Perbetulkan

22 08 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

Baik.

mushollin1.jpg

yakni engkau kata tatkala sembahyang hingga akhir, firman Allah Taala segala yang adalah atas sembahyang mereka itu memeliharakan ia

Orang yang jaga sembahyang.

Dan lagi firmannya, firman Allah, illal musollin, allazinahum ‘ala solatihim daaimuun. Melainkan orang yang sembahyang, yang atas mereka itu berkekalan memelihara akannya, melainkan berkekalan memelihara akan dia.

Memelihara akan sembahyang.

Sembahyang, jaga berkekalan.

Dia kena jaga selalu, jaga jaga jaga sembahyang.

Ingat tak?

Sembahyang kita ada dua kita belajar dalam kitab.

Satu, kita nak dirikan sembahyang.

Apa makna diri sembahyang? Masuk waktu, sembahyang… masuk waktu, sembahyang… satu.

Yang kedua, nak memelihara sembahyang, bukan diri saja, masuk waktu sembahyang, masuk waktu sembahyang, masuk waktu sembahyang, khusyuk tak khusyuk, lantak pi, tak boleh, dua ni.

Sebab tu saya sebut banyak kali dah, kita ni bukan budak-budak lagi dah, budak-budak takpa.

Nak diri sembahyang, umur tujuh tahun, umur lapan tahun anak kita, suruh dia sembahyang aja, dia sembahyang sat dia berhenti, sat dia cabut lari, satgi dia sembahyang pulak.

Budak…budak..

Satgi dia sembahyang pulak, tak cukup rakaat pulak.

Janji sembahyang… bagi dia lekat dulu satu bab satu bab satu bab.

Kalau kita pun kira nama sembahyang, janji sembahyang, maknanya kita dah tua, tapi sembahyang macam budak-budak. Mau dak?

Baru duk kira.. bab sembahyang tu.

Insyaallah dah memang kita sembahyang…

Ambik pulak peringkat kedua, jaga pulak sembahyang macam mana?

Nak khusyuk, macam mana nak khusyuk?

Tang sembahyang tu insyaallah lah kita…satu bab satu bab.

Sebab tu ulamak kata, kita ni kadang, bila kita derma, mari aja penyakit hati, nak menunjuk nak apa, dia mai la, mai penyakit tu…dia duk mai.

Kadang-kadang bila kita bagi, timbul perasaan-perasaan tak elok tu.

Katakanlah kita nak bagi hilang penyakit tu dulu baru nak bagi, pakat tak dermalah.

Sampai bila? Dia kata tengoklah masa ikhlas esok, aku buatlah…dah tua dah, dah tua dah…

Masa ikhlas esok aku buatla.

Sebab dia nak kena lawan dua, satu, kedekut, satu nak bagi ikhlas, dua,.

Buat satu-satu, buat satu-satu.

La…latih bagi, biaq pi lah nak mai sikit, bagi dulu, bagi bagi, dah lekat dah kita ni biasa dah duk derma ni biasa, lepas dah biasa yang tu buat pulak lagi satu, ajaq dia ikhlas.

Sebab kita tak mampu lawan dua benda dalam satu masa, insyaallah Allah bagi pahala.

Yang penting kita di peringkat mujahadah.

Macam budak, budak nak pi mengaji quran, syarat pegang quran, kena ada wudhuk, kena suci..takda wudhuk, pegang quran haram, tak boleh.

Tapi budak-budak kita takleh tekan dia, takleh tekan dia, anak kita, baru tujuh tahun… nak pi suruh mengaji quran, darjah satu darjah dua suruh mengaji quran, kita suruh mat… ambil air sembahyang na…umph…dia tak ambik, dia tak ambik pun, toksah godam dia, toksah marah dia, sebab orang panggil peringkat awal.

Kita sebut aja… bagi dia paham kata kena sembahyang…sebab apa?

Sebab dia ada dua benda, ada dua benda macam mana?

Pertama… dia nak ambik wudhuk dia rasa payah, yang kedua nak pi mengaji tu pun malas, mengaji tu satu bab.

Jadi kita nak beban dua benda silap-silap dua-dua sekali dia tak buat, dua-dua sekali dia tak buat.

Cuma kita suruh, ambik wudhuk…sekali-sekala dia tak ambik wudhuk biaq pi kat dia, kerana nak latih satu-satu, bila dia dah mula mengaji, biasa biasa biasa biasa dah mengaji, lekat dah mengaji tu elok dah, tekan pulak, tiap kali nak sembahyang kena wudhuk, tiap-tiap kali, satu-satu, tak boleh buat sekaligus kepada budak.

Haa itu cerita dia.

Suruh satu-satu, yang penting habaq dulu.

Begitu gak dengan sembahyang, maknanya satu-satu.

La…alhamdulillah, kita ni sesuailah belajar bab ni, kerana apa, kita orang sembahyang, tapi masalah kita, tak mahu khusyu’, tu masalah kita, haa dia kena perbetul banyak bab.

Baik

Maka diistisnak, yakni dikeluarkan mereka itu daripada bahagian mustasna yang diajadikan perangai mereka itu terkejut, dan keluh-kesah tatkala mengena mereka itu kejahatan, apabila mengena mereka itu kebajikan, ditegah kebajikan daripada mengerja kebaikan, maka seperti bahawasanya firman Allah Taala berfirman, bahawasanya Allah Taala berfirman bahawasanya orang yang sembahyang atas sebenarnya, tiada mereka itu daripada keluh kesah dan terkejut apabila menyentuh mereka itu kejahatan…dan tiada memegang kebajikan baginya apabila dating kebajikan baginya, tetapi ia menafkah atas keredhaan Allah Taala.

Faham ka, dia kata apa?

Hmm…baik…ulang sekali lagi…

Popularity: 29% [?]


Actions

Informations