Rukun

19 04 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

Dan yang lain daripada fardhu jumaat.

Maka yang tiga dinamakan qashad, ta’rudh dan ta’yin dan dinamakan niat, maka hendaklah dia hadhirkan yang tiga ini pada takbiratul ihram dan jika ada yang sembahyang itu jumaat, ditambah imam jika imam atau makmum kerana sembahyang jumaat itu disyaratkan berjemaah pada awal sembahyangnya.

Jadi kalaulah sembahyang jumaat, wajib niat imam dan wajib niat makmum bagi imam dan makmum.

Adapun sembahyang biasa, al imam tak niat imam, tak apa. Dia tak niat imam, dia menjadi imam, tapi dia tak niat menjadi imam, makmum dia sah. Cuma dia sahaja tidak mendapat pahala berjemaah. Pahala imam tak dapat. Kecuali imam sembahyang jumaat, kerana imam sembahyang jumaat ini wajib dia berniat imam.

Kerana sembahyang jemaah bagi sembahyang jumaat itu wajib.

Sebab tu disebut hari ini, dan kita pun selalu dengar ditulis bahawasanya umat Islam tidak mencapai kekuatan dan umat islam akan terus hina jikalau sekiranya sembahyang subuh tidak sepertimana sembahyang jumaat. Kita nampak beza sangat, sembahyang subuh tak ada orang, sembahyang jumaat berderu orang.

Sebab itu biasa Nabi saw, sembahyang jumaat rakaat yang pertama baca suratul jumaah, rakaat yang kedua baca suratul munaafiquun.

Kenapa?

Al Imamul Nawawi rahimallah sebut yang Nabi baca surah jumaat pada hari jumaat, memang bertepatan sebab hari tu hari Jumaat, adapun baca suratul munafiquun pada hari jumaat, kerana hari jumaat banyak orang munafiq. Hari jumaat memang banyak orang munafiq sebab tu Nabi baca surah munafiquun.

Jumaat kita laa ni pun banyak orang munafik. Sebab orang munafik ni, ibadat ni, lagi yang mana dia boleh elak dia tak buat. Yang tak boleh elak dah, yang menyebabkan orang nampak baru dia buat.

Jemaah subuh, kalau orang tanya “Hai pagi tadi tak nampak jemaah subuh masjid pun?” “Aku sembahyang subuh di rumah”. Jemaah isyak “Hai hari tu tak nampak pun isyak di masjid?” “Aku sembahyang isyak di rumah”. Dia boleh jawab.

Tapi kalau jumaat? “Hai, tak nampak sembahyang jumaat pun tadi?” “Sembahyang jumaat di rumah.” Haih, mana boleh, jumaat di rumah orang tak pernah buat. Ha sebab tulah jumaat ramai. Kerana banyak orang nak menunjuk-nunjuk.

Jadi kita faham la ni, bila subuh dengan jumaat, bila subuh dengan jumaat berbeza, itulah keadaan umat islam sekarang. Ramai umat islam tetapi umat islam masih ramai yang menunjuk-nunjuk. Itu nama dia. Kerana orang, bukan kerana Allah swt.

Sedangkan nabi saw sebut, kalau sesiapa boleh nampak pahala berjemaah subuh itu, dia akan pergi jemaah walaupun merangkak. Tak larat merangkak pun dia pergi kerana besarnya pahala jemaah subuh ibarat pahalanya sekali berjemaah subuh sama sepertimana beribadah semalaman.

Pergilah berjemaah subuh-subuh tu. Jagalah awal. Kalau umur macam kita ni tuan-tuan sekalian tak boleh lekat lagi subuh, bila nak lekat lagi tahajud. Bila nak lekat tahajud?

Yang Allah Taala sebut “tatajaa faa junuubuhum ‘anil madhoo ji ‘i yad ‘uu na robbahum khaufan wathomaan, wamiimma rozaq naa hum yuun fiquun.”
Mereka itu merenggangkan lambung-lambung mereka daripada tempat tidur mereka, yad’uu na robbahum, menyeru Tuhan mereka itu, khaufan, dengan penuh takut, wathomaan, dengan penuh harap, wamimma rozaqnaa hum yun fiquun, dengan barang yang Allah swt rezeki, mereka infaqkan, mereka nafkahkan. Jadi Allah puji orang bangun.

Maknanya zaman kita, masa kita, umur kita ni, bukan tang subuh dah kita. Tang nak lekat tahajud pula. Kalau umur empat puluh, lima puluh, subuh tak ketahuan hala lagi, jawabya mati tak lekat tahajud. Apa makna kita?

Jam ada tak kunci. Ada pulak, macam saya dok kata, bagi fatwa pulak, kunci jam - dengar jam tak bangun berdosa. Baik tak usah kunci langsung. Pandai reka mai. Kena lekat.

