Muqaddimah

7 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

21.png

Bismillahirrahmaanirrahim
Kumulai risalah ini dengan nama Allah dengan amat Murah lagi amat Mengasihani akan hambanya yang mukmin dalam negeri akhirat.

Bismillahirrahmaanirrahim Ku mulai risalah ini dia mula dengan Ba … dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Kasih Sayang. Ba sebiji tu makna “dengan”. Ba sebiji tu makna “dengan”. Dengan nama Allah

Buka mukasurat depan…ada kitab tengok kitab, yang tak ada kitab dengar, jangan dok menyembang.

Dengan nama Allah..dia mula dengan “dengan”. Perkataan yang dimula dengan “dengan” tidak boleh faham..Memang begitu. Perkataan dimula dengan “dengan” tidak boleh faham.

Kalau kita masuk dalam surau tiba-tiba kata “dengan kereta” sapa dia? Tiba-tiba keluar “dengan isteri”…”dengan tangan”. Tidak boleh faham. Kita faham tak kalau sekiranya dia masuk dalam rumah, dalam surau kah dia mai mai masuk dia kata “dengan kereta”?

Memang kita tak faham.

Kita faham dalam kepala kita mesti ada lagi perkataan yang sebelum itu. Mesti ada lagi perkataan yang sebelum tu.

Apa dia?

“Aku datang ini dengan kereta”..

Sebab “dengan” tu dia macam “dan”. “Dan” pun dia tak boleh duduk awal. Dia tak boleh duduk awal. Dia kena dok tang tengah.

“Dan kawan” . Mana boleh? Ataupun “atau”. “Atau” pun perkataan yang perlu duduk tang tengah, dia tak boleh duduk awal. Begitu juga dengan “dengan”.Dia tidak boleh duduk di awal.

Kalau dia duduk di awal, perkataan itu tidak boleh faham Tidak boleh faham. Kalau dia sebut juga mesti ada perkataan yang sebelum dia. Mesti ada perkataan yang sebelum dia. Mesti ada perkataan yang sebelum dia.

Jadi yang ini dia mula dengan “Ba“…Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Kasih Sayang..Apa dia kepala dia? Tengoklah. Tengok.

Kalau sini “Kumulai Risalah ini dengan nama Allah“.

Baru faham. Oh. Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Murah lagi Maha Kasih Sayang ini kumulai risalah ini.

nasibukhariayam.jpg

Suap nasi..makan nasi suap Bismillahirrahmaanirrahim- Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Kasih Sayang. Apa dia? Apa dia? Ada perkataan sebelum dia. Aku suap nasi ini dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Kasih Sayang. Tu maksud dia begitu.

naik_kereta.jpg

Langkah kaki pijak naik kereta. Bismillahirrahmaanirrahim Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Kasih Sayang. Faham ka? Tak faham. Apa dia? Aku naik kereta ini dengan nama Allah …dengan tu kena duduk tang tengah baru faham.Faham dak maksud dia begitu.

Sebab apa tak sebut siap-siap dalam Al Quran?

Bismillahirrahmaanirrahim. Iqrak bismillahirrahmaanirrahim. Kalau kata gitu..Baca olehmu dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Kasih Sayang. Ayat tu dia jadi khusus untuk baca sahaja. Nak makan? Nak minum? Tak payah? Tak payah Bismillah?

Ataupun sebut semua, semua sekali- nak makan, nak minum, nak berjalan, bismillah sahaja quran besar satu lori. Kalau nak disebut semua. Tu pun mari benda moden - nak buka komputer, nak buka Internet, nak naik kapalterbang..apa semua tak dak pula zaman dahulu..Saja. Itu hikmatnya buat ekor sahaja, kepala bubuh sendiri, apa hal pun bismillah, apa hal pun bismillah…tu dia mulakan dengan “dengan”.

Faham ke dak tak tahulah. Tu nahu, orang panggil..nahunya gitu.

Hat ni pun lagu tu..

Kumulai risalah ini dengan nama Allah dengan amat Murah lagi amat Mengasihani akan hambanya yang mukmin dalam negeri akhirat.

 

Popularity: 58% [?]


Actions

Informations