Hakikat

23 09 2007

Versi Audio :


Trankripsi :

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin

Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.

Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.

Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘ azim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil’ azim.

Ha… muka surat berapa? Muka empat, dua belas dari bawah.

Maka seumpama khusyuk dan hadir hati, dan sempurna ikhlas dan tazallul dan tafahhum bagi ma’a ni qira ah dan tasbih dan lain-lain daripada segala wizaq segala wazifah sembahyang yang batina.

Ha… tu. Tang tu. Betui?

bathinah.jpg

Dan seumpama, ambik atas sikit tu.

Ada pun hakikat batin, sembahyang yang batin, hakikat batin. Ha…sembahyang ni, macam kita sebut dulu dah. Dia ada zahir dan batin. Sembahyang pada zahir, sembahyang pada batin.

Ada pun hakikat batin, yang dikatakan sembahyang pada batin maka seumpama khusyuk.

Apa khusyuk? Saya dah sebut minggu lepas. Tetap. Duduk diam. Sama ada diam hati ataupun diam pada zahir badan dia. Tu khusyuk.

Dan hadir hati

Maknanya, badan kita, jasad kita hadir pada sembahyang, maka hati kita juga perlu hadir dalam sembahyang. Bawak mai sekali. Hati kita pun dalam sembahyang, badan kita pun dalam sembahyang. Jangan badan kita hadir ke tempat sembahyang, hati kita tak dak di tempat sembahyang, dok tempat lain. Dok pasar malam, dok supermarket. dok didapur ha… tu. Hati tak mai. Tarik hati mai sekali sembahyang. Tu wazifah batinah, batiniah ataupun hakikat pada batin dia, sembahyang sekali.

Baik.

 

Dan, sempurna ikhlas

Sembahyang tu ikhlas. Apa dia? Sembah Allah Subhana Wa Taala semata-mata. Bukan kerana lain. Kerana apa? Kerana kita ni hamba. Perintah Allah suruh sembahyang. Maka kita, kita sembahyang. Sembahyang tu kerana sifat hamba kita. Biaq ada jiwa kehambaan. Ikhlas kerana Allah Taala bukan kerana orang. Bukan kerana nak menunjuk-nunjuk, bukan kerana nanti nak bagi nampak muka ada nur bagi orang puji dia. Ha…dak.

Dan Tazallul,

menghinakan diri, sembahyang tu. Untuk menghinakan diri. Rukuk, sujud, sembam muka pada lantai, sujud pada Allah Taala, hina diri kita. Tu sembahyang. Hakikat batin

Dan Tafahhum bagi ma’ani qiraah.

Paham semua benda-benda yang kita baca. Jangan tak paham. Tadah tangan ke langit:

Allahumah dinii fii man hadait.
Wa’aafinii fii man ‘a fait.
Wa tawallanii fii man tawallait.

Paham ka dak? Tak paham bagi paham. Tu dia suruh. Baru nak khusyuk.

Tu semua tu ubat dia belaka tu.

Tu saya kata kalau tanya ustaz “cam mana nak khusyuk haa?”. Nak jawab tak bleh. Kena mengaji. Apabila saya jawab lagu tu aja, tu semua tu.

Tu pun tak tentu lagi tu. ha…ha… tak tentu lagi tu. banyak benda nak kena repair.

Tafahhum ma’ani qiraah. Paham makna-makna qiraah, makna-makna yang kita baca bagi paham semua. Na… bagi paham.

Robbigh fir lii war hamnii wajbur nii

kena paham. Ha…

Allahuakbarkabiraa walhamdulillahikathiira wasubha nallahi bukratan wa ashila

kena paham.

Semua kena paham. Tu benda tu penting lagi.

Sebelum kita paham-paham hak lain, paham hak ni dulu. Cari, kaji ni dok ralit baca buku-buku merapu. Ha… hak ni tak paham lagi. Kena mengaji kena kaji, kena baca, kena check, kena tanya orang bagi paham. Semua kita baca. Pendek kata, balik pikiaq tengok. Start dari takbiratulihram sampai salam yang baca-baca ni apa lagi tak paham? Bagi paham.

Ha… bagi paham semua itu. Ha… tu semua tu hakikat batin.

Bukan reti makna. Faham lain. Reti makna.
Alhamdulillahirabbi‘alamin
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Ha… gitu.. tu reti makna.

Faham lagu mana?

Alhamdulillahi rabbi ‘alamin

Segala puji bagi tuhan, Tuhan mana? Tuhan sekalian alam ini. Makna semua alam ni tuhan dia, Allah Taala. Allah Subhana Wa Taala.

