Syarat
4 01 2009Versi Audio :
Trankripsi :

dan keenam suci dia daripada najis yang tiada dimaafkan dia pada tubuh.
Suci. Najis yang tiada dimaafkan dia, yang tiada dimaafkan dia daripada tubuhnya. Kena suci. Najis yang tiada dimaaf pada tubuh.
Apa dia?
Pada tubuh kita jangan ada najis. Kencing, berak, basuh tu mesti kena guna air mutlak, kena guna air mutlak waktu kita basuh kencing berak tu. ha guna air mutlak.
Kadang-kadang dia guna air biasa, air musta’mal, dia celup dalam tu apa semua basuh kencing basuh berak. Nak ambik wudhuk kira ambik air mutlak, nak mandi hadas kira air mutlak, cuci berak tak kira air mutlak, haa tak kira air mutlak. Maka pada ketika itu boleh menyebabkan, dia basuh, cuci nampak. Tetapi najis ada dua.
Pertama, najis ‘ainiyah, najis yang nampak dengan mata kepala.
Yang kedua najis hukmiyah, walaupun tak nampak dengan mata kepala, tapi kita tak basuh guna air mutlak, pada hukumnya tetap najis. Dia sembahyang dalam keadaan najis. Ambik wudhuk betui pun tak jadi, hang basuh kencing berak tak betui, maka najis pada badan.
Bila najis pada badan, sembahyang dia tak sah. Ha tu cara dia.
Baik.
Dan tempatnya dan kainnya.
Kainnya yang kena najis, pun kalau dia sembahyang kain dia kena najis tak sah jugak. Kalau nak sembahyang kain kena suci, suci daripada najis.
Baju kita, kain kita, kopiah kita kalau ada najis, dukung anak, anak kencing atas kain tu, kena najis. Kita pun balik balut buang kain tu nak pi kerja, sangkut kain di depan, ha pi gheja. Balik balik terlupa kata kain tu kena najis, pakai kain tu.
Sembahyaaang sampai petang, dua hari guna kain tu. dua hari dah baru teringat, eh kain ni kena najis, aku sembahyang hari tu, dua hari kena qodho. Dua hari kena qodho.
Dia kata, ustaz, kalau tak ingat sampai bila bila bila, hak tu toksah duk jawab. Dah tak teringat sudahla. Dia tanya sampai kita tak reti nak jawab.
Ustaz, kalau kita tak tahu? Aku pun tak tahu. Dia jawab lagu tu. Kalau kita kena najis, kita taktau, saya pun taktau nak jawab. Dah taktau.
Cuba dok tanya tu pikiaq sama, banyak tanya tu.
Ustaz, kalau kain kita kena najis, dah kita tak tahu, kita tak tahu, tak tahu sampai bila, sampai bila? Sampai bila pun tak tahula saya nak jawab.
Tuan-tuan semua,
dah tak tahu sudah, cakap tau ja. Feqah ni bukan nak menyusah sangat, tuan-tuan bukan susah sangat..
Sebab tu saya duk habaq dah, kita nak bagi petua kat orang, duk cerita kat orang kadang-kadang kita tua susah.
Setakat zhohir sudah.
Mintak maaf tuan-tuan sini, pengajaran..
kawan nak pi sewa umah cina, sewa rumah cina. Sewa rumah cina, tak apalah tanya cina bela anjing ka dak? Dia kata tak bela apa semua, elok..tak ada apa semua, takpala takda apa.
Angkut barang duk ada pulak pi habaq pulak kat kawan, hai hang nak sewa rumah cina hang kena samak duluu.. tak boleh masuk duk lagu tu. Dia kata lagu tu ka? Kena samak dulu, apa semua. Dak aih dia kata, aku tanya dah tadi kat cina tu kata dia tak bela anjing dalam rumah.
Dia kata mana nak tau kot-kot dia bela.
Main kot-kot ni yang payah orang. Ha dah sekadar tu sudah.
Dah kita tahu setakat tu dah, nak kot-kot, takkan nak bancuh air semua nak samak dinding-dinding habis, terukla orang tu nak kena menyamak. Hang tolong pi samak sat kat dia.
Maknanya kita sekadar zhohir sudah, tu aja. Tak payah susah-susah. Kalau mana nak tahu, mana nak tahu payah. Toksah duk payah.