Subuh-subuh biar penuh masjid kita, surau kita. Tolonglah tuan-tuan. Buktikan ramainya orang yang mukmin sebenar, bukan ramai orang yang munafik, bukan ramai orang munafik. Biar subuh tu sepertimana sembahyang jumaat. Penuh.

Memang sepatutnya subuh lebih ramai daripada sembahyang jumaat, kerana muslimat ada lagi. Kerana subuh ni tak ada sebab, tak ada sebab dia tak boleh pergi. Jumaat tu lagi sibuk. Masa tu nak makan, masa tu mengantuk, masa tu nak buat kerja. Macam-macam ada.

Subuh apa masalah? Apa masalah yang tak boleh pergi berjemaah. Siapa meeting dah subuh-subuh. “Tak upaya” dia kata, “subuh tadi aku ada mesyuarat jadi pengerusi pulak!” “Hai, sakan hang subuh-subuh mesyuarat dah. “

Tak ada apa. Cuma lawan dengan tidur aja. Itu aja.

Yang sedihnya, sembang islam pang pang pang pang, meloncat cawan-cawan kopi. Perang ni sembang cukup hebat, pagi esok subuh tak bangun. Ni lagi koman.

Tengoklah kita subuh-subuh., Bang bang subuh tu, hat duduk rumah murah tu, taman lagi senang tengok. Tenogk berapa biji lampu rumah bernyala dalam rumah. Berderet berapa biji yang dok menyala lampu? Hat menyala tu kita charge kata  bangun subuhla walaupun bukak daripada semalam lagi, ni hat tak menyala ni apa hal?  Takkan dia merangkak pi bilik air? Memang tak sembahyang. Ramai orang kita tak sembahyang subuh. Sedih.

Patut ingat time subuh tu habis dah waktu tidur. Nabi suruh “Berpagi-pagilah kamu kerana berpagi-pagi itu berkat”. Sebab itu nabi sebut “Tidak akan masuk syurga manusia kecuali orang yang hatinya sepertimana hati burung”. Kita tengok burung ni tenang aja. Dan rezeki burung dijamin oleh Allah swt. Burung ka, ikan ka gitu.

Baru ni orang jumpa ikan di mana, Sabah. Paus yang terdampar mati. 20 tan berat dia. 20 tan seekor. 20 tan seekor. Kita bayangkan tuan-tuan, kalau  seekor 20 tan, maan sehari berapa tan? Seekorkah dalam laut tu?  Punya banyak. Orang timba ikan yang tak paus pun, hari-hari kutip bawa keluar, tak habis. Siapa bagi makan? Siapa bagi makan? Siapa bela dia? Siapa bagi makan? Manusia seekor pun tak beri makan. Semua Allah swt. Yang dia bagi makan, ikan dalam akuarium, tu pun berapa ekor dah yang mati. Seekor pun tak larat bela.

Sesudah bela mampus, bela mampus, bela mampus, akuarium pun lempar bertabur habis.

Hang tak mampu. Tak mampu kita, lemah kita, dhaif kita. Tapi orang angkit ikan bawa keluar, bertan-tan hari-hari bagi manusia makan, tak payah bela, ambil aja. Nelayan pun tak pernah bagi makan ikan, ambil bawa keluar aja, sembahyang pun tidak! Loklaq sungguh!

Tuan-tuan sekalian,

Begitu juga burung, yang Nabi puji. Orang yang masuk syurga ni, orang yang  hati dia macam hati burung. Tawakkal pada Allah swt. Pagi-pagi tembolok kempis, terbang, terbang petang, tembolok penuh. Tak pernah susah hati pasal rezeki, relax aja. Tengok burung tu, muka orang yang ada duit tu. Orang tak ada duit, muka dia lagu lain, serebeh saja.

Muka dia tu, relax sahaja, tak ada masalah, tenang. Sebab tu saya suka tengok. Tengok tenang dia. Ini orang panggil, Allah swt jamin rezeki dia. Jamin rezeki. Ketenangan yang ada pada burung. Sebab tu burung tak pernah susah hati - kira burung bab rezeki dengan kita, kita lagi hebat. Burung KWSP tak ada, SOCSO pun tak ada, insurans apa pun tak ada, duit sekupang pun tak simpan. Tapi tak pernah jatuh mati kelaparan. Tak pernah. Sebab apa? Ambil petua dia.

Antaranya petua dia, dia tak pernah terlewat tidur. Tak pernah. Jaga aja subuh, terus terbang cari rezeki. Jaga. Terus cari rezeki. Mana ada terlewat. tidur. Pernah kita berjumpa? Lalu 9 pagi, burung dok tidur atas pokok lagi? Haih, burung ni tak jaga-jaga lagi pukul sembilan dah ni.  Yang tidur sampai pukul sepuluh ni, manusia banyak. Tu yang tak berkat tu.

