Syarat

21 12 2008

Versi Audio :

Trankripsi :

syarat3.jpg

Maka tiap-tiap sujud gugur kesalahannya hingga habis, dan gugur segala kesalahannya. Ketahui oleh kamu hai orang yang berkehendak kemenangan, setengah daripada orang yang muhafiz, yakni memelihara bagi sembahyang, dan mendirikan dia hendaklah ia memelihara akan segala syaratnya.

Hendaklah ia memelihara akan segala syarat. Tengok, habis dah bab batin hak kita belajaq dulu. Masuk pulak yang zahir, haa masuk.
Memelihara segala syaratnya, maka adalah syarat itu sembilan perkara.

Syarat sembahyang sembilan perkara. Tu syarat. Apa beza syarat dengan rukun?

Syarat, benda belum buat lagi. Kena ada syarat.
Rukun, benda kita buat dalam ibadat apa pun.

Syarat puasa, sebelum puasa kena ada hak tu dulu.
Rukun puasa dalam puasa.
Syarat haji pun bgitu. Sebelum tu.
Rukun benda di dalam.
Sembahyang, syarat-syarat sembahyang sebelum sembahyang kena ada syarat ni dulu. Baru boleh sembahyang. Takdak syarat tak boleh.
Rukun, dalam sembahyang. Dalam sembahyang.

Sebab tu orang kata niat, niat ni syarat ka rukun? Niat sembahyang, syarat ka rukun? Rukun, dia bukan syarat, dia rukun. Kalau rukun dia kena buatla dalam sembahyang, dia takleh luar sembahyang.

Ada pulak orang kata nak gaduh-gaduh apa nak niat dalam sembahyang… susah-susah ja, kan kita turun tangga rumah kita tu niat dah. Niat di rumah siap-siap dah, turun tangga tu. pastu duk gaduh apa lagi dalam takbiratul ihram. Niat di rumah siap dah.

Yang ni bukan syarat, ni rukun. Rukun kena dalam sembahyang.

Tu dia kata peduli apa aih, rukun apa pun boleh aih buat di rumah siap-siap. Lagu tu takpala, rukuk siap-siap di rumah satgi. Sembahyang satgi tak payah rukuk dah, tadi rukuk dah di rumah. Habis-habis baca fatihah ha sujud terus. Awat tak rukuk nih? Aku rukuk dah di rumah tadi. Mau lagu tu? sampai rukuk dengan syarat pun taktau nak beza, duk bergaduh. Haa ni cara dia. Toksah dok pinda dah ulamak-ulamak buat dahulu.

Na, kalau kita takmau buh, duk keliru orang celaru-biru orang macam-macam la ni.

Tu beringat tuan-tuan sekelian. Tambah-tambah bab khilafiah la ni, huu macam-macam la ni. Beringat. Jaga.

Kadang habis berselerak orang habis pahaman tu. Jangan melampau sangat. H

Kalau kita tak setuju dengan pendapat tu, kita aja buat, jangan duk kacau orang. Jangan duk pi tuduh orang nu sesat, orang ni tak sesat. Kita reti setara mana sangat? Kita ingat setara mana sangat hadis-hadis Nabi? Berapa hadis kita ingat? An nazhofatu minal iman pun ingat-ingat lupa, ingat lupa, mau nak ingat ribu-ribu puluh-puluh ribu hadis nabi. Ulamak-ulamak dulu macam mana? Ukur.

Yang lebih menyedihkan lagi sanggup kutuk ulamak-ulamak dulu pembohong. Haa jangan… tanda-tanda kiamat tu. Tanda sebab Allah Taala turun bala. Berapa sebab tu. Antara sebabnya, orang sekarang, hina orang-orang yang terkemudian dulu, orang dulu. Ha, jangan kita, sedaq kita, kita bukan reti tuan-tuan.

Ilmu yang ada pada kita bukan banyak mana pun. Kita ni jahil, nak banding dengan orang-orang dulu. Ibadat kita pun teruk.

Ni boleh sepatah dua kita tau pendapat tu ja, kita tak tau pendapat lain. Kita baca kitab tu ja, kitab lain berlori-lori lagi kita tak baca. Kita tak baca, na.

