Tauhid
9 01 2008Versi Audio :
Transkrip:

Wajib di atas kita i’tiqad. Wajib di atas kita i’tiqad.
Kita i’tiqad di sini iaitunya kena pada orang-orang yang mukallaf. Dikehendaki tuntutan kita di sini iaitu kena di atas orang yang mukallaf.
Apa dia orang yang mukallaf? Iaitu orang yang sudah sampai dari segi had, taklif syara’.
Orang mukallaf - orang yang sudah sampai dari segi had taklif syara’, iaitunya had keberatan dari segi hukum syara’ Allah swt. Maka orang yang sudah sampai had mukallaf taklif syara’ dipanggil orang tu baligh ataupun orang tu dipanggilkan orang yang mukallaf. Maka hukum mukallaf yang kena di atas seseorang, hukum mukallaf yang kena di atas seseorang kalau pandang nisbah ke dalam, kalau nisbah di dalam hukum Tauhid, iaitunya dia mesti kenal siapa yang dia sembah, siapa Tuhan yang sebenar-benar dia, dan siapakah yang perlu dia mengenali berhubung dengan sifat-sifat yang ada pada diri seseorang tersebut. Iaitu kah ada pada diri Allah swt yang dikatakan Allah swt.
Maka mukallaf tersebut, dia mesti kenal tuntutan yang sebenarnya berhubung dengan hukum di dalam persoalan hukum Tauhid Allah swt iaitunya sifat yang kita perlu mengetahui yang sama-sama kita maklum.
Bila sebut kata, bila sebut kata seseorang tu mukallaf, yang sudah dia sampai akil baligh, ertinya seseorang tu seandainya dia sudah melepasi daripada mukallaf, ataupun melepasi daripada akil baligh tetapi dalam keadaan akal yang ada pada diri dia tak sempurna, akal yang ada pada diri dia tak sempurna, makna akal yang ada pada diri dia tak sempurna, seolahnya akal seperti akal dia majnun ataupun akal dia gila, dia tak siuman, tak sempurna, maka walaupun dia sudah melepasi dari segi mukallaf, sudah melepasi dari segi mukallaf, maka hukum syara’ ataupun hukum wajib syara’ tidak dikhito’ atas diri dia tersebut, sebab dia sudah, ka ada sesuatu kecacatan yang ada pada diri dia tersebut iaitu dia, akal dia tak siuman, akal dia tak sempurna.
Jadi segi hukum khito’ Allah swt yang bergantung dengan perbuatan mukallaf tidak kena di atas diri dia sebab masa tu dia akal dan fikiran dia tak sempurna.
Bila akal dia tak sempurna bermakna hukum syara’ tadi tak khito’ ke atas dia.
Yang khito’ hukum syara’ nisbah dalam perbahasan ilmu tauhid yang kita nama wajib syara’ iaitu di atas seseorang itu, yang sempurna dari segi akal fikiran dia. Akal dia sempurna. Dari segi akal fikiran dia sempurna. Tak ada rosak, tak ada cacat cela apa semua sempurna elok. Begitulah garis panduan yang sebenarnya apabila dia sudah melepasi mukallaf dengan tuntutan yang sebenarnya perlu dia kenal Allah swt.
Kita kena i’tiqad bahawasanya Tuhan itu tentu.
Bahawasanya Tuhan itu tentu dan sungguh dan sungguhti adanya bukan tak adanya.
Yang tu dia terjemah dah tu.
Kita kena i’tiqad bahawasanya Allah swt tu tentu, sungguh, sungguhti adanya dan bukan takdaknya.
“Ada” tu terjemah daripada pengertian balik kepada bahasa kita yang sebenar makna “wujud”.
Bila sebut kata Allah swt bersifat dengan wujud, apa makna wujud? Iaitunya “ada”.
Ada. Bukan tak dak. Bukan tak ada.
Bila sebut “ada”, kita reti dah di situ Allah swt bukan tak ada.
Dia bawa mari dua sekali nak bagi, nak bagi sama-sama menunjukkan bahawasanya Allah swt tu sungguh ada. Bahawasanya Allah swt tentu ada. Dia bawa mari tu dua benda tu. Kalau kata satu pun tak apa
dah, tapi dia bawak mai dua benda tu ada kiraan. Ada sangkutan dia. Ada kaitan dia. Kalau kata “ada” pun kita sudah faham dah, ada iaitulah terjemah bahasa daripada bahasa Arab “wujud”.
“Wujud” maknanya “ada”.
Bukan tak ada.