“Naumatul Subhi, Tamna’u Rizqa“   Tidur lepas subuh tu, sempit rezeki. Sempit. Bukan boleh tidur dah. Lepas-lepas subuh tu keluar dok. Yang bukak kedai, buka awal. Pintu pagi-pagi, tingkap apa, buka dah tingkap-tingkap tu, ni kita. Berkat.

Ni dok kalut susah, susah, susah. Tapi lepas subuh, tidur, lepas subuh, tidur. Bukan boleh duduk dalam rumah, keluar-keluar dok  keluar tu, dia kata dak, tidak, letak-letak kepala atas kusyen tu pun jadi tu! Maknanya. Orang Islam ni. Teruk sangat Islam ni macam-macam bala kena, silap kita lah. Silap kita. Allah sayang, tu Allah bala kita tu. Semua susah segala. Senang sikit. Nak bagi kita sedar.

Zhoharol Fasaadu Fil Barri wal Bahri Bimaa kasabat ai dinnaas.
Berlaku bala bencana di darat dan di laut, semua kerja manusia.

Yuziiqahum ba’duzii ‘amilu.
Bagi rasa apa mereka tu buat.

La’allahum yarji ‘uunn.
Mudah-mudahan sedar balik ke pangkal jalan. Baliklah. Kita orang Islam.

Mendekatkan diri kepada Allah swt. Ni jumaat pakat penuh-penuh-penuh pi, waktu lain tak ada. Jemaah-jemaah tak ada. Sebab bubuh sunat sahaja. Kalau kata sunat tak buat terus, siapa ajar?  Belajar semua. Jenohlah kita. Tu yang dok kena bala macam-macam. Nak bagi sedar.

Baik.

Dan jika sembahyang qasar bagi orang musafir maka ditambahi qasar pula kerana disyaratkan niat qasar di dalam  takbiratul ihram.

Kalau qasar,  kena niat qasar. Dalam mata hati dia, niat qasar sebab wajib niat qasar dalam takbiratul ihram.

Dan jika sembahyang itu sunat yang mempunyai waktu dan mempunyai sebab maka disyaratkan adalah diniatkan dua perkara - pertama qasad dan yang kedua ta’yin sepertimana sunat subuh.

Jadilah tang tu dulu.

Dan jika ada sembahyang itu sunat yang mempunyai waktu dan mempunyai sebab - wallahusubhanahu wata’aala a’lam.

(Pengumuman dan Doa)

35:51

–>

Popularity: 31% [?]



Rukun

19 04 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

rukun1-3.jpg

Maka barang yang dijabarkan dengan sujud daripadanya itu sunat aba’dh, dan tidak dijabarkan dengan sujud syahwi dinamakan haiat.

Apa dia haiat? Sunat yang lain daripada qunut, yang lain daripada tahiyat awal. Kebanyakkannya haiat. Haiat nisbah dia kecil, macam iftitah - lupa baca iftitah - tak boleh sujud syahwi. Terlupa baca surah, tak boleh sujud syahwi. Terlupa baca subhanarobbial ‘azhim, tak payah sujud syahwi.

Ada orang faham, lupa apa dia pun, semua syahwi. Begitu. Semua syahwi belaka. Itu bukan. Ada perkara yang boleh, termasuk macam sembahyang raya saya sebut tu, terlupa takbir yang tujuh kali, lima kali pun, tak perlu sujud syahwi. Dan sembahyang dia sah dan boleh teruskan. Bahkan bila imam sudah baca fatihah, teringat terlupa takbir yang tujuh tadi tu, teruskan fatihah. Tak payah berhenti fatihah, takbir lain. Sebab fatihah itu rukun, takbir itu sunat haiat. Takkan nak berhenti rukun, buat yang sunat.

Sama macam kita masuk-masuk tak baca iftitah, terus baca fatihah. Teringat tak baca iftitah. Tak payah berhenti fatihah, teruskan, tinggalkan iftitah. Kerana kita sudah masuk rukun. Tak payah kita berhenti buat yang sunat. Itu kena faham.

Selalu sembahyang raya jadi. Tok Imam terlupa takbir yang tujuh kali tu, mula dia buat. Teringat dalam ruku’ pulak, bangkit sekali, takbir lain pulak, baca surah sekali lagi, ruku’ sekali lagi pulak.  Sembahyang raya tukar jadi sembahyang gerhana.

Itu kena faham.

Baik.

Maka rukun itu tiga belas. Perkara pertama niat.

Itu. Perkara yang pertama niat. Itu menjadi rukun sembahyang. Apa niat?

Maka erti niat itu.

Bukan niat. Niat tu benda nak cerita tak boleh sebab dia satu tu saja. Nak cerita tak boleh, lagu mana niat, macam mana niat, payah nak cerita. Sebab benda satu. Benda satu susah nak cerita.

