Syarat

4 01 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul ‘uqdatan millisaani yafqohu qouli.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.

syarat3_1.jpg

Dan keempat, mengetahui ia akan kaifiat sembahyang, seperti bahawa diketahui akan fardhunya, dan dibezakan dia daripada sunatnya. Bahkan ada ia i’tiqadkan sekelian fardhu atau setengahnya fardhu, dan setengahnya sunat, dan tiada dibezakan pada hal orang awam, dan tiada diqashadkan sunat yang difardhu, sunat yang difardhunya, yang fardhunya, sahlah sembahyangnya…

Buka muka surat enam. Atas sikit tu keempat, enam baris daripada atas.

Baik.

Dan keempat. Keempat daripada apa? Daripada sembilan perkara syarat-syarat sembahyang.

Nak sembahyang ada syarat. Tau dak, saya duk sebut berapa kali dah. Syarat sembahyang kena ada masa bila? Sebelum sembahyang. Sebelum sembahyang kita kena cukup syarat dulu baru boleh sembahyang. Semua lagu tu benda apa pun. Nak buat apa pun kena ada syarat.

Nak masuk kerja… syarat dia kena ada dulu, baru boleh masuk kerja. Nak buat apa? Semua syarat-syarat.

Permohonan-permohonan apa pun mesti dia kena cukup syarat.

Nak sembahyang pun kena cukup syarat. Tak cukup syarat tak boleh.

Apa dia? Hak hari tu nih. Haa, kena tau masuk waktu, baru boleh sembahyang. Tak tau masuk waktu tak boleh sembahyang, kena suci daripada najis..ha apa semua, ha ini. Ha baik. Yang ini sambung keempat.

Keempat mengetahui akan kaifiat sembahyang. Nak sembahyang, kena tau cara nak sembahyang. Bukan boleh redah ikut dan gitu ja.

Nak sembahyang, kena tau cara nak sembahyang.
Tahu macam mana?
Seperti diketahui akan fardhunya, dan dibezakan akan dia daripada sunat.

Kena tahu, dalam sembahyang ni hak mana fardhu hak mana sunat. Jangan pakai borong ja. Tahu.

Biaq tahu lebih sikit yang ni sunat ab’ad, yang ni sunat hai-at. Jangan pakai hentam, tak boleh.

Haa…kena tau. Apa dia?

Kalau orang tanya takbiratul ihram tu fardhu ka sunat? Fardhu… baca fatihah? Fardhu… iftitah? Sunat…ha gitu… iftitah sunat apa? Hai-at… apa dia sunat hai-at? Kalau terlupa tak payah sujud sahwi. Tahiyyat awal? Sunat…sunat apa? Sunat ab’ad…kalau terlupa? Boleh…sujud sahwi.

Ha reti la tu. daripada tak reti apa…sembahyang apa? Hmm pakat merodong ikut dan aja.

Semua sekali nak buat apa pun kena reti. Nak pi haji kena reti. Haa…nak pi haji kena reti. Kena paham cara kita nak buat. Mengaji bab haji dekat nak pi kursus, dia duk harap dekat kursus ja. Ha? Ha itu, mai mengaji dulu.

Tu kadang orang duk pi haji kadang tu, dia kursus kursus kursus haji.. mengaji dak. Bukan boleh cukup. Tak cukup.

Satgi duk mai marah kat saya pulak.

Tak cukup.

Kalau setakat pi kursus haji ja, kepala tu duk sini memang duk pi buat haji ja. Betuila, pi tu nak buat haji aja.

Nak buat haji berapa hari?

Hari kelapan pi Arafah. Duk padang Arafah.
Kesembilan wukuf. Na…wukuf di padang Arafah.
Lepas gelincir matahari, keluaq mari Muzdalifah.
Duk sat Mudzalifah, malam tu bertolak mari Mina.
Duk Mina. Pi melontar Jamratul Aqabah.
Ha esok pulak pi melontar. Jamratul Uula, jamratul Wustho, Jamratul Aqabah.
Lusa pulak pi melontar lagi.
Tulat pulak pi melontar lagi.

