, masuk dengan penuh rajin.
Jangan. Kita nak mengadap Allah Taala, takkan nak buat rupa mengeliat.
Tambah tu sebut tu sembahyang witir, lagu tu - tok imam nak abis satgi ni baru dia naik, Allahuakbar.. duk elok Allahuakbar ,tok imam pun ruku’, dia pun ruku’.
Awat nih?
Fatihah tok imam tanggung.
Boleh petua lagu tu, ha pakai hak tu, tu saya kata hukum ni kita belajar, bukan kita nak beramal terus guna untuk waktu-waktu tertentu aja, macam cara kita menambah lepas sembahyang. Bukan kita nak beramal terus.
Masa dia tak reti tambah tu, dia mari bila pun awal, bila pun awal, yang tu yang baik, pasal tak reti tu.
Bila dia mengaji sikit, tak cukup satu, tambah satu, dia reti pulak cara tambah, bila pun lambat.
Ni orang panggil, bodoh tok lebai, ni nama dia.
Jadi maknanya bukan dia suruh kita beramal terus.
Maknanya kalau kelam-kabut, kenapa masa kita tak reti dulu kita boleh awal? Ni kata berhenti tambah, saja duk menyembang bukan ada apa, satgi tak apalah, aku tambah kemudian, sedangkan imam takbir, kita takbir, pahala besar, pahala yang sangat besar.
Seandainya dunia ini dijual semua harta benda milik kita, wakaf semua harta benda tu, belum lagi kita dapat menyamai pahala imam takbir, kita takbir - berebut sikit tang pahala, tu cara dia..
Baik.

Tetapi dimaafkan perbuatan yang sedikit jikalau banyak sekalipun, seperti menggerak anak jarinya, dan membilang tasbih, dan menggaru-garu anak jarinya, dengan tiada bergerak tapak tangannya, tiada batal sembahyang dengan dia.
Ha..kalau menggaru tiada batal sembahyang dengan dia.

Dan ke sembilan jangan mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa, di dalam sembahyang, seperti makan dan minum.
Itu batal.
Maknanya dalam kita takbiratul ihram, maka ketika itu jangan membuat perkara yang membatalkan puasa, kerana dalam sembahyang tu puasa sekejap.
Tu yang nama takbiratul ihram, sama dengan ihram, ihram haji dan ihram umrah, bila dia sudah niat ihram, dia mengharamkan segala yang halal, tu cerita dia.
Sebelum tu halal, gunting rambut halal, tutup kepala halal, pakai minyak wangi-wangian halal, bahkan sunat pulak, sebelum tu.
Tapi bila dia niat ihram, jadi haram.
Kenapa? Kenapa? Kerana ada hikmat dia.
Supaya kita bila kita sudah niat ihram, kepala kita ni tak fikir bab lain dah, fikir bab ibadat aja, fikir nak buat ibadat semata-mata, tak payah fikir bab lain dah, sebab tu diharamkan.
Sebab itu benda yang boleh buat, diharamkan - bimbang, takut lalai.
Jadi, kalaulah benda tu tak masuk dalam pantang larang ihram, tapi kalau ia juga boleh melalaikan, perlu kita tinggal walaupun tak masuk dalam pantang larang ihram.
Macam tangkap gambar ketika ihram, itu melalaikan, berposing sana, berposing sini, kerabat naik atas unta, menjerit bukan-bukan, apa makna?
Apa makna kita duk dalam ihram? Supaya kita ni tumpu hak tu ja, tu cara dia.
Ni dalam ihram duk jadi lagi, ni yang ihram di Tana’imm daripada Tana’im nak sampai mekah ni, daripada sepuluh minit lima belas minit.
Daripada Tana’im nak sampai ke Mekah tu, oleh kerana tak masuk dalam pantang larang ihram hisap rokok, dia perabih lagi rokok dua batang, sementara nak sampai Mekah, sama naik dengan drebar teksi tuh.
Tak patutla benda ni.
Makna, tak payah buat.
Kita cuba pegi ke lebih sikit, sebab tu takbiratul ihram ni pun begitu. Dia senaraikan - supaya bila kita takbiratul ihram, kita toksah pikiaq bab lain dah.
