Syarat

4 01 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

 syarat3_5.jpg

Yang ketujuh meninggalkan berkata-kata dengan sengaja, bukan al quran,

Jangan.

Yang berkata-kata dengan sengaja yang bukan quran bukan zikir atau doa, maka batal sembahyang dengan berkata-kata dua huruf sama ada memberi paham perkataan atau tiada. Atau dengan satu huruf yang memberi paham seperti khaf dan ‘ain. Kerana makna khaf itu wiqayah dan ‘ain itu makna wi’ayah, atau satu huruf yang bermad, kerana mad itu adakala alif atau wau atau ya, maka jadilah huruf. Maka batallah sembahyangnya dengan demikian itu.

Batal sembahyang dengan demikian itu. Apa dia? Bercakap dalam sembahyang. Saja-saja pi sebut khauf.. ba..’ain…ha itu. Batal saja-saja pi sebut lagu tu. takdakla kot…saja-saja pi bercakap dalam sembahyang, takdak.

Tetapi yang selalu berlaku, termasuk juga bercakap berdehem.. bersin lain, tak sengaja.

Batuk lain, tak sengaja. Berdehem ni sengaja. Allahuakbar, ehem ehem… bercakaplah, batal sembahyang. Tabiat dah tu.

Kecuali boleh berdehem kalau dia nak baca fatihah tak betui tak apala, dia kena berdehem sedikit. Ni saja-saja, nak rukuk berdehem, nak sujud berdehem, ha bangkit daripada sujud berdehem, nak salam, assalamualaikum warahmatullah.. dia jadi, tak sah sembahyang dia. Sebab berdehem ni memang sengaja, memang sengaja. Termasuk jenis-jenis bercakap.

Kadang-kadang tok imam buat kerja lagu ni. Berhenti buang benda-benda ni.

Memang sembahyang dia suka sangat lekat benda-benda yang mengarut. Kadang-kadang dia duk elok ja pada orang sembahyang, Allahuakbar. Duduk dengan penuh elok, elok ja.

Tapi bila bab nak mai sembahyang, Allah jadi lagu tu, baca…sapa suruh mana teruk sampai tera tu. Dan-dan turun badan tu, pastu Allah.. punya, takkan nak mengadap tuhan rupa lagu tu.

Tu tengok rupa tu pi duk elok. Kita pi depan orang besaq, depan orang besaq, kita mengadap dengan penuh tertib. Yer dak, boleh…tapi depan Allah tu..orang kata pa, gila ka apa hang, apa semua.

Kadang dia jadi itu syaitan suka lagu tu. Tu kadang tu penyakit-penyakit dia suka lekat.

Cuba tengok perati. Nak baca tu sampai jadi lagu tu.

Tu was-was jenis-jenis was-was. Memang was-was tu berlaku dalam sembahyang. Dia bercakap dengan orang elok, elok mulut dia.

Bila nak baca fatihah mula ngau ngau ngau ngau ngau mulut, macam kambing lekat biji pelam.

Kalau dia memang tu was-was, jadi was-was. Cuba tengok mulut ngau, kita pun heran.

Kalau dia bercakap dengan orana jadi lagu tu jugak, baru kata penyakit dia. Dia ni tak upaya cakap ngan orang, memang aku ni….mulut dia jadi lagu tu dah, takpa penyakit dia.

Ni dak, bercakap dengan orang elok, bercakap dengan Allah Taala mulut ngaup ngaup ngaup hidung kembang kmpis kembang kempis, sapa suruh?

Huduh kita, ha dak. Itu yang kata lagu tu tu. Penyakit tu sapa nak jaga. Mana ada susah tajwid sampai setara tu, tak dak aih.

Orang baca takdak duk susah mana. Tapi lekat penyakit tu.

Tengah sembahyang tu gulp, gulp tak boleh-boleh, apa…pakat duk ni, nak angkat ni lagu tuh, dia mai penyakit tu.

Tu was-was, duk atahi attahi atahi attahi tak boleh-boleh lagi apa dia…ha ini.

Dia hanya berlaku dalam sembahyang, tngok Allah, Allah.. All…tak boleh-boleh. Satgi bila tok imam Allahuakbar, dia pun Allahuakbar, senang sangat boleh pulak dah. Pastu dia jadi payah sangat nak boleh.

Makna syaitan tipu dia.

Pasai tu…duk tak boleh, tak boleh tak boleh, duk atahi attahi attahiya tak boleh boleh, sapa suruh? Baca terus sudahla.

Sebab dia berlaku dalam sembahyang aja, luar sembahyang tak berlaku, tu yang kata was-was.

