Solat

4 08 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Dia berkehendak dan dikehendaki dengan solaatul wustho iaitu sembahyang asar.

Yang dikatakan solaatul wustho ni sembahyang asar.

haafizuu ‘ala solawaati wassolaatil wustho

Jagalah kamu sembahyang lima waktu dan sembahyang wustho.

Sembahyang apa? Sembahyang asar…

Khilaf ulama, ada ulama kata… sembahyang subuh, solaatul wustho

Tengok, dua kali tuhan sebut sebab apa?

Yang ni penting sekali, asar dengan subuh ni orang duk ralit. Dua ni. Asar tu kadang ralit ralit ralit, sembang pun sedap, buat kerja pun sedap, pi kebun pukul empat, dia duk redup-redup, bang maghrib baru balik, asar tak sembahyang, tu banyak la…

Pi alih lembu dalam hutan, tengok lembu tu, pi kul empat, seronok tengok lembu apa, semua berminyak, lembu, jirus bagi makan, apa semua, ni dia tak sembahyang asar… Macam lembu hak dia bela gak dia pun…

Maknanya, tak sembahyang…

Sebab itu, sebut wassolatul wustho sebab duk ralit….

Subuh ralit tidoq, sebab itu sebut…

Cuba tuan-tuan tengok ayat quran haafizuu ‘ala solawati, pelihara oleh kamu sembahyang lima waktu, masuk tak asar dengan subuh?

Masuk.

Sebab apa sebut lain, wassolaatul wustho, jadi dua kali la asar ni?

Kalau sebut haafizuu ‘ala solawati, pelihara oleh kamu sembahyang lima waktu, tak payah sebut dah wassolatul wustho… tapi, Allah sebut lagi sekali yang tu, sembahyang asar ataupun sembahyang subuh, yang ni kena jaga betul, sebab hak tu paling penting…

Tuan-tuan faham macam kita balik kampung..haa nak balik.

“Hang balik kirim salam semua la kat kampung no, mak ayah hang tu…”

Tengok dia sebut dah, hang kirim salam semua la no, tu mak ayah hang semua,

Yang sebut semua tadi masuk dak mak ayah hang? Masukla…

Pastu tu pasai apa sebut?

Hak tu paling penting sekali, kita pun sebut lagu tu…

“Kirim salam la semua, tu kat mak ayah hang tu”.

Mula sebut umum dulu, lepas tu khusus pulak, sebab semua-semua tu dia la jugak, tapi paling penting, mak ayah hang tu…jangan lupa…

Haafizuu ‘ala solawaat, jagalah sembahyang lima waktu, wassolaatul wustho, asar tu, jaga elok-elok, maksud dia gitu… ayat quran, sebab yang tu duk ralit selalu,

Orang ni kalau boleh jaga subuh dengan asar, insyaallah… yang lain elok dah. Kalau sembahyang maghrib, belum tentu yang lain sembahyang… tapi kalau subuh pagi-pagi boleh pi dah tak ada masalah lain dah, insyaallah… asar dia sembahyang, isyak dia sembahyang, zuhur dia sembahyang.

Kalau maghrib aja duk pi, ada orang sembahyang maghrib ja… yang lain tak sembahyang, maghrib dia pi, senget2 pi masjid maghrib, subuh dak, zuhur dak, asar dak, maghrib aja, ni kita jangan jadi golongan tu.

Pelihara dia bagi elok-elok sembahyang ni.

Selagi mana nabi duk ada, selagi tu nak sembahyang, kena beribadat sampai berhenti-berhenti sembahyang ni, mati.

Malaikat tanya pasai apa tak sembahyang? Mati… Kalau hidup, aku sembahyang.

Jangan tanya pasai apa tak sembahyang? Kalut kerja..jangan, itu sembahyang…

wustho.png

Maka iaitu asar adapun sebab di tuntut dengan menyebut akan dia kerana kelebihannya dan mulianya asar ni, kelebihan asar, dan mulianya, asar ni atas yg lain.

Asar ni paling mulia.

