Syarat
22 03 2009Versi Audio :
Trankripsi :
Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘ azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
Muka surat berapa hari tu?…dan demikian lagi..tang tu?…wajib meninggalkan perbuatan yang bukan daripada jenis sembahyang..tang tu?..ha?…muka surat enam?

Dan kedelapan, meninggalkan melebihkan rukun fi’li dengan sengaja.
tang tu ha?.. kedelapan.. meninggalkan melebihkan rukun fi’li dengan sengaja.
Itu termasuk daripada perkara2 yang menjadi syarat sembahyang - meninggalkan melebihkan rukun fi’li dengan sengaja- batal sembahyang . Kalau rukun fi’li dilebihkan dengan sengaja - ruku’ dua kali, sengaja, batal; sujud tiga kali, sengaja,batal. rukun, rukun fi’li..
Ada pun rukun qauli kalau dilebihkan, maka dia tidak tidak batal tetapi tidak disuruh.
Toksah buat la..baca fatihah dua kali dalam satu rakaat.. maka dia tidak, tidak batal..tidak menyebabkan sampai batal..tapi tidak disuruh.
Tidak disuruh.
Takbiratul ihram sampai lima enam kali, tidak disuruh..sekali saja..
Tahiyat pun, kalau dia buat beberapa kali tidak batal..tapi toksah buat la walaupun tidak, tidak batal.
Yang batalnya rukun fi’li.
Kan dalam sembahyang ada tiga rukun..pertama namanya rukun qalbi..rukun yang bangsa hati..na..dia bangsa hati..ada yang mengatakan dua, ada yang mengatakan satu..ha..rukun qalbi ni..yang mengatakan dua itu..ha..niat dengan tertib..
Ada yang mengatakan tertib itu tak termasuk dalam rukun qalbi..jadi, kalau yang mengatakan tertib itu tak termasuk dalam rukun qalbi, maknanya rukun qalbi ada berapa?…satu saja..niat .. niat saja..yang lain tak dak.
Yang ketiganya rukun qauli..rukun yang bangsa ‘qaul’..yang bangsa ‘kata’, baca fatihah, takbiratul ihram, tahiyat, selawat..ini orang panggil rukun yang bangsa ‘kata’.
Yang ketiga, yang bangsa fi’li..yang bangsa ‘buat’..makna rukun yang, yang bangsa ‘buat’
Kalau buat macam ruku’, sujud, iktidal..itu yang bangsa buat.
Jadi rukun fi’li nilah kalau sekiranya terlebih rukun fi’li dengan sengaja dia buat, maka pada ketika itu batal sembahyang dia..

Maka jika sujud ia tiga kali, atau ruku’ ia dua kali, seperti ia sujud di atas suatu yang tajam,maka diangkat dahinya, maka sujud pula, nescaya menambahi sujud jikalau sedikit angkat kepala sekalipun.
Contohnya dia sujud diatas suatu yang tajam..katakanlah sujud masjid tu..tok siak tu malas nak vacium ka apa, batu banyak.. pasiaq banyak.
Kena pulak batu tu tajam pulak, dia sujud atas batu tu.. sakit dahi dia..dia angkat sikit, dia pi sujud tang lain..itu pun dikira tambah rukunfi’li.. batal sembahyang..
Kalau dia sujud atas tajam, tak sedap.. contoh dia angkat dia pi sujud tang lain..maka batal sembahyang.
Angkat tu tak boleh sebab dia tambahlah, walaupun angkat sikit.. atau pun dia turun tu laju sangat.. orang panggil apa.. setengah orang panggil menintin-angkat, terangkat, jatuh, angkat, sujud sekali lagi, yang tu pun, maka ditambah rukun fi’li - batal sembahyang.
Tapi kalau kita sujud - heret takpa.
Katakan sujud, tang tu tak sedar la ada batu ka, heret pergi sujud tang lain , itu boleh la.
Tapi kalau heret ka, sedap lagi la dahi tu..!
Jadi maknanya orang panggil lagu tu takpa, tapi kalau angkat, maka ditambah rukun. Tambah rukun fi’li, maka batal sembahyang.
Begitu juga ruku’.
Ruku’, kalau ruku’ dua kali dalam satu rakaat.. kecuali sembahyang yang dibenarkan ruku’ dua kali.
Macam sembahyang gerhana matahari dan sembahyang gerhana bulan. Sembahyang gerhana matahari dan gerhana bulan, maka yang paling afdhal.. maka ruku’ dua kali. Qiam, baca fatihah, baca surah, ruku’ - lepas tu bangun daripada ruku’, baca fatihah, baca surah, ruku’ lagi skali, ruku’ lepas daripada ruku’ yang kedua baru iktidal.
Itu untuk sembahyang gerhana., memang kafiat dia begitu.
Cuma berlaku khilaf ulama’, ruku’ yang kedua itu, nak baca fatihah semulakah ataupun tidak, berlaku khilaf ulama’.
