Perbetulkan
22 08 2007
Versi Audio :
Trankripsi :

Sabda Nabi saw, sollu kama roaitumuuni usolli, sembahyang kamu seperti barang yang kamu lihat akan daku sembahyang.
Kata nabi sollu kama roaitumuuni usolli, hendaklah kamu sembahyang macam kamu tengok aku sembahyang, maknanya kita sembahyang kena macam nabi sembahyang.
Macam mana nabi sembahyang, macam tu kita sembahyang.
Kita boleh tengok nabi ka la ni? Tak boleh.
Pastu nak tengok sapa? Haa tu sebut kat depan…
Maka hendaklah ikut akan yang dikerjakan nabi, ikut macam nabi buat saw
atas jalan yang kita ambil daripada ulamak hari ini, atas jalan yang kita ambil daripada ulamak hari ni.
Lagu tu makna ikut nabi.

Kalau hang pakai tiru-tiru mengaji, tu tak ikut nabi, mengaji ikut nabi…sebab apa? Ulamak ni pun dia mengaji, kita ambik daripa tok guru kita, tok guru kita ambik daripada tok guru dia, tok guru dia ambik daripada tok guru dia lagi, ambik, ambik, ambik, ambik, sampai kepada tabiin, sampai kepada sahabat, sampai kepada Nabi, Nabi ambik daripada Jibril, Jibril ambik daripada Allah Taala, sempurnalah…
Tu kena mngaji, balik baca buku saja tak boleh, duk ambik dalam buku baca, boleh?
Ada takda tu duduk, telefon kat kita tanya, “Ustaz, saya duk beramal, tapi jadi panas, duk berzikir panas dia jadi pelik”
Saya tanya, “Hang ambik mana zikir tu? “
“Saya pakai buku”
Saya tanya “Hang mengaji ka dak?”
“Dak…saya pakai buku”.
Haa…elokla…orang berzikir ratus ribu tak panas apa pun, yang hang jadi panas dua tiga ratus, benda tak kena!
Sebab tu kena mengaji, ambik pada alim ulamak, sebab tu tok guru yang mengajaqrtu saya duk habaq berapa kali, mesti dia mengaji, jangan tok guru tu tak mengaji, dia putu
Nabi pun Allah Taala hantaq Jibril alaihissalam. Pi ajar. Patutnya Allah swt boleh terus kat nabi, dak… Jibril turun ajar, sembahyang tu, nabi terima malam israk mikraj sembahyang, Jibril turun ajaq, dua kali dua kali dua kali, zuhur dua kali, asar dua kali, maghrib dua kali, isyak dua kali, semua ajar, nak cerita kata kita ni kena mengaji, baru sembahyang kita macam nabi buat.
Ambik daripada alim ulamak.
Macam mana kalau ambik daripada quran terus? Ambik daripada hadis nabi terus? Tak payah ambiklah dari kitab-kitab fekah, boleh dak? Tak payah pakai mazhab-mazhab, boleh dak?
Haa ni pun satu masalah…terus ambik daripada quran.
Kita kena paham tuan-tuan sekalian, kena paham, bahawa… boleh, ambik terus daripada quran hukum-hakam, boleh ambik terus daripada hadis nabi, boleh, tapi dengan syarat, kita kena reti sungguh, kita kena paham betul-betul.
Sebab tiap-tiap benda yang kalam Allah Taala, kalam Rasulullah saw, bukan macam orang biasa.
Orang biasa pun hak jadi professor, hak cerdik-cerdik tu, dia tulis dua tiga patah, dia buat sastera dia dua tiga patah, hantaq orang kaji, orang kaji, orang kaji, maksud dia tu tulis sampai jadi buku-buku, orang hurai sampai boleh jadi dua tiga buku, ni orang biasa.
Tambah kalam Allah, bukan setakat cerdik, Maha Cerdik, begitu jugak Rasulullah saw, kadang-kadang kita tak mampu nak paham, bila tak mampu nak paham, kita ambik hak ulamak, kupas siap dah.
Kupas apa? Kupas daripada quran dan hadis, apa dia?
Yang dinamakan kitab-kitab feqah…mazhab Syafie, mazhab Maliki, mazhab Hambali, mazhab Hanafi, ikut hak kitab-kitab fekah ada tu.
Ni hak kita mengaji kitab fekah ni ambik daripada mana? Depa pun kupas daripada quran jugak…depa pun kupas daripada hadis jugak, sebab kalau kita ambik, maksud dia lagu lain, kita pi hurai lagu lain, tujuan dia lagu lain, kita pi hurai tujuan dia kot lain, bahaya!
Ambik terus, hak siap dah.
Macam saya duk habaq buah durian tu, nak kupas sendiri pun boleh, ambik parang kupas sendiri, kalau hang pandailah, haa pandai.