Bila sebut kata “bukan tak ada”, kita faham dah, mesti dah Allah swt tu bersifat dengan “ada”. Sebab “tak ada” tu benda yang tak boleh diterima di akal kita. “Tak ada” tu benda yang mustahil, tak boleh diterima di akal kita. “Tak ada” satu benda yang mustahil tak boleh diterima di akal kita.
Mana boleh Tuhan itu bersifat dengan “tak ada”? Sebab itu dari segi keimanan yang ada pada diri kita kita percaya bahawasanya Tuhan tu ada. Tiba-tiba kita nak kata Tuhan tu tak ada. Tak masuk di akal kita. Tak masuk dalam akal kita. Tak boleh terima di akal kita. Tak masuk di akal kita. Tak boleh terima di akal kita, ataupun dalam istilah yang sebetulnya tak boleh nak ditasawurkan dalam akal kita tak ada Tuhan.
Maka yang itu dia panggil “mustahil”.
Yang mustahil tu lah perkara yang tak layak, yang tak bersifat sama sekali di Allah swt. Yang hanya layak bersifat di Allah Taala, wajib Allah swt bersifatlah Ia dengan sifat “ada”.
Kemudian di sini dia bubuh dok ada tiga benda dia bubuh. Yang dia bawa mai tiga tu. Di susunan ayat tu dia bawa mai tiga.
Bahawasanya Tuhan itu tentu dan sungguh dan sungguhti adanya.
Dia bawa mai tiga benda. Tuhan tentu, sungguh, sungguhti adanya.
Tiga benda tu dia bawa mai mesti ada sebab tiga-tiga benda tu dia bawa mai. Mesti ada sebab, ada kiraannya dia bawa mari tiga benda tu. Kalau tidak dia tak bawa mai. Mesti ada sebab dia.
Bila sebut kata tentu ni, bila sebut kata tentu ni, iaitunya dia balik dalam bahasa, ambil dari bahasa yang wajib. Kalau dalam bahasa Arab, sebutan “wajib”. Dalam bahasa Melayu kitanya, sebutan “tentu”. Dalam bahasa Arab makna wajib.
Kita tanya wajibkah tuhan itu bersifat dengan ada?
Wajib Tuhan bersifat dengan ada.
Siapa yang kata Tuhan tak ada makna dia tu tak beriman dengan Allah swt.
Wajib Tuhan tu ada. Kita dok sebut dalam bahasa Arab, kita dok sebut selalu dah “wajib” Tuhan tu bersifat dengan ada.
Cuma dia nak terjemah dalam bahasa Melayu kita, lain dari perkataan wajib, dia bawa mari kita tentu adanya Allah swt. Nampak tak? Tentu ada Allah Taala kena di wajiblah, bukan kena di mana lagi. Tentu adanya Allah Taala. Wajib adanya Allah Taala. Satu.
Yang kedua, sungguh dan sungguhti. Sebab apa dia ibarat dengan perkataan sungguh? Sebab apa dia ibarat dengan perkataan sungguh?
Dia ibarat dengan makna sungguh, adapun dia ibarat dengan makna sungguh - oleh kerana wujud ni dia duduk dalam perbahasan kena di amru i’tibaari, esok kalau kita bahas di depan adalah dia bawa mari depan cuma kita catit, kita baca simpan , sebab wujud ni dia duduk di amru i’tibaari ataupun dia duduk dalam hal. Khilaf ulama. Setengah ulama kata wujud iaitu amru i’tibaari. Setengah ulama kata wujud dia kena di hal. Yang paling rojih sekali wujud, dia kena di amru i’tibaari. yang tu qaul yang rojih. Qaul yang marju’, qaul yang dhoif, wujud dia kena di hal. OK kita ambil bahasan satu-satu.
Mana bahasan yang ulama yang kata wujud ni kena pada amru i’tibaari? Apa amru i’tibaari?
Amru i’tibari ni perkara yang bangsa kira-kira. Bukan ada benda. Bukan nampak, benda boleh tengok. Tapi dia sungguh. Itu kata amru i’tibaari.
Bila sebut amru i’tibaari, itulah bahasannya. Amru i’tibaari ni bukan ada benda, bukan nampak, bukan boleh tengok, tapi sungguh.
Itu yang dia bawa mari perkataan sungguh dan sungguhti tu.
Ertinya bila sebut “wujud”, “ada”. “Ada” tu benda yang kena, ada satu sifat yang dia “ada”, ada satu sifat yang dia menumpang di diri zat, bila dia tumpang di diri zat (kalau kita kira dari segi baharu kita ni, kita kira di baharu kita, sebab kita nak bawa pi sifat yang di Tuhan kita tak nampak rupa lagu mana, jadi kita kira di baharu kita, kita kira di baharu kita).
