Syarat
23 03 2009Versi Audio :
Trankripsi :
Jadi dalam sembahyang ni macam saya sebut, bukanlah sampai takleh bergerak langsung. Bukan pakai betui terus gitu, tidak.
Ada sampai waktu-waktu ketika, kita boleh guna budi bicara kita dalam sembahyang, tak ada masaalah.
Macam saya kata telefon bunyi dalam sembahyang, dia terlupa tutup - yang paling baik, tutup sebelum sembahyang, sembahyang tutup semua.
Tapi kadang-kadang kita terlupa, bubuh dalam poket seluar, lepas pada itu berbunyi. kita bubuh dalam poket baju melayu berbunyi tengah sembahyang, sua tangan, tekan la, tak batal sembahyang.
Yang dok biar bunyi satu masjid lagu bukan main sedap pasai apa?
Kacau habis dengan tok imam dengan apa, sua tangan tekan, tutup buang - bukan batal.
Kita kena faham yang batal ni tiga kali gerak berturut-turut.
Dok dalam poket baju, seluk tekan aja, sama ada tekan padam ka, atau pun tekan bagi bunyi, bagi dia dengar kata kita sembahyang - satgi kita padam, satgi dia call pulak .
Yang orang nak telefon ni pun satu haru sampai tak kira waktu sembahyang, dia kira macam dia, dia tak sembahyang -kira orang la sama. Time maghrib telefon, time orang sembahyang zohor telefon, cuba agak sikit - jenis yang dok telefon tak tau hala tak kira waktu sembahyang ni tuan-tuan, ni jadi tak sembahyang, dia ingat orang macam dia gamaknya.
Tuan-tuan sekelian,
Jadi tak sepatutnya, kalau jenis orang bukan islam tak pa la.. tuan-tuan semua islam. Jadi kalau terbunyi jugak, sua tangan tutup - jaga jangan tiga kali bergerak berturut-turut aja. Kalau siap dok dalam poket, nak kena bukak zip lagi, nak kena apa, memang la tak boleh, susah la - jadi kalau setakat sua tangan tekan saja, takda masaalah.
Begitu jugak kalau sekiranya makmum di depan batal sembahyang, kita tahu kalau sekiranya dia melintas di hadapan orang sembahyang tu berdosa, haram.
Bahkan ia termasuk daripada dosa besar - melintas depan orang sembahyang ni- nabi sebut, seandainya manusia boleh nampak pahala, seandainya manusia boleh nampak dosa melintas di depan orang sembahyang itu, nescaya dia tidak akan melintas walau pun dia terpaksa berdiri di situ selama 40 tahun - maknanya bayangan dia dosa besar, dia takkan melintas walaupun dia terpaksa berdiri di situ selama 40 tahun sekalipun.
Jadi dah dia tak ada jalan dah, nak lalu kot tu orang pakat sembahyang semua, yang nampak elok sikit pun tengah-tengah sejadah tu aja, kosong ja, tu yang dia pederas kot tu tu, sebab, orang-orang sembahyang ni pulak dia tak bagi ruang
Maknanya kalau kawan kita batal, genjak la sikit bagi dia lalu. Belah saf tu, itu aja. kawan ni genjak sikit, kawan ni genjak sikit, ha, dia boleh lalu elok, tak ada masaalah pun, bukan nak batal.
Dia boleh berjalan dalam sembahyang, boleh bergerak, tak ada masaalah.
Yang tak bolehnya, tiga kali gerak berturut-turut, sekali takpa - hang genjak sikit, genjak, ha, dia boleh lalu elok.
Ni masaalahnya orang kita tak bergenjak - yang kawan tu, tempuh tak bagi, tempuh tak bagi, tempuh tak bagi, keras macam patung. Akhirnya, hmm..payah sangat, aku tibai kot ni, padan muka aku, padan muka hang.
Maknanya, yang tak mau bagi ni pun.
Jadi buka ruang kat dia, bagi dia lalu. Takkan nak biaq dia berdiri tercegat kat situ, malu jugak kawan pun, buka jalan bagi dia lalu. Jangan kita betui sangat. Bukan nak batal, sebab tu, kita ni terlampau kejap sangat, sampai tak boleh buat apa langsung.
