Syarat
21 12 2008Versi Audio :
Trankripsi :
Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul ‘uqdatan millisaani yafqohu qouli.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.

Dan sabda Nabi saw, lima sembahyang ini difardhukan Allah akan seorang hamba, maka barangsiapa mendatangkan dengan dia sempurna, dan tiada dikurangkan haknya, yang mengurangkan dia, adalah baginya pada Allah janji memasukkan dia ke dalam syurga.
Ha muka surat lima.
Tujuh baris daripada bawah.
Kata Nabi saw, sapa-sapa yang mengerjakan sembahyang dengan sempurna, dan tiada dikurangkan haknya, hak sembahyang.
Apa dia?
Syarat-syarat dia jaga bagi elok, jangan duk kurang.
Jangan mencuri di dalam sembahyang.
Rukuk kena ada tomakninah, sujud kena ada tomakninah, I’tidal kena ada tomakninah.
Kalau kita sembahyang takda tomakninah, sami’allahu liman hamidah, terus turun, tu nama dia kita tidak menunaikan hak sembahyang. Tak cukup, sembahyang tak cukup, tak sempurna.
Bila sembahyang tak cukup tak jadi… haa itu, jadi sembahyang ni kena bagi cukup semua. Semua rukun-rukun dia tu bagi cukup. Buat semua bagi sempurna. Macam fatihah. Baca bagi sempurna. Kalau sekiranya kita baca dengan tidak sempurna, ataupun tidak betul, maka kita tidak tunaikan hak dia. Hak rukun sembahyang tu fatihah. Maknanya kalau tak tunai hak-hak rukun sembahyang tu, maknanya kita tidak menyempurnakan sembahyang.
Baik.
Kata Nabi barangsiapa mendatangkan ia dengan sempurna, dan tiada dikurangkan haknya, yang mengurangkan dia, adalah baginya pada Allah janji memasukkan dia ke dalam syurga. Allah janji nak bawa masuk syurga. Kalau sapa-sapa sembahyang dengan sempurna, Allah janji, ada janji. Ada jaminan boleh masuk syurga. Itu janji. Allah Taala ni sesungguhnya tidak menyalahi janji. Allah tak menyalahi janji. Laa yukhliful mi’ad, Allah Taala tak menyalahi janji. Jadi, Allah Taala janji nak bagi masuk dalam syurga bagi sapa yang sembahyang sengan sempurna cukup segala syarat-syarat dia. Baik…
Dan barangsiapa meninggalkan dia, meninggalkan sembahyang, dan meringankan dia pada haknya.
Dan barangsiapa meninggalkan dia dan meringankan dengan dia haknya, tiada baginya pada Allah Taala janji.
Sapa-sapa tak sembahyang, ataupun sembahyang buat lebih kurang, takdak dapat janji. Dia tak duduk dalam janji. Jika dikehendaki, dikasihankan dia. Kalau Allah nak kehendaki, Allah kasihan, Allah boleh ampun. Dan jika dikehendaki diseksa Allah seksa. Takdak, orang ni tak tentu.
Kalau orang tak sembahyang ni atau orang sembahyang lebih kurang ja, orang ni tak tentu, ikut tuhan lah.
Kalau Allah Taala kesian, Allah boleh ampun kat dia. Kalau Allah Taala nak seksa pun, Allah boleh seksa. Dok dia ni duk tengah-tengah, tak tentu hala.
Tapi sekiranya dia tunai sembahyang elok, janji boleh masuk syurga. Hang toksah susah hati dah.
Ni hak duk susah hati ni hak tak sembahyang tu. Ataupun sembahyang, tapi buat lebih kurang. Itu ikut tuhanlah…kalau Allah kesian, Allah ampun dosa hang. Kalau Allah TAalah tak kesian, Allah Taala lempaq hang masuk neraka, seksa.
Nak duk hak ni? Janganla…duk buat apa hak bahaya tu. na? Pi pilih buat apa yang bahaya. Pi pilih yang selamat la. Yang selamat macam mana? Buat bagi sempurna bagi elok, insyaallah, yakin Allah Taala tak menyalahi janji. Allah Taala tak menyalahi janji. Allah menepati janji. Allah kata nak ampun, Allah ampun. Allah Taala kata nak masuk syurga, Allah Taala masuk syurga. Naa, Allah bagi.
