Keberkatan

7 08 2008

Versi Audio :

Trankripsi :

ahlil_qulub.jpg

Dan yang mempunyai dhoruri daripada ahlil qulub,

yang mempunyai dhoruri daripada ahlil qulub, mempunyai masalah daripada ahlil qulub, ahli hati.
Qulub qulub ni hati, qalbun hati, quluubun hati-hati nama dia, arab panggil qulub, melayu qulub tu menatang lain, panggil qulub ni hati-hati, ahlil qulub, hati-hati.
Baik.

Yang mempunyai dhoruri daripada ahlil qulub, tempat selesai masalah dia, serabut-serabut, Allahuakbar… tenang.

Ada orang kita pulak, serabut, tak sembahyang.. Masa tak serabut sembahyang.

Orang, bila ada masalah tu sembahyang.

Tu saya kata, sembahyang ni, nikmat sebenarnya..nikmat.

Bila dia kena bala, cuba kita tengok kalau kita orang Islam, kalau kena satu bala yang berat kat diri kita, alhamdulillah.. pi ambik wudhuk, sembahyang.. sujud lama pada Allah Taala.
Tu saya kata, kalau sembahyang takda nak buat apa? Takkan nak keriyau (menangis), takkan nak menyanyi, takdak aih.

Kita orang Islam ada cara.. sembahyang, sebab tu ada sembahyang-sembahyang sunat lagi, boleh kita buat. Bai.

Maka muliakan akan mereka itu tatkala mendirikan sembahyang, maka hilang daripada hati mereka itu dari tiap-tiap yang digemar, mulia mereka itu bila sembahyang, hilang hati mereka itu daripada tiap-tiap yang digemar.

Benda apa yang serabut, benda apa yang apa hilang ketika dia sembahyang. Sebab apa? Sepenuh hati dia tumpu kepada Allah swt hilang benda lain.

Dan sukanya dan hilanglah pada hatinya daripada segala yang dikasihinya yang lain daripada Allah swt.

Hilang semua.

Mana kita tak kena? Duk serabut-serabut, Allahuakbar.. ingat Allah aja, yang lain kita lupa semua, itu yang menyebabkan ketenangan.

Kalau kita tak sembahyang duk ingat macam-macam.

Macam kita pi Mekah, duk sini pikiaq macam-macam, sampai-sampai lapang. Pasal apa lapang? Tak payah duk fikir apa dah.

Ni kepala kita, dalam keadaan tak fikir apa pun sebenarnya kita berfikir, kita berfikir.

Kadang-kadang duk tidur ih ah ih ah tak lena. Kalih kot nu tak lena, kalih kot nih tak lena.
Tanya “hang duk ingat apa?”
“Eh aku tak ingat apa aih.”

Bohong sangat aih. Mana tak ingat apa, tidak hang lena berdesing aih.

Ada masalah, jadi, tempat selesai masalah Allahuakbar..sembahyang, selesai masalah.

Tu tempat kita, sembahyang…

suruhahlimu.jpg

Kerana inilah firman Allah Taala,
wa’mur ahlaka bissolah wastobir ‘alaiha.
laa nas aluka rizqo nahnu narzuquka,

Suruh olehmu akan ahli kamu dengan mendirikan sembahyang.
Suruh olehmu akan ahli kamu dengan mendirikan sembahyang.
Suruh..

toha.jpg

Siapa ahli kita?
Isteri, kena suruh bini kita sembahyang.
Siapa dia lagi ahli kita? Anak-anak, suruh sembahyang.
Sipa lagi? Cucu-cicit kita suruh sembahyang.

Kena suruh, maknanya kalau kita tak suruh anak-anak kita sembahyang, kita langgar perintah Allah, perintah Allah swt, supaya kita suruh ahli kita sembahyang, anak kita sembahyang,
alih-alih kita tak suruh.

Maknanya kita sudah langgar perintah Allah.

Bila kita langgar perintah Allah, ingatlah nanti musibah timpa kita.
Tu saya habaq, bila tua mari musibah, anak jadi haru-biru, dengan tak sembahyang, dengan apa semua. Orang lain seronok dengan anak pinak, kita tua-tua duk serabut dengan anak pinak lagi.

Silap kita gak, dulu-dulu kita bukan peduli sangat, nak sembahyang, sembahyang, tak nak sembahyang sudah, takda masalah pun.