Bila benda ada macam, boleh cerita. Bila benda ada lagu, boleh cerita. Mari benda lagu pun tak ada, macam pun tak ada, tak boleh cerita.

Dia senang saja.

Kalau kita dok kerja kat pekan-pekan ni, balik kampung, kata hang ni kerja apa mat? Kerja saya main komputer saja, tok. Tekan-tekan komputer. Komputer tu menatang apa? Aku tak pernah tahu, tak pernah tengok. Komputer tu macam televisyen. Boleh cerita gitu. Tempat tekan dia tu macam mana? Macam mesin taip. Boleh cerita. Sebab dia ada banding.

Bila mari benda yang tak ada banding, memang tak boleh cerita. Itu aja. Itu soal dunia pun. Macam niat. Nak cerita lagu mana niat? Faham sudah la.

Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat makmum.

Tu bukan niat. Itu orang panggil kata-kata hati kalau kita bercakap dengan hati. Hati ni bercakap. Duk diam pun dia bercakap. Ni macam kita dok diam ni, hati rabung dok menyembang ni, menyembang hati dia. Pukul berapa nak sudah, nak keluar kot mana sat gi tak tahu - itu niat ka tu. Bukan niat, tu hati bercakap, nama dia. Tu kena faham.

Niat lain, kata-kata hati lain. Itu yang menyebabkan orang keliru tu.

Niat. Macam mana kita nak sebut pula, nak faham zat All swt. Sedangkan niat pun kita tak boleh pi dah. Roh pun kita tak mampu faham.

Cuma takrif dia, Qasdhu Syai’, Muqtarinal bil fi’li. Itu takrif dia, takrif niat.

Iaitu mengerjakan  ia akan sesuatu hal keadaan disertakan awal perbuatan.

Qashad sesuatu, buat terus - tu nama dia niat. Qashad sesuatu, cadang sesuatu, buat terus. Duduk nak sembahyang, Allahu Akbar, masa tu niat dalam tu. Itu takrif.

Kecuali puasa yang agak lari sikit dari takrifnya Qasdhu Syai’, Muqtarinal bil fi’li.

Qashad, buat terus. Sebab puasa jadi musyaqqah, jadi satu kepayahan, niat malam, besok baru puasa. Esok baru puasa.

Tapi kalau ikut takrif niat betul-betul, dia kena niat tang mana? Dekat nak masuk subuh tu. Tunggu situ, puk masuk subuh niat masa tu. Tu baru kena cara dia.

Tapi kalau macam tu, berlambak orang tak puasa. Awat? Tak dapat niat semalam, terlena. Jadi oleh kerana jadi satu musyaqqah, jatuh sahaja matahari malam tu, boleh niat untuk esok.  Untuk puasa sahaja, tapi amalan-amalan lain, terus. Niat haji,  buat haji, duduk dalam ihram. Niat umrah, terus duduk dalam ihram umrah. Dia terus. Niat sembahyang, terus sembahyang. Tu cara dia.

Yang sebelum niat tu, itu, yang sebelum buat tu, itu bukan niat. Itu cita-cita. Itu cita-cita. Jangan dok silap faham.

Sebab niat ini termasuk daripada rukun.  Bila kata rukun, dia kena duduk dalam sembahyang.

Baik.

Maka tempatnya pada hati

tempat niat itu pada hati. Niat tu di hati.

Maka jika adalah ia sembahyang fardhu itu yang lain daripada jumaat, dan qashad hendaklah mengqashadkan dengan hatinya hendak mengerjakan sembahyang. Dan di ta’radhkan fardhunya dan di ta’yinkan waktunya. Maka tiga itu dinamakan qashad, ta’radh dan ta’yin.

Maknanya bila sembahyang itu sembahyang fardhu, yang lain daripada fardhu jumaat, mestilah kena ada qashad, ta’radh dan ta’yin. Ni yang orang tua-tua dok sebut, siapa-siapa sembahyang, tak ada  qashad, ta’radh, ta’yin  - tak shoh. Tu yang kadang tak faham tu.

Apa dia  qashad, ta’radh ta’yin ni, apa dia?

Bukan “Allahu Akbar! Qashad Ta’radh Ta’yin!!” Bukan macam tu!

Tu nama dia. Nama dia.

Qashad - nak sembahyang.

Ta’radh - sembahyang tu sembahyang fardhu.

Ta’yin - fardhu apa.

Maknanya, masa kita berdiri nak sembahyang, duduk di saf tu, ataupun duduk tempat sembahyang tu, masa “Allahu Akbar!”, kita tahu kita ni nak sembahyang. Kita tahu sembahyang ni fardhu. Kita tahu zohor maghrib isya.

Tahu.

Maka pada ketika itu, dia ada qashad, ta’radh dan ta’yin.