Janji Allah Taala tu tepat. Allah tak memungkiri janji pada hamba-hamba dia. Nak mungkir pasai apa? Apanya Allah Taala nak kat kita? Allah Taala kata lagu tu, lagu tu haa dak. Macam kita duk sebut banyak kali dah, Allah nak tipu apa kat kita? Dia nak apa? Laa ni pun dia tak berhajat kat kita, pastu nak tipu kita. Tipu pasai apa?
Orang tipu ni nak habuan. Dia tipu sana dia tipu sini, dia pusing sana, dia pusing sini, nak benda, nak duit orang dia tipu, nak barang orang dia tipu, nak harta orang dia tipu. Allah Taala nak apa kat kita nak tipu? Tak kelapaq apa aih.
Takdak sebab Tuhan nak tipu kita.
Takdak sebab langsung Tuhan nak tipu kita.
Hang percaya, percaya. Hang tak percaya sudah. Ikut suka hang. Allah Taala kata lagu tu, lagu tu lah. Haa tu cerita dia. Kerana apa?
Wa’mur ahlaka bissolah, laa nasaluka rizqo, nahnu narzuquka.
Kami tak pernah mintak pada kamu rezeki, kata Allah. Kamu tu, kami yang duk bagi rezeki, dia gaduh apa? Jadi orang panggil tak payahlah, haa kita lagu tu. Maknanya buat lebih kurang, buatlah bagi sempurna.
Baik.
Dikurangkan haknya, yang mengurangkan akan dia adalah padanya janji memasukkan dalam syurga, dan barangsiapa meninggalkan dia dan meringankan dia dengan haknya, tiada baginya pada Allah Taala itu janji, jika dikehendak, dikasihankan dia, dan jika dikehendaki, diseksaNya.
Ikut Allah Taala.

Dan lagi sabda Nabi saw:
Bahawa seorang laki-laki sesungguhnya ia sembahyang dan kesalahannya dihantar di atas kepala.
Bahawasanya orang laki-laki, bila dia sembahyang, dosa dia letak atas kepala. Tu orang perempuan tak dapatla? Sebut orang laki-laki ja, naya orang perempuan.
Dia gitu… bila sebut orang laki-laki termasuk orang perempuan.
Bila sebut orang laki-laki, termasuk orang perempuan.
Bila sebut orang perempuan, tak termasuk orang laki-laki.
Ar-rijal qowwamun ‘alan nisak, orang lelaki tu mengatasi orang perempuan.
Lebih orang laki-laki. Tu kita kena terima.
Kena terima kelebihan yang Allah Taala jadikan kepada orang laki-laki.
La ni, orang laki-laki tauk ke tepi dah la ni.
Pencen-pencen jawatan duk ada semua naik orang perempuan.
Cuba tengok jawatan-jawatan duk ada la ni. Pencen, naik orang perempuan.
Pengarah kastam pencen, naik orang perempuan. Pengarah traffic pencen naik orang perempuan. Esok kita apa duk kat bawahla. Naya kita.
Jawatan-jawatan besaq pencen semua naik orang perempuan la. Tengok, beringat sikit, haa ni semua.
La depa ramai. Kekadang tu ke belakang dah ayat-ayat Allah Taala. Belakang dah. Ni nak bagi sama rata apa semua. Semua perempuan dah la ni.
Gabenor bank Negara perempuan. Semua sekala perempuan, haa… yang syok traffic pun perempuan.
Tuan-tuan sekelian, haa habis takdak apa dah. Sikit hari, duk satu satu satu, pencen-pencen, cuba tuan-tuan tengok pencen, haa pencen dia hak laki-laki, perempuan naik. Pencen, perempuan naik.
Esok kita masak nasik aja di rumah, orang laki-laki, takdak apa dah kita semua.
Kena terima gak.
