Memelihara

11 11 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

Ni ada satu soalan, sesampai saya di masjid, bilal bang jumaat. Bolehkah saya sembahyang tahiyyatul masjid ataupun selepas bang sembahyang awal jumaat sahaja.

Baik, bila dia sampai hari jumaat, tok bilal bang. Tok bilal bang. Lepas pada tu dia nak sembahyang sunat tahiyyatul masjid ka ataupun duduk tunggu sembahyang awal jumaat sahaja.

Yang ni pun saya jawab selalu dah. Ni pun duk ulang lagi. Kalau boleh pi hari jumaat, jangan tunggu bilal bang. Kalau boleh, pi awal jumaat. Jangan lekat tabiat pi lambat. Pi lambat jumaat ni untuk orang yang kelam-kabut sahaja. Selalu saya nasihat. Lebih-lebih lagi kita.

Saya sendiri tuan-tuan sekalian, ajar-ajarlah pi sembahyang jumaat awai sikit. Sekurang-kurang sebelum bilal bang.

Kenapa? Malaikat ni, hadis, dalam Mustika Hadis pun ada sebut.

Hari jumaat, malaikat bawak buku satu - tunggu di pintu masjid. Sapa yang sampai awai dia catit. Catit, catit. Nombor satu nombor dua nombor tiga catit masuk dalam buku.

Bila bilal bang ja malaikat tutup buku pi duduk tepi mimbar. Jadi yang sampai lepas bang ni, yang ni tak masuk dalam buku malaikat.

Tak tersenarai hak ni. Tak tersenarai.

Sahlah sembahyang jumaat dia, tapi tak termasuk.

Ha tengok lama dah tak termasuk ni.

Baik

Kalau boleh kita pakat pi awai. Pi awai tu macam-macam boleh kita buat. Kalau lima belas minit tu macam-macam boleh kita buat. Nak berdoa kat ibu bapa. Kita ralit-ralit tuan-tuan… ralit-ralit buat kerja apa semua, mak bapak kita mati punya lama dalam kubur, puluh tahun dah, duk haraplah doa daripada kita, kita tak doa lama dah apa.

Kita ralit.

Lama kita duk ralit ralit ralit ralit ralit tak berdoa kat mak bapak. Nu mak bapak duk dalam kubuq punya lama, puluh-puluh tahun dah duk harap doa kita kot-kot kita nak hantaq doa. Kita terlupa. Lupa.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali pi awai doa kat kita, doa kat ibu bapak kita.

Duk sebutla robbighfirli waliwalidaiya tu, pasai tok imam sebut tu, kita pun amin la. Kita pun tak tera mana.

Tu saya kata berapa banyak doa yang kita minta kat ibu bapa kita, yang betui-betui, hak khusyuk tadi ni.

Tuan-tuan,

kalau kita tak buat nanti kita mati esok, anak pinak kita buat lagu tu jugak kat kita. Anak ramai tapi sekoq pun tak berdoa kat kita. Padanlah kita pun tak berdoa kat ibu bapak kita. Kita ralit, nasihat semualah samalah kita.
Tuan-tuan sekalian.

Lebih-lebih lagi, kita hak laki-laki ni pi sembahyang jumaat wai sikit. Doa-doala kat mak bapak kita duk dalam kubuq tu ha. Duk tanah tangan duk tunggu.

Tu saya sebut tu, orang yang mati ni seperti mana orang yang dalam kelemasan. Orang hak lemas tu, terkapai-kapai, terkapai-kapai. Harap sangat sapa-sapa pi pegang tangan dia, tolong angkat naik. Orang yang lemas tu.

Begitu jugak orang-orang yang mati. Kena pulak ada dosa sikit banyak, macam orang hak duk lemas tulah. Berharap-harap kat sapa? Anak-anak kotla nak tolong tarik. Ha kot nak tolong tarik apa semua. Kita jangan.

Birru abaaukum tabarrukum abnaa ukum

Buat baiklah kamu pada ibu bapa kamu, nescaya akan berbuat baiklah pada kamu anak-anak kamu.

Hang nak anak-anak hang baik, hang kena buat baiklah pada ibu bapa kamu. Tak boleh lupa sampai bila-bila. Saya habaq berapa kali dah.

Mak kita ayah kita, mati ka hidup memang tak boleh lupa.

Tanda tak boleh lupa tengok pusat.

Tengok pusat. Tang lain semua lega. Pusat kita tuhan tak bagi lega.

Bekas putus.

Sampai bila pun pusat duk ada.