Yang tok arab pulak sampai longgar sangat pulak dah, setengah pada tu - bukan semua lah - kita tengok kot mekah, kadang tu tengah sembahyang, yang perbetul serbanlah, apa semua, tu terlajak longgar pulak dah.
Orang telefon tu boleh angkat telefon, tengok sapa call, letak balik - dia loqlaq. Ada macam tu. Ooo hang ka.. bubuh balik apa semua.
Yang tu longgar pulak sangat dah, setakat tutup jadi, sampai tengok sapa call pulak dah. Maknanya, jangan ketat sangat, jangan longgar sangat,kita orang melayu ni terlampau ketat,ketat sangat-sangat - sampai begitu, makna cara dia.
Macam saf gitu jugak, saf, orang kita bab saf tak peduli, tak peduli sangat - berselerak apa semua sini.
Mari setengah orang pulak dia terlampau sangat sampai nak bergerak tak boleh.
Dia tekan masuk tu sampai…
Kita biar bersederhana.
Kita kadang sana sejuru, tang ni sejuru, tang ni sejuru, jadi lagu tu.
Sama muslimat pun, tuan-tuan sekelian, muslimat belakang tirai tu - kadang-tu, masing-masing fatwa.
Kawan ni mengaji ustaz kata belah kiri, dia dok belah kiri, kawan ni mengaji ustaz dia kata belah kanan, belah kanan. Ustaz dia pulak kata belah tengah, ha, tengah.. tu yang jadi setengah tiga orang, tang ni empat orang, tang tu lima orang.
Dunia yang la ni dok bergaduh pun kes mazhab gitu, dok berkelahi Iraq la apa semua bergaduh gitu.
Cuba benda ni benda pendapat ulama’, bila berlaku lagu tu kalau kita yang mula, kita boleh guna yang kita belajar, tadi bila kita tengok orang dah dok tang tengah dah semua, kita nak pi dok penjuru tu sorang-sorang tak patut.
Cerita dia, saf gi dok belah mana pun sah, cerita dia dok belah mana pun sah. Memang pendapat ulama macam-macam. Pendapat ulama’ macam-macam..
Macam mula-mula belah kiri dulu, tang tengah ka apa semua, tetapi bila kita tengok yang mana yang lebih baik.
Tujuan kita sembahyang, duduk saf melambangkan penyatuan orang islam, orang islam ni bersatu.

Innallahha yuhibbullaziina yuqatiluna fi sabilihi saffan kaannahum bunyanum maksus - Surah As Saff - ayat 3
Sesungguhnya Allah taala kasih orang yang berjuang pada jalan Allah itu bersaf-saf sepertimana bangunan yang berdiri kukuh
Jadi, sembahyang itu sebagai asas, sembahyang.
Maknanya amalan sembahyang ni, kita boleh bawak semua dalam kehidupan dunia, semua dalam kehidupan dunia, semua kita boleh bawak kalau kita paham.
Sebab tu dalam bab pemimpin pun saya sebut - dalam bab memimpin, islam benarkan orang perempuan memimpin berdasarkan dalam soal imam - dalam perkara yang berkaitan dengan imam dalam sembahyang, tetapi imam bukan sebarangan.
Jikalau imam itu melibatkan laki-laki dan perempuan, orang laki-laki saja boleh jadi imam, orang perempuan tak boleh. Orang perempuan tak boleh menjadi imam, sebab dia ada orang laki-laki.
Tetapi jikalau sekiranya sembahyang itu hanya melibatkan orang perempuan sahaja, hanya melibatkan orang perempuan sahaja, tidak ada orang laki-laki, maka orang perempuan boleh menjadi imam untuk orang perempuan.
Yang ni kita kena tunduk hukum Allah Taala gitu - dan Allah taala pun sebut dalam quran ‘Ar-rijal qawwamuna ‘ala nisa‘.. orang laki-laki mengatasi daripada oran g perempuan.
Maknanya orang laki-laki ni, yang Allah taala buat dia begitu, jadi janganlah kita tunduk sangat kehendak orang perempuan, kehendak dunia lagu ni.
