Solat
4 08 2007Versi Audio :
Trankripsi :

Maka tilik olehmu betapa kelebihan sembahyang asar dan nyata hingga mengetahui segala musyrikin kelebihannya.
Lagi firman Allah Taala muni bi na ilaih wattaquhu aqimussolah wala takuunuu minal musyrikin, kembali kamu hey segala mukmin kepada Allah dan takut akan dia dan diri oleh kamu akan sembahyang.
kembali kamu hey segala mukmin kepada Allah, kembalilah, apa dia? Yang buat maksiat, dia lajak pi ke lain dah, baliklah pada Allah Subhanahu Wataala, balik macam mana? Taubat,
yang sebut tu
Tubna ilallah, kami bertaubat padaMu ya Allah…
waroja’na ilallah, kami balik padaMu ya Allah,
wanadim naa ma fa’alna, kami menyesal benda yang kami buat,
Apa dia? Waroja’na ila Allah, kami balik kepadamu ya Allah!
Dulu kita pi ke lain, kita tak mengaji, kita tak sembahyang, kita tak peduli halal haram dosa pahala, laa kita mari dah, buat ibadat, sembahyang, mengaji tutup aurat, patuh, apa ni? Balik kepada Allah, balik juga kesudahan dia.
Jangan tak balik, tu makna dia, muni bi, kembalilah kepada Allah, Allah panggil balik.
Maknanya orang-orang yang tidak taat pada Allah, orang-orang yang tak patuh pada Allah, orang-orang yang durhaka pada Allah, dia pi jauh dah, dia pergi jauh daripada Allah, kena panggil balik.
Siapa panggil balik? Allah Subhanahu Wataala panggil balik, panggil balik macam mana? Tinggallah maksiat tu.
Sebab apa tuhan panggil balik? Tuhan nak ampun, taubat Allah Subhanahu Wataala ampun, balik.
Muni bi na ilaih, kembali segala mukmin kepada Allah, wattaquhu takut akan dia, takutlah kepada Allah Subhanahu Wataala dan diri oleh kamu akan sembahyang, wa aqimussolah, diri sembahyang, dan jangan ada kamu daripada orang musyrikin, jangan jadi orang musyrikin, kata Allah.
Maka makna inabah kembali kamu kepada Allah, dan taqwa, itu takut akan Allah dan erti iqamatissolah iaitu mendatangkan dia atas wajah yang disuruh Allah taala,
buat macam Allah Taala suruh, sembahyang macam mana Allah Taala suruh, macam tu kita buat, buat…
Dan lagi firmannya, firman Allah, qod aflahal mukminun, allazi nahum fi solaatihim khosyiun, hingga, wallazi nahum ala solatihim yuhafizun, sanya kata Allah telah dapat kemenangan segala orang mukmin,
sanya kata Allah telah dapat kemenangan bagi orang mukmin, sapa dia?
iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk, iaitu orang mukmin iaitu orang, buang setengah tu, iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk, baru boleh faham, orang yang ada mereka itu khusyuk, kira ni yang berjaya,
Qod aflahal mukminun, allazi nahum fi solaa tihim khosyiun, sesungguhnya berjayalah orang yang beriman yang adalah orang beriman sembahyang mereka itu khusyuk, orang beriman yang berjaya yang sembahyang khusyuk.
Tanya kita sendiri, kita ni berjaya ke tak berjaya? Makna khusyuk ka tak khusyuk ka dalam sembahyang? Tak berjaya lagi…
Gagal, gagal apa? Syaitan boleh tawan hati kita, syaitan boleh tembus hati kita, kita tak berjaya.
Yang kata Allah, mukmin yang berjaya ialah allazinahum fi solatihim khosyiun, yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk, dia berjaya.
Kita nak bangga apa tuan-tuan, kita nak besar diri apa? kita nak sombong apa? Tak usah sombonglah, toksah banggalah, sembahyang kita pun teruk lagi, malu pada Allah Subhanahu Wataala, ni mengaji sikit berasa alim dah, toksah lah.
Buat amal ibadat sikit berasa dia amal ibadat banyak, toksah duk riak lah.
Allah kata apa, qod aflahal mukminun, allazinahum fi solatihim khosyiun, berjayalah orang beriman yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk, check balik kat diri kita, sembahyang boleh khusyuk?
Kadang-kadang khusyuk, kadang-kadang dak, Kadang-kadang khusyuk, kadang-kadang dak.
Sebab tu sembahyang di rumah sorang-sorang tu tak patut dah, lebih-lebih lagi bagi orang yang tak khusyuk lagi tak patut.
Nak harap kita sorang tuan-tuan, memang sembahyang sorg, lagi bercelaru… kena pulak kita ni, bukan orang ingat sangat,.
Sebab tu tuan-tuan sekalian, kita ni kalau kita sedar sembahyang kita memang dah teruk dah, kalau sembahyang di rumah sorang-sorang, lagi teruk, ajar sembahyang jemaah.
