Syarat

4 01 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

Ha itu bab haji, ni bab sembahyang.

Jika I’tiqad. Dan dibezakan daripada sunatnya bahkan jika dii’tiqad sekeliannya itu fardhu atau setengahnya fardhu dan setengahnya sunat, dan tiada dibezakan pada orang awam.

Tiada dibezakan pada orang awam,

 dan tiada diqosodkan yang sunat fardhu, sahlah sembahyangnya.

Baik, yang paling baik sekali kita kena tau, sembahyang yang ni fardhu, yang ni fardhu, yang ni sunat, yang ni sunat ab’ad, yang ni sunat hai-at, tapi kalau tak boleh faham setara tu pun..paham dalam sembahyang ada fardhu ada sunat. Jadilah setara tu pun. Ada fardhu ada sunat.

Cuma jangan kata yang fardhu tu sunat. Tu tak sah.

Fatihah tu sunat ka wajib? Fatihah tu sunat aja.. tak sah sembahyang. Hang kata tak tau nih.

Ada orang macam tu. Tahiyyat akhir tu sunat ka wajib? Sunat.. Kalau kata lagu tu tak sah sembahyang.

Kalau dia kata baca surah lepaih baca fatihah tu sunat ka wajib? Wajib dia kata. Sah dak sembayang? Sah. Sebab dia kata hak sunat tu wajib.

Ni untuk orang awam.

Apa dia orang awam? Orang biasa-biasa macam kita nih.

Kita toksah duk jadi awam sangatlah kita pun, atas sikit  pada awam ni. Orang mengaji, orang berilmu.

Ada sejenis lagi orang awam, orang kampung biasa. Dia bukan tau apa dia kira dia aja. Kita duk syok, penaik sikit daripada orang awam tu, orang mengaji, tak jadi orang awam. Haa makna reti hukum-hakam. Paham. Hukum begini macam ni, hukum macam ni, macam ni apa semua. Kalau tak paham pun hak rumit-rumit saja, hak rumit-rumit saja. Biasa hak duk kita buat harian ni paham. Sebab tu jangan kita duk buat boleh ka, tak boleh, boleh ka tak boleh ni, sah ka tak sah, bukan zaman kita dah.

Masa la ni bukan masa susah hati pasai tu, la ni kita susah hati pasai kita nak mati. Ibadat kita macam mana. Banyak ka sikit.

Kalau umur setara kita ni duk betui ka tak betui, betui ka tak betui, betui ka tak betui, bila kita nak buat ibadat dengan sempurna? Yang kita buat ni pun tak berapa yakin dengan sempurna. Haa tak berapa yakin dengan elok, pastu bila?

La ni zaman kita tumpu buat ibadat bagi sempurna. Pastu, nak sempurna, bagi paham.

Dan setengahnya sunat. Dan tiada dibezakan pada orang awam. Dan tiada diqosodkan sunat yang difardhu itu, sahlah sembahyangnya.

syarat3_2.jpg

Yang kelima suci ia daripada hadas besar.

Suci daripada hadas besar.

Macam mana hadas besar? Tahulah hadas besar. Keluar mani, bersetubuh, mimpi dengan keluar mani, hak jenis-jenis hadas besar tu maka suci ia daripada hadas besar. Macam mana? Kena mandi junub. Kalau pi sembahyang dalam hadas besar, dalam keadaan terlupa, kena qadha balik sembahyang tu. terlupa pi sembahyang, dok ingat tak ada hadas besar apa, ataupun mandi pagi tu.

Memang tiap-tiap pagi duk mandi duk mandi duk mandi, tapi tak niat apa, jadi tak mandi hadas.

Innamaa a’maalu binniyaat.. tiap-tiap amalan itu dengan niat.

Dia memang mandi. Tiap-tiap pagi mandi, tak kira berhadas tak berhadas memang dia mandi. Haa.. pagi tu pun mandi macam biasa padahal dia berhadas besar - sembahyang subuh.. sembahyang subuh, pastu sembahyang zuhur pulak, lepas sembahyang zuhur sembahyang asaq pulak. Pikiaq pulak asaq duk saja duk minum kopi tu, eh pagi tadi aku mandi aku niat tak.. eh aku tak niat sahaja apa semua, ha qadha subuh, qadha zuhur, qadha asaq tu. haram tak?

Tak haram, sebab lupa. Tapi kena qodho..

Tapi kalau terus hadas besaq sembahyang jugak, tibai pi lah, haram. Dah tau dah hang ada hadas besar, sembahyang dalam hadas besar. Tak sah. Kemudian berdosa. Dah tu kalau berdosa macam mana? Kena qadha dan bertaubat, dua sekali. Yang tadi ni kalau terlupa, qadha sajalah. Tapi tak berdosa kalau lupa, tuhan tak ambik kira.