Balik elok tengok pusat tu. ni bukan putus daripada mana kalau bukan putus daripada perut mak aku. Tak boleh lupa tanda dia, ha ini. Kerat putus daripada perut mak kita, duk ada sampai ke la ni, dia biaq.

Awat Tuhan tak bagi sama, tak lega dah. Tanda tak boleh lupa.

Jadi kalau hari jumaat tu seminggu sekali ka kita pi awai sikit. Apa salahnya kita korban sikit, ni aku nak pi awai. Niat pun elok dah. Awal lima belas minit aku tak lama kot.

Dan kot berdoa kat diri aku sikit, kat mak bapak aku sikit, tok nenek aku sikit.

Jangan lekat tabiat lambat. Sama-sama kita tuan-tuan sekalian. Kita pun nak mati dah, nak hidup berapa hari dah?

Satu.

Kalau terlambat jugak, tok bilal dah bang dah. Kita nak sembahyang ka? Bilal bang jumaat, bolehkah saya sembahyang tahiyyatul masjid ataupun.. ni soalan macam mana. Sesampai saya di masjid, bilal bang jumaat. Bolehkah saya sembahyang tahiyyatul masjid, ataupun selepas bang, sembahyang awal jumaat sahaja.

Yang ni maksud dia gini.

Bilal dah bang, dia nak sembahyang tahiyyatul masjid ka ataupun nak sembahyang awal jumaat saja.

Dia begini, sembahyang tahiyyatul masjid ni makna kita masuk masjid jangan duduk terus. Dia suruh sembahyang - sembahyang apa pun takpa.

Dinamakan sembahyang tahiyyatul masjid

Masuk-masuk sembahyang. Sembahyang qobliah.

Dia tak mau kita masuk dalam masjid duduk terus. Tu tak mau.

Jadi bila kita, apa-apa sembahyang kita sembahyang, maka ketika itu terangkat sembahyang tahiyyatul masjid. Sembahyang fardhu pun.

Masuk-masuk Allahuakbar, sembahyang fardhu. Terangkat sunat tahiyyatul masjid. Tuan-tuan sembahyang qobliyah ba’diyah terangkat tahiyyatul masjid. Kita masuk masjid sembahyang dhuha terus, terangkat tahiyyatul masjid, ha takpa.

Yang takmau kita masuk masjid duduk terus tu. Ha duduk terus tu. Yang tu tu, kita tak pandai. Kita tak kenai.

Kalau kita masuk masjid duk pi duduk terus,

sama kita masuk rumah kita, duk terus jugak.

Sama kita masuk kedai, duk terus jugak. Sama kita masuk pejabat, duk terus jugak.

Ni masjid…nak bagi beza sikit masjid dengan tempat lain. Ha tu cara tadi.

Baik, kalau kita sampai khatib duk baca khutbah, nak sembahyang tahiyyatul masjid ka ataupun nak duduk dengar khutbah. Ha ni berlaku.

Sembahyang pun toksah, duduk pun toksah. Berdiri situ sampai habis. Denda mari lambat.

Nak sembahyang, orang dengar khutbah, nak duduk, tak boleh duduk lagi masjid. Tu cara dia. Patutnya lagu tu lah.

Dan ada jugak ulamak kata kalau sampai ketika khatib telah baca khutbah boleh sembahyang tahiyyatul masjid, tapi kaifiat yang paling ringan. Tahiyyat yang paling ringan.

Wallahua’lam.

Jadi sebelum tu saya ada berapa pengumuman, minggu depan tuan-tuan semua bawak surah yasin, insyaallah lepas kuliah ni kita berhenti awai sikit. Kita akan baca yasin untuk keselamatan perjalanan pergi dan balik dan boleh mengerjakan haji, kawan-kawan kita yang turut beserta dengan kita. Berserta kita, mengaji sekali dengan kita akan menunaikan haji pada tahun ini. Jadi saya umumkan di sini sapa-sapa yang bakal-bakal haji, boleh bagi nama pada kaunter waqaf. Insyaallah saya sebut nama sorang-sorang dalam baca yasin minggu depan.

Jadi untuk minggu ni boleh bagi nama kepada kaunter di depan, yang akan pergi awal pergi dulu. Kami akan baca yasin kemudian. Boleh bagi mulai hari ni. Mintak bagi semua insyaallah saya akan sebut nama-nama depa dalam baca yasin kita minggu hadapan, untuk bakal-bakal haji yang mengikuti kuliah di sini.

Seterusnya saya umumkan yang ketiganya, yang kedua korban. Tahun ni tuan-tuan kita putuskan korban kita buat lima ekoq sahaja. Tak larat. Sebab lepas-lepas korban tu dia tinggal dengan tu, dengan ni apa semua tak larat kami nak kutip nak kambus.