Maalikiyaumiddin
Malik bagi yaumiddin - hari agama. Apa dia pemerintah? Pemerintah. Tu Al-Mulk. Tu kita baca surah Mulk tu. pemerintah. malik. Malikiyau, malikiyaumiddin. Ha… Raja bagi hari agama. Yaumiddin. Ada orang panggil yaumalqiamah, yaumiddin, yaumalakhirah. Tu nama semua, hari tu agama aja pakai, yang lain semua tak pakai. Siapa-siapa ada agama adalah akhirat esok. Siapa-siapa tak dak agama, tak dak apa. Tu yaumiddin. Na… di dunia ni boleh. Siapa ada duit, siapa ada pangkat, siapa ada rupa, siapa ada suara boleh.

Apa dia? Ha… biaq pi kat dia.

Baik.

Malikiyaumiddin - hari, hari agama.

Baik.

Iyyakana’buduwaiyyakanasta’in
Akan dikau kami sembah, akan dikau kami mintak pertolongan.

Iyyakana’buduwaiyyakanasta’in

Akan dikau kami sembah. Hati tu paham.

Wwaiyyakanasta’in
Akan dikau kami mintak pertolongan. Takdak tempat lain dah mintak pertolongan kecuali kepada Allah swt, pada Allah Subhana Wa Taala. Maknanya paham semua sekali.

Ihdinasiratalmustaqiim
Ya Allah tunjukkanlah kami jalan betul! Dok atas dunia ni nak mintak siratalmustaqim mintakkanlah kami. Ha… Tunjukkanlah kami jalan betul.

Jalan mana?

Sirahtalazi…’alaihim
jalan yang engkau beri nikmat diatas mereka tu.

ghairil maghdhubi alaihim
Bukanlah jalan orang-orang yang dimurkai. Tak mau jalan tu.

Waaladhaaallliin

Bukanlah jalan-jalan orang yang dhaaalliin>, orang yang sesat.

Banyak yang kita mintak. Jadi paham semua. Semua sekali.

Subha narobbiyal ‘azhiim.
Subha narobbiyal a’la

Jangan ada yang tak paham.

Maha Suci Tuhan Yang Maha Besar.

Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi.

Baik.

Tu semua tu kena mengaji. Tu nak dapat paham.

Mana tadi?

Dan tasbih, paham tu qiraah - bacaan-bacaan. Dan tasbih - zikir-zikir kena paham. Jadi tu kerja dulu. Kalau nak khusyuk sembahyang yang tu dulu. Bagi paham semua dulu. Ha… check, kaji dia bagi paham betui dulu. Baru nak boleh dapat.

Dan segala wazifah, segala pekerjaan sembahyang yang bathinah.

tilik.jpg

Maka zahir sembahyang bahagian badan. Anggotanya dan batinnya bahagian hati.

Zahir sembahyang bahagian badan. Anggota sembahyang, ha… apa dia ni? Zahir sembahyang bahagian badan dan batin sembahyang bahagian hati. Ha..tu. Tu sembahyang zahir batin. Bukan minta maaf ja zahir batin. Sembahyang pun zahir batin. Na… raya dia sebut zahir batin, zahir batin. Sembahyang zahir batin dak? Zahir saja batin dak.

Baik. Zahir dia, perbuatan-perbuatan kita.

Dan sirrnya, hati.

Dan sirrnya segala sirr yang yang sunyi, sirr ni. Yang senyap tu benda dalam hati.

Dan demikian itu tempat tilik hak Allah swt daripada hambanya.

Hati-hati tu, tempat tilik hak Allah Subhana Wa Taala daripada hambanya. Tempat tilik hak Allah swt daripada hambanya iaitu hati.

Allah nak tengok hati. Tempat tilik Allah. Sepatutnya kita kena jaga hati lebih dari yang lain lagi. Kita jaga pakaian kita, kita jaga rupa kita, alih-alih tak jaga hati. Hati tu menjadi tempat tilikan Allah. Tempat Allah Taala nak tengok. Jadi hati kena jaga.

Antara benda yang payah sekali nak jaga ialah hati. Dia berubah-ubah. Tu kita dok doa tu:

yamuqallib.gif

Ya muqalibaquluub… sabbit qalbi ‘ala diinik wa ‘ala tho ‘atik.

Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati,

ya muqalibaquluuub.

Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati,

sabbitqalbi

tetap olehMu akan daku hatiku ini

’aladdinik

di atas agama engkau.

Mintak tetap.

Popularity: 62% [?]


Actions

Informations