Ada ulama’ mengatakan, pada ruku’ yang kedua itu, bangkit daripada ruku’ tu, bangkit daripada ruku’ yang pertama tu, ada pendapat yang mengatakan kena baca fatihah semula dan baca surah.
Ada jugak pendapat ulama’ mengatakan, hanya kita baca surah sahaja- tidak perlu baca fatihah semula, kerana di awal tadi dah baca..maka kita boleh ambil mana-mana pendapat yang kita nak pakai.. tapi yang lebih selamat, baca fatihah lagi sekali.
Itu pendapat yang lebih selamat,dua kali, dua kali fatihah - maknanya untuk sembahyang, sembahyang gerhana matahari.
Ada pun lain daripada sembahyang gerhana matahari, maka yang tu batal..
Sebab tu kadang berlaku sembahyang raya.. kita kena faham sembahyang raya, takbir yang tujuh kali pada rakaat yang pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua itu, sunat.. bukan wajib, unat…
Sunat dia pulak termasuk daripada sunat..sunat haiat..sunat haiat..
Maknanya bila kata sunat haiat, kalau tertinggal, tidak perlu sujud syahwi. Tinggal sunat haiat, sama dengan kita tinggal baca iftitah, sama macam kita tinggal baca subhanarabbial ‘azim, subhanarabbial ‘ ala.. maknanya dia tak jadi apa..tak jadi apa..
Maknanya kalau tok imam terlupa takbir yang, yang tujuh kali pada sembahyang raya tu, biaq pi kat dia.. Bahkan, kalau sekiranya dia baca surah dah, dia baca fatihah dah, tidak disunatkan dia berhenti fatihah pi takbir.. tak disunat dah.
Kerana apa?
Kerana takbir tu sunat
Baca fatihah itu wajib.
Maknanya bila dia buat perkara yang wajib, maka takkan dia nak berhenti yang wajib, pi buat yang sunat..tu tak betul.. tu tak betul.
Teruskan, takda masalah apa dan tidak batal..tidak batal.
Sama juga kita takbiratul ihram, terus baca fatihah.. terlupa kita nak baca iftitah, maka tak payah kita berhentikan fatihah itu.. teruskan fatihah.
Maka kita tinggalkan iftitah, sebab kita terlupa di awal tadi.. maknanya tak patut kita buat rukun, kita baca fatihah, berenti fatihah, pi buat yang sunat.. tak patut.. tak kena cara dia.
Jadi takbir tu, yang saya kata takbir yang tujuh kali tu sunat.. sembahyang berjemaah untuk sembahyang raya itu pun sunat, bukan wajib..
Yang wajib berjemaah sembahyang jumaat.
Maknanya kalau kita tak sempat pergi masjid, atau pun uzur pergi masjid pada hari raya haji atau raya puasa, maka kita boleh sembahyang raya di rumah.
Sembahyang raya di rumah, buat macam mana kita..ha, buat macam mana kita sembahyang raya di masjid tu.
Cuma tak baca khutbah lah.. sorang-sorang pepagi raya baca khutbah, depa kata apa orang tua ni.
Jadi untuk sorang tak perlu baca khutbah
Jadi boleh sembahyang raya sorang-aorang di rumah.. takda masalah.
Sekurang-kurang sembahyang raya itu, macam sembahyang kita sembahyang sunat qablaih ba’diah, macam tu saja.
Yang akmal, takbir tujuh kali pada yang kedua, dan takbir lima kali pada rakaat - takbir tujuh kali pada rakaat yang pertama dan takbir lima kali pada rakaat yang, yang kedua..jadi kalau terlupa, maka tiada masaalah..
Maka tok imam kena faham kata takbir ini sunat, makmum pun kena faham.. makmum pun kena faham.
Sepatutnya masa tok imam bagi.. bagi taklimat tu, dia kena cerita benda ni, takut terlupa.
Memang la biasa kita - Allahuakbar, habis iftitah baca fatihah.. biasa kita sembahyang begitu, cuma setahun sekali sembahyang, abih iftitah, pi takbir ni..
Memang biasa kita bangkit daripada rakat yang pertama, terus kita baca fatihah..
Cuma sembahyang raya saja, bangkit daripada rakaat yang pertama, takbr dulu lima kali.. kadang-kadang jadi tersilap..
Kalau silap, terus je baca.. maka kita kena faham, tidak ada masaalah apa-apa, tidak ada masaalah apa-apa dan tidak mencacatkan, dan tidak melibatkan batal sembahyang raya.
Jadi toksah riuh, toksah timbul isu, satu.. yang tok imam pun terus sembahyang.. yang jadi masaalahnya, dia dah ruku’ dah, teringat terlupa takbir tu, dia iktidal semula, dia takbir semula, baca fatihah semula.
Maknanya sembahyang raya bertukar sembahyang gerhana.
Jadi begitu..
Jadi pada ketika itu, sembahyang yang tak di suruh, sembahyang dia tak suruh ruku’ dua kali, alih-alih dia ruku’ dua kali, maka dinamakan tambah rukun fi’li.