Dan adalah sebab diturunkan ayat, ini kerana memudahkan sembahyang tatkala takut, bahawasanya adalah org Islam serta Rasulullah saw pada setengah daripada peperangan, sembahyang Rasulullah saw, sembahyang zuhur atas jalan adat, dalam peperangan Rasulullah sembahyang zuhur atas jalan adat,

macam biasa… Jemaah dengan para sahabat sembahyang zuhur, jemaah dengan para sahabat macam biasa…

Adalah musyrikun hampir dengan mereka itu dalam peperangan orang musyrikin, hampir dengan mereka itu, dengan para sahabat, melihat ia akan muslimin, tengok orang Islam, maka manakala selesai mereka itu daripada sembahyang, bila selesai sembahyang…

Kata setengah mereka itu, kata setengah daripada musyrikin, jikalau mereka gempak atas mereka itu dan sembahyang mereka itu… nescaya mengena kamu akan mereka itu, maka berkata setengah yg lain, bahawasanya bagi mereka itu kemudian, daripada sembahyang, terlebih kasih daripada mereka itu, daripada bapak mereka itu, daripada anak-anaknya, yakni dikehendakinya sembahyang asar.

Faham ka, dia kata apa? Saja nak baca, duk kata tak reti banyak lagi… ni la kitab lama.

Dia cerita, zaman dulu dalam peperangan, nabi berperang masuk waktu sembahyang, sembahyang zuhur, sembahyang macam biasa, yang musyrikin duk perhati tengok.

Lepas duk sembahyang depa duk cakap sama-sama depa,

“Silap kita, kalau kita pi terkam tengah duk sembahyang zuhur, senang-senang menang kita”

kawan depa kata

“Takpa, kata kan dia takpa, lepas sembahyang zuhur ni, ada sembahyang lebih besar depa tak tinggal”

Sembahyang apa?

“Sembahyang asar…satgi depa sembahyang pulak.”

Sebab apa dia cerita ni?

Musyrikin pun tau kata sembahyang asar ni besar, ada orang tak sembahyang asar lebih teruk daripada musyrikin tu, tak tau, nak habaq yang tu.

Orang kafir pun tau kata orang Islam ni sembahyang asar ni cukup besar, memang kalau tak kuat betul asar, tak sembahyang.

Pasar malam buka pukul berapa? Pukul empat buka dah… kong kang kong kang , duk elok nak sembahyang asar, orang penuh mai.

Pasar ramadhan buka pukul berapa? Tiga empat buka, duk elok nak masuk asar satgi lagi petang, lagi ramai, lagi petang lagi ramai.

Toksah duk makan yang orang masak tak sembahyang tu, toksah duk beli dah, balik beli telur, balik makan di rumah senang, bukan apa, tak berkat…

Tuan-tuan sekalian,

Bukan la saya tuduh, satgi kata tak sembahyang pulak… kalau tak kuat betul, tak sembahyang… tu cerita dia.

Kalau kaki sembahyang, dia sembahyang.

Kalau kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang dak, ni pakat tak sembahyang, sebab tu dia sebut khas, pasar malam buka pukul empat, duk kalut dah, buka pukul tiga duk kalut dah, masa bila nak sembahyang.

Meniaga pi la… tak salah tapi kena, sebab tu dia sebut khas ni, haafizuu ‘ala solawati wassolaatul wustho, sembahyang asar tu jaga elok-elok, jangan duk ralit.

Dan terlebih kasih kepada mereka itu daripada bapak mereka itu dan daripada anak-anaknya dan yakni dikehendaki akan mereka itu sembahyang asar, maka turun Jibril alaihissalam atas Rasulullah saw akan kaifiat syiddatul khauf.

Bila depa nak gempak waktu sembahyang asar satgi, Jibril alaihisalam turun ajar sembahyang dalam perang, tengah sembahyang boleh perang, duk sembahyang tu, musyrikin mari, ambik pedang, takek dulu, darah bersembur… haa, sembahyang takpa, terus, tak payah berhenti, ni kena belajar sembahyang syiddatul khauf nama dia, sembahyang dalam keadaan bersangatan takut.

Ceritanya tengah perang pun kena sembahyang, tengah perang tu, tengah musuh duduk serang-menyerang masa tu, masuk waktu sembahyang, sembahyang… musuh mari, takek dulu, tembak dulu, satgi letak pulak, sambung balik, boleh, bergerak berapa kali bergerak pun takpa, yang ni sembahyang syiddatul khauf nama dia, ni kena belajar asing, ada kaifiat dia, tambah tak perang…

Tidak ka, dia kata ya Allah… nak kira apa, ni pun bab kerja agama jugak, takda maaf, hubungan kita dengan Allah jangan putus, hari-hari kita berhubung dengan Allah, hari-hari kita berhubung, hari-hari, berkat, insyaallah…

Berkat, sujud dahi kita ni ke bumi menyembah Allah Subhanahu Wataala, jangan sombong, jangan ego duk tang muka bumi ni.