Fikiaq nak sembahyang aja.
Benda apa yang melalaikan? Tak payah.
Makan asalnya halal, tapi jadi haram, bercakap asalnya halal, tapi jadi haram, sebab bila kita sudah niat, sesudah takbiratul ihram.
Sebab tu bila orang tanya saya, macam mana ustaz? Apabila orang menjadi imam, khasnya selalu bulan-bulan Ramadhan, orang letak quran di depan, tok imam berpandukan quran, boleh ka tak boleh? Bila kita tengok tidak ada satu pun yang mengatakan tak boleh dan tak ada yang mengatakan boleh, sebab ini pun orang baru buat.
Maknanya pada asalnya dibolehkan kerana tidak ada nampak perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang.
Tetapi bila kita balik balik dalam takbiratul ihram kenapa? Tak boleh makan, tak boleh minum, haa apa lagi, tak boleh bercakap, tak boleh bergerak tiga kali berturut-turut sebab apa? Kerana benda ni boleh mengganggu sembahyang, boleh mengganggu tumpuan kita dalam sembahyang benda ni.
Kalau sekiranya kita letak quran di depan, dan duk ralit nak tumpu baris dia, duk ralit duk tumpu sabdu dia, duk ralit nak tumpu, jadi tak khusyuk.
Maka tidak sampai matlamat takbiratul ihram tu.
Kerana dalam sembahyang kalau kita ingat neraka syurga pun masih lagi tak khusyuk. Tambah duk fikir sabdu, panjang apa tang mana baris panjang apa semua, makna dia mengganggu matlamat takbiratul ihram tu, tak kesampaian.
Itu saja, saya tak kata tak sah, saya tak kata tak boleh, nanti mari pulak ustaz-ustaz bertimbun mari rumah saya duk kata siapa kata tak boleh, sapa? Ustaz-ustaz ni pun haru jugak.
Tuan-tuan sekalian,
kadang-kadang hak pi cerita tu pun tak paham. Cerita tak paham.
Matlamat takbiratul ihram tu tak sampai. Boleh, dan sah sembahyang. Tapi hati kita sembahyang ni nak mengadap Allah Subhaahu Wataala. Boleh ka tak boleh?
Kalau boleh, haa sila..
Tapi kalau nampak ganggu, nampak kelam-kabut, nampak apa semua, jadi tujuan tak bagi makan tu tak bagi kelam-kabut, macam katakanlah dalam sembahyang boleh makan, katakanlah sembahyang boleh makan, jadi lagu mana? Allahuakbar, ambil kacang makan kaw kaw kaw, kumur pulak kaw kaw kaw, bolem minum pulak, minum ayaq pulak, sambung baca lagi baca, mengarut ja jadi, jadi haram takbiratul ihram, tu senang.
Begitu jugak bulan puasa, puasa ni dia tak bagi makan tak bagi minum, tu perkara yang asas, dan tak bagi bersetubuh di siang hari. Tu perkara asas, benda nafsu, kerana tujuan kita puasa, kita nak kekang nafsu kita.
Jadi kalau tak termasuk dalam senarai tu, kalau benda tu boleh menggemukkan nafsu, tak payah buat, walaupun tak masuk dalam perkara yang membatalkan sembahyang.
Contohnya bulan puasa kita dengar muzik, ataupun nasyid-nasyid yng dihalalkan. Sebab tu la saya sebut bulan puasa hari tu pun, tak sepatutnya bulan puasa kita dengaq nasyid, tak sepatut. Kalau nasyid pun tak sepatutnya, lagu rock pun lagi tak sepatutnya lah.
Ada dia kata ustaz ni nasyid - bukan haram.
Betul..bukan haram, tapi dia lebih kepada menggemukkan nafsu. Perut tak makan, tak minum, tak apa, tapi kaki duk gedik, syok dengaq tu, jadi makna puasa tu tak ada, makna puasa tu tak ada.
Lebih baik bulan puasa ni dengar quran, dengar zikir, dengar apa, sesuai dengan tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh setubuh tu.
