Syarat
21 12 2008Versi Audio :
Trankripsi :

Lambang umat Islam ni bersatu. Lambang umat Islam bersatu. Seolah-olah kalau seluruh umat Islam di dunia ni sembahyang, kita naik tengok di atas, boleh tengok duk atas langit tengok turun, semua satu aja mengadap ke sana. Maknanya orang Islam ni kena bersatu. Bukan pecah-pecah, bukan orang Islam. Sembahyang tu semua mengadap… dia tak bagi mengadap merata, dia tak bagi.
Kalaulah sembahyang, bolehlah ikut suka nak mengadap macam mana pun…jadi lagu mana nak sembahyang dalam masjid?
Ha dia tala rata. Macam pakai bajulah, pakailah nak pakai kaler apa pun, tengok hari ni. Merah ada, kuning ada, biru ada, apa semua, macam-macam. Sebab dia bukan tetap warna, dia tak tetap. Dia jadi macam ni, macam pakai baju.
Kalau sembahyang pun kata mengadap mana pun ikut suka hangla, kawan nu kok nu, kawan ni kok ni, tuju berlaga punggung hang punggung aku, berselerak tarak habis, bercelaru biru habis. La, sembahyang mengadap qiblat semua sekali.
Mazhab mana pun mengadap qiblat.
Jadi kesatuan, nampak orang Islam kena bersatu. Situ pun kita nampak dah.
Orang kafir boleh bersatu, nak musnah Islam. Kristian dengan Yahudi tu tuan-tuan, bukan sama agama depa. Bukan sama. Nashoro dengan Yahudi tu bukan sama agama depa. Yahudi agama Yahudi. Kristian agama Kristian. Tapi dua ekoq ni dia boleh bersatu runtuh Islam.
Beza cukup jauh.
Kalau pahaman pun. Kristian faham Isa itu anak tuhan, Yahudi faham Isa tu anak zina. Cukup jauh fahaman depa. Pun Yahudi boleh bersatu dengan Kristian nak musnah Islam.
Kita sama kita takleh satu? Kita sama kita nak bergaduh? Payahlah. Na..teruk lagi.
Tuan-tuan sekelian.
Banyak benda kita nak kena perbetul masalah umat Islam ni. Tuan-tuan sekelian, banyak benda.
Segala benda. Sebab tu Nabi saw sebut, sapa-sapa memutuskan rahim, putus rahim sesama Islam. Malaikat turun nak bagi rahmat, tengok-tengok ada seorang dalam tu nak putus rahim. Malaikat naik balik, tak bagi rahmat untuk semua. Meluat kat orang tu. hm meluat kat orang tu. lambang macam mana?
Lambang orang Islam ni kena bersatu. Berkelahi pun berkelahi cara adik-beradik sudahlah.
Kita dulu bergomol adik beradik, bertungging gigit hang aku berterabur, petang satgi baik balik. Habis sangat esok baik balikla. Amboi masa berkelahi tu, ha kelahi tera tu sudahlah.
Ni berkelahi macam orang tak bercakap serupa berpuluh tahun nuh.
Pesan pulak, wasiat pulak kalau aku mati toksah duk pi sentuh mayat aku. Amboih, wasiat pulak. Tengok wasiat pulak hak tak berjenis tu. tak izin tengok mayat aku.
Mulia sangat ka mayat hang?
Duk pi wasiat tak tahuan hala, jangan…
Orang wasiat benda elok-elok… mintaklah kalau aku mati panggil ramai sikit boleh sembahyang mayat aku. Tok-tok lebai pondok ka, kalau tak boleh, orang-orang soleh ka semua mai sembahyang mayat aku. Boleh mandi-mandi mayat aku orang elok, orang beribadat apa semua.
Ni kalau aku mati jangan tengok mayat aku, jangan sentuh mayat aku.
Kes bergaduh apa? Berebut tanah dua jengkai pun… sampai setara mana sangat pun, awat kita keras perut sangat… ketagaq sangat. Nampak sembang lembut aja, tapi ketegaq bukan main. Jangan ketegaq sangat noh… makcik-makcik duk ada jangan marah la…jangan marah kat saya pulak.
Kita semua sekali tuan-tuan jangan duk ikut nafsu sangat. Sikit-sikit sudahlah. Memang duk atas dunia ni bergaduh, meemang duk atas dunia ni jadi masalah. Selisih paham tu, memang berlaku.
Tapi jangan ikut nafsu sangat.
Tengok sembahyang sudah, kita mengadap qiblat, sama-sama kita mengadap qiblat. Ha, qiblat yang satu. Dia pun mengadap qiblat, kita pun mengadap qiblat. Bukan benda besaq mana, benda kecik, benda boleh buat kira apa semua. Sikit-sikit sudah.