Kot boleh bantu sikit, kawan nuh khusyuk tang rukuk, kawan nih khusyuk tang sujud, kita khusyuk tang takbir, campur-campur ada la jugak, ni sorang, sorang lah…
Tuan-tuan sekalian,
Banyak lagi benda kita nak berjaya diri kita, harap-harap biarlah kita mati dalam keadaan sembahyang kita khusyu.
Sebab apa tak khusyuk? Dosa banyak, sebab tu kita tak khusyuk, kita dosa banyak, jiwa kita ni kotor, hati kita ni kotor.
Allahu akbar tak boleh tolong, ditutup dengan dosa, tu saya kata, nak check darah tinggi duk tau balut buh menatang apa, pam, pam-pam ha… tengok darah tinggi, ada takda, nak check panas letak tang sini, tengok tera mana, nak check kencing manis, ha… check darah, ada kencing manis? Takdak.
Nak check dosa? Nak pam tang mana? Check dosa banyak sikit? Tak payahlah, Allahuakbar kalau khusyuk elok, alhamdulillah… dosa tak banyak, kalau Allahuakbar ingat serba mak nenek, dosa bercambah, senang ja, nak tau dosa banyak, dosa sikit, sembahyang, hari-hari boleh check.
Dosa kurang, insyaallah… boleh khusyuk.
Saya cukup payah nak jawab, banyak kadang-kadang jumpa kita, ustaz ni… tanya satu soalan, macam mana nak khusyuk dalam sembahyang?
Hang pi mengaji, bukan boleh jawab la ni, tanya masalah lain boleh jawab tu, jawab kot nuh, nih jwb kot nih, payah.
Kena mengaji bab dia, bab khusyuk, hati kena bersih, kena faham, kena tadabbur, kena ada tazallulan, kena ada takhsyaan, kena taffahum, tu ke depan dia nak habaq.
Sekurang-kurangnya kita mengaji mengaji ni baru kita tau, sembahyang kita pun teruk lagi, kita rasa bersalah lagi, maka barulah kita tak sombong sangat, kadang syaitan ni mari berasa kita ni buat ibadah banyak sangat dah, berasa kita ni amal banyak sangat dah.
Padahal kalau check-check betul, buat betulla buat, masuk waktu sembahyang, masuk waktu sembahyang, tapi berjaya ka tidak?
Berusaha lagi, berusaha berusaha macam orang berniaga, lagi mana tak kaya, tak berjaya lagi, berusaha berusaha berusaha sampai dapat, sembahyang kita pun lagu tuh, berusaha berusaha berusaha smpai kita dapat khusyuk, insyaallah dapat.
Angkat takbiratul ihram seronok ja, sembahyang pun seronok ja, boleh mengadap Allah Taala, boleh bercakap-cakap dengan Allah Taala, boleh merayu merayu dengan Allah Taala, bermunajat dengan Allah Taala, munajat ni merayu, berbisik, memohon, jadi kot setakat tu.
Qod aflahal mukminun allazi na hum fi solatihim khasyiun, wallahu subhanhu wataala a’lam,
Tazkirah Hari Raya :
Tuan-tuan sekalian kita tunggu sat, saya nak sebut dua tiga perkara berkaitan dengan raya ni bagaimana kita faham, biarla kita faham betul, dengan makna ‘aidil fitri.
‘Aid makna kembali, fitri kepada fitrah kita.
Orang faham ‘aidilfitri seronok bergembira, dengar lagu, hiburan, bukan.
‘Aidilfitri kembali kepada fitrah kita, kita fesyen mana? Maknanya kita lahir daripada perut ibu, fitrah kita baik, kita lahir dalam keadaan baik, orang senang.
Kita beranak-beranak daripada perut ibu dulu, mak kita letak atas lantai pun takpa, letak atas tikar pun takpa, letak atas tilam pun takpa, atas toto pun takpa, bagi pakai baju baru pun takpa, baju mahal pun takpa, baju murah pun takpa, bg tak pakai baju pun takpa.
Maknanya fitrah kita ni senang.
Tu fitrah kita, bukan masalah sangat, kita orang baik, kita orang baik, takdak masalah, bagi makan apa suap, makan.
Yang mengada-ngada ni mari bila? Bila tuhan bagi rezeki, ni mula mengada, mula berlagak, mula apa semua.
Asal kita ni bagus, fitrah kita ni baik.
Maknanya cuba kita kekalkan fitrah kita dulu, kita jadi orang senang, tak ada masalah, ni ada pangkat sikit, panas sikit takmau, payah sikit takmau, susah sikit takmau, nak senang ja.
Maknanya dia dah lupa dah, lupa dah fitrah kita.
Waktu kita masa lahir dulu waktu itulah paling zuhud, waktu itulah waktu paling tawaduk, sifat-sifat luhur tu ada waktu kita kecik dulu.
Tapi bila kita dah mari besar sikit, dah tua sikit, Allah bagi rezeki macam-macam, Allah bagi kesenangan macam-macam, Allah Taala bagi kemewahan macam-macam, marilah sifat-sifat buruk dia, sifat-sifat yang tak berjenis dia, mengada-ngada, sifat sombong, ego, apa semua.
Jadi sepanjang bulan ramadhan, kita basuh diri kita, tak makan dari pagi sampai petang, Allah bagi kursus sebulan.