Kalau luar sembahyang berlaku jugak, memang penyakit…nak makan senang, suap elok ja. Takdak..suap abis sembahyang, satgi tambah pulak dah. Tak was-was pun. Bawak gheta tak was-was. Start masuk gear berjalan elok ja.

Start depan ustaz start gedebum pi, ha ni penyakit dia. Dalam sembahyang pun jadi lagu tu la, ha takpala…boleh boleh was-was. Tu kata syaitan.

Yang duk takbir susah sangat, baca tahiyyat susah sangat, apa susah sangat pasai apa?

Ni duk angkat angkat angkat tak boleh lagi, dah susah sangat toksah duk angkat. Hang masuk sembahyang tak boleh macam orang. Hang ni penyakit. Masuk pegang dulu elok-elok, bubuh elok-elok. Buat satu-satu macam budak-budak. Buat satu-satu permulaan elok dah elok, Allahuakbar, lagu tu. toksah duk buat macam orang dah was-was sangat.

Huduh kadang-kadang tu.

Tu dia kata ustaz ni… nak buat ubat lagu mana? Takdak ubat. Penyakit was-was ni. Orang duk pi cari saya, ustaz buat ubat sikit, saya ni was-was teruk, takdak ubat. Tak tahu  ubat apa tak tahu. Ni duk pusing kat kolah tu boleh pi ambik air sembahyang duk tepuk air, duk tengok muka, sembahyang dia tu pun was-was, ni orang duk ada dalam ni apa…gaduh, penyakit.

Ha jaga, kita nak lekat-lekat jaga benda tu. ubah cepat, dan lekat susah.

Mandi hadas pukul lima, pukul sembilan tak siap lagi, sapa suruh… syaitan nak tak sembahyang subuh tu. Orang tau habis elok-elok orang taktau dia kecut habis.

Sembilan tak siap lagi mandi hadas. Duk elok pakai baju semua siap nak sembahyang dah, masuk dah nak sembahyang, londeh buang habis pi mandi pulak dah.

Mana ada, mandi hadas ni macam mandi biasa ja. Macam mandi biasa ja mandi hadas. Tak susah langsung.

Teruk dia kata.

Tu awat muslimat gelak teruk sangat.. teruk sangat.

Tu dak aih, saya kata, kalau ubat dia rendam masuk dalam kolah tu ada, rejam masuk pi. Padan muka hang. Ikut perasaan. Syaitan tu pengaruh.

Sebab tu kita sebut, nama syaitan

min syarril waswasi khonnas.

Yer dak.

Qula’uzubirobbinnas,

 min syarril waswasil khonnas,

daripada syarri, daripada kejahatan, waswisu, nama syaitan, khonnas, khonnas ni makna nyah. Sebab tu saya baca qula’uzubirobbinnas tu ubat dia. Ada nama waswisu, min syarri waswi, waswisu tu nama syaitan. Waswisu.

Hati kita ni, di hujung hati kiri, ada malaikat nama dia Mulhin. Di hujung hati kanan malaikat ni nama Mulhin, malaikat bagi ilham. Di hujung hati kiri syaitan nama dia waswisu.

Jaga, yang baru nak lekat jangan duk ikut. Jangan duk ikut.

Sebab tu kalau was-was dah, jadi satu penyakit dah, dalam bab najis dalam bab apa pun, ni kuku ni habis tak macam orang, dia rekih habis apa semua.

Kalau dah satu  jadi satu penyakit dah, macam mana nak hilang jugak, dia kena pikiaq. Pikiaq macam mana?

Ni najis hak orang duk tonyoh tonyoh sampai ni nih, dia jadi daripada apa najis nih. Daripada apa? Hang makan nasik, asalnya hang makan sayur, hang makan apa semua, ni jadi ni awat hang cuci sampai teruk sampai setara ni sangat.

Ini untuk petua untuk orang was-was. Dia mari daripada mana benda ni. Ni yang hang duk was-was sangat.

Nasi, ikan apa semua, awat cuci sampai teruk sangat sampai lagu ni. Dia main daripada benda tu ja, nak hilang daripada penyakit was-was.

Tapi  hak tak was-was jangan pakai petua ni, jadi loqlaq pulak. Hak tak was-was jangan. Dia kata amboih, nasik ja pun… biaq pi kat dia lah, hak tu huduh sangat pulak dah. Ha itu, untuk orang was-was. Ha jaga.

Dan kedelapan meninggalkan melebihkan hukum fi’li

wallahualam…

Al-fatihah.

Doa

53:36

Popularity: 23% [?]


Actions

Informations