Tu rumah, bukan setakat rumah aja, la macam-macam.
Pi beli periuk kat cina, nak kena samak dak? Mana nak tau kot-kot anjing masuk tidoq dalam periuk tu, samak periuk.
Ha duk buat mana nak tahu, jenuh letih kita. Ha apa dia lagi? Beli apa lagi? Semua-semua la ni. beli cerek beli apa habis belaka. Ha beli kawah, hm macam-macamlah. Ha beranak dalam tu.
Sekadar kita tahu, tuan-tuan sekalian, ha tu nampak. Jangan menyebabkan kita jadi payah. Pada zhohir semua. Tu semua, tau betui, tu cara.
Beringatlah.
Bukan duk bagi fatwa kat orang, tu kena cerdik. Hak mana nak tak mana nak tahu, mana nak tahu ni jadi payah.
dan jangan bersentuh satu suku daripada badannya dengan najis pada geraknya dan diam.
Jangan bersentuh badannya satu suku daripada najis gerak dan diam.
Tempat kita tu, kita sembahyang, atas sejadah kita bukan semua kata tempat sembahyang.
Yang kena dengan kita saja tempat sembahyang.
Di tengah tu ada tahi cicak. Seketul di situ.Kita sujud sat gi tak kena dia pun. Tak kena pun, dia duk tepi tu. Ataupun tadi tak nampak, kita genjak ke tepi, dia duduk tepi tu, tak kena dengan kita, sah tak sembahyang? Sah kalau tak berlaga najis tu dengan kita.
Tempat sembahyang tu bukan semua sejadah tu, walaupun kita sembahyang atas sejadah. Yang kena waktu kita bangun, waktu kita duduk - itu kira tempat sembahyang.
Waktu kita bergerak tu, waktu kita diam tu tak kena kita, tak apalah. Dan janganlah bersentuh satu suku daripada badan dengan najis pada gerak dan diam.
Maka tiada sah sembahyang serta suatu daripadanya atau ia menanggung suatu yang berhubung dengan najis seperti menanggung akan tali yang terikat umpama anjing dan lainnya. Dan tiada mengapa jika berbetulan dengan dia ketika bangun dan duduk, dengan ketiadaan bersentuh.
Tu tak apa. Macam saya kata tadilah. Jangan berhubung, tali kita ikat pada najis berhubung dengan kita, tak boleh, dan lainnya.
Dan tiada mengapa jika berbetulan dengan dia pada ketika bangun berhubung dengan ketiadaan bersentuh. Dan dimaafkan istinjak dengan umpama batu dan dengan umpama batu.
Di tempat istinjak dengan umpama batu. Istinjak ni dua.
Pertama kita boleh guna air. Kita boleh guna air untuk basuh, itu paling baik sekali.
Yang paling baik sekali, nak basuh berak nak basuh kencing ni, guna batu dan air. Tenyeh dengan batu tiga ketui batu yang kesat, lepas tu basuh dengan air. Tu paling baik sekali.
Ataupun guna air. Sebab bila kita guna air, suci najis dan suci bekas najis. Kesan-kesan suci. Tapi bila kita guna batu, dia suci najis tapi bekas-bekas dia tu tak boleh suci dengan sepenuhnya, tetapi dia termasuk najis yang dimaafkan.
Maknanya kita la ni kalau tak mau guna air pun boleh guna batu, ataupun apa sahaja lain daripada batu asalkan benda tu tidak dihormati, boleh.
Kayu pun boleh, tanah koi pun boleh, tau tanah koi apa? Tanah keras tu amik tenyeh lempaq tanah tu, amik tenyek lempaq, amik tenyeh…ha boleh sembahyang. Ambik wudhuk sembahyang, takpa.
Kayu pun boleh, ha semua boleh. Asalkan jangan cari yang licin. Yang kesat. Yang tidak dihormati.
Yang dihormati tak bolehla, macam tulang. Nak istinjak dengan tulang. Dihormati tulang tu… hormat apa tulang duk lempaq dalam hutan ja. Itu tulang tu jadi makanan jin. Makanan dia tulang-tulang tu.