Baik.

Macam mana contoh yang tak ada qashad, ta’radh dan ta’yin yang tidak sah? Masa dia angkat takbiratul “Allahu Akbar!”, seolah kalau sekiranya situ ada soalan, “Hang nak buat apa ni?” , kalau ada soalan “Hang nak buat apa ni?”, “Tak tahu aku nak buat apa pun tak tahu”, tu nama dia tak ada qashad, tu yang tak sah.

Kalau dia takbiratul “Allahu akbar!”, kalaulah ada soalan di situ, “hang nak buat apa ni?” - “Nak sembahyang”. “Sembahyang apa?” - “Tak tahu. Fardhu ka sunat tak tahu”. Tu nama dia tak ada ta’radh.

Begitu juga. Kalau dia takbiratul ihram  “Allahu Akbar!”, masa tu, kalau ada soalan di situ, “Hang nak buat apa ni?” - “Aku nak sembahyang”. “Sembahyang apa?”  - “Fardhu”. “Fardhu apa?” - “Tak tahu, maghrib ka isyak, tibai pi lah!” Tu nama dia tak ada ta’yin.

Faham?

Jadi maknanya, bila dia angkat takbiratul ihram tu, dia paham dia nak buat benda tu, ada qashad, ta’radh, ta’yin.

Faham tak?

Setakat tu sahaja nak boleh cerita. Nak tulis, nak lukis tak boleh benda niat ni. Itu aja. Jadi benda cukup senang.

Cukup senang.

Yang penting hati kita ni bersedia nak sembahyang. Itu saja.

Jangan tak bersedia.

Kalau tak bersedia, memang tak ada niat. Memang tak ada niat.

Sebab tu ada ulamak yang mengatakan, lebih-lebih lagi ulamak-ulamak kita, menyebut, kena sebut “usholli”. Usholli ni bukan sembahyang lagi, tak gaduh mana. Yang jadi masalah dok bertengkar ni kalau  “Allahu Akbar!” - “Ushooli fardhol Maghribi”, yang tu masaalah. Dia bubuh usholli dalam sembahyang.

Ni luar sembahyang. Dia bercakap. Bukan bercakap pasal usholli, macam-macam dia bercakap. Macam-macam dia bercakap.

Jadi, untuk dia. Nak menyelesaikan masaalah itu semua, dia sebut usholli. Hati yang berserabut “Usholli”  - “Aku nak sembahyang”. “Fardhol Maghribi” - “sembahyang maghrib”. Maknanya, dia sebut itu untuk membantu hati dia. Walaubagaimana pun, kalau orang yang boleh hadir tanpa sebut itu, teruskan.  Tak ada masalah.

Yang penting, jangan berkelahi pasal usholli. Itu aja. Siapa yang suka kata, kata. Siapa yang tak suka kata, jangan kata. Kata usholli pun tak masuk neraka, tak kata usholli pun tak masuk neraka. Masuk neraka - berkelahi pasal usholli.

Ini maknanya. Itu kena faham.

Maknanya yang penting, hati kita ni biar bersedia nak sembahyang. Bersedia nak sembahyang. Jadi waktu takbiratul ihram, kita sedar kita nak buat apa. Ada niat.

Tu yang saya kata, selalu orang sebut khusyu’ ini, sunat aja. Tak khusyu’ pun sembahyang sah.

Sebenarnya khusyu’ juga termasuk daripada rukun sembahyang.

Sapa sapa tidak khusyu’ dalam sembahyang, tidak sah sembahyang dia. Khasnya, dalam takbiratul ihram - mesti kena hadhir hati di situ. Waktu dia takbiratul ihram tu, masa tu dia kena hadhir hati di situ.

Maknanya kalau hati dia tak hadhir, maka pada ketika itu, sembahyangnya tidak sah.

Hadhir hati itulah nama dia khusyu’.

Jadi oleh kerana kita ni ditekan supaya hadhir hati dalam takbiratul ihram, dalam fatihah tak ada, dalam surah tak ada. Dalam ruku’ tak ada, dalam sujud tak ada. Akhirnya, kita biar. Ni orang panggil betul tunggul.

Jadi maknanya bila kita mula dengan khusyu’, kita sudahpun dengan khusyu’. Itu sepatutnya. Mula dengan tidak lalai, tengah pun tak lalai, hujung pun tak lalai.

Tapi kalau kita mula dengan lalai, mula dengan tak lalai, tengah lalai, hujung lalai. Itu silap. Kerana kita tak jaga dia sampai sudah sembahyang.

Oleh kerana dalam fatihah, dalam apa, tak wajib. Takkan semua pun kena bubuh wajib semua?

Itu cara dia. Maka sebab itulah kena sedar masa tu, kita sembahyang. Menyembah Allah swt. Dan niat ni benda yang paling mudah, tak payah mana. Yang payah, orang yang tak faham niat, tu payah.