Kita tau hak tu ja. Orang lain kitab berlori bertambun-tambun lagi, haa itu. Kena paham.

Kalau tak mau, kita ada pendapat kita sendiri, beramallah takda masalah. Takda khilafiah, ni bukan tempat kita berkelahi. Beramallah kita. Tu kita ada pendapat kita sendiri. Aku tak suka buat hak ni.

Macam usholli tu, aku rasa tak selesala kata usolli, Allahuakbar terus. Takpa aih, takda sapa kata sesat. Hm takmau kata semua.

Hak orang kata biaq pi kat dia. Bukan dia gaduh pun dia tak sembahyang lagi. Dia bukan duk sembahyang lagi.

Sebelum sembahyang kata usolli fardhol maghribi salasa rokaatin adaan makmuman lillahi taala.

Sembahyang dak lagi tu? Dak lagi. Satgi sembahyang Allahuakbar. Dia kata di luar sembahyang. Kata pi la di luar sembahyang.

Mengumpat orang berjabu belambak.

Bohong pun ada luaq sembahyang.

Bersembang macam-macam. Takkan nak kata hak tu pun tak boleh. Tak salah apa aih.

Kena paham situ.

Kot dia kata dia takbir dulu, kata usolli sembahyang, haa tu boleh kira orang masuk dalam ni, Allaahuakbar, usolli fardho maghribi salasa rokaat…hak tu salahla… ni jadi duk gaduh apa, takdak masalah besaq mana, saja duk pi cari masalah.

Sapu muka lepas sembahyang, gaduh apa?

Dia sapu dalam sembayang ka luaq sembahyang?

Pi bagi salam kedua tu sudah dak gi sembahyang? Sudah dah, dia sapu muka, ikut dia la sapu muka ka sapu apa ka?

Sapu tang mana pun, takmau sapa ka apa semua ka. Kurang-kurangnya, bukan dia masuk dalam sembahyang. Kalau sebelum salam, assalamualaikum warahmatullah… kacaula…ni lepas sembahyang dah. Kita duk kira bab sembahyang. Ni orang gaduh.

Memang ada pendapat… Nabi pernah sapu muka, sebab habuk apa semua. Hak ni kata dah takda habuk sapu apa, toksah sapula. Orang kata dah Nabi sapu, aku sapula, lagu tu ja.

Bukan duk bergaduh, toksah duk bergaduh. Duk bergaduh…yang apa nuh di Iraq nu duk bergaduh Sunni dengan Syiah, Lubnan pun lagu tu bergaduh Sunni dengan Syiah, kita kot ni bergaduh cara kita kat sini pulak. Ha teruk duk boleh kat kapiaq semua la.

Kita duk berkelahi. Ha berkelahi. Tengok muka ustaz-ustaz pun ha masam ja… ustaz tak sama dengan dia. Itu cerita dia.

Orang hak jadi lagu ni ni tuan-tuan sekelian, kena pahamla. Cerdik sangat pun dak, bodo sangat pun dak. Tu masalah.

Kalau dia cerdik tu dia tau semua, dia senyap pulak. Hak bodo taktau apa tu pun senyak jugak. Ni bodo-bodo cerdik ni yang payah. Dia kacau merata, tuan-tuan sekalian. Ni tak betui, ni tak betui apa, ni kena paham kita semua. Duk bagi elok.

Saya hormat pendapat sapa pun tuan-tuan. Dia ada nas, dia ada hujah, dia ada pendapat. Silalah, takda masalah. Tu saya senang. Walaupun bercanggah dengan benda hak kita duk ajaq orang, bercanggah dengan benda hak kita duk belajaq, bercanggah dengan benda hak kita beramal. Tapi dia ada pendapat dia. Dia nak beramal macam tu. Ha sila,

Ada nas, ada kitab, ada hujah, ada panduan, beramal, takpa aih. Sikit saya tak berasa apa.

Hak orang lain beramal apa semua, haa buat. Jangan duk cerca dia, jangan duk buat apa semua. Kecuali kalau bid’ah dholalah sesat barat semua tu kita kena perbetul. Buang apa semua. Baru nak jadi aman. Kita duduk ni. Haa itu, tak melarat apa semua.