Makan apa duk lama setahun tu tak habis-habis pun. Jin makan dengan kita makan bukan sama. Kita makan telan, dia makan hidu. Ha jin makan hidu. Sebab tu malam-malam kita biaq periuk duk ternganga minyak duduk ternganga, biaq duk ternganga, pertengahan malam dia melewaq, jin makan minyak tu dengan hidu.
Esok ni kita goring pulak, minyak bekas jin.
Tu kata perangai macam jin, tu goreng. Ha lebih-lebih jin, kita goreng pulak bagi ni. Maknanya makan dia tu tak sama. Tu makanan jin.
Setiap benda yang dihormati tidak boleh guna untuk istinjak. Tak boleh.
Roti biskut hak keras tu, dia elok dah tu. kesat lagi, apa semua lagi. Orang kampung panggil roti kepala kera orang panggil, biskut tu. Nak beristinjak boleh? Tak bolehlah makanan. H
Boleh. Tisu macam mana tisu? Ha tisu.
Tisu dia tak boleh. Benda tu benda tak beku. Tisu ni benda lembut, tak boleh. Kalau nak jugak tarik tisu bagi banyak, kepal dia.
Ha tenyeh boleh. Tapi kalau ambik sekeping-sekeping tak boleh, sebab dia bukan benda beku. Tarik-tarik kepal, ha tenyeh.
Boleh takdak masalah, boleh sembahyang. Haa boleh sembahyang, elok ja pun.
Tu panggil istinjak. Bekas tu, bekas tu dimaafkan.
Adalah syarat-syarat istinjak. Tu kena belajaqlah, panjang bab tu.
Tapi kita guna airlah. Kita la ni air banyak. Tu cara dia.
Dan darah tuma, jenis kutu, kutu anjing dan darah bisul. Dan nanah dan danur dan air kuman yang ada baginya bau. Dan jika sembahyang dia dengan najis yang tiada dimaafkan dia daripadanya, dengan tiada mengetahui akan dia, ataupun dengan lupa, kemudian teringat, nescaya wajib mengulangi akan dia.
Hak tadi, darah-darah kecik-kecik tu, kita kena darah, kain kita kena darah tapi sikit, darah yang sedikit. Ha macam mana sikit? Pada ‘uruf. Orang kata aih, banyak ni kira banyak dak? Aku nampak macam sikit aja. Kawan ni pun kata sikit, kawan nu kata sikit, kira sikitlah.
Dia sembahyang dalam keadaan baju dia kena darah, tapi darah yang sedikit, najis tetapi dimaafkan. Najis yang dimaafkan. Macam darah kutu, darah nyamuk, dia sikit, yang sikit. Tu dimaafkan.
Baik.
Kalau sembahyang dalam keadaan najis yang tidak dimaafkan, kemudian teringat dia, maka diulang semula.
Kena ulang semula, ha itu. Najis tu. najis-najis ni kita kena beringat.
Makanan-makanan kita kadang-kadang banyak yang najis dengan cara yang kita tidak sedar. Yang najis.
Ikan-ikan temenung saya duk habaq hak lengat tu dia lengat sekali dengan taik-taik. Ha dak, najis. Najis. Kalau kecik takpa, besaq-besaq, lengat sekali dengan taik-taik. Ha takpa ustaz dia kata balik saya dah bersiang dah. Buang korek buang apa semua taik-taik tu goreng lain apa semua.
Tadi dah masak dah sekali. Lengat tu dah masak dah, wap najis tu jadi najis. Jadi najis, tak boleh makan. Sedap sangat temenung lengat tu.
Ikan tenggiri jeruk sekali dengan taik-taik, tu najis. Hak duk makan dengan pulut hujan-hujan nu. Ha buang taik, sebab dia dah dijeruk sekali.
Tu telur ayam tu saya duk habaq berapa kali dah. Buat char koew teow telur tak basuh. Tangan pegang, pegang apa dia, pegang koew teow, pegang telur, pegang koew teow pegang telur, pegang koew teow pegang telur, pegang koew teow pegang telur, tangan berminyak pegang telur. telur keluaq kot mana? Ha pegang.
Char koew teow, char koew teow taik ayam, tu yang duk makan hari-hari. Sedap kira sedap ja, najis toksah kira.