Ingat dak saya cerita minggu lepas. Cerita Aisyah r.a. Macam mana Siti Aisyah? Oh… bertolak ansur bukan main. Rumah dia besaq tu ja pun, Rasulullah wafat tanam di situ lagi. Pastu ayah dia wafat pulak, tanam situ lagi. Tinggal sikit ja untuk dia. Cita-cita la dia ni. Kalau aku esok mati nak duk dekat nil ah. Orang mai ziarah, tengok Rasulullah, tengok Abu Bakar, tengok Aisyah…
Umar mintak, hantaq wakil, kalau sekiranya aku mati, kalau boleh aku nak tanam sini. Aisyah kata ambiklah, tak apa, aku pi duk jauh pun tak apa. Yang duduk dalam tu sapa? Rasulullah, Abu Bakar, Umar, Aisyah mengundur diri, bertolak ansur sampai setara tu. ni orang perempuan, tirulah Aisyah.
Pi Madinah tengok. Kenang. Orang tak tengok dah Aisyah situ. Duk tang mana Aisyah, tang mana makam dia orang pun tak tahu. Duk tengoknya, Abu BAkar, Rasulullah, Umar… Aisyah bertolak ansur.
Kalau nak bertegang urat ka, nak bertegang nak perbetui ka, hmm memang dia betul. Pertama rumah aku. Kalau nak berkeras. Macam kita nak berkeraslah, rumah aku! Yang kedua ni sana makam suami aku, yang kedua ayah aku, ni aku duk tang ni. Sapa nak kata apa kat dia? Dak.. takpa, bagi. Ha dak? Kita bukan sampai setara tu pun. Haa ini panggil. Pi Madinah duk teriak depan makam Nabi tu, balik berebut, huh takda makna, bohong.
Tuan-tuan sekelian, haa ini kena pahamla itu.
Terus kena mengadap qiblat, yakni akan Kaabah… qiblat-qiblat tu tempat hadap. Tu panggil apa dia qiblat? Hadap, Kaabah. Banyak qiblat ni tempat hadap.
Orang duk rajin, sat-sat Beijing, sat-sat Beijing, sat-sat Beijing, Mekah apa tak pi, qiblat dia Beijing.
Sat-sat Paris, sat-sat Paris, sat-sat Paris, qiblat dia Paris. Gunting rambut pun pi Paris nuh. Tak gunting kot ni. Gunting sini tak masuk rambut dia, jenis apa taktau. Duit banyaknya. Qiblat sana, tempat hadap.
Kita? Kiblat kita mana dia? Kaabah. Tu tempat hadap kita, Kaabah. Tu hadap dalam sembahyang.
Doa? Qiblat kita mana? Tadah tangan di atas. Qiblat doa di atas. Tuhan duk atas langit ka? Dak, tuhan tak bertempat. Tapi, pasai apa tadah tangan di atas? Macam tadilah, hadap Kaabah. Tuhan duk dalam Kaabah tu? dak…tempat hadap saja. Tempat hadap. Berdoa lagu tu, tadah tangan mintak pada Allah Taala.
Ha itu cara dia.
Ni pun Kaabah menjadi tempat hadap kita. Lambang penyatuan umat Islam.
Baik…

Yakni akan Kaabah dengan ijtihad sekalipun…
dengan ijtihad sekalipun, usaha. Ijtihad ni usaha bersungguh-sungguh pada mengenal Kaabah. Ijtihad.
Kita sini memanglah di sini nak tengok betul, bukan ada tali sambung sana. Bukan ada tali, tapi ijtihad. Tengok matahari, la ni ada kompas, la ni pulak ada juru ukur apa semua, nak buat masjid, apa semua, mengadap kepada qiblat.
Kalau boleh, rumah-rumah kita pun biaq mengadap qiblat, senang…
Itu saya pesan dah. Nak buat rumah tu lebih-lebih nak buat sendiri, ada tanah, ejaih bagi mengadap qiblat betui.
Sebab rumah pun tempat ibadat jugak. Macamana masjid kena imarah, surau kena imarah, rumah kita jugak kena imarah.
Masjid, surau, imarah dengan sembahyang fardhu.
Rumah kita imarah dengan sembahyang sunat. Imarah, tu saya kata tu kalau anak ramai tu, sama-sama pakat imarah, bucu nuh sembahyang, bucu nuh sembahyang, yang ni sembahyang dhuha, yang ni sembahyang sunat mutlak. Kawan ni pulak bangun sembahyang tahajjud, kawan ni pulak bangun pulak sembahyang witir. Semua buat hak sunat. Kawan ni balik sembahyang fardhu, buat ba’diah di rumah.
Imarahlah kita, imarah.
Dia tak jadi lagu tu, pak ngan mak pun malas, tambah anak, lagi malaslah. Maknanya rumah kita tu imarah dengan sembahyang sunat.
Jadi kena ambik kira arah qiblat. Biar anak cucu kita tau. Biar anak cucu kita tau ni mak aku buat rumah dah ambik kira dah arah qiblat. Maknanya mula-mula kita nak letak piling tu. Nak letak asas nak letak tapak tu pun otak kita kira dah bab sembahyang.
Ni tak kira langsung.
Bab sembahyang tak kira langsung. Ha jadi esok ni bila sembahyang asas senget. Orang mari rumah nak sembahyang, senget, senget-senget sikit. Sampai bila nak wirid senget tu? sampai rumah runtuh.
Duk senget-senget, senget-senget, senget-senget, sampai berapa juta kali duk sebut senget-senget.
Sebab apa? Memang buat dulu pun tak ambik kira. Haa itu.
Bukan boleh adjust dah, qiblat tak boleh adjust dah. Nak adjust qiblat, runtuh buang rumah tu buat lain. Tu ja. Nak boleh hak tu pun terketaq kepala, nak runtuh apa semua.
Cuma, hak baru nak buat ni ambik kira. Haa itu. Ni kalau kita hak buat rumah sendirila…tanah sendiri. Beli rumah hak siap dah tu, ikut orang la nak buat lagu mana pun. Dah hak tu… maknanya qiblat kena ambik kira.
Baik…