Macam tahlil untuk orang mati. Pakat tahlil tiga hari tiga malam, ayat quran ada suruh? Hadis Nabi ada? Jenuh nak cari takdak aih. Takda det orang panggil, hmm takda, cari takdak.
Pastu takdak, takmau buat. Toksah buatla. Tanam-tanam balik tidoq. Takda masalah apa.

Lepas-lepas tanam mayat takda apa semua balik, hang tengok aku, aku tengok hang. Nak teriak, teriak dulu, pastu tidoqla. Takda apa, takda sapa kata sesat kita. Takda masalah apa. Saya pun takda masalah. Tak mahu buat apa senang.

Saya paling malas sekali nak pi buat tahlil apa semua. Takda masalah dah takmau buat. Tapi kalau ada orang buat, ha biaq pi. Hormat pendapat orang. Haa hormat, ada jugak orang buat. Ayat quran takdak, hadis Nabi takdak, dia qias.

Nabi lalu atas kubuq satu hari, Nabi tengok orang dalam kubuq sedang azab, Nabi cucuk dahan kayu atas kubuq, Nabi cucuk dahan kayu atas kubuq. Nabi tanya pulak, tau dak sebab apa aku cucuk tadi? Kubuq, kata Nabi, orang dalam kubuq sedang diazab, mudah-mudahan kayu tu duk atas kubuq sedang berzikir, meringankan azab orang dalam kubuq tu.

Pastu, ulamak-ulamak kita qias, qias macam mana? Kalau kayu berzikir pun sampai, takkan orang tak sampai… afdholu zikri fa’lam annahu laailahaillallah… ha jalanlah. Bergaduh apa. Senang ja…bukan ada masalah apa. Qias dengan tak qias, qias dengan tak qias, qias dengan tak qias. Itula cara dia.

Tu talkin tu, talkin duk baca pulak dah. Habaq satu-satu dah, ni duk habaq dia meleret merata.

Tuan-tuan sekalian, ha dah takmau sudah. Korek-korek tanam balik…takda masalah. Hak baca apa semua, takdak pun suruh. Ada ulamak-ulamak kias, ha itu. Apa dia ni.

Fazakir inna zikra tanfa’ul mukminin,
bagilah peringatan, sesungguhnya berperingatan memberi manfaat kepada orang mukmin…

Ada manfaat untuk orang mukmin. Tak kirala mukmin mati ka mukmin hidup ka, memang hidup dia mukmin, mati pun dia mukmin… ha buatla. Itu ja, bukan ada apa sikit pun takda masalah. Saya tak nampak langsung guna untuk berkelahi. Takdak langsung-langsung. Ha, tengok.

Untuk kita berdamai, untuk kita senang. Haa untuk kita senang, ikut cara masing-masing. Mazhab pulak macam mana bermazhab-mazhab ni. Duk gaduh-gaduh mazhab, tak payah pakai mazhab pun takpa ka? Mazhab apa semua. Ni ayat quran..

Fasaluu ahlal zikri inkuntum laa ta’lamuun.
Kata Allah, tanyalah orang reti, ambiklah pendapat orang reti kalau hang tu tak reti. Hang reti takpalah hang ambik teruslah. Dah hang tak reti hang kena mazhab. Semua orang buat siap dah. Hang tak reti.

Tu nilailah, hang reti ka tak reti.

Tak reti aku, mengaji pun sekolah biasa, arab pun lupa, ana dengan anta pun terbalik kadang-kadang tu, uh. Ambik hak orang buat siap dah, siap.
Takda masalah apa, haa itu cara dia.

Jangan, ikutlah kita.

Pastu bertolak-ansur… ni hak muda-muda, kadang dia mengaji setahun apa semua ni, menikah. Bila menikah, boleh mak mentua boleh pak mentua hak duk beramal hak cara-cara apa semua ni. Hari pertama bergaduh dengan pak mentua dah. Cerdik ka bodoh? Berkelahi dengan mak mentua, mak mentua ni buat kerja apa hala orang tak buat lagu ni apa semua. Yang mak mertua, dia buat lama dah lagu tu. Dia mengaji lagu tu, bergaduh ngan mak mertualah.

