Muqaddimah

7 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Kali ketiga dah kita baca kitab ni. Kali ketiga dah? Tiga ka dua? Kali ketiga. Empat dah? Yang empat ni anak murid lama betul ni..Ya? Tiga kali dah kitab ni. Saya baca perlahan lagi bagi teliti bagi halusi lagi .. ulang banyak kali tak pa..

Ada kata, kami ni ustaz dah banyak kali dah kitab ni habis..takpalah..sebab saya pun fikir lagi orang pun baru mengaji pun ada, dia tak mengaji lagi kitab ni. Yang mengaji banyak kali dah ulang balik, mungkin dalam ramai-ramai ni ada lagi benda yang, ada lagi kawan-kawan kita baru mai mengaji, dia tak mengaji lagi Munyatul Musholli.

Saya nak cerita kat tuan-tuan sekalian antara kitab yang paling saya gemar, sejak daripada saya mula-mula mengajar dahulu sampai ke laa ni..tak pernah lagi saya berhenti kitab Munyatul Musholli.

Merata-rata saya mengajar kitab ni. Merata-rata. Di Sungai Petani, Bakar Arang, baca kitab ni baru habis saja..Di Langkawi saya baca kitab ni. Di Taiping saya baca kitab ini. Di Ipoh saya baca kitab ni. Semua saya mula dengan kitab ni. Lepas pada kitab ni baru saya baca kitab lain. Lepas baca ni kitab lain. Banyak, berpuluh-puluh tempat di Balik Pulau, semua saya baca tempat ni, di Selama, baca kitab ni.

Kerana kitab ini dia berbeza dengan kitab-kitab lain- khasnya perkara yang berkaitan dengan sembahyang. Macam kita baca kita Hidayatul Sobian dahulu, dalam kitab Hidayatul Sobian ada cerita Tauhid, ada cerita bab Toharah, ada cerita bab Sembahyang, ada cerita bab Puasa, ada cerita bab Haji, ada cerita bab Zakat, ada cerita Tasauf sedikit..Dia cerita sikit-sikit. Kitab-kitab ni.

Tapi kitab Munyatul Musholli ni, dia start dengan sembahyang sampai tutup bab sembahyang sahaja. Tu nama dia. Semua benda-benda yang dalam sembahyang. Apa dia? Dia bukan cerita pasal sembahyang zahir tetapi sampai yang hat batin sembahyang macam mana. Target kita sembahyang macam mana. Semua dia cerita lengkap, sebab ni nanti, dalam kitab ni juga dia habaq bab pemimpin. Sebab apa dia selit dalam kitab sembahyang cerita pasal pemimpin?

Sebab kalau sekiranya paham sembahyang, paham ilmu kepimpinan. Dia kena sebut dalam kitab dia. Sebab memimpin negara macam sembahyang. Memimpin negara macam sembahyang.

nik_aziz.jpg

Dalam sembahyang ada imam, dalam negara ada imam- ketua.

Dalam sembahyang ada makmum. Dalam negara ada makmum - rakyat.

Imam - syarat-syarat orang nak jadi imam. Syarat-syarat orang nak jadi pemimpin.

Sebab tu dia selit jugak dalam bab kepimpinan. Semua lengkap.
Syarat-syarat nak jadi pemimpin.

Makmum kena ikut imam tak boleh terdahulu dengan tok imam, tak boleh terkemudian dengan tok imam dengan sengaja, tak boleh. Kena ikut tok imam.

Kalau lawan tok imam, menyebabkan batal sembahyang dia. Ikut macam mana? Ikut sekadar mana betul.

Sebab tu rakyat kena ikut pemimpin.Tak boleh lawan pemimpin- haram. Makmum pun begitu kena ikut imam. Kena ikut imam. Lepas pada tu ikut sekadar mana? Sekadar mana betul. Kalau tak betul? Nak buat macam mana makmum? Kena tegur dia. Subhanallah. Subhanallah.

Begitu juga pemimpin. Kalau tak betul, rakyat kena tegur.

Kalau tegur tak berubah jugak, makmum kena apa? Kena mufaraqah. Kena mufaraqah. Jadi pemimpin pun begitu. Kena mufaraqah.. cerita dia. Jadi lengkap dia cerita dalam kitab ni. Semua sekali. Semua sekali ada dalam kitab Munyatul Musholli ni Jadi sebab tu kitab ni memang begitu. Jelas dalam kitab ni.

Popularity: 58% [?]


Actions

Informations

One response to “Muqaddimah”

14 08 2009
http://news.nawcecmi.com (18:17:56) :

news…

SdI1Tt0 | news …