Yang ni pun gitu, sebab tu diharamkan makan dan minum.
Kita nampak sangatlah, bila sebut perkara-perkara yang membatalkan sembahyang, bahawasanya dia lebih menjurus kepada, supaya kita sembahyang ni khusyuk, tu tajuk dia.
Sebab tu saya kata khusyuk ni wajib.
Yang masalahnya kita bubuh khusyuk ni sunat.
Khusyuk ni wajib.
Dan termasuk daripada rukun sembahyang.
Jangan terkejut. Sebab apa?
Sebab dia mula dengan takbiratul ihram. Dan dalam takbiratul ihram syaratnya, mesti kena hadir hati di situ. Nampak dak? Mesti kena hadir hati dalam takbiratul ihram. Hadir hati itu khusyuk.
Makna kalau dalam takbiratul ihram, kita tak hadir hati, kita tak khusyuk, sembahyang kita tidak sah.
Tapi masalahnya oleh kerana kita kata yang tu saja wajib, dia jadi yang tu aja lah.
Fatihah, tak payah hadir hati.
Ruku’ tak payah hadir hati.
Sujud tak payah hadir hati.
Tu kata kita ni betui tunggui nama dia. Betul sangat, nama dia.
Jadi, sepatutnya bila tang takbiratul ihram kita kena hadir hati, kita kena khusyuk tang tu, kita bela dia sampai salam. Paham?
Kita jaga dia sampai salam. Sebab hak mula pun kita mula dengan khusyuk, takkan kita nak sudah dengan tak khusyuk. Takkan nak kena sebut, fatihah kena hadir hati, ruku’ kena hadir hati, sujud kena hadir hati, salam kena hadir hati, macam takbiratul ihram semua. Ha teruk la lagu tu.
Kerana martabat-martabat orang sembahyang tak sama. Mungkin sampai peringkat kita, kita dah paham syarat-syarat sembahyang, kita dah paham rukun-rukun sembahyang, kita dah paham sunat ab’ad, kita dah paham sunat hai-ah, kita kena ke arah situ pulak.

Qod aflahal mukminuun, allazinahum fi solaatihim khoosyi’un.
Sesungguhnya berjayalah orang beriman, yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk.
Ke arah nak berjaya, kita bukan budak-budak, saya habaq dah, kita bukan budak sekolah, budak tadika, baru belajaq sembahyang, dah clear dah. Cuma kita nak kita bersiap untuk mati.
Hati kita kena jinak dengan Allah Subhanahu Wataala.
Hati kita kena dekat dengan Allah Subhanahu Wataala.
Macam ayat yang kita baca tadi, yasjuduun, Allah Taala janji, orang yasjuduun ni, orang yang sujud kepada Allah, saliiman, orang yang selamat.
Jadi macam tu lah, Allah nak test lagi sujud sekali, bila kita mengadap Allah Subahanahu Wataala, sekali. Allah nak test.
Siapa yang boleh sujud betul, siapa yang tak boleh sujud betul.
Makna kalau kita tengok sujud, kena cara dia maknanya betui dah.
Tu saya kata - tak semestinya sembahyang yang sah itu diterima.
Jadi maknanya kalau sebut sujud pun nak ditest sekali lagi, betui ka tak betui kita sujud ni, macam mana yang lain-lain? Hak tu kita bimbang takut kita di dunia ni orang yang sembahyang, pegi ke akhirat esok tak dinamakan orang yang sembahyang. Nauzubillah min zaalik.. haa itu maknanya.
Baik.
Sebab tu makan, tak boleh makan, tak boleh minum. Kalau boleh makan, kalau minum batal sembahyang, tidak nama hikmat sembahyang tu sampai. Tak nama orang sembahyang.
Baik.
Kecuali lupa.
Puasa pun kalau nama terlupa, terlupa sungguh, tak puasa, terlupa, pi makan nasik sebesen. Kenyang merenih. Tak batal puasa, alhamdulillah nak wat lagu mana lupa hak ni, jangan buat-buat lupa sudah. Tak apa.
Tapi dia berbeza dalam sembahyang.