Bila sebut kata “ada”, ada satu sifat yang amru i’tibaari, mana satu sifat yang amru i’tibaari, apa amru i’tibaari ni, iaitunya perkara yang bangsa kira-kira. Bukan ada ‘ain benda, bukan boleh nampak, bukan boleh tengok, tapi sungguh.
Sungguh lagu mana? Sungguh lagu mana? Iaitunya kalau kita contohnya kita ambil satu benda. Kita ambil sebotol air mineral ni, botol air mineral ni, maka bila kita ambil botol air mineral ni, di diri botol ini, sudah ia bersifat dengan satu sifat nama “ada”. Kan? Di diri botol ini, sudah bersifat ia dengan sifat “ada” sehinggakan kita boleh hukum “ada” tu boleh bersifat di diri botol sebab kita tengok zat botol tu ada.
Bila kita tengok zat botol tu ada, maka kita pun faham dah di sini botol ia sudah bersifat dengan satu sifat. Apa yang sifat yang ada di botol sehinggakan kita kata ada botol? Ada botol. Sifat ada yang ada di botol, botol ni, sifat ada yang ada di diri benda ni, hanya dengan jalan kita kira sungguh saja. Sungguh lagu mana?
Sungguh dengan bahawa kita nak tunjuk sifat “ada” tu tak boleh nak tunjuk. Nak menzahirkan sifat ada tu tak boleh nak menzahir. Sanya nak nampak sifat ada tu tak boleh nak nampak. Nampak pun tak boleh. Zahir pun tak boleh. Nak tunjuk pun tak boleh. Tapi di sini, sifat tu sungguh dia bersifat “ada” pada botol.
Dia terjemah sungguh dengan sungguhti. Dia terjemah sungguh dengan sungguhti.
Ertinya sifat wujud hanya kena pada sungguh sahaja. Kemudian wajib tu tang mana? Wajib tu nak letak tang mana? Wajib tu, bila kita sebut kata wajib tu, wujud ada di diri benda. Wajib tu kena tang mana?
Wajib tu bila kita sebut wajib wujud ada di benda ni, wajib wujud ada di benda ni, kita hukum. Kita hukum wajib sifat wujud ada di benda ni.
Kemudian bila saya tanya semua, sungguh tak ada sifat wujud di benda ni? Sungguh tak ada sifat wujud di diri benda ni? Mesti semua jawab sungguh. Mesti semua jawab sungguh. Sebab apa boleh jawab? Sebab apa semua boleh jawab sungguh? Sebab kita dah tengok diri zat benda tu ada. Kan? Sebab kita tengok diri zat benda tu ada.
Di situlah kita boleh hukum kata ada, sungguh, sungguhti bersifat dia pada diri benda.
Bila kita faham di sini, barulah kita boleh hukum, kita boleh bawa kepada sifat Allah swt yang bersifatlah Ia dengan sifat wujud.
Macam mana sifat wujud yang ada di Allah swt. Samalah. Sifat wujud yang ada pada Allah swt, wajib Allah Taala bersifatlah Ia dengan sifat wujud, wajib Allah Taala bersifatlah Ia dengan sifat ada.
Dan wajib Allah Taala bersifatlah Ia dengan sifat ada. Kemudian kalau kita tanya seseorang, sungguh tak Allah Taala bersifat dengan sifat wujud, semua manusia yang percaya kepada Allah swt, dia hukum dengan akal dia, sungguh Allah Taala itu bersifat dengan sifat wujud.
Di situ, baru orang akan tanya dia, di mana dalil, di mana yang kamu boleh hukum kata Allah Taala tu bersifat dengan wujud? Baru dia bawa mari dengan dalil-dalil dia sendiri. Tu yang aku kata Allah Taala tu ada, aku tengok pada diri aku lah. Takkan aku nak ada aku, takkan aku nak ada saja-saja, tak ada siapa yang menjadi aku? Baru dia bawa mari.
Dia nak bagi betul-betul yakin kata Allah swt tu ada, dia nak tunjuk betul-betul kata Allah swt tu ada, baru dia bawa mari cerita di diri dia sendiri.
Saya tak mahu berdalil pada orang lain, saya nak berdalil kepada diri saya sendiri sahaja. Saya boleh ada sihat tubuh badan, saya boleh ada Tuhan bagi jadi semua benda ni, takkan saya nak boleh jadi dengan tak ada siapa yang menjadikan saya? Mesti yang menjadikan saya ni, Dia iaitunya Allah swt.
Tu baru dia bawa jalan nak bagi betul-betul kata Allah swt tu “ada”.