Mertabak pun lagu tu. Buat mertabak, bubuh telur susun depan tu ha, susun depan. Lepas tu, pegang roti. Roti ni minyak, tangan minyak-minyak pegang telor. Buh tang tu tepuk tepuk atas mertabak, satgi goreng.
Tiga puluh hari buka puasa, mertabak campur taik ayam. Makan. Tu nak cerah hati perut macam mana?
Basuh la bukan payah mana. Ni tanya basuh ka tak basuh, dia kata basuh dah. Tapi pi letak atas kertas tu. Basah, pi letak atas tu, mana bersih. Bubuh dalam plastic, besen lain bekas lain tak apalah. Pi bubuh tempat yang sama, tak bersih jugak.
La sedaq banyak dah.
Kadang kot pasar malam apa semua duk tulis telur basuh. Orang tak suruh tulis pun, hang basuh sudahlah. Tulis buat apa. Ha itu. Tapi nak tulis, tulis pi la, ha itu cerita dia.
Jadi kena jaga makanan-makanan ni, basuh-basuh sayur tu. Tu kadang yang duk pi goreng mi kat kedai tu. Air tak adak. Pi buka kedai-kedai kat tepi jalan apa semua, bawak atas kereta tu, sayur tak basuh lagi.
Pakai basuh tang tu.
Sebesen tu ajalah basuh. Bubuh air dalam tu ceelup dalam besen tu, sampai naik hitam legam. Boleh ka?
sayur tu siram dengan najis. Hiris-hiris sayur celup celup celup, goreng. Satgi celup pulak. Sampai air naik hitam macam baja. Bersih ka?
Kaedah tak sempurna. Pastu kita makan, nak jamu anak-anak kita makan. Makan najis. Masuk najis dalam hati perut. Bila nak bersih?
Pastu bila anak benak, bawak mai ayaq suruh ustaz jampi. Jenuh jampila. Ustaz ustaz buat penerang hati sat benak sangat ni pasai apa? Pi jamu benda najis hari-hari.
Makanan-makanan kita tuan-tuan sekalian kita kena jaga, carilah orang Islam buat.
Mi mi tu cari orang Islam. Koew teow koew teow tu cari orang Islam. Fishball tu apa fishcake apa semua lah, cari orang Islam buat. Bersih insyaallah.
Korban sikit mahal sikit pun takpalah. Memang kena mahallah dia bawak keluaq sikit.
Bawak keluaq sampai berapa kilo sehari-sehari sampai seratus kilo.
Yang orang lain bawak keluaq sampai seribu kilo. Tu dia ambik sekilo untuk lima duit pun berlambak dah.
Yang kawan ni bawak keluaq berpuluh-puluh kilo aja, nak untung nak ambik sekupang dua kupang, dapat berapa duit? Kena korbanla sikit, yer dak Islam apa semua. Kedai-kedai pun cari orang Islam kita jamu beri makan. Ni dak dia kata. Tak sedap, tak tahan lama. Tu bagi alasan.
Orang Islam ni kena jaga.
Annazhofatul minal iman, kebersihan itu sebahagian daripada iman. Asas dia sembahyang.
Sebab apa sembahyang kena bersih? Sebab apa sembahyang kena bersih? Maknanya bila sembahyang kena bersih, semua kehidupan kita kena bersih.
Sebab tu kadang-kadang dalam bab najis ni kita cukup jaga, cukup jaga.
Kadang hak tak sembahyang pun jaga najis.
Hoi kain kena bersih, cuci. Basuh cukup bersih. Bab najis cukup jaga. Orang tanya awat hang jaga najis ni? Hang nak buat apa? Sembahyang dak. Tak ada makna.
Kita jaga kebersihan semua tu pasai kita nak sembahyang. Bila kita sembahyang, badan kita bersih, sembahyang kita sah.
Bila kita sembahyang, hati kita bersih, hati kita khusyuk.
Maknanya luaran kita kena bersih, hati kita kena bersih. Baru dia berjalan elok.
Ni luaran bersih tapi hati kotoq - makan benda haram, makan benda tipu, makan benda-benda riba hak tak manfaat hak boleh makan kita telan masuk dalam perut kita, hati jadi gelap. Pastu bila nak dapat khusyuk dalam sembahyang. Susah, ha susah.
Baik.
44:25
Popularity: 21% [?]