Tak larat.

Masa sembelih masa tu ramai. Masa balik tu…

Jadi oleh kerana kakitangan kita tak berapa ramai apa semua, jadi mintak maaflah tahun ni kita buat korban lima ekoq saja. Sapa yang nak masuk boleh bagi nama dan bagi duit pada kaunter waqkaf jugak. Kita ambik 350.

Aqiqah tuan-tuan jangan buat lagi na buat aqiqah. Tuan-tuan simpan bulan tiga ataupun bulan empat, kita akan buat perasmian asrama dan rumah musafir yang insyaallah nak siap dah. Cuma bubuh bumbung plaster sikit lagi.

Simpan, hari tu mungkin kita akan buat kenduri besar-besaran, masa tu kita akan buka peluang untuk buat aqiqah. Mungkin kita jangka pada Hari Maulidurrasul nih. Rabiulawal ni insyaallah akan siaplah asrama dan rumah musafir tuan-tuan sekalian, depan tuan-tuan sekalian, kita terus berjalan.

Seterusnya saya harap gitulah derma-derma tuan-tuan sekalian kita masih belum cukup sepenuhnya untuk pembinaan asrama dan rumah musafir tu. Jadi saya haraplah tuan-tuan terus bagi sumbangan lagi kutip derma lagi, tolong cari kat kawan-kawan apa semua untuk teruskan. Sikit dah.

La ni mungkin kita dah tinggal tak sampai seratus ribu dah dalam akaun kita. Jadi kita perlu lagi untuk persiapan dalam. Mozek, katil semua, lampu-lampu, kipas, air cond dan sebagainya. Jadi saya harap derma-derma tuan-tuan teruskanlah. Lebih-lebih lagi hak bulan dua belas, hak dapat bonus ni, bagilah sikit bonus banyak-banyak tu.

Pastu saya nak umum ni, ini perhatian kepada peniaga, peniaga-peniaga ni. Ni dengaq ni saya nak habaq ni. Saya haraplah kepada peniaga-peniaga di belah belakang ni, tolonglah jual benda-benda yang berfaedah. Benda-benda yang berfaedah. Benda yang tak faedah jangan duk jual di sini. Pi jual di road-walk. Kat pasar malam.

Ni jual dengan mercun, dengan pistol, pong pang pong pang, jual apa semua, dia jadi road-walk dah tempat kita.

Aku tak mau tempat aku jadi lagu tu, tak mau.

Tuan-tuan sekalian,

Jadi saya haraplah pada peniaga, jual barang yang bermanfaat. Yang ada guna. Permainan-permainan yang merapu-merapu, sticker-sticker yang mengarut-mengarut tolong jangan jual. Dengaq ni. Saya nak buat spot-check sekali, saya nak turun satgi. Saya tak pernah turun. Saya turun saya rampas. Ha tolong.

Perhatian lah kepada peniaga-peniaga. Jangan duk bagi serabut kepala otak saya sangat. Jual makanan, jual pakaian, jual kaset-kaset yang bermanfaat - boleh duit, boleh pahala. Dua-dua sekali . Jangan jual benda-benda yang tak bermanfaat. Ni kira untung ja. Benda tak faedah pun dia jual.

Anak saya yang duk beli, tu yang payah. Tuan-tuan sekalian. Tolong jaga.

Wallahua’lam.

Al Fatihah.

Doa.

–>

Popularity: 74% [?]



Memelihara

11 11 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

makawuquf.jpg

Maka wuquf iaitu,

wuquf, dia nak hurai satu-satu hak tadi.

Yakni berdiri itu rupa tazallul, dia kata.

Waktu kamu berdiri tu rupa tazallul.

Orang bang, qomat, kita bangun…

 qomat.jpg

Masa bila kita nak pegi ke saf? Ha bila qomat ka, lepas qomat ka, sebelum qomat ka, tengah qomat ka? Yang ni berlaku khilaf ulamak.

Ada ulamak mengatakan sebelum qomat kita duk di saf dah.
Ada ulamak mengatakan ketika bilal sebut qodqomatissolah, masa tu kita masuk saf.
Ada ulamak mengatakan selepas qomat.

Baik, yang ni mana-mana boleh. Cuba kita tengok keadaan yang sesuai yang mana. Tapi biasanya yang selepas qomat ini untuk orang kuat. Habis-habis qomat, terus dia boleh.