Kadang-kadang kita tengok tu, Allah Taala buat ni ada kelebihan dia. Kelemahan ada kelebihan yang Allah buat. Kita ikut yang tu. Terimalah. Rasul-rasul saw semua laki-laki, seorang pun takdak perempuan. Allah lantik orang laki-laki semua.
Kadang-kadang jdi masalah la ni, orang perempuan tak boleh terima. Orang perempuan takleh terima, haa itu cerita dia la ni.
Hak banyak-banyak cerdik lagu tu, dia mengaji fesyen kot nuh semua cerdik belaka dah. Dia berasa dia cerdik semua. Tanya orang perempuan, bila pun dia kata dia la. Tanya quran, tanya Nabi, hadis Nabi.
Bila kita sebut lagu ni, haa mula nak letak orang perempuan di ceruk dapurlah, pemikiran ustaz-ustaz ni tak terbukalah… Yang syoknya nak mintak baru ni timbalan mufti orang perempuan. Sampai mufti pun orang perempuan. Mula timbalan, esok mufti pun orang perempuan. Haa la semua naik, macam-macam la ni.
Jaga. Bagi hak patut padan sudahla… Kita harap janganlah teruk sangat. Ni lepas satu, satu, lepas satu, satu, sampai takdak apa orang laki-laki nih.
Jaga haa itu. Tu akhir zaman la tu. Akhir zaman, ramai wanita. Ramai orang perempuan, kurang orang laki-laki.
Memang orang laki-laki kurang. Bila berlaku peperangan, yang banyak mati orang laki-laki. Sebab tu duk kurang la ni. Kelahiran pun banyak orang perempuan.
Hak duk rempit moto, race moto pun orang laki-laki. Hak mati banyak orang laki-laki. Tinggal orang perempuan semua. Tu depa memerintah. Habis dapat kat depa semua.
Kita harap cukupla, hak duk ada ni cukupla kot… jangan bagi dah. Tapi takleh harap…huh, sudahla, biaq orang laki-laki pulak memimpin. Banyak masalah dia, rumahtangga lagu mana?
Ni sampai nak kawin pun kena ada kufu. Nak kawin tu kena kufu, haa. Apa kufu? Orang laki-laki mesti lebih daripada orang perempuan. Tu kufu. Kalau boleh, jangn orang perempuan lebih pada orang laki-laki. Bukan syarat sah nikah, lebih baik lagu tu.
Ni bini menteri, laki keja kilang, teruk laki tu. dia buli tu lah…haa lagu mana apa semua. Rumahtangga macam ni wallahua’lam, macam mana taktau nak kata.
Ikut-ikut patut-patut padan sudahlah, bukan tak boleh langsung. Na..bukan tak boleh langsung, tapi bagi patut padan. Yang ni pun kena pikir jugak masa depan. Aa masa depan. Kalau tidak punah-ranah. Habih. Baik…
Dan masuk ke dalam syurga. Mana dia…
Dan sabda Nabi saw, dan bahawa seorang laki-laki sesungguhnya ia sembahyang… macam tadilah, bila sebut orang laki-laki termasuk orang perempuan. Sembahyang mayat pun lagu tu. Kita taktau laki-laki perempuan. Baca laki-laki.
Allahumma firlahu warhamhu, waghfirli warhamhu, taktau laki-laki perempuan, boleh.
Kalau perempuan pun sah, kalau laki-laki pun sah. Kalau taktau laki-laki ka perempuan, baca Allahummagh firlaha warhamha, kalau perempuan takpala, kalau laki-laki, sembahyang hang tak terima. Haa, kalau prempuan takpala, kalau laki-laki tak bolehla, hang baca perempuan, tu orang laki-laki, tak boleh. Bila Sebut orang laki-laki, haa masuk orang perempuan.
Dan kesalahannya, kesalahan seseorang itu, dihantarkan atas kepalanya.
Waktu sembahyang, dosa-dosa angkat buh atas kepala.
Semua kesalahan-kesalahan dihantarkan di atas kepalanya.
Maka tiap-tiap sujud gugur kesalahannya hingga habis.
Tiap-tiap kali sujud gugur kesalahan dia sampai habis. Sujud jatuh, sujud jatuh, sujud jatuh, hingga habis,
dan gugur segala kesalahannya.