Tak ada kata nak mengamuk pasal sembahyang ni, tak pernah dengaq, mengamuk pasal lain adalah.

Mengamuk pasal tak pi bendang, mengamuk pasal tak alih lembu, mengamuk pasal tak lepas kambing, mengamuk tak bagi makan ayam adalah.

Mengamuk tak sembahyang tak ada.

Tak apalah, dia begitu la.

Kalau hang nak senang sikit, susah duk kemudian. Kalau la ni susah sikit, memanglah payah.. tu Allah sebut, sabar di atasnya, sabar atasnya, sabar, nak sembahyang pun kena sabar, nak suruh pun kena sabar, Allah, kalau tak sabaq-sabaq, tak boleh.

Sebab tu kita duk habaq banyak kali, kita mak bapak kita kena banyak berkorban.
Biaq kita susah sikit.

Tu subuh-subuh kita bangun awal sikit, bukan kira kita aja nak sembahyang, nu anak kita pun nak sembahyang, bini kita pun nak sembahyang, maknanya kita kena awal.

Kena awal.

Kalau kita pun duk lambat lagi, pukul berapa anak kita nak sembahyang? Dengan nak mandi lagi, nak masuk bilik air, nak ambik wudhuk, nak apa, nak basuh muka. nak apa semua lagi.
Maknanya kita korbanlah sikit tidur kita tu.. kita mak bapak ni, saya duk bajet-bajet tengok, kita pukul lima bangun baru elok, pukul lima pagi bangun tu baru ngam-ngam, paling lewat lima suku.

Dah la masa tu kita nak, pertama, kita dulu, kot nak mandi ka, nak sembahyang tahajjud dua rakaat ka, satu. Lepas tu satgi nak gerak anak pulak, anak pulak duk ada lima enam orang nak gerak, bukan senang nak jaga. Hak kecik-kecik boleh usung, hak tua-tua? Rebah kita nak usung, jadi maknanya kena buat kerja. Yalah, bila kita fikir lagu ni, kita ni Allah swt buat untuk apa?

Wamaa kholaqtul jin wal ins illa liya’buduun.
Tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat.

sujud_salji.jpg

Takpalah, jangan duk merungut, ni semua ni ibadat.

Ni hati perut kita duk susah pasal anak pinak ni, kita kena tanya susah hati sebab apa?
Susah hati sebab anak aku tak mau sembahyang, susah hati pasal anak aku tak mahu mengaji, susah hati tu pun ibadat.
Sebab apa? Kita susah hati pasal agama.

Tapi kena buat kerja la ni, ni dah azam kita kena sedia berkhidmat ke arah ibadat pada Allah swt, baru kita takda masalah.

Tapi kita nak syok, nak pilih syok, nak tidoq, ha tidoq.. tuan-tuan sekalian, nanti kita susah.

Tak dan mati lagi, mati susah lagi.

Sebab tu beza tuan-tuan orang kawin beribadat dengan orang tak kawin beribadat, beza.
Orang kawin beribadat, pahala dia lebih daripada orang yang tak kawin beribadat, pahala dia kurang.Sebab apa? Sebab orang kawin buat ibadat dengan orang tak kawin buat ibadat, orang tak kawin dia sembahyang, dia dia aja, dia bukan pikiaq sapa, dia dia aja.
Tak payah fikir bini dia, tak payah fikir anak pinak dia.
Jadi dia sujud pun dia aja, dia rukuk pun dia aja, dia baca quran pun dia aja, hak tu aja pahala dia.

Tapi hak ada anak ni, hak ada anak ni, dia nak hak dia sembahyang, anak pinak dia pun sembahyang.

Dia sujud, anak pinak dia pun sujud, dia baca fatihah, anak pinak dia pun baca fatihah, jadi orang ni dapat pahala berlipat-lipat kali ganda, tu kelebihan dia.

Tapi apa makna tuan-tuan, kita ada anak, anak kita ramai, tapi yang sembahyang kita seorang.
Maknanya kita ni, ibadah kita macam tak kawin jugaklah, macam kita tak kawin jugak, duk sembahyang aku sorang-sorang jugak, patutnya aku dapat pahala berlipat-lipat kali gandala, aku sembahyang, anak pinak aku sembahyang, cari untung, tu nama dia, cari untung.

Wata’awanu ‘alal birri wattaqwa,
tolong-menolong, bantu-membantu di atas berbuat kebaikan dan ketaqwaan.