Tujuh hari. Lebih kurang tujuh hari la.
Tak sampai tu pun, patah balik. Balik tawaf,sa’i.
Habis.
Habis haji. Habis dak lagi haji?

Habis dahla…

Pi berapa hari? Pi empat puluh hari lebih.
Nak buat haji tujuh hari ja. Habis tujuh hari. Pastu baki lagi buat apa?
Meronda? menyembang? Menyembang ngongeng ngongeng ngongeng mengumpat sikit, apa semua sikit, semua.
Ha begitu kalau tak mengaji lagu tu.

Perati la tengok. Tak reti nak buat apa dah.

Ni aku pi nak buat haji aja, nak buat haji. Tak tahu nak buat apa.

Dia lain orang mengaji ni, dia lain.

Ha masa ni boleh buat, macam-macam boleh buat.

Empat puluh hari tu isi ketat dengan ibadat. Isi ketat semua.

Ha pi kalau set jadi lagu tu lah orang kalau kursus saja, mintak maaf la tuan-tuan sekelian.

Dia tak reti. Haa…dia tak reti semua.

Tak apalah kalau dia kira dia tak kacau orang. Kalau jenis mengacau orang tu, balik mai sembahyang menyembang, menyembang pulak ha koka koka.

Tu Imam Ghazali kata, nak dapat haji mabrur ni - kena jaga lidah. Jangan duk cakap merapu. Ni mengumpat kat orang apa semua, kena bini duk asing, laki duk asing pulak, sembang mengarut merapu habis semua, hmm habis lagu tu aja haji.

pl-3.jpg

Balik-balik ni anak cucu tunggu penuh di airport nuh. Dan jumpa-jumpa tokwan, peluk kucup cium cop cop kot ada berkat. Berkat apa? Habis lama dah, naya kucup, takda apa..kesian kat orang tu.

Tu tuan-tuan sekelian, ingat sama. Tu saya duk pesan tu.

Kita balik nanti nih, orang duk harap kat kita. Orang takleh pi tu la duk harap nak tumpang berkat kat kita, kita pi sana tak ibadat setara mana pun. Merapu apa semua. Ni cerita betui.

Hak pi yang mengaji sini saya nak pesan siap-siap ni, hak lepas pi dah banyak selamat dah.

Insyaallahlah hak mengaji dah tu tak apa, ni hak tak mengaji langsung jadi lagu tu.. ha, jadi lagu tu.. dia tak tau nak buat apa.

Pastu ka duk di padahal macam-macam boleh buat tuan-tuan…

Kita pi haji. Sebelum ni tak haji, balik ni haji nanti ni bukan sama dah.

Orang tengok kita tak sama dah ni haji ni. Semua orang nak tala kita belaka.

Pi sana masa banyak, bukan nak hafal tahlil-tahlil tu. Pakat duk ingat apa? Pakat duk berrsimpuh tang ni pun…

Pi tahlil, deras slow, deras slow. Hak deras tu ingat, hak slow tu tak ingat.

Lagu tu…membohong lama..

Hmm balik mai sini, sila tok haji, ha mula lari rata.

Cuba pi perkemas-perkemas sana. Masa banyak duk gaduh apa…

Pagi-pagi jumaat ha, dulu mai awai, la balik haji mai lambat, duk kot belakang takut orang tolak pi jadi imam. Tak ingat surah sajadah. Surah al-insan. Masa banyak, hang duk merapu tak ketahuan punca. Padahal duduk sana hati cukup bersih, hafal sat semua ingat.

Isi tu.

Tu saya kata nak berdoa pun lagu tu. Tadah tangan berdoa. Tadah tangan berdoa, sat habisla.. seratus doa pun habis.

Tulis atas buku tu. Tulis doa tu berapa. Berapa nak doa?

Ni sini, catit-catit hak orang suruh apa tulis. Pertama kita dulu.