Kalau kupas sendiri ni kalau tak pandai bahaya banyak, durian tu duri, parang tu lagi, kena tangan hang, kalau tak kena tangan pun duk takek-takek dua tiga empat kali, tak terbelah, tudia durian tu jadi hangit, tau hangit? Durian bukan boleh takek gedebuk-gedebuk macam buah nyok tu…
Saya tahulah, saya beranak bawah pokok durian, maknanya dia kena takek atas kupas, bukan boleh lagu tu, payah.
Kalau reti sungguh takpa, kalau tak reti, ambik hak orang kupas siaplah senang… haa senang, orang kupas siap buh dalam pinggan, hang makan hak tu sudahlah, buah durian tu la jugak, Cuma hang tak kupas, yer dak, orang tolong kupas bagi kat kita.
Kalau reti, kupas sendiri, kalau tak reti ambik hak orang kupas dah.
Hukum-hukum pun lagu tu la, yang duk bergaduh la ni, reti ka? Reti apa…arab pun duk reti ana dengan anta, tu pun keliru, anta pi kata ana, ana kata anta, kupas sendiri, tu jadi haru-biru abis la, ambik hak orang kupas siap dah, imam hambali, imam syafie, imam maliki, hanafi, kupas siap dah, ambik hak tu, kot tu buah durian jugak, cuma kupas dah, tak tengok duri aja, hak tu aja.
Baik…
Jawab dia, boleh… nak ambik sendiri pun, kena ada mahir betul-betul, kena paham betul-betul.
Contoh dia lagu tu la kena tau, hukum-hukum pun lagu tu.
Pastu mazhab-mazhab ni wajib dak kita bermazhab? Wajib… mana dalil?
Allah sebut, fas aluu ahlal zikri in kuntum laa ta’lamun, tu dalil, perintah daripada Allah, tu wajib tu, wajib kita bermazhab, mana dalil? Fas aluu ahlal zikri in kuntuk laa ta’lamun.
Kata Allah, hang tanya orang reti, kalau hang tak reti, tanya sapa bab feqah hak paling reti? Imam Syafie, imam Maliki, Hambali, Hanafi, tanya depa… tanya macam mana? Buka kitab-kitab depa, mengaji kat ulamak-ulamak Syafie, mengaji kat ulamak-ulamak hanafi, takapalah, selamatlah.
Satgi tanya pulak, mazhab-mazhab ni ada ka suruh ambik mazhab- ni, duk kacau, ayat tula fas alu ahlal zkri in kuntum laa ta’lamun, Tanya orang reti kalau kamu tak reti, sapa suruh? Allah Taala suruh, mana mazhab, kena ikut, taqlid, pada mazhab.
Dalam hukum tauhid dia tak taqlid, taqlid tak digalakkan, setengah ulamak kata taqlid dalam tauhid ni tak sah, setengah kata sah, taqlid mana? Ikut orang…
Tak boleh, dalam tauhid tak boleh.
Tanya dia “Allah Taala ada dak?”
“Ada”
“Mana hang tau kata Allah Taala tu ada?”
“Pak aku kata ada!”

Tu taqlid dalam ilmu tauhid, tak boleh pakai hak ni, otak hang ada awat hang tak pikiaq?
“Allah Taala Maha Berkuasa dak?”
“Maha Berkuasa… “
“Hang tau mana?”
“Tokwan aku kata ada, mak aku kata ada, adik aku pun kata ada, aku pun kata adala… “
Tak boleh pakai, tu taqlid dalam ilmu tauhid.
Tapi dalam hukum feqah kadang-kala wajib bertaqlid, baik, kita tak boleh buat ibadat dulu, taqlid, kita bertaqlid pasai apa? Kita Syafie, ikut imam Syafie, ikut Imam Hambali, mana-mana pun boleh, tak ada masalah, tapi buat sembahyang, daripada awal kalau Syafie, Syafie sampai sudah, kalau Maliki, Maliki sampai sudah, start daripada ambik air sembahyang lagi, boleh, tak ada masalah… Pastu ikut daripada mazhab-mazhab ni ikut quran dak? Ikutlah, ni pun daripada quran jugak, depa duk bahas keluar kitab, keluar hukum apa semua tu daripada ayat-ayat quran yang mereka bahas.
Ayat Quran yang mereka bahas, dah semua mereka cekap.
Imam Syafie tu tujuh tahun tu hafiz dah, tujuh tahun tu quran duk dalam kepala dah Imam Syafie, kita tujuh tahun, umph… mandi telanjang bogel lagi, taktau apa lagi masa tu.
Imam syafie dah mengaji sungguh.
Imam Malik tu tok guru dia sembilan ratus orang, ha nak jadi imam mazhab tu, sembilan ratus orang tok guru, kita ada tok guru dua orang pun kembang hidung dah, haha..dua orang pun kembang hidung dah, dia sembilan ratus orang, hak nak jadi imam mazhab ni.
Senang, kita baca kitab-kitab feqah, takut kita hurai lagu lain, macam mana? Contoh kita nak ambik hadis terus, boleh…
Dalam hukum feqah, kalau kita tidoq, lepas sembahyang isyak tidoq, tidoq tertungging atas katil, bila tidoq, bangkit-bangkit nak sembahyang Subuh nanti, tak pun bila nak sembahyang tahajjud nanti tu satgi, kena ambik ayaq sembahyang lain dak?
Kena ambik air sembahyang lain dak?
Kena la…awat tak kena, duk guling tidoq tak kira dah, batal la wudhuk bila tidur, hukum feqah kata,.
Jumpa hadis pulak, jumpa dak hadis Nabi? Lepas-lepas sembahyang isyak Nabi tidur, bila tidur, Nabi jaga tengah malam, Nabi tak wudhuk dah bila sembahyang, hak kita buat lagu mana pulak? Hak imam mazhab buat lagu mana pulak? Terus sembahyang…
Bangun-bangun tidur terus sembahyang, tak ambik wudhuk tak ambik apa, ada hadis yang ambik wudhuk, ada yang tak ambik wudhuk, tu kadang kita tak mampu paham, sebab apa ulamak hurai?
Tidur nabi dengan tidur kita sama dak?