Tiga jenis manusia tuhan tak kira.
Pertama, orang lupa tak kira, memang lupa sungguh. Macam mana dah lupa? Sebab tu kita kalau orang mengaku kat kita lupa, tak apa nak buat macam mana. Mana boleh lupa! Tu bahasa boss, bahasa tu, haa… bahasa boss, mana boleh lupa!

Hoi.. hang nak jadi hebat lagi ka? Tuhan pun kata tak apalah dah lupa. Kita jawab mana booleh lupa. Sedap oo keluaq bahasa tu jadi boss ni, yer dak?

Terlupa.. tuhan tak ambik kira.

Yang kedua yang tuhan tak ambik kira, terlena. Lena sungguh. Letak kepala pukul satu, jaga pukul lima petang. Tak sembahyang zuhur. Ghaib terus. Orang panggil, yang tu pun tak berdosa. Kena qadhalah.

Tidur subuh tu lena terus. Jaga-jaga pukul tujuh. Ha cerah dah, tak berdosa. Tapi jangan duk lekat perangai lagu tu. Dia kena ajaq. Ha subuh tu.

Ada pulak orang duk ajaq ni kita ni toksah duk kunci jam. Subuh-subuh tu kalau kunci jam, bunyi, kita tak jaga berdosa, biaq terus tak bunyi. Tengok otak, huh.. tuan-tuan sekalian. Kita terlena terus, ha nak tipu sapa..

Pertama orang panggil terlupa, memang terlupa betui, tak ambik kira jugak.

Yang ketiga tuhan tak ambik kira dipaksa, orang paksa. Orang paksa kita, ha tak kiralah. Kata lebih baik hang kata begini, hang kata “aku murtad”, kalau hang tak kata aku bunuh hang. Dia kata dengan mulut dia, tapi hati dia dak. Tu tak ambik kira.

Tiga jenis ni tuhan tak amik kira. Orang yang terlupa, terlena dan dipaksa. Tiga jenis tak kira, haa tu cara dia.

Baik, yang tu serupa tu, hadas besar. Baik, kena suci daripada hadas besar, ha itu.

Dan hadas kecil.

Kena suci daripada hadas kecil.

Apa dia hadas kecil? Bila tak ada wudhuk. Ha tak ada wudhuk. Ni kotor.. ha najis sebenaqnya, hadas ni jenis kotoq. Tapi kotoq yang bangsa rohani….bukan kotoq yang bangsa batin. Tak nampak. Tapi dikira kotoq jugak, dikira kotoq.

Tu ada berlaku cerita dulu ni. Sorang ulamak, tapi dia ni pakar dalam bab jin. Dia pakar dalam bab jin. Bila dia berubat, dia boleh bercakap dengan jin.

Selalunya bila diganggu oleh jin, saya dah habaq banyak kali dah, diganggu oleh jin, orang diganggu oleh jin, yang selalunya berubat boleh selesai orang yang boleh bercakap dengan jin.

Ha boleh selesai.

Tapi kalau kena penyakit penyakit jin tu, ha bawak mai botoi buh dalam botoi, sampai bila pun tak boleh nak selesai.. macam tulah.

Dia kira bubuh dalam botoi. Ikat-ikat botol perhanyut dalam sungai. Haa ikat botol perhanyut sungai.. mana boleh.

Kerja bubuh dalam botol lempaq, tak boleh selesai.

Jin ni dia macam orang jugak, makhluk Allah Subhanahu Wataala. Beranak-pinak ada, menikah bini adik-beradik ada, macam kita, jin. Dan benda jin ni memang kena percaya. Ada makhluk Allah Subhanahu Wataala. Anak-pinak kita tanya, jin ada dak? Ada. Mana boleh habaq kata mana ada jin-jin tak ada aih. Tak boleh, kita bagi akidah salah.

Percaya pada jin tu kena.

Yang jadi syiriknya percaya kepada jin yang boleh bagi manfaat dan mudhorat. Tu jadi syirik. Yang bagi sakit orang, yang boleh lega orang, yang tu syirik. Tapi jin tu ada, kena percaya. Sebab ada surah jin dalam quran. Ha ada surah jin.

Ha.. banyak, Nabi pun ditugas untuk manusia dan jin. Memang ada jin. Seluaq jin pun ada, takkan jin takdak. Hmm, memang jin ni ada.

Jadi, kadang-kadang manusia jahat. Kadang-kadang jin jahat. Kita tak nampak dia. Kita tak nampak dia, dia nampak kita. Ada yang jin jahat, ada jin baik.

Jin ganggu orang ni, ada salah jin ada salah manusia. Ha sama aja.

Yang duk ganggu tu ada salah jin, kadang-kadang silap kita. Kita lempaq batu besaq, bum, kena atas kepala anak dia. Anak dia mati, mak dia serang. Hmm mana kita nak tau.