Ada seratus doa..tadah tangan tu sat habis.

Satu hajat dua rakaat sembayang. Satu hajat dua rakaat sembayang. Satu hajat, dua..tak cukup empat puluh hari duk sana. Tak cukup.

Kelam-kabut kita.

Kalau ada seratus hajat nak kena sembahyang dua ratus rakaat. Nak mintak di Mekah sekali, di Madinah sekali.

Mintak dalam sujud. Sembahyang sunat, mintak sujud. Kita panggil sembahyang hajat, mintak. Sampai kita boleh berdoa, kita sembahyang, banyak sembahyang kita dapat di sana.

Susun lagu tu.

Dok saja-saja - ya Allah ya tuhanku semua, satgi habisla. Mintak lagu tu saja,  tak tau nak buat apa pulak.

Tu kita kena atuq sendiri. Na, kena atuq sendiri, waktu-waktu yang kosong tu. ha waktu-waktu yang kosong tu.

Paling kurang tuan-tuan sekalian, ni kita hak pi lama ni, ni kaki-kaki apa dah tak tentu arah sangat paling kurang, bbuh buku-buku yang bermanfaat dalam beg tu.

Beli. Pi beli buku-buku agama ka buku apa semua buh dalam beg apa semua,d aripada nak elak kita sembang merapu.

Balik makan, balik kita baca buku-buku bermanfaat, daripada duk buang sembang merapu tu.

Ha quran.. berapa kali nak habis. Berapa kali nak khatam sana? Paling kurang sekali. Ni tamat apa semua, isi jadual tu, duk sini kena isi siap dah. Isi semua dah. Ha ni orang berilmu pi. Balik-balik puas.

Kita bukan boleh kira orang tuan-tuan sekalian. Kita duk tengok orang, orang tak buat pulun apa semua, kita pun tak pulun jugak.

Orang lain dia boleh pi. Duit banyak. Tahun ni pi pulak, tahun sekali pi pulak, tahun. Kita nak boleh pi terketaq. Luruh  janggut-janggut punya kerja. Jual lembu, jual tanah baru nak boleh pi. Pastu kita nak tiru orang?

Nak tiru orang apa semua. Kira orang, dia tu tak setara mana! kita yang kena.

Tah kena pulak tua pulak. Nak boleh pi pulak ka dak tak tau ka.
Ni orang mengaji.

Banyak sangat kadang-kadang saya tengok.

Pastu duk Mekah tuan-tuan sekelian, bazir pun kena kira gak. Ni ingat pi tuang duit tak ketahuan punca. Ni pi beli cincin sampai segantang nak buat apa? Cincin tu segantang bawak balik. Buat apa sampai segantang? Ha?

Duit tu ingat sama, duk beli benda merapu tak ketahuan punca. Beli-beli, tapi kadang sampai membazir.

Membazir pun di Mekah haram, di sini haram. Ingat haram di sini saja ka? Sana pun haram serupa tu gak.

Cincin tok arab jual bubuh segantang. Pos pulak dengan pos. Bayaq pulak beratus-ratus apa semua. Tak ada faedah apa. Balik duk merata ceruk cincin. Tang pintu nu satu tang nu, larat ka pakai segantang? Jari ada sepuluh saja.

Orang pakai di tangan orang, laki-laki ni bukan boleh pakai lebih daripada dua cincin. Tu hukum feqah sebut dah. Berat dia tu jangan berat sangat. Dua tu pun tak boleh besaq sangat. Hak duk pakai kok ni tu.

Kadang jual ubat pakai sampai lima-lima jari. Kepala beruk kepala kera gambaq apa semua. Cincin apa?

Jahil. Bubuh ni apa semua.

Jangan duk buat benda-benda merapu macam tu.