Hak kecik tak setara mana. Hak masuk neraka tuh kes bergaduh dengan mak mentua pak mentua.

Benda tu la kena cerdik…ni banyak jadi lagu tuh berkelahi. Nak kawin, kawin, esok duk berkelahi dah. Mana nak beramal sembahyang lain, apa semua lain, tu semua. Cuba kita bertolak ansur sikit.

Ra’i sikit mak kita. Ra’i sikit mak mentua kita.

Ra’i sikit apa semua. Salah dia tera mana. Tengok kesesatan dia tera mana.

Kalau duk pi puja hantu syaitan tu, haa hak tu patutla… haa ini cara dia. Benda-benda begitu tuan-tuan sekelian, orang panggil benda khilafiah, elakkan daripada brgaduh.

Saya habaq banyak kali dah benda ni tuan-tuan. Sama-sama kita hormat pendapat orang.

Saya tu saya punya sikap begitu, yer dak. Saya hormat pendapat orang. Bila dia kata ustaz, saya buat begini begini begini, takmau buat cara begini, ada nas? Ada. Ada pendapat? Ada. Ha, sila. Tapi jangan duk kata kat orang. Hang beramallah hang.

Takdak masalah apa aih. Elok kita duk apa semua. Tambah la la ni jadi duk bercelaru banyak bab sangat. Ingatlah kita, paham tu.

syarat4.jpg

Pertama mengetahui akan masuk waktu dengan yakin, zhon, atau dengan zhon.

Nombor satu sekali nak sembahyang, kena tau masuk waktu, baru boleh sembahyang. Tak tau masuk waktu nak sembahyang lagu mana. Dengan yakin atau dengan zhon.

Maka tiada sah orang yang sembahyang tiada mengetahui akan waktu, dan tiada zhon jika jatuh dalam waktunya sekalipun.

Tak sah. Tak sah macam mana? Dia sembahyang, tak tau masuk waktu tak masuk waktu. Tapi dia sembahyang, masuk waktu dah. Tapi masa dia sembahyang, dia tak tau masuk tak masuk, sembahyang pi lah, lepas sembahyang, oo tadi aku sembahyang masuk waktu… tak sah jugak!

Sebab apa?

Sebelum sembahyang kena tau masuk waktu dulu. Sebelum sembahyang kena tau kata masuk waktu dulu. Tahu masuk waktu boleh sembahyang, tak tahu tak boleh lagi. Tahu dengan cara macam mana? Yakin… tengok matahari ka, tengok jam. Ataupun dengan zhon. Ha kita boleh pakai dah zhon. Berat, haa berat hati tu masuk waktu dah. Boleh pakai, haa itu, baik.

kaabah.jpg

kedua berhadap dia akan qiblat.

Sembahyang ni kena mengadap qiblat. Sebagai tempat hadap kita. Beza orang kafir mengadap batu berhala, sembah berhala.

Kita mengadap Kaabah, bukan menyembah batu Kaabah. Qiblat Kaabah menyembah Allah,

bukan mengadap Kaabah, menyembah Kaabah. Syirik.

Mengadap Kaabah menyembah Allah.

Kaabah tu sebagai tempat hadap sahaja. Bukan ada apa, dia batu, batu yang Allah Taala muliakan. Panggil baitillah, rumah Allah Taala. Tapi dia jugak makhluk Allah.

Macam saya habaq tuan-tuan, Saidina Umar ketika dia nak kucup hajaratul aswad, dia mai nak kucup hajaratul aswad, dia nak kucup hajaratul aswad Saidina Umar kata, ya hajaratul aswad… aku tahu kamu batu. Yang tidak boleh bagi mudhorat, yang tidak boleh bagi manfaat. Seandainya aku tidak lihat Nabi mengucupmu, aku pun tak kucup. Tapi aku tengok Nabi Muhammad saw kucupmu, aku pun kucup. Pop, dia pun kucup. Dah Nabi kucup, aku pun kucup. Bukan sebab batu tu, bukan ada apa pun. Batu tu batu. Maknanya amalan yang dibuat oleh Nabi kita Muhammad saw.

Kaabah pun lagu tu, menjadi tempat hadap kita.

30:04

Popularity: 26% [?]


Actions

Informations