Macam-macam ada, kita tak nampak. Duk tepi sungai tu, permukaan air tu, permukaan air tu tempat jin duduk. Tu rumah depa, permukaan air tu.

Kita pi pi tepi sungai tak apa dah, bum terjun, terjun atas kepala dia. Dah pi tempat orang, samseng pulak. Hang turun la pelan-pelan. Pi kocak-kocak ayaq, bagi lambat sikit, sua kaki sikit, sedaqla.. a’uzubillah ka bismillah sedaq, ni dak tau-tau bum terjun.

Terjun-terjun tak naik dah.

Maknanya orang panggil haa ada hak jenis kita ganggu dia.

Maka, rumah kita diganggu oleh jin. Tapi tempat tu rumah dia lebih dulu daripada rumah kita. Ribu-ribu tahun dia duk situ. Beribu tahun dia duk situ.

Kita sewa backhoe, tolak tungging habis, terbalik rumah periuk belanga dia berselerak habis. Kita bukan nampak. Buat rumah kita situ, duk senang-lenang, ha kacau dengan jin.

Ada jugak jenis jin jahat. Dia jenis jin jahat, memang dia kuat kacau orang apa semua.

Pastu kalau duk pi bunuh jin, kepak kepala jin, kerat apa semua, dia bukan ada selesai. Kalau ikut katakan yang ganggu tu jin jantan, pi bunuh dia apa semua. Kata mati sungguh jin tu, jin tu menikah pulak. Ada bini dia pulak. Takkan bini dia nak duk saja, bunuh-bunuh laki dia, bini dia pulak kacau.

Pi bunuh bini dia, anak-pinak dia pulak, hang pi bunuh mak aku buat apa? Tak selesai.

Tu duk habis duit berpuluh-puluh ribu tu. Pi sana pi sini apa semua.

Yang paling selesai sekali orang pandai. Pi cari apa semua, ada ayat-ayat tertentu yang dia baca, boleh bercakap melalui mulut orang tu. tu selalu selesai. Boleh bincang dengan dia. Na, boleh bincang dengan dia. Ha itu selalu selesai. Bincang.

Memang ada ayat baca, boleh bincang.

Saya tak tahu. Jangan duk mai kata saya, cari orang lain. Aku mengajaq ja tak larat jadi tok bomoh.. panggil.. boleh bercakap. Boleh bercakap, bincang.  sembang dengan dia, tanya.

Sebab apa hang kacau dia? Apa masalah hang? Apa apa semua. Ha, dia cerita.

Ni rumah aku, aku duk beribu-ribu tahun selalu lagu tu. dia pulak mai tolak habis selerak habis apa semua. Dia dak. Laa dia pun mana tau, dia tak nampak hang.. dia tak nampak hang, kalau nampak hang, dia pun tak buat lagu ni, kalau dia tak tau. Sebab tu dia tolak rumah hang, kalau dia nampak dia tak buat aih.

Takkan hang nak seksa dia lagu ni, kesian dia apa semua. Selalu jin islam insyaallah dia tolong.

Pastu rumah aku abis berselerak rumah aku, aku nak duk tang mana? kalau tak kacau dia apa semua.

Takpa aku bagi rumah lain kat hang. Hang nak duk tang mana? Tak apa, aku hantaq hang duk putrajaya pulak, tak susahla… putrajaya situ.

Jangan main-main kata tok-tok guru ni.

Ha takpala kata, sana lagi elok dia kata. Ha duk sana.

Jadi maknanya ada, dia boleh cara. Boleh bincang, boleh apa semua. Ha bila selesai masalah tu.

Tanya kalau jin kafir suruh dia masuk Islam dulu, kalau tak Islam apa semua, dah peringkat ketegaq degil sangat baru peringkat nah buh botol nak buh apa semua.

Ada satu tu, ulamak ni. Dia apa dia ni, dia berubat jin jugak.

Lepas pada tu kena jin kafir. Jin kafir. Sebelum tu kata dia boleh bercakap dia tanya, sebab apa hang kacau dia? Ha apa semua. Pastu bila dia tanya agama apa, apa Kristian dia kata. Ha jin tu jawab, saya agama Kristian. Kata aku orang Islam, kata hak berubat tu, aku orang Islam. La aku nak ajak hang masuk Islam la, ajak masuk Islam. Ha dia ajak masuk Islam dulu, bukan boleh bubuh dalam botol bunuh tak ketahuan punca. Orang pun tak boleh bunuh tak ketahuan punca.

Dia kata aku tak mahu masuk Islam. Dia kata ha aku tak mahu masuk Islam, nak berdebat kot mana hang tak puas hati pasai Islam, ha berdebat apa semua.

