Perbetulkan
22 08 2007Versi Audio :
Trankripsi :
Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘ azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil’ azim.

Dan lagi firmannya, yakni firman Allah, qod aflahal mukminuunallazinahum fi solatihim khosyiun hingga ilah yakni hingga akhir ayat tu… wallazinahum ala solaatihim yuhaafizuun..
Baik
Sanya… telah dapat kemenangan segala orang yang mukmin, iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk.
Muka surat tiga, dua belas baris pada bawah, jumpa dah?
Cari.
Sanya telah dapat kemenangan segala orang mukmin, telah dapat kemenangan, telah dapat kejayaan orang mukmin.
Orang yang berjaya, orang iaitu orang yang adalah mereka itu khusyuk, ni orang mukmin yang berjaya.
Orang mukmin yang berjaya ialah orang mukmin yang khusyuk, baru berjaya.
Kita taulah jawab kita ni berjaya ka tak berjaya.
Apa dia? Khusyuk ka tidak?
Kalau khusyuk, alhamdulillah… kita berjaya, tak khusyuk lagi kena usaha lagi, bukan boleh berhenti, maknanya kena terus berusaha, berusaha, berusaha sampai berjaya, sampai berjaya, dapat kita khusyuk dalam sembahyang.
Usaha apa..?
Memperbaiki hati kita, jiwa kita, taubat daripada dosa-dosa kita…kenal Allah Taala, pupuk rasa cinta kepada Allah swt maka, insyaallah akan lahir perasaan cinta kepada Allah, dapatlah khusyuk.
Benda ni, khusyuk ni, dia kena mengaji.
Ada soalan-soalan yang bila kita tanya, kita tak reti nak jawab.
Ada.. ustaz tak reti nak jawab.
Bukan tak ada jawapan, nak ambik tang mana pun taktau.
Macam soalan: ustaz… macam mana nak khusyuk sembahyang?
Tak reti, saya tak reti nak jawab.
Boleh nak jawab… hang kena duduk situ seminggu nak cerita…aku pun tak larat hang pun tak larat nak cerita.
Maknanya banyak.
Jadi cerita dia, soalan ni soalan yang banyak sangat rawik dia, banyak sangat bab dia, bergantung bersangkut-paut, kena mengaji kitab macam ni, baru boleh jumpa semua.
Ni tanya ustaz macam mana nak khusyuk?…payah nak jawab… Ada benda yang memang soalan-solan susah yang kita nak jawab, haa..susah kita nak jawab.
Baik
Hak ni pun gitu, kena belajar…
Sanya telah dapat kemenangan segala orang mukmin, orang yang mukmin iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk,.
Tu orang berjaya.
Apa makna?
Yakni tetap anggota tatkala sembahyang hingga akhir
Tetap anggota tatkala sembahyang hingga akhir.
Tu berjaya.
Allahuakbar… hati kita tetap.
Tetap macam mana? Khusyuk ni makna duk tetap, zahir kita kena khusyuk, batin kita kena khusyuk.
Zahir kita duk diam.
Luar pun nampak tak khusyuk. Dah kadang tu, dia tengok sana, dia tengok sini, dia garu sana, dia garu sini, goyang sana, goyang sini.
Tu tak khusyuk sembahyang macam tu, tak khusyuk apa? Zahir.
Hati dia?
Hati dia pun kalau zahir tak khusyuk, hati tak khusyukla…
Nabi suatu hari masuk tengok orang duk sembahyang, sorang duk sembahyang duk main janggut, tengah duk sembahyang duk main janggut, Rasulullah kata laki-laki ni kalau hati dia khusyuk, luaran dia pun khusyuk, kalau luaran dia duduk merata, hati dia pun macam tu.
Pastu ayat yang sebut tu, saya hurai lagi ke dak tak taula…
wailullilmusollin, allazinahum ‘an solaatihim saahuun,
neraka wail lah orang yang sembahyang, yang adalah sembahyang mereka itu lalai.
Masuk neraka, celaka orang yang sembahyang, yang dalam sembahyang mereka itu lalai.
Kalau terjemah lalai tu khusyu’, masuk neraka belaka, banyak hak yang tak khusyuk daripada khusyuk.
Tapi, ayat quran tengok dia sebut kat sini, qod aflahal mukminuun, allazina fi solatihim khosyiun, berjayalah orang yang beriman, yang adalah dalam sembahyang mereka itu khusyu’, berjaya, kalau tak khusyu’ tak berjaya.
Yang ni dia tak guna “fi”, dia guna apa?…” ‘an”…
wailullilmusollin, allazinahum ‘an solatihim saahuun,
kalau dia guna “fi” haa jenuh.
Haa tu hebat ayat quran tu, kalau dia sebut wailillil musollin, allazinahum fi solatihim saahuun, neraka will ah orang yang sembahyang yang adalah dalam sembahyang mereka itu lalai, haa..punah.
Tapi dia guna “‘an”, daripada, bukan “fi”… “‘an”.
Apa makna daripada?
Sembahyang… tapi lalai.
Lalai macam mana?
Zuhur tu masuk dah, sembang sembang sembang, sampai abis zuhur, sembahyang zuhur dalam asar, hak ni nak masuk wail nih, dia lalai kot tu, maghrib tu masuk dah, duk bersembang bersembang bersembang, abis maghrib, qodo maghrib dalam isyak, hak ni hak wail ni, dia lalai sampai habis waktu.
Hak lalai dalam sembahyang tadi tu kalau lalai, yang tu tak berjaya, gagal.
Dia duk pi hurai kat dia, dia kata “umph… sembahyang pun masuk neraka wail baik toksah sembahyang”, saja cari pasal.
Kena pulak ustaz pi hurai lagu tu pulak, pakat tak sembahyang puak tu kata “Baik tak payah sembahyang..umph..sembahyang pun masuk neraka?”
“Sembahyang pun celaka, lagu tu celaka baik celaka terus!”, dia kata,.
Dia pun memang nak cari pasal lagu tu.
Kena bijak kita nak hurai-hurai ayat quran, bukan boleh duk pi habaq kat orang tak tau punca.
Popularity: 30% [?]