Keberkatan
21 12 2008Versi Audio :
Trankripsi :

Tiada kami pinta akan kamu rezeki, kami yang memberi rezeki akan kamu.
Nak gaduh apa?
Kata Allah, kami tak pernah mintak akan kamu rezeki, kamu tu, kami yang beri kamu rezeki.
Kami tak mintak rezeki akan kamu, kami yang merezeki akan kamu.
Maka sebenarlah adalah tempat sejuk mata hati hamba yang arifiin,
Itulah tempat sejuk mata hati, hamba yang ‘arifiin… apa dia?
‘Arif billah, orang yang arif dengan Allah Taala, ni tempat sejuk mata hati
Apa dia ‘arif? Orang yang kenal Allah Taala, sungguh-sungguh kenai. Tempat sejuk mata hati dia, sembahyang.
Itu hiburan, hiburan.
Hiburan dalam Islam ialah zikrullah, tu hiburan.
Ingat pada Allah tu hiburan.
Apa dia?
Sembahyang, mengaji, dengar ceramah, baca quran, zikir. Itu hiburan sebenarnya - hiburan orang yang beriman, ingat pada Allah. Itu satu hiburan. Kerana apa? Sejuk mata hati…
Orang nak hiburan juga pun orang nak sejuk mata hati, jadi, hiburan sebenarnya - mengingati Allah.. tu yang kita mai mengaji dengan ayat quran, dengar fekah, dengar tauhid.. tu hiburan sebenarnya.
Kalau tanya pi mana? Pi dengar hiburan.. tu yang hakiki, pi mengaji tu satu hiburan. Seronok.
Kalau kita tak terhibur kita, gamak ka kita nak mai, bukan dapat apa pun.
Mai duduk bersila, duduk nganga ni, haa tak larat tunggu aih kalau tak ada hiburan.
Ada hiburan.
Bukan dapat duit pun, duit kita orang nak ambik lagi ada.
Tapi dah hiburan, tuan-tuan sekalian. Tu kata hiburan.
Yang hiburan yang nu sanggup bayar duit. Hat tak hiburan nih…
Sebab tu saya kata, lepas buat ibadat ni seronok, maksiat masa buat aja seronok, lepas buat menyesal, beza dia lagu tu.
Orang buat maksiat tu, masa buat aja seronok, lepas buat menyesal tak sudah-sudah.
Ibadat, masa buat tu seronok, tapi yang lagi seronok lepas buat..lagi seronok.. ni lepas-lepas mengaji balik mengaji satgi berasa lapang aja.
Berasa alim hari tu,
Aku ni rasa alim dok memikir ni, rasa jiwa pun rasa ok aja hari ni, tu la, cara dia, memanglah begitu, semua ibadat begitu.
Semalam bangun tahajjud, tak pernah bangun lama dah pun. Semalam pi bangun buat dua rakaat aja, tapi buat bersungguh, doa sampai meleleh air mata. Esok pagi berasa macam mana? Berasa lapang, rasa tenang aja. Ibadat memang lagu tu.
Cuba malam buat maksiat, esok pagi lagu mana? Berserabut jiwa.. tapi..
Tu orang panggil, orang sekarang pi cari hiburan tak kena pada hiburan. Yang tak hiburan tu kata hiburan, yang hiburan tu tak jadi hiburan bagi dia, tu silap.
Baik…
Dan dengan dialah tetap mata hatinya, iaitu ibarat suka dan kesenangan, dan sempurna nikmat, dan hasillah padanya sehingga muafakat berjinak-jinak dengan dirinya, tetapi bersalah-salahan ia sebab bersalah-salahan martabat dan maqam mereka itu dengan sekira-kira ma’rifahnya.
Macam-macam orang sembahyang, sebab bersalah-salahan martabat.
Sembahyang ni, ada orang yang dapat nikmat banyak dalam sembahyang, ada yang dapat nikmat sikit.
Ada yang syok, ada yang tak berapa syok.. sebab apa?
Bersalah-salahan maqam dia, bersalah-salah martabat dia, ma’rifah dia pada Allah swt, tak sama.
Tengok sembahyang, duduk satu saf, berderet aja.. sama. Imam rukuk, satgi semua pakat rukuk, imam iktidal satgi sama-sama iktidal, imam sujud, sama-sama sujud.
Kita tengok pada zahir sama, pada hati sama dak? Tak sama.
Ada yang khusyuk, ada tak khusyuk, ada yang ingat pada Allah, ada yang tak ingat pada Allah Taala, tak sama.
Sebab apa?
Bersalah-salahan maqam.
Ada kawan ni dosa banyak, ada kawan ni tak berapa ada dosa, ada kawan ni buat dosa, tapi bertaubat dah, masing-masinglah, itu cara dia.
Nampak pada zahir sama sembahyang berderet aja, tapi pada hati tak tahu sapa dia macam mana, jadi macam mana? Sama-sama perbaikan hati, tu cara dia…