Nabi tidur, jaga, kita tidur, tak jaga… awat tak bangun subuh? Tak jaga… tak jaga sungguh.
Tangan pegang rata, macam-macam, taktau apa berlaku waktu tidur, nabi tau.
Tu huraian-huraian begitu, nabi tau, sebab tu nabi tak batal, kita tak tau, banyak huraian-huraian, kadang kita tak mampu, saya bagi contoh, itu cara dia, tu yang timbul mazhab, ambiklah mazhab siap-siap dah dengan kita bermazhab Syafie.
Boleh dak pindah mazhab lain? Boleh, tak ada masalah…
Tapi masalahnya kita hak Syafie pun duk kelabu lagi, nak mengaji Maliki pulak, Maliki lagi kelabu, Hanafi kelabu, kelabu sampai sudah, sampai mati lagu tu.
Mengaji satu-satu sudahlah, padan dengan kita ni, Syafie dulu, haa bolehlah mengaji mazhab-mazhab yang lain untuk kita beramal sikit-sikit, tu tak mengaji semua pun takpa, macam bab puasa, niat sebulan mazhab hanafi.
Zakat, Syafie dia kena bayaq semua, kalau beras kena bagi beras, kalau padi kena bagi padi, tak padi, taqlid pada mazab lain, Maliki boleh tukaq kepada duit, nilai, tu nama taqlid, takda masalah, kita beramal dah benda tu.
Salam dengan orang minta maaf, Syafie kena sebut satu-satu. Mazhab Syafie, nak mintak maaf kat orang tu, ni aku nak mintak maaf kat hang dulu ni, padi hang aku yang curi, kasut hang hilang aku yang tibai, kena habaq semua, tak boleh duk pi habaq, maaf zahir batin, banyak cantik maaf zahir batin, tak boleh, Syafie tak boleh mintak maaf zahir batin lah, apa dia zahir batin, Syafie tak mau, dia kena habaq satu-satu, buat apa? Apa buat?
Yang kita maaf zahir batin ni taqlid pada Imam Malik, masa sebut minta maaf zahir batin tu ingat, apa hak kata, toksah habaq kat dia, kita taula, bukan pakai sedap mulut ja, kita mengumpat kat dia, kita apa semua, yang tak melibatkan barang, barang kena hantaq balik, kalau habis, kena ganti… hak jenis sakit hati dia, jenis apa semua ni haa mintak maaf zahir batin, tu mazhab lain, mazhab Syafie kena habaq satu-satu, masa tu, dalam masa tu kita duk buat, kita sudah taqlid pada mazhab lain, boleh dak? Bolehlah…
Tapi yang penting, masa kita maaf zahir batin tu, kita ingat, memang kita ada salah kat dia… Cuma salah kita tak sebut, tu cerita dia, tu bermazhab, kita duk beramal benda tu, tu taqlid la tu, haa senang, pindah kepada mazhab lain, boleh, tak ada masalah…
Yang penting mengaji… ada tok guru… ada tempat ambilan… jangan ikut-ikut orang, jangan tiru-tiru orang, pi mengaji, dengaq alim ulamak baca kitab, mengaji berkitab hak boleh ilmu sekarang, tu kena nilai… masjid-masjid, surau-surau, hak mana kita pi kita boleh ilmu banyak, boleh bagi semngat kat kita…tengok, kalau semangat, semangat, semangat, ilmu tak boleh, tak jadi jugak, duk semangat tak tahu punca, sembahyang tak betul.
Ada… tang semangat tu, Allah…cukup hebat memuncak, najis mukhollazoh mutawassitah pun tak tahu, tak ke kacau…sujud sahwi pun tak tahu, haa tang semangat tu menggodam mengocak cam cawan kat kedai kopi nuh…tak tahu apa, bab-bab ni tak tahu apa. Tak suka bab ilmiah, kena stabil…benda yang kita belajar ni ilmu, benda apa yang kita jahil, benda apa yang kita tak paham, susun… kita sendiri kita tahulah, belajaq benda tu bagi reti…
Popularity: 48% [?]