Tekanan daripada wanita, memang sekarang wanita ramai, tetapi kita tidak boleh menggadai - tak boleh menggadai hukum Allah subhanahuwataala.
Memang begitu - dia nak jadi pemimpin, piemimpin-pemimpin yang nak lantik orang perempuan ni mestilah yang berkaitan dengan orang perempuan, tak apa.
Kalau nak memimpin sampai melarat orang laki-laki habih, tak boleh!
Sebab tu kita kena bawa ajaran, ajaran dalam sembahyang ni bawak pergi ke luar.
Sebab tu dulu riuh seorang perempuan di belah amerika - nama apa? Aminah Wadud - dia jadi imam pada sembahyang jumaat.

Dunia riuh, dunia riuh, memang tak betul, tapi hakikatnya dunia sekarang memang macam tu - tu kita paham.
Ada wanita-wanita jawatan-jawatan yang tak sesuai pada orang perempuan, diberi pada orang perempuan.
Ketua trafik orang perempuan, tetuan sekelian, cuba tuan-uan pikiaq tengok.
Baru-baru ni kedah pulak tahun ni nak bagi d.o pulak orang perempuan, tahun depan pulak ni..d.o.
Jawatan-jawatan yang tak sesuai dengan dia.
Bukan tak boleh, tetapi ambik jawatan dalam sembahyang tu - tengok - yang mana boleh jadi imam. Kalau berkaitan dengan orang perempuan..ok, sila.
Bukan kita nak menekan orang perempuan, tapi kita kena paham, sebab kita orang sembahyang, orang perempuan pun sembahyang, serupa sembahyang,
Allah taala dah tetap lagu tu dah.
Tapi kita tengok la ni, saya bimbang. Keadaan sekarang ni, bimbang. Bila pencen jawatan-jawatan yang ada, semua orang perempuan ambil alih, walau pun tempat tu tempat orang laki-laki.
Bukan saya nak bela laki-laki, tapi kita tengok teruk sangat dah pencen satu naik orang perempuan, pencen hak laki-laki naik orang perempuan, hak orang perempuan pencen tak ganti dah, memang depa - ketegaq jugak orang perempuan ni pun.
Jadi maknanya jawatan-jawatan kadangnya yang tak sesuai.
Mana kalau keadaan ini berlaku, teruk. Sebab tu, tidak nabi tak sebut la, akan berlaku di akhir zaman, tanda-tanda kiamat, satu musibah seorang laki-laki sama dengan 50 orang perempuan - maknanya orang perempuan ramai, orang laki-laki sikit.
Maknanya dia akan jadi masaalah, dia akan jadi masaalah, memang gini pun.
La ni memang orang laki-laki sikit, orang perempuan ramai.
Mati pun tak sama, orang mati - orang laki-laki mati lebih ramai daripada orang perempuan khasnya di kalangan muda-mudi.
Hak rempit motor ni orang laki-laki..tu paham.
Hak dok terbalik motor ni kalangan orang laki-laki.
Jarang kita dengan minah rempit, dok ada mat rempit - minah rempit tak berapa ada. Maknanya ni banyak mati - dalam peperangan, banyak mati orang laki-laki.
Bahkan kalau orang perempuan mati memang riuh - sampai wanita dibunuh apa semua. Orang laki-laki mati tak apa dalam peperangan ni, biasa, orang anggap biasa.
Dia makin jadi lagu tu.
Sebab itu kita, paham bab sembahyang, kita kena terima, kena terima. Jawatan-jawatan yang ada, orang perempuan boleh jadi pemimpin tetapi biarlah macam dalam sembahyang. Imam untuk orang perempuan sahaja, tapi bila melibatkan laki-laki dengan perempuan, imam sembahyang mesti laki-laki. Maknanya bawak pi ke luar sembahyang pun amalan tu - selamat dunia akhirat - sebab tu kita belajar bab sembahyang ni bagi paham sampai lebih sikit, paham lebih sikit - pengasingan laki perempuan, jangan amalan tu dalam sembahyang aja, bawak pergi ke luar sembahyang, tu cara dia.
Baik.
Popularity: 27% [?]