Di sana tuan-tuan, beli..bukan tak boleh beli. Tapi jangan membazir. Haram serupa tu kat sana pun. Beli keperluan kita sudah. Ni kutip beli habis. Paip-paip ayaq kok ni pun ada, pi beli paip ayaq Mekah tu bawak balik, berkat dia kata. Tu berkat apa made in China… made China mai apa semua… Kopiah Bangladesh, tok arab tak buat apa aih. Bukan jadi kerja apa. Semua boleh tak boleh beli, tapi pikiaq sama duit ni.

Ni ada pasang niat aku nak pi tuang duit ni kat sana. Tuang derma tak apa. Ni beli beli beli barang hak merapu, hak tak paedah apa semua. Balik tu bagi anak-anak makan hak semua ada faedah bagi makan apa semua. Beli, pikiaq sama.

Kalau aku membazir tak tak faedah apa semua ni, haram tu di mana? Membazir tu di mana pun haram, haram serupa tu jugak, walaupun di sana. Haram serupa tu jugak.

Kalau nak derma, tuan-tuan derma pi.

Tu balik pulak nak cerita kat orang tu pikiaq sama.

Balik cerita aku ni balik, balik nak cerita apa kat orang kampung nih. Nih orang tanya nak sembang apa?

Kadang sembang satu tak bermanfaat. Bukan ada benda apa.

Huh dia kata jaga pi sana waktu melontar tu punyala ramai tulah, ish kalau jatuh pijak-pijak tu mati tak bangkit dah. Pakai pecah perut tang tu aja.

Ni kawan tak pi lagi nih, “aku nak pi lagu mana?” takut dik dik dik dik.

Hang duk gempaq dia.

Jaha.t. duk cerita apa benda macam tu. Duk buat lagu tu.. selalu saya duk perati tengok cerita lagu tu.

“Masa tawaf tu kalau jatuh-jatuh tu, ha pakai pii..!”

Yang kawan ni nak pi tahun depan, penakut pulak, pakat tak jadi pi pulak.

Kalau dia tak jadi pi pasal kita duk cerita merapu lagu tu sapa nak tanggung dosa?

Cerita ha “Allah.. kita berdoa di sana cukup mustajab”. Ha. “Tenang ja duk sana, lapang ja..khusyuk”, ha cerita benda berfaedah lagu tu.

Ni duk kata tok arab punya penipuuu.. Bukan tok arab penipu. Bangladesh, Pakistan duk pi merayau kok nu. Hang sampai tak kenai Arab dengan Pakistan, kok ni pun berlambak. Nu cerita semua.

Pastu balik duk pi cerita barang. Barang punya murah, dia kata. Hoi murah sungguh barang duk bersembang. Faedah apa bersembang, ada manfaat ka? Duk bercerita pasal barang ja, pi sampai ratus-ratus ribu. Ratus ribu kilometer, bukan ratus ribu ringgit. Puluh-puluh ribu habis, duk balik nak bercerita pasal barang ja. Karpet apa semua, murah sana barang apa semua.

Hang pi road-walk la senang ada semua.

Balik tu cerita hak manfaat. Hak orang boleh ambik iktibar apa dia. Ni pi tengok sana, macam-macam boleh tengok depan mata kita. Pi sana oh benda ni iktibar, boleh balik cerita kat anak-anak. Boleh balik cerita kat adik-beradik, boleh balik cerita kat kawan-kawan.

Benda ni boleh timbul keinsafan, boleh cerita benda tu aja. Benda-benda tu aja.

Benda-benda hak tak bermanfaat, barang-barang murah bab, penipu bab apa semua ni toksah duk cerita. Lagi satu gempaq orang pulak. Gempaq orang pulak, hak ni jangan.. jangan duk cerita. Cerita benda-benda hak baik, pengajaran.

Tahun lepas saya himpun orang-orang yang nak pi haji, saya ceramah khas tahun lepas, tahun ni tak dan mintak maaflah. Saya nak habaq lagu tu, lebih kurang lagu tu tuan-tuan dok kursus lama dah.. takut kita rugi di sana. Kena rugi semua, isi penuh.

Baik.

13:38

Popularity: 22% [?]


Actions

Informations