Dan ketiga menutup aurat antara pusat, menutup aurat antara pusat dan lutut.
Antara pusat dan lutut menutup aurat.
Pusat tu aurat dak? Pusat tu tak aurat lagi. Lutut tu aurat dak? Lutut tak aurat lagi. Antara pusat dan lutut.
Atas pada lutut aurat. Bawah pada pusat aurat. Pastu lutut boleh nampak pusat boleh nampaklah?
Tu yang panggil, tidak sempurna yang wajib kecuali wajib. Satgi kalau tutup betui-betui tang paras lutut ja, hang duduk satgi terbuka pulak. Ambik bawah sikit. Bawah sikit.
Untuk menyempurnakan yang wajib.
Kalau bubuh betui-betui pusat aja, paras pusat ja, payah satgi apa semua. Angkat naik atas sikit. Untuk sempurna yang wajib.
Macam basuh tangan, basuh tangan ambik air sembahyang. Had dia siku, setakat siku ja lah. Satgi kalau sukat satgi kena tak kena. Hang basuh atas sikit ja lah. Ambik cermat.
Tapi had dia, antara pusat dan lutut bagi laki-laki. Jika laki-laki. Ha boleh.
Orang laki-laki sembahyang. Ambik kain pelekat, baju tak pakai, boleh.
Gulung gulung gulung kain pelekat pakai elok tu, atas, kain tu bawah sikit pada lutut, macam ni ja, Allahuakbar sembahyang, baju pa tak pakai.
Sah, tapi kurang ajaq nama dia. Sembahyang sah, tapi takda adab langsung dengan Allah Taala. Kita nak pi kenduri pun pakai elok, nak pi jumpa orang besaq pun pakai elok, tapi nak berjumpa Allah Taala baju tak pakai. Haa, boleh la lawan sah, sah. Tapi tak patut…
Kadang-kadang kita lalu kit rumah tu jenguk kat tingkap, dok buat apa orang ni berdiri dengan baju tak pakai ni. Tengok, aih duk berdiri elok. Sat-sat Allahuakbar…rukuk, la sembahyang, baju tak pakai, ada aih
Kekadang kita duk perati tengok buat apa orang tua ni, sengaaap berdiri cegat ja. Sebab kita jarang tengok orang sembahyang tak pakai baju ni… jarang tengok. Ingat duk buat apa nampak elok ja pun. Ingat tengok cicak ka tengok apa ka duk buat apa kat depan. Rupanya satgi Allahuakbar turun rukuk. Sembahyang rupanya. Baju tak pakai. Bulu ketiak berjabu duk luaq, umphh…apa. Kira sah, sah lah tapi tak patutla. Takkan nak buat lagu tu… toksahla, pakai baju bagi elok sembahyang ni.
Ha ni soal sah ni, nak sah senang. Tu saya kata. Kita ni sembahyang nak sah dan nak diterima. Dua sekali. Sah diterima. Aurat, memang lagu tu, cara setakat tu aja.

Dan sahaya.Dan sahaya perempuan. Dan sekelian tubuhnya jika perempuan dan khunsa.
Sekelian tubuhnya jika perempuan, dan khunsa, yang ada dua alat.
Memang Allah Taala buat manusia ni ada dua tiga jenis sebenaqnya. Ada laki-laki, ada perempuan, ada khunsa. Jadi aurat khunsa sama dengan aurat perempuan.