Ni susahla, bukan senang..nak kepung anak suruh sembahyang ni bukan senang.

Kecik-kecik daripada enam, tujuh, lapan tahun suruh sembahyang, jangan duk godam lagi, cengil (garang) sangat pun haru jugak, tak boleh, Nabi tak bagi.

Nak pukul anak bawah sepuluh tahun pasal tak sembahyang tak boleh, kalau pukul, salah, tibai dah.

Sepuluh baru boleh godam, tak sembahyang sepuluh baru boleh tibai, bawah pada tu suruh, suruh, suruh.

Yalah, lima tahun enam tahun sembahyang dia, sembahyang duk orang dia cuuh lari, pastu dia mari rukuk pulak, biaq pi! Biaq pi, janji bagi dia reti dulu, tau, ini time sembahyang, ini time sembahyang.

Bukan senang nak lekat, bukan senang, dia ada masa panjang lagi.

Sampai sepuluh tak mahu jugak, godam.. beli rotan bubuh di rumah, sunat bubuh rotan di rumah, ambik kertas tulis, “Rotan Untuk Orang Tak Sembahyang”, sangkut kat situ, bagi dia baca, haha..bubuh situ, ha tibailah.

rotan.jpg

Godam tu pun dapat pahala, tuan-tuan sekalian, godam dapat pahala.

Start lah kita tuan-tuan sekalian, jangan ralit, tambah hak baru-baru ni, anak halus-halus lagi ni, haa start la ni suruh sembahyang, jadi kita.

21:12

–>

Popularity: 40% [?]



Keberkatan

5 08 2008

Versi Audio :

Trankripsi :

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin

Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.

Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.

Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘ azim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil’ azim.

Dan sabda Nabi saw bermula sembahyang itu nur,

buka muka surat lima, atas sikit tu,

5.gif

sabda Nabi saw, bermula sembahyang itu nur,

sembahyang-sembahyang itu cahaya, assolaatu nur, sembahyang itu cahaya, orang yang sembahyang, orang ni ada cahaya, ada nur, apa nur?

Pertama, nur pada wajah dia, orang sembahyang ni ada nur pada wajah dia, ada cahaya, benda ni benda bukan boleh buat-buat, Allah bagi dengan keikhlasan kita, tak payah duk pi sujud dok tenyeh dahi hari-hari bagi nampak hitam, kalau hitam pun hitam, kalau tak hitam pun takpa, Allah bagi nur.
Yang kedua nur pada hati, nur pada hati dia bercahaya, jadi ni lah orang yang memelihara sembahyang, bukan sembahyang saja, dia jaga sembahyang.

Jadi maknanya kalau jaga sembahyang kena jaga macam-macamlah, bukan boleh jaga sembahyang saja. Kalau kita nak jaga sembahyang kita ni, biaq tumpu, biaq khusyuk… makanan kita kita kena jaga, jangan duk makan benda-benda haram, jangan duk makan benda-benda syubhah, jangan. Pakaian kita pun kena jaga, jangan boleh timbul fitnah pada orang. Hati kita pun kena jaga, jangan duk sangka buruk kat orang. Tingkah laku mata kita jangan duk tengok benda-benda haram, telinga kita jangan duk dengaq, baru orang panggil, baru sembahyang kita ni boleh tumpu, baru boleh jadi baik… Amanlah kalau orang boleh jaga sembahyang, boleh jaga kesemuanya sekali, itu namanya sembahyang itu nur, cahaya, Allah bagi cahaya…

Dan lagi sabdanya, sabda Nabi saw, sentiasa Allah berhadap atas hambaNya, dengan Mukanya, selama berkekalan ia di dalam sembahyangnya, dan bahawasanya Allah Subhanahu Wataala mendirikan Mukanya kepada seorang kamu, selama berkekalan berhadap ia atasNya,

selama mana kita menghadap Allah, selama tu Allah menghadap kita, nak gaduh apa?

Haa selama mana kita menghadap Allah swt, selama tu Allah menghadap balik pada kita.

Apa menghadap balik? Menghadap dengan rahmat… macam lepas, menghadap dengan kesian belas, menghadap dengan kasih sayang, kalau kita menghadap Allah swt dengan sifat-sifat sebagai seorang hamba…haa…kalau kita menghadap Allah Taala dengan sifat seorang hamba, kita dapat yang tu. Jadi bila kita menghadap Allah betul-betul, maka Allah menghadap kita, yang ni pun macam saya terang minggu lepas…

Dan kerana inilah adalah sembahyang itu sangat banyak faedahnya, lagi ia membukakan bagi hati orang yang kepapaan.