Untuk orang tua-tua yang sakit lutut, dia lambat nak bangun. Nak kena beraduh dulu baru bangun. Maknanya orang ni elok bangun awal - tengah qomat dia bangun dah. Tengah qomat dia bangun dah, satu.

Yang kedua masa bila bilal nak qomat?

Bilal nak qomat ketika imam sudah bersedia, qomat. Tak payah tengok orang. Yang tok bilal duk kira orang la ni. Pastu kalih tengok ada seorang sembahyang sunat lagi, tunggu. Duk elok nak qomat dah, mari pulak sorang lagi sembahyang sunat pulak dah, tunggu lagi.

Tok imam. Tok imam bersedia, qomat. Dia kira itu aja, senang.

Yangtok imam tu, tok imam la kena bagi masa sistem ada. Dia keluaq pukul berapa, dia masuk pukul berapa, semua dia tahula. Ha tu cerita dia, baik.

Dan wuquf, yakni berdiri itu yakni berdiri itu rupa tazallul,

berdiri itu rupa tazallul, dan rupa hina diri.

Mengadap tu dengan penuh hina. Kena ada masa tu, bila kita berdiri tu - berdiri itu rupa tazallul, rupa merendah diri. Rupa merendah diri. Hina kita, rendah diri kita.

Sebab apa? Allah Taala panggil kita sembahyang, masuk waktu. Lepas pada tu ingat balik dosa kita.

Kita mengadap pada Allah bawak dosa.

Tentulah kalau kita mengadap pada orang, kita ada salah, dipanggil mengadap, kita berdiri depan dia, maka ketika itu kita ada jiwa tu. Faham tak, kita ada jiwa tu.

Begitu jugak kita mengadap Allah swt, waktu berdiri tu ingat dosa kita, ingat kelalaian kita, ingat maksiat kita waktu kita berdiri tu, barulah masa tu khusyuk. Tak timbul nak melawak, nak apa dah.

Ni melawak lagi. Duk berkuit hang aku lagi.

Lagi satu muslimat. Muslimat tak upaya dah. Bab saf kot belakang ni. Khilaf banyak sangat pun payah.

Kawan nu kata duk belah kiri. Mari kawan ni kata duk belah kanan dulu. Mari kawan ni kata duk tengah-tengah. Sudahnya saf muslimat tiga orang belah sana, empat orang belah sini, lima orang belah sini.

Luku kepala tiga-tiga ekor tu baru sama.

Duk jadi lagu tu lah, berkelahi tu.

Yang kawan tu pulak kata ni tempat aku memang sembahyang di sini dah.

Tak usahlah.

Kalau kita sembahyang tu pun kita tak nampak lagi bersatu, dalam sembahyang pun…duk bergaduh lagi.

Memang jadi. Ingat tak tau depa kat belakang duk buat kerja belakang tirai, semua. Selalu lagu tu. memang tak payah dah. Depa fesyen tu dah nak buat macam mana? Ha, pesyen tu, janganla… betui, bila kita tengok pahaman kita memangla macam-macam pendapat kata belah kiri dulu, memang. Tapi kita tengok keutamaan bila.

Bila orang pi duduk di situ, memang ada di situ, kita pi duduk tang tu. Pi duduk sebelah dia, susun bagi sama saf.

Yang paling elok duduk tang tengah. Duduk tang tengah. Kita mai ke belakang ni tengok tang mana, tang mana nih, kita susun bagi sama. Kawan ni mai belah ni, kawan ni mai belah ni, biar saf tu berkembang. Cantiklah.

Jangan bagi senget sebelah.

Kalau kita duduk sebelah sana pun atur mai situ. Ni kata kawan nu nak bucu ni, kawan ni nak bucu ni, kawan ni nak bucu ni, jadi tak elok.

Saf ni penting.

Nabi cukup jaga saf. Kita ni pun. Saf-saf kita kena bagi sama. Ha, kena bagi sama. Ha tu cara dia.

Hmm tengok cara dia lagu mana. Tak apalah, mula dulu macam mana, memang benda tu pendapat banyak. Tapi kalau dah kawan ni nak guna pendapat dia, kawan ni nak guna pendapat dia, jadi kawan nu duk bucu belah ni, bucu belah ni, bucu belah ni, tak eloklah. Tak elok. Apa makna dia?

Maknanya - pendapat aku ni, duk pi mengaji ustaz kata belah kiri dulu, tapi orang duduk belah tengah dulu. Pi duduk dekat kawan tu. baru dia ada ni. Jangan duk bagi seketui seketui seketui tu, tak elok. Kena jaga.

Baik.

