Keberkatan

7 08 2008

Versi Audio :

Trankripsi :

ahlil_qulub.jpg

Dan yang mempunyai dhoruri daripada ahlil qulub,

yang mempunyai dhoruri daripada ahlil qulub, mempunyai masalah daripada ahlil qulub, ahli hati.
Qulub qulub ni hati, qalbun hati, quluubun hati-hati nama dia, arab panggil qulub, melayu qulub tu menatang lain, panggil qulub ni hati-hati, ahlil qulub, hati-hati.
Baik.

Yang mempunyai dhoruri daripada ahlil qulub, tempat selesai masalah dia, serabut-serabut, Allahuakbar… tenang.

Ada orang kita pulak, serabut, tak sembahyang.. Masa tak serabut sembahyang.

Orang, bila ada masalah tu sembahyang.

Tu saya kata, sembahyang ni, nikmat sebenarnya..nikmat.

Bila dia kena bala, cuba kita tengok kalau kita orang Islam, kalau kena satu bala yang berat kat diri kita, alhamdulillah.. pi ambik wudhuk, sembahyang.. sujud lama pada Allah Taala.
Tu saya kata, kalau sembahyang takda nak buat apa? Takkan nak keriyau (menangis), takkan nak menyanyi, takdak aih.

Kita orang Islam ada cara.. sembahyang, sebab tu ada sembahyang-sembahyang sunat lagi, boleh kita buat. Bai.

Maka muliakan akan mereka itu tatkala mendirikan sembahyang, maka hilang daripada hati mereka itu dari tiap-tiap yang digemar, mulia mereka itu bila sembahyang, hilang hati mereka itu daripada tiap-tiap yang digemar.

Benda apa yang serabut, benda apa yang apa hilang ketika dia sembahyang. Sebab apa? Sepenuh hati dia tumpu kepada Allah swt hilang benda lain.

Dan sukanya dan hilanglah pada hatinya daripada segala yang dikasihinya yang lain daripada Allah swt.

Hilang semua.

Mana kita tak kena? Duk serabut-serabut, Allahuakbar.. ingat Allah aja, yang lain kita lupa semua, itu yang menyebabkan ketenangan.

Kalau kita tak sembahyang duk ingat macam-macam.

Macam kita pi Mekah, duk sini pikiaq macam-macam, sampai-sampai lapang. Pasal apa lapang? Tak payah duk fikir apa dah.

Ni kepala kita, dalam keadaan tak fikir apa pun sebenarnya kita berfikir, kita berfikir.

Kadang-kadang duk tidur ih ah ih ah tak lena. Kalih kot nu tak lena, kalih kot nih tak lena.
Tanya “hang duk ingat apa?”
“Eh aku tak ingat apa aih.”

Bohong sangat aih. Mana tak ingat apa, tidak hang lena berdesing aih.

Ada masalah, jadi, tempat selesai masalah Allahuakbar..sembahyang, selesai masalah.

Tu tempat kita, sembahyang…

suruhahlimu.jpg

Kerana inilah firman Allah Taala,
wa’mur ahlaka bissolah wastobir ‘alaiha.
laa nas aluka rizqo nahnu narzuquka,

Suruh olehmu akan ahli kamu dengan mendirikan sembahyang.
Suruh olehmu akan ahli kamu dengan mendirikan sembahyang.
Suruh..

toha.jpg

Siapa ahli kita?
Isteri, kena suruh bini kita sembahyang.
Siapa dia lagi ahli kita? Anak-anak, suruh sembahyang.
Sipa lagi? Cucu-cicit kita suruh sembahyang.

Kena suruh, maknanya kalau kita tak suruh anak-anak kita sembahyang, kita langgar perintah Allah, perintah Allah swt, supaya kita suruh ahli kita sembahyang, anak kita sembahyang,
alih-alih kita tak suruh.

Maknanya kita sudah langgar perintah Allah.

Bila kita langgar perintah Allah, ingatlah nanti musibah timpa kita.
Tu saya habaq, bila tua mari musibah, anak jadi haru-biru, dengan tak sembahyang, dengan apa semua. Orang lain seronok dengan anak pinak, kita tua-tua duk serabut dengan anak pinak lagi.

Silap kita gak, dulu-dulu kita bukan peduli sangat, nak sembahyang, sembahyang, tak nak sembahyang sudah, takda masalah pun.

Tak ada kata nak mengamuk pasal sembahyang ni, tak pernah dengaq, mengamuk pasal lain adalah.

Mengamuk pasal tak pi bendang, mengamuk pasal tak alih lembu, mengamuk pasal tak lepas kambing, mengamuk tak bagi makan ayam adalah.

Mengamuk tak sembahyang tak ada.

Tak apalah, dia begitu la.

Kalau hang nak senang sikit, susah duk kemudian. Kalau la ni susah sikit, memanglah payah.. tu Allah sebut, sabar di atasnya, sabar atasnya, sabar, nak sembahyang pun kena sabar, nak suruh pun kena sabar, Allah, kalau tak sabaq-sabaq, tak boleh.

Sebab tu kita duk habaq banyak kali, kita mak bapak kita kena banyak berkorban.
Biaq kita susah sikit.