Asalnya sekadar dia tak buat yang sunat tetapi sekarang sudah jadi batal.
Itu kena peringat, sebab dia tambah rukun fi’li.
Sama aja perkara yang membatalkan sembahyang untuk sembahyang sunat dan sembahyang wajib, sama saja.. sembahyang wajib pun, wajib tu tetap wajib juga, sembahyang sunat, yang wajib tu pun wajib..
Cuma berbeza kalau sembahyang wajib, kalau dia buat batal, wajib dia qadha, kalau tidak qadha, maka hukum dia berdosa.Macam sembahyang fardhu.
Sembahyang sunat kalau dia buat, tak buat benda wajib- tak baca fatihah dalam sembahyang sunat,tak baca tahiyat akhir dalam sembahyang sunat contohnya, maka, kalau dia tidak buat yang wajib dalam sembahyang sunat, sembahyang sunat itu batal, tak dapat pahala apa-apa.
Lebih baik toksah sembahyang.
Yang kita sembahyang sunat nak pahala, jadi kalau sembahyang tak dapat pahala, lebih baik tak payah sembahyang..tak dak makna. Itu cara dia.
Baik,
Maka jika ia sujud tiga kali, atau ruku’ dua kali seperti ia sujud diatas umpama yang tajam, maka diangkat dahinya, maka sujud pula nescaya menambahi sujud, jikalau sedikit angkat kepala sekali pun, maka dinamakan menambahi rukun fi’li, maka batal sembahyang dengan dia.

Demikian lagi wajib meninggalkan perbuatan yang bukan daripada jenis sembahyang, seperti memukul tiga kali atau melangkah tiga langkah yang berturut-turut, atau lain daripadanya.
Memukul tiga kali pukul atau melangkah tiga langkah berturut-turut atau pun lain daripadanya.
Apa makna memukul tiga kali pukul? Bergerak, tiga kali gerak dalam sembahyang yang berturut-turut dengan anggota yang berat..kepala dia ka.
Kadang-kadang ada juga macam tu, dia dok hafal quran, kepala dok lagu tu.. memang nak kena ingat, nak bagi masuk dalam kepala dia.
Tapi bila dia jadi imam pun kepala lagu tu jugak…
Bismillahirrahmanirrahim.. macam orang demam kura..
Jadi maknanya kepala ni anggota berat. Bila kepala anggota berat, goyang tiga kali goyang berturut-turut, batal.
tak kita hafiz, tak hafiz, tak kira suara sedap, tak sedap.
Begitu jugak kalau garu tiga kali garu - batal.
Atau pun sami’allahuliman hamidah - tangan dok hayun lagu tu, campur pun.. termasuk dikira anggota yang berat ni jugak dengan benda yang wajib sekali pun, atau pun benda yang sunat sekali pun.
contonhya dia takbiratul ihram, sunat.. angkat tangan tu sunat.. Allahuakbar.. tapi dikira satu.. Allahuakbar, kira satu..
Tapi, lepas sampai satu, dia sambung pulak, kepala angkat pulak, turun lagi sekali pulak, angkat lagi sekali, cukup tiga - batal.
Mula dok lagu tu, tu saya kata tu..rupa sembahyang tu kena elok,rupa sembahyang tu kena elok..Duduk dengan rupa yang macam tadi.
Bila orang bersalah, mengadap Allah subhanahuwata’ala dalam rupa yang hina, rupa yang biasa, rupa yang elok.
Jangan dok buat muka pelik-pelik.. na.. dan-dan turun kedut muka apa semua.
Mengadap pada Allah taala tu dengan jiwa kehambaan.. camtu, biasa ja, simple ja.. bukan payah tara mana.. tahu kita ni banyak dosa, banyak salah.. pi duduk depan, duduk atas sejadah tu..sama ada kita makmum ka, imam ka, kita sembahyang sorang ka, sedar kita ni mengadap Allah subhanahuawataala.. sedar diri kita ni siapa.. maknanya dalam rupa yang bersalah, dengan rupa kehinaan.
Rupa kehinaan bukan rupa hudoh, rupa kehinaan, macam mana rupa orang kehinaan.
Mknanya, mestilah pergi dengan tunduk, dengan apa semua - tak payah dia dok jadi pelik-pelik muka dia.
Kadang jadi pelik-pelik sangat, tu syaitan…ha, macam saya sebut dah minggu, minggu lepas.
Baik.
Atau satu langkah yang keji seperti melompat ia.
Melompat dalam sembahyang.. yang tu takda la kot,tengah sembahyang, meloncat.
Kalau dia buat lagu tu batal lah.. tapi takda, kecuali orang gila sembahyang meloncat ni.
Tau pun terlatah dalam sembahyang.. bukan meloncat.
Jadi maknanya, yang tu batal.. sebab walau pun satu tetapi dia meloncat..maknanya perbuatan tu perbuatan yang keji sangat.
14:40
Popularity: 30% [?]