Maknanya gugur kesalahan, kesalahan apa? Dosa kecik. Haa dosa-dosa yang kecik. Dosa mata, dosa telinga, tu dosa kecik. Yang paling banyak kita buat ni dosa kecikla… dosa besar ni buat…tapi cepat sedar. Dosa besar. Macam berzina, dosa besar. Membunuh, dosa besar. Sama ja membunuh ni dia sebut. Sama ada sia bunuh orang, ataupun dia bunuh diri dia sendiri. Sama ja. Dosa membunuh jugak nama dia. Tu dosa besar, haa itu.
Ulamak sebut, berbagai-bagai kaedah dosa besar ni, setiap dosa yang ada hukum hudud untuk dia, tu dosa besar.
Zina, liwat, apa dia lagi? Mencuri, tuduh orang berzina. Semua ni hak ada kait dengan hukum hudud. Minum arak, tu semua, tu dosa besaq.
Yang lain? Tu termasuk daripada dosa kecik. Dan dosa kecik jugak boleh bertukar menjadi dosa besar. Boleh, seandainya dosa kecik tu dia rasa takpa. Dosa kecik jaa…dia kata. Maka dosa kecik tu jadi dosa besar.
Yang dosa kecik ni jadi kecik, bila dia buat dia rasa berdosa. Rasa jahat dia, rasa salah, tu dosa kecik.
Kalau buat dosa, rasa takpa ja, dosa besar.
Ataupun dosa kecik, dibuat oleh orang yang berpengaruh, jadi dosa besar.
Macam mana orang yang berpengaruh? Dibuat oleh tok imam buat dosa kecik, maka pada tok imam ni dosa besar.
Sebab kalau orang biasa buat, orang biasa buat, dia kata takpa, takda sapa nak tiru.
Tapi kalau yang buat tu tok imam, maka tok imam pun buat, takkan kita tak boleh… haa itu, tu jadi dosa besaq. Ha tok imam tu dosa besaq.
Ataupun ustaz buat dosa kecik, ustaz buat dosa kecik. Ha bila ustaz buat dosa kecik bagi ustaz dosa besar.
Ustaz kita pun buat, anak murid meloncat lagila.
Macam pi tengok hiburan, konset-konset itu semua, tengok orang dedah aurat, tu dosala. Berdosa la tu. bercampur jantan betina, berdosa la tu. Memang dosa.
Tapi kalau ustaz pun pi, ha bagi ustaz dosa besaq.
Tok imam pun pi, tok imam dosa besaq.
Ni tok imam tukang siap pentas, ada.
Tok imam kata tempat ni la patut sesuai, tempat ni. Yang tok imam tuh.
Saya sebut ni adalah orang habaq tu.
Tuan-tuan sekelian,
teruk punya tok imam, loqlaq, huh. Maknanya bila dia ini buat keja lagu tu, dosa besaqlah, sebab dia ada pengaruh.
Haa dosa kecik boleh tukar jadi dosa besar. Tu kena beringat.
Di kilang-kilang tempat-tempat kerja pun lagu tu. kadang-kadang di tempat gheja kita ni ha,
Dia ni tang ni takpala, bila kita pi tempat kerja kita, kita hak mengaji ni, kita la hak lebai sikit pun.
Dan-dan kita ni jadi ustaz, dan-dan kita ni ustazah.
Bab-bab agama orang cari kitalah, bab-bab agama cari kita, apa pun. Orang pandang dah kita ni memang lagu tu dah.
Allah Taala letak kita lagu tu takpalah, takpa.
Ada kilang buat dinner, panggil orang menari pakai separuh bogel. Kita pi duk depan pulak dah. Haa… amboi ustaz kita pun ada. Haa jaga hang, tu dosa besaq, itu. Untuk orang ni, orang yang ada pengaruh, Jangan.
Dia boleh bertukar menjadi dosa besar.
Dosa-dosa kecik ni bila sembahyang, dia angkat letak atas kepala… waktu dia sujud gugur, waktu dia sujud, gugur dosa dia.
15:51
Popularity: 26% [?]