Tu yang dok gaduh tak dapat lagi, tak dapat, tak dapat. “Arrdh   Arrdh  Arrdh” Tak boleh-boleh lagi. Kadang-kadang “Arrdh  Arrdh Arrdh”, “Aaaaaaardh” pusing pun ada, macam-macam. Ha itu tak ada, mengarut. Ada yang macam tu. Tu syaitan, syaitan. Sudah habaq beberapa kali, jangan ikut syaitan.

“Was wi su” tu nama syaitan, sebab tu saya dah sebut selalu dah - was-was selalunya berlaku dalam ibadat. Was-was.

Takbiratul Ihram, was-was. Baca fatihah, was-was. Baca tahiyat was-was. Ambil wudhu was-was. Mandi hadath, was-was. Semua ibadat.

Dunia ada tak was-was. Bawa kereta tak was-was. Ada orang bawa kereta masuk gear depan. pi depan, gostan, pi depan, gostan. Dia vroooom terus sahaja  pi.

Dak, makan tak was-was.  Makan tak was-was. Bubuh nasi sepinggan, suap elok aja. Tak dok hmm.. Sekali elok saja. Tak was-was.

Tidur tak was-was. Tidur dengan bini tak was-was, elok belaka.

Tapi tak sembahyang ni was-was. Itu kata syaitan. Masuk awal, dok takbir tak boleh, tak boleh. Imam “Allahu Akbar!” sekali sahaj boleh. Padahal tadi pulun sampai separuh nyawa. Tu saya kata.

Lagi satu kita sedar, kita ni mengadap Allah dalam sembahyang. Sembahyang ni mengadap Allah, mesti dengan rupa yang elok. Rupa aja, rupa hina diri, rupa malu, rupa takut. Jangan rupa yang menyebabkan Allah benci.

Kita kalau menghadap dengan rupa yang tak elok, kita pun meluat. Sebab tu rupa dengan penuh kehinaan. Kadang dia elok sahaja, elok sahaja, tapi bila nak sembahyang, jadi gitu. Ha sapa suruh! Mana ada adab sembahyang lagu tu. Pulun nak baca.

Bercakap pun, bercakap dengan orang elok sahaja. Elok aja mulut dia. Tapi kalau baca fatihah, “Alll Ahlll Alll” , mulut jadi macam tu. Macam kambing lekat biji mempelam, saya habaq. Awat jadi macam tu? Mana ada tajwid yang sepayah tu. Tak ada. Tu yang kata termasuk jenis-jenis was-was. Itu nama dia.

Tu saya kata, was-was ni ubat dia payah nak cari. Banyak tanya “Ustax, nak buat apa ubat was-was ni?” Ubat dia was-was, kalau wudhu ambil dia rendam dalam kolah. Ikut, ikut, ikut, ikut, ikut. Tu jadi was-was.

Jangan ikut sangat. Buat bagi betul, bagi kena cara dia. Jangan dipengaruh dan dijajah oleh syaitan dalam hati kita.

25:10

–>

Popularity: 27% [?]



Rukun

19 04 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘ azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.

Mukasurat berapa hari tu?

syarat3_14.jpg

Dan demikian lagi setengah dari memelihara akan sembahyang dan mendirikan  seperti yang disuruh Allah dan RasulNya hendaklah mengetahui dan mengerjakan segala rukunnya

yakni rukun sembahyang.

Mukasurat 7, atas sekali.

Tengok kitab. Berhentilah makan tu. Makan apa langsung aih.

Baik.

Orang yang memelihara sembahyang dan mendirikan sembahyang, setengah daripadanya ialah memelihara rukun yakni rukun sembahyang.

Kena. Kena jaga dia.

Baik.

Seperti mana kita

maknanya orang yang sembahyang. Orang yang sembahyang seperti yang saya sebut selalu, dia ada dua benda. Yang pertama, memelihara sembahyang. Yang kedua, mendirikan sembahyang. Dua perkataan - tunai sembahyang. Masuk waktu sembahyang, sembahyang. Masuk waktu sembahyang, sembahyang. Itu nama dia - mendirikan sembahyang.

Iqaamatis sholah - mendirikan sembahyang.

Yang keduanya, memelihara dia. Dua sekali. Jaga dia.

Kerana ada dua juga perkataan - Sah dan Diterima. Sah dan Diterima. Tidak semestinya amal ibadat yang sah itu diterima.
Tak semestinya yang sah itu diterima.

Jadi sebab itulah kita nak sembahyang kita itu sah dan diterima. Dua sekali. Sah dan diterima.

Sebab itulah kita dah masuk fasa yang ketiga - Dulu, mula dulu, awal kitab dulu dia bahas perkara yang berkaitan dengan hati.