Ha tak apala, la kita berdebat. Tu dia kata aku pulak bukan setakat Kristian, Kriastian kot bawah-bawah ni dia kata. Aku Kristian bertaraf paderi, hang nak suruh aku masuk Islam?

Uih, kemas dia pun, jin tu bertaraf paderi. Tak apalah, paderi paderila. La kita bincang berdebat. Janji, kalau Islam betul, hang kena masuk Islam, kalau Kristian betul hang kena masuk Kristian.

Ha takpa kata, tak apa.

Akhirnya dia tanya apa? Dia kata aku Islam semua elok dah, semua aku setuju dah. Cuma aku tak puas hati, jin kata ni, aku tak puas hati satu saja ni, Islam ni, sebab apa? Tak puas hati tang mana? Mandi hadas.

Ni nak bercerita hak ni melewang merata tang Putrajaya tadi ni, ha dak.. haa dia kata aku tak puas hati mandi hadas.

Sebab apa?

Keluaq sikit ja, yang kena basuh seluruh tubuh buat apa? Tak menyusahkan orang?

Ha jin pandai, kita hak tak jin tak reti nak jawab. Ha dia kata pasai apa keluaq sikit ja nak kena mandi seluruh tubuh.

Islam apa zalimi orang, Islam apa menyusah orang? Sebab tu aku tak berkenan kat Islam. Kata dengan jin tu. kata dengan jin. Jawab ulamak ni, dia kata tak apa, jawapan dia begini.

Mani tu keluaq daripada seluruh, keluaq daripada tulang belakang, perahan daripada air tulang belakang. Keluar daripada, selalunya orang keluaq mani, badan jadi lemah, jadi tak larat.

Untuk memulihkan kekuatan kena mandi. Pulih kekuatan balik. Sebab tu syara’ menetapkan nak pulih kekuatan kena mandi. Sebab tu wajib mandi. Kebaikan untuk kita.

Dia diam, tak kata apa jin.

Pastu kata dengan ulamak ni, aku nak tanya hang pulak, Isa tu sapa dia? Dia kata Isa tu anak tuhan, dia kata. Ha memang Kristian kata Isa tu anak tuhan.

Pastu salib tu apa dia? Salib tu, hak orang Kristian duk pakai, salib tu apa dia? Ulamak tu tanya.

Salib tu Isa disalib, Nabi Isa kena salib.

Kata dengan ulamak ni, bapak tuhan buat apa yang anak dia orang salib ni? Tuhan buat apa duk biar anak kena salib ni? Tak kata apa.

Kesudahan jin ni masuk Islam. Na, jin tu masuk Islam.
Pastu jin tu kata saya dah masuk Islam, nak balik tempat tak ada, nak kena tumpang sini jugak. Kalau saya pi tempat-tempat kawan saya, kawan saya Kristian belaka, kawan saya bunuh saya. La takpa, aku pi hantaq tempat hang sama-sama jin Islam, hang pi duduk tang tu. Ada lagu tu, selesai.

Kawan tu pun sihat elok, takdak masalah apa. Ha itu cara dia apa semua.

Tapi saya taknak berubat aku tak larat. Mengajaq. Ha tuan-tuan pi carilah bomoh.. Maknanya orang panggil.

Jadi, yang saya nak cerita hikmat tu. Hikmat tu. Baik,

syarat3_3.jpg

pada hadas besar dan hadas kecil.

Maknanya, kena suci daripada hadas tu.

Maka jika kedatangan hadas di tengah sembahyang batal sembahyangnya.

Kalau tengah-tengah sembahyang datang hadas, datang hadas besaq. Payahla kot hadas besaq tengah sembahyang, tak tahula. Ataupun hadas kecik, apa hadas kecik? Kentut.. tengah sembahyang terkentut, batalla sembahyang.

Ataupun tengah-tengah sembahyang rukuk, terkeluaq kencing sikit.. ha batailah. Tadi kencing tak lawas.

Sebab tu khasnya orang laki-laki, kencing kena berdehem disuruh, kena urut-urut supaya keluaq kencing sepenuhnya, supaya satgi bila rukuk satgi tak keluaq ayaq kencing. Bila terkeluaq ayaq kencing walaupun setitik, haram dia sembahyang.

Kadang syaitan mai pulak masa tu, hai malasnya nak berhenti…rakaat ketiga dah, tibai pi lah.

Tu duk tibai lagu tu bukan dapat pahala, haram. Kira tak sembahyang, sembahyang dalam najis.

Satu, najis pulak, yang kedua berhadas, tak ada wudhuk. Dua jenis,  berhadas. Keluaq tu kalau tak kena pada kain pun memang dia berhadas dah tak ada wudhuk. Lepas tu najis tu pulak lagi sekali.

Sebab tu kena jaga bagi elok kencing. Tu cara dia.

Baik.

29:40

Popularity: 22% [?]


Actions

Informations