Kita kalau kerja di pejabat-pejabat kerajaan, kerja swasta diorang hantar kita pi kursus, kursus di Langkawi ka, kursus di Kuala Lumpur ka dua minggu, sebulan.
Pasa apa pi kursus? Bila balik kursus, harap-harap berubah, keja cekap, dulu pemalas rajin, itu makna kursus.
Begitu gak Allah bagi kursus, masa bila nak tengok? Mudah-mudahan lepas Ramadhan berubah.
Kursus yang kita pi, kursus tu pun boleh berubah, kursus sana boleh makan, kursus sikit ja, makan tak berhenti, cakap-cakap sikit, makan, pun boleh berubah, takkan kursus daripada gemuk sampai kurus tak berubah?
Teruk apa puasa… sapa kata tak teruk? Letih, tapi Allah bagi kursus bulan Ramadhan sebulan, bersih diri kita, cuci diri kita .
Seolah-olah bila kita sambut raya ‘aidilfitri, balik pada putih bersih, macam kita beranak dulu.
Tapi la ni, hiburan-hiburan bagi kotor balik banyak, pandai-pandai la nak buat lagu mana, kita hidup di akhir zaman nih, macam-macam benda ada di depan mata kita.
Kita pandai-pandailah jaga, yang kita puasa sebulan jangan lupa, takut kita dapat penat, letih lapar dahaga saja, masing-masing kita jagalah, jaga puasa kita.
Biar semangat Ramadhan kita bawa sampai dekat Ramadhan lagi akan datang, kalau umur kita panjang, ni kita asuh.
Tak mau bulan ramadhan kita sia-sia cuma sahaja…
Itu makna fitrah kita, putih bersih, makna kita cuci diri kita, kita bersih diri kita, kita sambut ‘aidilfitri seolah-olah kita ni putih bersih daripada dosa.
Ni ada kesempatan lagi dua malam lagi untuk kita putih bersih diri kita, taubatlah dosa-dosa kita, sujudlah pada Allah Taala, mintalah ampun, tinggal dua mlm lagi dah, tahun depan toksah haraplah, kita mati ka kita apa ka, kalau tak mati, sakit ka apa, semua, kita tak tau dah semua tuan-tuan, la.. kita duk ada lagi jangan duk ralit, ambillah kesempatan yang ada ni kita sama-sama buat ibadat sampai habis Ramadhan al-mubarak.
Biarlah kita sambut ‘aidilfitri benar-benar fitrah, benar-benar putih bersih, itulah harapan untuk saya dan tuan-tuan sekalian,
Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala terima segala amal ibadat yang kita buat sepanjang Ramadhan al-mubarak…
Dengan itu tuan-tuan sekalian, pengajian kita, kita cuti sabtu depan, ni dengar elok-elok, ni dak pakat dok telefon. Saya pun tak larat jawab. Cuti sekali sabtu sahaja.
Dia tak reti telefon, dia suruh cucu dia telefon.
Itu masalah dia, macam-macam.
Maka saya habaq lagi sekali, minggu depan kita cuti, sekali sabtu sahaja, lepas pada minggu sekali lagi, kita akan sambung balik pengajian kita.
Dengan itu, tuan-tuan sekalian, saya jemputlah tuan-tuan ke rumah saya, sepertimana biasa, hari raya pertama memang saya tak ada di rumah, saya balik kampung, saya hanya ada di rumah pada raya kedua sahaja, untuk tunggu tuan-tuan sekalian daripada pagi sampai ke malam, raya ketiga tak ada, saya pulak nak beraya.
Jadi, saya buat rumah terbuka macam biasa, pada raya kedua, maka saya jemputlah tuan-tuan sekalian datang ke rumah saya, yang berpuasa pergilah malam, yang tak berpuasa tu datanglah siang, jemputlah.
Dengan itu saya ucap kepada tuan-tuan sekalian, selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir batin, mudah-mudahan Allah SubhanhuTaala memberkati kita semua, Allah taala memanjangkan usia kita, insyaallah kita dapat bertemu lagi selepas daripada raya ni dalam kuliah-kuliah kita yang lagi akan datang, sekadar tu dulu,
wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
<doa>
Saya jugak ucap terimakasihlah kepada yang hantar kad raya saya tak jawab, yang hantar SMS, ucap terimakasih lah. Tak dan nak jawab, terimakasih.
There are a total of 6 Users online now: 0 Members, 6 Guests and 0 Bots.
Most users ever online were 37, on November 17, 2009 @ 8:40 pm
6 Guests Online Now
#1 - guest on September 5, 2010 @ 9:43 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Memelihara [url]
#2 - guest on September 5, 2010 @ 9:45 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Keberkatan [url]
#3 - guest on September 5, 2010 @ 9:45 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Kesempurnaan [url]
#4 - guest on September 5, 2010 @ 9:45 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Memelihara [url]
#5 - guest on September 5, 2010 @ 9:46 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Rukun [url]
#6 - guest on September 5, 2010 @ 9:46 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Solat [url]
Popularity: 32% [?]