Rukun-rukun hati. Yang perlu ada. Apa perasaan-perasaan ketika kita qiyam, ketika kita ruku’, ketika kita sujud, ketika
kita i’tidal - perasaan-perasaan yang kita kena susun - rasa malu pada Allah, rasa rindu pada Allah, rasa takut pada Allah,
perasaan-perasaan tu kena ada.

Habis pada tu, kita masuk sembilan syarat sembahyang. Syarat-syarat sembahyang, sembilan. Lepas daripada syarat sembahyang sembilan habis, ni pulak kita masuk rukun sembahyang - rukun sembahyang.

Baik.

rukun1-1.jpg

Maka erti rukun sembahyang itu ibarat daripada sukunya  yang ia kejadian yang masuk dalam mahiyahnya.

Itu makna rukun

Yang dikatakan rukun itu, dia salah satu daripada yang dikatakan suku-suku sembahyang. Maknanya bahagian-bahagian
sembahyang. Itu makna rukun.

Ataupun mudah kita faham, rukun ni di dalam sembahyang - dia di dalam sembahyang. Syarat yang kita belajar tu, dia di luar sembahyang. Maknanya sebelum sembahyang kena ada dah. Jadi rukun ni tak boleh buat luar sembahyang. Dia kena buat di dalam sembahyang.

Mari orang kita sekarang hari ni, rukun dengan syarat pun tak tahu. Berkeliru. Yang mana satu rukun, yang mana satu syarat.

Contohnya niat. Niat ni dia rukun. Kena niat dalam takbiratul ihram - dia rukun. Bila kata rukun, mesti dibuat di dalam
sembahyang. Tak boleh dibuat di luar sembahyang.

Ada pula kata dok gaduh apa aja nak niat! Turun tangga di rumah tu pun niat nak sembahyang dah. Bawa kereta pi masjid pun niat nak sembahyang dah. Naik moto nak pi, niat nak sembahyang dah. Dok gaduh-gaduh apa?

Bukan sembahyang lagi di rumah. Dan sementara nak mari tu, macam-macam boleh timbul. Jadi start sembahyang tu, di takbiratul ihram, baru mula ia. Maka, rukun ni, dia kena bawa dalam sembahyang - tu nama rukun. Syarat, tak apa. Tutup aurat siap-siap di rumah,  ambil wuduk siap-siap di rumah, ini orang panggil syarat. Mengadap kiblat, mengadap siap-siap, sebelum sembahyang. Itu syarat.

Adapun rukun, mesti kena dalam sembahyang.

Oh dia kata tak apa, niat di rumah pun tak apa. Ha kalau niat di rumah tak apa, sat gi takbiratul ihram tak payah niat dah. Ha senang la! Ruku’ siap-siap di rumah, sembahyang satgi tak payah ruku’ dah!

Awat tak ruku’?

Aku ruku’ siap-siap dah di rumah tadi.

Sujud siap-siap di rumah.

Sebab tu kena pandai. Faham, yang mana satu rukun, yang mana satu syarat.

Lagi satu, kita jangan banyak sangat berkeliru. Memang feqah ni dia banyak pendapat-pendapat ulamak. Sampai berbelas-belas kadang tu, kalau kita buka kitab yang tinggi-tinggi. Tapi kita orang awam ni, kita orang awam ni, cukup berpandu pada satu mazhab, untuk kita buat ibadat dulu.  Lepas pada tu, bila selesai bab tu, dah kemas dah, kita belajar banyak-banyak mazhab sikit tak apa.

Tapi peringkat awal bagi kita ni, lebih baik kita tumpu pada Syafie, sebab kita sini banyak bermazhab Syafie.

Sat gi dok ralit pendapat ni, pendapat nu, pendapat ni, pendapat nu, hat mana pun tak buat. Jadi keliru.

Baik.

rukun1-2.jpg

Maka erti rukun sembahyang yang diibaratkan daripada sukunya yang ia kejadian yang masuk dalam mahiyahnya.

Masuk di dalam sembahyang. Tu dia kata di dalam sembahyang.

Dan tiada dijabarkan dengan sujud syahwi.

Rukun-rukun ini tidak boleh ditampung dengan sujud syahwi. Kalau terlupa rukun, tak boleh ditampung dengan sujud syahwi, walaupun sujud syahwi, tapi tak tertampung.

Sebab tu saya sebut sujud syahwi ni ada dua - satu sujud syahwi kerana lupa, yang kedua sujud syahwi kerana ganti
rukun, ganti sunat, bukan ganti rukun. Maknanya ada dua.

Adapun sujud syahwi ganti ialah sujud syahwi untuk sunat aba’dh, contohnya kalau kita tak baca tahiyat awal. Tak apa teruskan sembahyang. Satgi ganti dengan sujud syahwi - kerana saiz tahiyat awal dengan sujud syahwi tu lebih kurang sama. Maknanya boleh ganti.