Orang tak sembahyang dia sombong, orang sombong dia tak sembahyang, dia tak amanah dengan Allah, memang dia tak amanah.

Tok guru saya orang mana nak mintak motong kebun getah dia, orang kampong… mintak motong kebun getah, pi la tanya tok guru… kebun getah tok guru duk semak dalam hutan, babi ja duk dalam hutan tu, biar saya tebang habis, tebas-tebas saya motongla… boleh bahagi dua, tok guru kata motong pi la dari duk semak saja.

Tok guru tanya, hang sembahyang dak…? Kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang dak, ha… toksah dah la, toksah motong la, dengan tuhan pun hang tipu, tambah dengan aku, lagi hang penipu… Biaq semak pun takpa.

Cerita dia, dia tak amanah, dengan tuhan pun dia tak amanah, tambah dengan kita, dia nak amanah macam mana? Kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang dak, itu

Sembahyang betul… Makin hari makin baik, sembahyang kita, tak habis belajar bab sembahyang.

Jangan bagi ada sepatah pun yang kita tak faham dalam sembahyang, semua faham, mula daripada takbiratul ihram smpai salam, faham semua apa yang kita kata.

Iftitah kita faham, qunut kita faham, duduk antara dua sujud, rabbighfirli smpai habis kita faham, surah-surah, fatihah kita bacafaham, semua faham… subhanarobbiyal ‘azim, subhanarobbiyal a’la, faham semua, mengaji sekali kita faham…

Tuan-tuan sekelian,

kita nak beramal sampai bila-bila, bukan kita nak beramal sat-sat, sampai bila-bila kita nak beramal, maknanya kena belajar betul-betul bab sembahyang ni, jangan buat main-main.

Sebab dia ‘imaddudin, tiang agama… sapa mendirikan sembahyang, dia mendirikan agama, siapa yang tak mendirikan sembahyang, dia meruntuhkan agama, orang ni orang yang tak sembahyang, peruntuh agama tau, tak sembahyang.

Kita ni dengar kalau dengar orang nak runtuh masjid lailahaillah… kelam kabut, dengar nak runtuh masjid dulu berapa tiga empat tahun dulu, dengar, ni bukan cerita betul ka, khabar angin ka, lagu mana tak tahula…

Di Kampung Rawa dulu riuh kata hindu nak roboh masjid, dengar khabar-khabar angin, penuh, pakat pi hari tu sembahyang jumaat, Masjid Kampung Rawa sampai kot bawah-bawah, sampai bawah rumah flat penuh , sembahyang penuh.

Ni nak pertahan masjid, termasuk orang tak sembahyang pun pi jugak, sayangnya nak runtuh masjid…haa, penuh, pakat pi.

Baguslah, mempertahankan masjid-masjid , ni yang runtuh masjid.

Ni yang runtuh agama, sapa dia yang runtuh agama?

Ni orang yang tak sembahyang ni, peruntuh agama, ni yang hindu nombor dua ni, duk saja tak sembahyang, peruntuh agama, memang runtuh agama, sebab orang tak sembahyang dia tak ada peribadi sembahyang, tak ada.

Akhirnya perangai loq laq loq laq, perangai buruk yang ada pada dia, org kata yang ni Islam, menyebabkan orang jauh dengan Islam, padahal kalau dia sembahyang betul-betul, dia ada peribadi orang sembahyang.

Sembahyang ni tenang, tengok dia sebut di bawah, orang sembahyang, bila kena bala pada dia, dia sabar, bila boleh nikmat dia, dia nak infak, nak sedekah, nak derma. Orang tak sembahyang, bila kena bala kat dia, dia keluh-kesah, bila boleh nikmat kat dia, dia guna nikmat untuk lawan Tuhan balik, tu sifat orang tak sembahyang…

There are a total of 5 Users online now: 0 Members, 5 Guests and 0 Bots.

Most users ever online were 37, on November 17, 2009 @ 8:40 pm

5 Guests Online Now

#1 - guest on September 5, 2010 @ 9:32 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Perbetulkan [url]

#2 - guest on September 5, 2010 @ 9:32 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Keberkatan [url]

#3 - guest on September 5, 2010 @ 9:33 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Solat [url]

#4 - guest on September 5, 2010 @ 9:31 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Syarat [url]

#5 - guest on September 5, 2010 @ 9:32 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Memelihara [url]

Popularity: 35% [?]


Actions

Informations