Tu subuh-subuh kita bangun awal sikit, bukan kira kita aja nak sembahyang, nu anak kita pun nak sembahyang, bini kita pun nak sembahyang, maknanya kita kena awal.

Kena awal.

Kalau kita pun duk lambat lagi, pukul berapa anak kita nak sembahyang? Dengan nak mandi lagi, nak masuk bilik air, nak ambik wudhuk, nak apa, nak basuh muka. nak apa semua lagi.
Maknanya kita korbanlah sikit tidur kita tu.. kita mak bapak ni, saya duk bajet-bajet tengok, kita pukul lima bangun baru elok, pukul lima pagi bangun tu baru ngam-ngam, paling lewat lima suku.

Dah la masa tu kita nak, pertama, kita dulu, kot nak mandi ka, nak sembahyang tahajjud dua rakaat ka, satu. Lepas tu satgi nak gerak anak pulak, anak pulak duk ada lima enam orang nak gerak, bukan senang nak jaga. Hak kecik-kecik boleh usung, hak tua-tua? Rebah kita nak usung, jadi maknanya kena buat kerja. Yalah, bila kita fikir lagu ni, kita ni Allah swt buat untuk apa?

Wamaa kholaqtul jin wal ins illa liya’buduun.
Tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat.

sujud_salji.jpg

Takpalah, jangan duk merungut, ni semua ni ibadat.

Ni hati perut kita duk susah pasal anak pinak ni, kita kena tanya susah hati sebab apa?
Susah hati sebab anak aku tak mau sembahyang, susah hati pasal anak aku tak mahu mengaji, susah hati tu pun ibadat.
Sebab apa? Kita susah hati pasal agama.

Tapi kena buat kerja la ni, ni dah azam kita kena sedia berkhidmat ke arah ibadat pada Allah swt, baru kita takda masalah.

Tapi kita nak syok, nak pilih syok, nak tidoq, ha tidoq.. tuan-tuan sekalian, nanti kita susah.

Tak dan mati lagi, mati susah lagi.

Sebab tu beza tuan-tuan orang kawin beribadat dengan orang tak kawin beribadat, beza.
Orang kawin beribadat, pahala dia lebih daripada orang yang tak kawin beribadat, pahala dia kurang.Sebab apa? Sebab orang kawin buat ibadat dengan orang tak kawin buat ibadat, orang tak kawin dia sembahyang, dia dia aja, dia bukan pikiaq sapa, dia dia aja.
Tak payah fikir bini dia, tak payah fikir anak pinak dia.
Jadi dia sujud pun dia aja, dia rukuk pun dia aja, dia baca quran pun dia aja, hak tu aja pahala dia.

Tapi hak ada anak ni, hak ada anak ni, dia nak hak dia sembahyang, anak pinak dia pun sembahyang.

Dia sujud, anak pinak dia pun sujud, dia baca fatihah, anak pinak dia pun baca fatihah, jadi orang ni dapat pahala berlipat-lipat kali ganda, tu kelebihan dia.

Tapi apa makna tuan-tuan, kita ada anak, anak kita ramai, tapi yang sembahyang kita seorang.
Maknanya kita ni, ibadah kita macam tak kawin jugaklah, macam kita tak kawin jugak, duk sembahyang aku sorang-sorang jugak, patutnya aku dapat pahala berlipat-lipat kali gandala, aku sembahyang, anak pinak aku sembahyang, cari untung, tu nama dia, cari untung.

Wata’awanu ‘alal birri wattaqwa,
tolong-menolong, bantu-membantu di atas berbuat kebaikan dan ketaqwaan.

Ni susahla, bukan senang..nak kepung anak suruh sembahyang ni bukan senang.

Kecik-kecik daripada enam, tujuh, lapan tahun suruh sembahyang, jangan duk godam lagi, cengil (garang) sangat pun haru jugak, tak boleh, Nabi tak bagi.

Nak pukul anak bawah sepuluh tahun pasal tak sembahyang tak boleh, kalau pukul, salah, tibai dah.

Sepuluh baru boleh godam, tak sembahyang sepuluh baru boleh tibai, bawah pada tu suruh, suruh, suruh.

Yalah, lima tahun enam tahun sembahyang dia, sembahyang duk orang dia cuuh lari, pastu dia mari rukuk pulak, biaq pi! Biaq pi, janji bagi dia reti dulu, tau, ini time sembahyang, ini time sembahyang.

Bukan senang nak lekat, bukan senang, dia ada masa panjang lagi.

Sampai sepuluh tak mahu jugak, godam.. beli rotan bubuh di rumah, sunat bubuh rotan di rumah, ambik kertas tulis, “Rotan Untuk Orang Tak Sembahyang”, sangkut kat situ, bagi dia baca, haha..bubuh situ, ha tibailah.

rotan.jpg

Godam tu pun dapat pahala, tuan-tuan sekalian, godam dapat pahala.

Start lah kita tuan-tuan sekalian, jangan ralit, tambah hak baru-baru ni, anak halus-halus lagi ni, haa start la ni suruh sembahyang, jadi kita.

21:12

Popularity: 40% [?]


Actions

Informations