Riwayat daripada Hassan r.a bahawasanya Nabi saw bersabda,
“Umpama sembahyang lima waktu itu, seumpama sungai yang deras, pada pintu seorang kamu, lagi banyak airnya, memandi ia padanya tiap-tiap hari lima kali, maka apa yang tinggal atasnya akan karat, yakni bahawa lima waktu itu menyuci segala dosa, tiada tinggal satu dosa, melainkan diampunkan, melainkan dosa-dosa yang besar”.
Ibarat sembahyang lima waktu, macam depan rumah kita ada sungai, air deras jernih, sehari kita masuk mandi dalam sungai tu lima kali, masuk mandi dalam sungai sehari lima kali, mandi-mandi naik, satgi mandi pulak naik.
Maka nescaya orang itu tidak ada karat, panggil karat, ni bahasa-bahasa orang dulu-dulu panggil karat la, kita panggil daki.
Tengok orang tua-tua duk berleter, “Awat aku nampak hang ni berkarat aja?”
Orang-orang pekan tu tak reti pasal berkarat tu, karat ni makna daki, kotor, jadi tidak ada kotor-kotoran pada tubuh dia, kalau sehari dia mandi lima kali, mandi tiga kali pun bersih dah, tambah lima?
Begitulah umpama orang yang sembahyang sehari lima kali, maknanya jiwa dia tu bersih macam orang mandi seharilima kali.
Orang yang tak sembahyang bandingkan dengan orang tak mandi, kita nampaklah kotor dia.
Ni bila kita kata orang tak sembahyang ni kotor, kotor apa? Dahi dia licin elok ja? Bersih buku-buku semua?
Kotor pada hakikat walaupun pada zahir nampak bersih, pada hakikatnya kotor.
Nak nampak kotor macam mana? Banding dengan mandi - sembahyang tu.
Kita nampak orang tak sembahyang ni kotor, kita nampak.
Kalau orang tu tak pernah sembahyang, bandingkan kotor dia, nak tau dia kotor macam mana, orang yang tak pernah mandi seumur hidup, kotor dia macam tu.
Dia kata dia sembahyang gak, raya haji raya puasa dia sembahyang..
Haa bandingkan orang yang mandi setahun dua kali.
Hang gamak makan roti canai yang dia kibas? Gamak? Gamak makan karipap yang dia tekan dengan tangan dia tu? Gamak? Gamak makan cucur kodok yang dia ramas dengan tangan tu? Tangan orang tak sembahyang?
Benak hati perut..
Ni mak pak tak sembahyang.. duduk masak makan bagi kat anak, anak benak bawa mai air bagi kita jampi.. jenuh jampi.
Jita jampi ayat quran, hang jampi tak sembahyang, kita nak bagi bersih, masuk dalam tu semua.
Bandingan dia - kotor orang tak sembahyang, jijik. Tergamak nak duduk sebumbung? Nak makan setalam, bekas-bekas apa semua? Kotor. Orang sembahyang ni bersih… beza yang Nabi sebut…na..
Bahawa lima waktu itu menyuci segala dosanya, tiada tinggal satu dosa melainkan diampunkan dia melainkan dosa besar-besar.
Sebab waktu kita sembahyang, dosa-dosa kita angkat letak atas kepala. Angkat dosa letak atas kepala, semua dosa duk atas kepala waktu sembahyang.
Waktu rukuk jatuh dosa, waktu rukuk, jatuh dosa, waktu rukuk, jatuh dosa, sampai habis, tu lima kali buat, dosa-dosa mana? Dosa kecil.
Adapun dosa besar, kena taubat nasuha, kena taubatla..
Yang banyak dosa kecil la, dosa mata, dosa telinga, dosa lidah, dosa hati, dosa tu.. jadi, insyaallah… orang sembahyang, Allah ampunkan dosa dia dengan diangkat dosa, letak atas kepala, waktu dia turun rukuk, jatuh dosa.
Kecuali dosa besar, dia kena taubat nasuha. Itu cerita dia.
Baik..

Maka berkehendaklah kepada taubat.
Riwayat daripada Ubadah bin Somad, sabda Nabi saw, lima sembahyang difardhu Allah hambanya, lima sembahyang ini difardhukan segala hamba Allah.. Maka barangsiapa mendatangkan ia dengan sempurna, dan tiada dikurang haknya, yang mengurang akan dia adalah baginya pada Allah janji,
Jadilah tang tu dulu, wallahu subhanahu wataala a’lam…
Tuan-tuan sekalian, macam saya umum minggu lepas insyaallah… hari ni kita akan baca yasin untuk kita doakan sahabat-sahabat kita, yang sama belajar sekali dengan kita, yang telah berangkat ke tanah suci, dan akan berangkat… jadi, nama-nama yang saya baca ni, ada yang telah berlepas, dan masih ramai lagi yang belum berlepas…. (baca yasin)
31:28
Popularity: 20% [?]