Sembahyang itu amat banyak faedahnya, faedah sembahyang, dan sembahyang membukakan hati bagi orang yang papa.
Papa ni ada dua, satu papa pada harta benda, ada orang yang papa pada jiwa, dua. Kadang-kadang harta benda dia banyak, duit banyak, harta benda cukup banyak, tapi jiwa dia papa, jiwa dia kosong. Maknanya bagi orang yang jiwa dia kosong, dia paham, dia buat apa pun rasa tak terisi, haa ni orang yang papa jiwa, sebab tu kita nak supaya jiwa kita ni jangan papa…
Sebab tu disebut,

Laisal ghinaa ‘an kats-ratil ‘aradhi, wa laakin-nal ghinaa ghina-nafsi (HR Abu Hurairah),

bukan kaya orang banyak harta, kata Nabi, tu kita aja kata kaya, walaakin qhinaa qhinaa nafsi, yang dikatakan kaya itu orang yang kaya jiwa. Orang yang kaya jiwa. Maknanya jiwa dia tak papa.

Jadi… sembahyang itu boleh mengkayakan jiwa, jiwa kita menjadi kaya, rohani kita kaya, perasaan kita kaya, kerana apa? Kerana kita orang yang sembahyang.

Sebab tu ulamak ajar, bila kita masuk rumah kita, yang ni pun saya ajar dah dulu ni, cuma mungkin kita lupa dah, ni nak start beramal balik, bila kita masuk dalam rumah kita, kita bukak pintu masuk dalam rumah kita, bila buka pintu rumah kita kalau ada orang dalam rumah kita, kita bagi assalamualaikum warahmatullah… kalau takda orang, kita bagi salam kat diri kita sendiri, assalamualainaa wa’alaa ‘ibaadillaahissolihin…

qulhu.gif

Pastu, sambil-sambil masuk tu baca qulhuwallah tiga kali, sambil masuk rumah kita tu kita baca qulhuwallah tiga kali, qulhuwallahu ahad… jangan baca kalut-kalut, baca elok-elok, qulhuwallahu ahad, allahussomad, lam yalid walam yuulad, walam yaqullahu kufuwan ahad, tiga kali aja, toksah baca tiga puluh kali, dia tak mahu lekat - tiga kali cukup.

Kalau tiap-tiap kali kita beramal macam tu, tiap-tiap kali masuk dalam rumah, bagi salam, baca qulhuwallah tiga kali, keluar ja rumah, masuk, baca .. keluar aja rumah, masuk pulak, baca… rumah itu dijamin tidak papa, tak papa…

Ada orang bila dia masuk dalam rumah, dia rasa tak selesa, dia rasa tak tenang, dia rasa tak lapang duduk dalam rumah. Ada orang dia kira nak balik rumah dia aja… buruk-buruk rumah dia, berselerak-berselerak rumah dia berasa puas… berasa lapang, berasa tenang.. berasa apa semua, itu rumah kaya.

Ingat ada television besar tu kira kaya la tu, dak…

Bila kaya tenang jiwa, tenang jiwa, kot rumah kita ni, balik kena balik pikiaq pulak, rumah aku ni berkat ka tak berkat. Berkat ka tak berkat bukan kira rumah besaq ka rumah kecik.

Antaranya rumah berkat ni, rumah yang tetamu suka hadir, insyaallah berkat. Jangan duk marah orang mari rumah kita. Tu dia nak perabih beras aku la tu, berderet mari tu. Biaq pi kat dia, orang mai ke rumah kita ni bawak berkat, bawak rahmat.

tetamu.jpg

Tetamu mai ke rumah kita bawak rahmat, keluar tetamu daripada rumah kita keluar bala..ni rumah sapa tak pernah pi, tuan-tuan sekalian.

Sebab tu hak kita buat rumah hak tetamu-tetamu hak payah nak mai toksah. Biar rumah kita ni terbuka - tetamu mai. Tetamu tak apala, jangan penyamun sudahla, ada penyamun ni kena beringat sikit ni, muslimat-muslimat, ragut rantai, kerat orang, takek orang, apa semua, tu kena beringat… tu tetamu, tu berkat. Kena ada, kalau gitu rumah kita ni kalau tetamu suka hadir, insyaallah… berkat…

Jadi kita nak jiwa tu jangan papa, tenang jiwa, tu dia sebut tu, bahawa ia membukakan bagi hati orang yang kepapaan.