Adapun kalau kita tertinggal rukun, dia tak boleh ganti dengan sujud syahwi. Tertinggal baca fatihah dalam satu rakaat, fatihah itu rukun,  nak sujud syahwi begitu aja? Tak boleh. Mesti dia kena ganti balik rakaat tu.

Rakaat yang dia sembahyang tadi - yang ada surah di situ, yang ada ruku’ di situ, yang ada sujud di situ, tetapi tak baca fatihah, rakaat tu dinamakan lagha, tak terpakai rakaat tu.

Bukan sembahyang lagha, rakaat itu lagha, sembahyang sah. Teruskan sembahyang dan ganti balik satu rakaat. Ganti balik satu rakaat. Kerana apa?
Rakaat yang pertama tadi, dia tak baca fatihah.

Lepas pada tu, sujud syahwi. Selepas daripada dia baca tahiyat, dia sujud syahwi. Sujud syahwi itu bukan ganti, dia ganti dah tadi. Sujud syahwi  ni kerana lupa. Sujud syahwi ni kerana dia terlupa tadi.

Maknanya dia ada dua sujud syahwi ni, satu sujud syahwi ganti terus - tak baca qunut, ganti dengan sujud syahwi, tak baca tahiyat awal, ganti dengan sujud syahwi. Yang keduanya tadi, sujud syahwi kerana kita lupa. Bila kita lupa, buat balik benda kita lupa, rukun lah, tak ruku’ ka, rakaat tu lagha, nanti tambah lagi satu rakaat, ruku’ balik, nanti sujud syahwi.

Ada juga sujud syahwi terlupa membuat perkara yang membatalkan, kalau teringat, tapi buat dalam keadaan terlupa. Termakan dalam sembahyang, kalau keadaan lupa, makan dalam sembahyang - lupa. Batal makan dalam sembahyang ni,  tetapi kalau terlupa makan, maka sembahyang dia tak batal, tetapi sujud syahwi.

Sunat, sujud syahwi tu sunat. Tak sujud syahwi pun tak apa.

Dia terlupa rakaat, dia ganti balik tadi, tak sujud syahwi. Tak apa. Dia terlupa baca qunut, terlupa baca tahiyat awal, tak ganti dengan sujud syahwi, tak apa. Sebab apa? Sebab sujud syahwi tupun sunat bukan wajib. Dia sunat sahaja bukan wajib.

Tapi sembahyang ni, kalau yang terlupa sunat aba’dh, kalau dia tak ganti dengan sujud syahwi, dikira sembahyangnya tidak sempurna - cacat. Macam orang tak ada kaki, tak ada tangan. Hidup orang tak ada kakipun, hidup orang tak ada tanganpun, tapi tak sempurna. Kerana “yaumaizin yash durunnasu ash taa taa liyurau a’maa lahum“. Itu bendanya. Kerana apa ? Kita bangkit di akhirat esok, di antaranya apadia? liyurau a’maa lahum. Nak tengok amalan.

Kereta kita calar sikit pun, dan-dan pergi tampung. Tak boleh tengok.
Baju kita kena tompok hitam sikit, dan-dan basuh.

Maknanya mata kita ni tak boleh tengok benda yang tak sempurna. Maka takkan kita nak tengok sembahyang kita benda yang tak sempurna di akhirat besok. Boleh tengok. Laa tak boleh tengok sembahyang. Tak boleh tengok puasa. Tak boleh tengok haji. Tapi akhirat esok boleh tengok sedekah. Ada rupa boleh tengok. Jadi mestilah kita orang beriman ni bercadang nak tengok yang sempurna. Jadi nak tengok yang sempurna, buat tu mestilah sempurna. Kalau tertinggal, jabar dengan sujud syahwi, benda yang boleh jabar dengan sujud syahwi.

Yang ni benda yang boleh tampung dengan sujud syahwi, tampung.

Ha begitu juga makan tadi. Kalau kita makan hal keadaan terlupa, lekat sebiji nasi di celah gigi, maka pada ketika itu boleh tampung dengan sujud syahwi. Kalau kita makan sengaja, batal. Kerana dalam sembahyang ada puasa. Cuma berbeza dengan puasa, seperti yang saya sebut selalu, kalau puasa, makan banyak, terlupa tak batal. Sepinggan makan nasi bulan puasa, terlupa, tak batal. Tapi kalau sembahyang makan banyak, terlupa, batal juga sebab pelik. Mana boleh, makan nasi sepinggan terlupa,  mengarut sangat, batallah senang. Ulamak sebut - Al Nadil kal Ma’dum - sikit sangat dikira tak ada - kira batal jugak, sebab
pelik sangat.

Baik

11:50

–>

Popularity: 30% [?]