Maknanya kalau terlupa dalam sembahyang pun makan, memang terlupa, tetapi kalau sedikit tak batal, kalau banyak dalam sembahyang terlupa, batal jugak. Lekat seketul nasik celah gigi, tertelan, terlupa, tak batal - sunat sujud sahwi, sebab sikit.
Puasa tak kira, sikit ka banyak, tak batal.
Sembahyang kalau sedikit tak batal, kalau banyak terlupa batal. Sebab apa? Nadir, pelik sangat.
Tengah sembahyang makan nasik sepinggan, lupa. Gila! Mana tau mana tau, batallah kot mana tak ada pun. Haa sebab tu dikira batal, sebab pelik. Nampak?
Cakap pun lagu tu. Kalau bawah pada enam patah, terlupa dia bercakap, tak batal. Tapi, kalau lebih, batal. Dia batal kalau dia bercakap.
Sebab tu saya duk sebut selalu, Allah Subhanahu Wataala maafkan benda yang orang panggil benda yang kita tak boleh kawal. Allah maafkan. Dia memang macam tu.
Macam sedih, meleleh air mata, yang ni Allah maafkan. Dalam sembahyang ataupun di luar sembahyang. Berlaku kematian, kita sedih, meleleh air mata kita apa semua, yang ni memang tak boleh buat apa, yang tu tak haram.
Tapi kalau teriak huhuuu tu haram! Berdosa. Sebab ni memang hang buat.
Dalam sembahyang pun begitu, kalau sekiranya kita sembahyang meleleh air mata, sedih saja, tak batal sembahyang. Tapi kalau sembahyang bunyi huhuhuu batal. Sebab memang hang buat. Dia termasuk daripada perkara yang bercakap nama dia. Tu termasuk daripada orang panggil berbunyi perkataan yang bercakap.
Tu kata yang menangis dalam sembahyang tu batal. Tapi kalau meleleh air mata sedih gini takleh wat apa. Nabi saw meleleh, tapi bila berlaku huhuu dia panggil meratap dalam sembahyang, tu hukum dia haram, berdosa.
Jadi maknanya benda ni bukan benda yang boleh berlakon, bukan benda hak boleh buat-buat. Maknanya buat biar kena dengan cara dia. Kadang kita sedihlah bila qiamullail dia duk huuk huuk gitu, memang batallah. Sebab dibuat-buat nama dia.
Sedih ni, macam teriak, teriak orang mati. Meleleh air mata dia, sedih sayu dia. Haa itu takpa.
Tapi hak hukhuk bunyi, dia kata ustaz, saya tak sengaja bunyi suara ini, memang hang sengaja. Sebab tu laa yukallifuuhu nafsan illa wus’aha, Allah Taala tidak memberati sesuatu kecuali benda yang dia mampu. Benda yang dia mampu, benda yang tak mampu haa takpa. Duk saja hang buat tak boleh, tu cara dia.
Baik.

Dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka seperti memasukkan dalam hidung dan telinga, dan sampai kepada batin keduanya, dan dengan kalau digagahi akan perbuatan sedemikian sekalipun, kerana nadir yang demikian itu.
Itu batal. Maknanya kalau memasukkan dalam rongga terbuka, termasuklah kalau orang tojoh apa-apa yang ni, apa-apa dalam lubang telinga kita tengah sembahyang pun batal jugak, walaupun bukan perbuatan kita.

Dan dua gerak atau dua langkah yang sedikit, namanya pada ‘uruf tiada batal sembahyang, inilah sembilan syarat, maka wajiblah kita pelihara akan dia supaya sah sembahyangnya, dan jikalau tinggal salah satu syarat, daripada keduanya, tiada sah sembahyangnya. Demikian lagi setengah daripada orang memelihara sembahyang,

dan mendirikan dia seperti disuruh oleh Allah Subhanahu Wataala, hendaklah mengetahui dan mengerjakan daripada segala rukunnya.
Habis dah syarat, insyaallah kita masuk minggu depan rukun sembahyang. Wallahua’lam.
41:36
Popularity: 28% [?]