Sebab tu kita tengok sesetengah tu serabut, serabut.. kita kena habaq, hangpa sembahyang dak ni?

Satu keluarga tak sembahyang, mana tak serabut.

Suami tak sembahyang, isteri tak sembahyang, anak pinak tak sembahyang, serabut.

Duk dalam rumah ada tv, ada kaset, radio besaq, ada pulak karaoke laki bini, laki nyanyi lagu P.Ramlee, bini nyanyi lagu Saloma, tua-tua tak sedaq diri. Lepastu mana nak mari orang panggil, nak tenang jiwa, jiwa tak tenang.

karaoke.jpg

Sebab tu kata nabi, hiasi rumah kamu dengan bunyian quran. Tu nak hias rumah - baru rumah tu ada berkat. Hiasilah rumah kamu dengan bunyian quran, apa dia? Kita baca… jangan pasang radio ja, radio tu bukan orang, dia tak dapat pahala apa radio tu, neraka tak masuk, syurga tak masuk radio tu, dia radio, hak nak dapat pahala banyak ni kita, dia dengaq dia dapat pahala ka? Kalau kita dengaq, dapat pahala gak, radio dia bukan orang, dia bukan mukallaf.

Kita baca, nak tidoq, baca quran, sehelai pun jadilah.. sebelum tidoq bercakap dengan Allah swt dulu, bangun tidoq, bercakap dengan Allah Taala dulu, baru bagus.

Apa bercakap dengan Allah Taala? Baca kalam dia.. tu kalau kita bercakap, seolah-olah kita bercakap dengan tuhan kita, semuka.. sehelai pun kalau tak boleh baca banyak sehelai saja.. Bangun tidur sehelai, lepas tidur sehelai… Maknanya kita baca, nak tidur sehelai, nak bangun sehelai, tak baca banyak pun kerana kita baca quran, setahun kena dua kali khatam, kalau setahun tak tamat dua kali, tak selesai tanggung jawab kita, ni khatam-khatam masa menikah dulu sampai la ni dak dah, malas baca quran, kena baca selalu.

readquran2.jpg

Mai kita tengok orang dulu-dulu, sat-sat masuk pelesit, sat-sat masuk hantu, sat-sat masuk pelesit, sat-sat masuk hantu, macam mana orang dulu-dulu hak masuk hantu masuk pelesit, quran tak baca langsung, pelesit dengan hantu tu memang geng dia dah, dia pun adik-beradik pelesit jugak, tak pernah baca quran, takut baca quran.

Insyaallah lah kalau kita rajin baca, rajin baca, rajin baca, aman.

telaahquran.jpg

Rumah tu rumah kaya, bukan perabot-perabot mahal, maknanya dia ada roh, hidup rumah tu, kitalah nak jaga rumah kita, di samping kita jaga hak jadi zahiriah ni, kitalah kena jaga hak batiniah… Antaranya baca quran, sembahyang di rumah.

Tu yang disebut. Sebagaimana masjid kena imarah, rumah kita pun kena imarah, masjid kena imarah dengan beribadat, rumah kita pun kena imarah dengan beribadat, masjid imarah dengan apa? Masjid kena imarah dengan sembahyang fardhu, sembahyang fardhu. Rumah kita imarah dengan apa? Imarah dengan sembahyang sunat.. tahajjud, witir, sunat ba’diah, qobliah, sunat dhuha.. tu imarah rumah kita, maknanya rumah kita jugak perlu diimarahkan. Kalau rumah itu tak pernah sembahyang di rumah, rumah itu bukan rumah, itu kubur.. haa rumah kita kubur, kita jangan bagi jadi rumah kita kubur, bagi jadi rumah betul, caranya kita imarah dengan ibadat.

Bahagi-bahagilah tuan-tuan sekalian, pandai-pandai cungkil-cungkil bahagi masa.

Kita nak cari duit lagi, nak bela anak bini lagi, nak didik anak bini lagi, nak beribadat untuk kita, pandai-pandaila bahagi, kalau nak kira sibuk, pakai takdan lagu tu la tu, masing-masing bahagi masa. Baik…

11:51

–>

Popularity: 27% [?]