Yang merdeka, yang lain daripada muka, tapak tangannya dengan suatu yang menutup… lain dari muka dan dua tapak tangannya dengan suatu yang menutup. Kecuali muka dan dua tapak tangan dan belakang tapak tangan. Yang tu ja boleh orang perempuan sembahyang nampak, nampak muka, tapak tangan dan belakang tapak tangan. Yang lain semua tak boleh, kena tutup. Haa kena tutup sebab dia aurat.
Dan menegah daripada dilihat warna kulit pada pihak atasnya dan pihak kelilingnya, pada pihak dan tiada pada pihak bawah…
menegah daripada melihat warna kulit. Dan daripada pihak atasnya, pihak kelilingnya, pihak bawahnya. Ni saya nak baca siap-siap hak soalan berkaitan dengan benda ni. Tadi dia hantaq pejabat saya ni. Baik. Ni jarang orang tanya macam ni nih.
Kita mengetahui jika seorang wanita menutup aurat dngan pakaian. Tetapi pakaian itu ketat, atau nipis. Maka dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pulak dengan laki-laki yang berseluar panjang, yang agak selesa, tetapi mnjadi ketat apabila rukuk dan dalam solat, terutamanya bahagian punggung dan paha. Dan kedua-dua belah pahanya. Adakah dia menutup aurat?
Hak ni jarang orang tanya. Duk kira orang perempuan pakai ketat. Orang laki-laki hak pakai ketat nampak seketui-seketui, macam mana pulak? Kira aurat ka tak kira aurat? Jawab dia sama aja hukum laki-laki dengan perempuan.
Bab menutup aurat. Cuma yang berbezanya tempat menutup. Laki-laki antara pusat dan lutut. Perempuan muka, apa dia kecuali muka, tapak tangan dan belakang tapak tangan.

Jadi maknanya orang laki-laki pun jangan pakai terlampau ketat. Memang saya duk tengok banyak tu ketat, sampai nampak abis. Jadi tak boleh. Kira tidak sempurna dia menutup aurat. Haa itu. Jadi belilah seluaq hak longgar-longgar sikit… tera nak berjalan pun tak boleh. Kita duk ralit bicara hak orang perempuan ketat, laki-laki ketat tak kira. Sebab orang perempuan ketat. Orang laki-laki suka tengok. Orang laki-laki ketat orang perempuan suka tengok. Lagu tu la.
Memang ada zaman sahabat dulu seorang perempuan bila sembahyang nak duk depan, sembahyang duk saf depan, sembahyang duk saf depan. Kenapa? Dia nak tengok orang laki-laki. Zaman dulu ada, bila dulu ada la lagi ada la.
Balik hang buanglah seluaq jin hang ketat-ketat tu. beli hak longgaq-longgaq sikit. Ha baju masuk dalam pulak. Baju masuk dalam, seluaq ketat apa semua. Habis nampak, lekuk-lekuk abis.
Kalau ketat baju dia lepas turun hak pakai pesyen tu takpa gak. Haa itu, tak sesuai.
Jadi jangan ketat sangatlah kita hak laki-laki pun. Boleh dak?
Kot baru dengaq kot terkejut. Kata apa macam nak pitam hari ni kata. Haa itu panggil, tak boleh la. Sama aja hukum. Jangan terlampau ketat sampai nampak bentuk apa semua tu.Haa, jadi, kalau punggung nampak bahagi dua, sana satu belah sini satu. Terlampau ketat la tu. terlampau ketat. Jangan bagi nampak bahagi dua. Haa itu. Takkan saya nak hurai lagi kot… jadi sama aja. Tu saya jawab hak soalan tadi dia hantaq tu.
Baik.
Warna kulit pada pihak atas dan keliling, tiada pada pihak bawah… tiada pada pihak bawah dan jikalau dengan dilumur lumpur sekalipun.
Kalau tak ada baju sangat, lumur selut pun tak apa. Dia tak payah timbul dah masalah. Dulu berlaku… sahabat dulu… sembahyang ni gilir, gilir bini sembahyang, laki duk dalam bilik, tak ada baju, haa gitu. Laki sembahyang, bini duk dalam bilik. Ha sampai setara tu. la baju cukup belambak dah aih. Berlori. Ni aci mintak ni tuan-tuan mai la baju second hand, kita nak sedekah. Huh penuh, saya tak berani nak mintak. Saya cukup takut, penuh ni taktau nak letak di mana. Cerita mewah punya baju, mewah. Tu tak timbul masalah dah kat kita bab tu. Baik.
Dan keempat mengetahui kaifiat sembahyang seperti bahawa diketahuikan fardhunya. Jadilah tang tu dulu. Keempat mengetahui akan kaifiat sembahyang… Wallahu subhanahu wataala a’lam.
Al-Fatihah.
Doa.
48:28
Popularity: 22% [?]