Beginilah maksud daripada perkataan ulama wujud ertinya ada yakni “ada” Allah swt.
Beginilah maksud daripada perkataan ulama makna ulama kata wujud ertinya ada yakni ada Allah swt lawannya tiada. Wujud ertinya ada. Apa “ada” ni? Ada di sini nak ada Allah Taala. Bukan nak ada benda yang lain. Benda yang lain tu bukan kena dok i’tiqad. Tak kena. Benda yang lain tu bukan kena dok i’tiqad. Naknya di sini, yang wajib, ada iaitu ada Allah swt.
Yang lain i’tiqad juga, tapi di atas nama, i’tiqad di atas dasar lain. Tapi di atas dasar, hakikat yang perlu kena i’tiqad betul, kalau dalam perbicaraan berhubung dengan sifat Allah swt, iaitunya kita kena i’tiqad ada Allah swt.
Bila nak kata Allah swt mesti kita kena reti satu benda lagi. Sebab apa nak reti satu benda ni? Satu benda yang kita nak reti ni, dia ada nama dasar kita nak menolakkan benda tersebut. Mana benda yang kita nak kena reti satu lagi? Lawannya tiada. Lawannya tiada.
Tiada ini orang panggil mustahil. Tiada ini orang panggil mustahil. Lawannya tu, lawannya tu kalau istilah betulnya dia panggil mustahil.
Sebab apa yang dia ada kaitan, hubungan yang wajib dengan hubungan yang mustahil?
Kaitan hubungan wajib dengan kaitan mustahil, sebab kita kena reti benda ni juga. Apa sebab yang kena reti juga? Sebab bila dah kita hukum kata Allah swt tu wajib ia bersifat dengan sifat ada, kita kena hukum satu lagi, kita kena reti jugak satu lagi. Mana yang perlu kita kena reti satu lagi? Reti di atas nama yang mustahil. Sebab apa reti di atas nama yang mustahil? Sebab benda yang mustahil ni kita reti, sebagai kita nak menghukum, ataupun kita nak menghukum di atas kita nak menolak benda mustahil ni sama sekali, tak boleh bersifat di Allah swt.
Reti di atas nama mustahil tu, sebab kita nak menolakkan benda ni tak boleh sama sekali bersifat di Allah swt. Setelah wajib Tuhan betul-betul bersifat dengan ada, kita dok peganglah Allah swt bersifat dengan adalah.
Bila pegang bersifat dengan ada, kita kena reti juga satu lagi benda yang tak boleh sama sekali bersifat di Allah swt iaitunya “tiada”. “Tiada “ni istilah, dia panggil apa, “tiada” ni istilah dia dipanggil mustahil. Apa pun benda mustahil, mustahil. Maa laa yuta sawwaru fi ‘aqli wujuuduh . Barang yang tak boleh di tasawurkan pada akal wujuduhu adanya. Itu mustahil. Maa laa yuta sawwaru fi ‘aqli wujuudih . Barang yang tak boleh di tasawurkan pada akal wujuduhu adanya.
Bolehkah kita nak terima di akal kita “tiada” Tuhan tu ada bersifat di zat Tuhan? “Tiada” Tuhan tu, bolehkah bersifat di akal kita atau bolehkah kita ditasawur di akal kita, setelah kita yakin di fikiran kita, nak buat bagi jadi satu aqidah, yang kita boleh terima pada akal kita, “tiada” Tuhan itu bersifat di zat Allah swt?
Jawabnya tak boleh sama sekali “tiada” Tuhan itu ada bersifat di zat Allah swt. Bila “tiada” tu tak boleh sama sekali bersifat di diri Tuhan swt, kita nak kata apa? Kita kata mustahil. Benda ni tak boleh terima di akal kita adanya. Mustahil pada zat Allah swt.
Jangan dok i’tiqad. Jangan dok i’tiqad benda yang mustahil. Cuma reti, bagi mengaji bagi reti sahaja. Dan kalau nak i’tiqad pun, boleh i’tiqad tapi i’tiqad jalan macam mana? I’tiqad kata mustahil ni tak ada di Tuhan. Tak apalah. I’tiqad ikut tu tak apa.
Kalau kata i’tiqad ni kata mustahil ni ada di Tuhan, yang tu yang salah tu. I’tiqad kata mustahil ni benda tak ada di Tuhan. Yang hanya ada wajib di Allah swt, mana yang wajib ada di Allah swt iaitunya wujud dan terjemah dengan makna “ada” tu, ada di Allah swt.
Habis.
31:07
Popularity: 36% [?]
Categories : Wujud