Dan rupa wuquf itu yakni berdiri dengan tazallul, yakni dengan rasa hina diri.

Ingat dosa kita. Ingat dosa kita mengadap Allah swt ni kita sedar berdiri depan Allah Taala.

Tiga: Iman, Islam, Ihsan. Iman tau, Islam, apa makna ihsan?

Anta’budallah kaannaka tarohu.
Kamu sembah Allah seolah-olah kamu boleh tengok Allah Taala.

Seolah-olah kamu nampak Allah. Kalau tak boleh jugak, kalau tak boleh rasa tu, ingat Allah Taala sentiasa melihat kamu.

Ni kita pakai baju, cekup kopiah, pakai jubah, pakai serban, setengah daripada tu mengadap Allah swt, orang tengok kata kita baik. Sebab orang tengok setakat tu aja, tapi Allah?

Allah tahu apa yang kamu buat kelmarin.
Allah tau apa yang kamu buat minggu lepas.
Allah tau apa yang kamu buat bulan lepas,
Allah tau apa yang kamu buat tahun lepas.

Ingat balik yang tu. mesti, kita kena ada perasaan rendah diri kepada Allah.

Tu makna sembahyang.

Baik.

Dan takbir rupa taslim.

tu dia dah bagi satu-satu. Dan takbir rupa taslim. Allaaahuakbar. Rupa apa ni? Rupa taslim. Apa makna taslim? Menyerah diri.

Tu sebut, Allaaahuakbar. Angkat tangan. Menyerah diri pada Allah Taala. Jadi angkat-angkat tu, Allahuakbar, makna Allah Yang Maha Besar. Apa makna?

Yang lain semua kecik.

Duit kecik, harta benda kecik, anak-pinak kecik, rumahtangga kecik, cucu-cicit kecik semua. Yang besar, Allahuakbar.

Boleh ka? Boleh mai lagu tu?

Kalau boleh mai lagu tu, baru dapat. Yang lain kecik.

Tu makna takbir tu taslim. Menyerah diri.

Masa angkat tangan tu menyerah diri kita kepada Allah Taala. Tu kita angkat lagu tu, isyarat tolak. Yang lain tak ada. Kita dengan Allah Taala aja. Macam aku tak mau aku takmau lagu tu. macam orang lain nak mai tak boleh. Makna lagu tu jugak.

Angkat tangan lagu tu, tolak, tolak dunia masa tu. Kita dengan Allah Taala aja.

Ni tidak, angkat tangan Allahuakbar mai macam-macam. Bukan tolak. Bawak mai. Tu saya kata takbir kita bukan lagu tu.

Lagu ni: Allahuakbar. Lagu tu, bawak mai hak lupa-lupa tu semua mai balik, ingat.

Kita lagu ni, tolak.

Pelan-pelan la… jangan was-was pulak. Kita buat setakat mana kita boleh. Satgi duk balik susah hati pulak. Ha dia kata payah duk susah hati pulak. Ikhtiar setakat mana boleh. Pelan pelan pelan pelan…bukan nak boleh buat sekaligus tuan-tuan… kita pun baru mengaji sangat aja - dulu pun merapu gak. Tu nak buat sekaligus jenuhla, ha dak?

Tu saya kata, satgi timbul susah hati macam mana aku nak buat, tambah hak baru-baru mengaji ni. Ha.

Pelan-pelan buat. Yang penting berterusan didik jiwa kita. Latih berterusan, nak buat sekaligus memang tak boleh. Saya pun tak khusyuk semua aih. Na, jenuh pakat berusaha.

Tuan-tuan sekalian. Usaha. Sama aja kita ni bab jiwa ni sama ja. Ni nak kena perbetui nak kena perbaik. Dia ingat tak dapat duk susah hati pulak. Tapi ikhtiar buat setakat mana boleh.

Lepas tak boleh jugak, lepas sembahyang kita sebut apa?

Astaghfirullahal ‘azim, Astaghfirullahal ‘azim. Tak apa aih lepas sembahyang. Patutnya lepas buat dosa astaghfirullah betui ka?
Lepas mengumpat kat orang, sedaq-sedaq astaghfirullahal ‘azim. Ha betuila, kenala… ha dak?Lepas mencuri hak orang, astaghfirullahal ‘azim…
Lepas buh penampaq orang astaghfirullah…

Ni lepas sembahyang?

Patutnya assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah, alhamdulillah… Patut lagu tu lepas sembahyang. Ni pasai apa sebut astaghfirullahal ‘azim?

Ingat dalam sembahyang tu.

Ada ka patut aku mengadap Allah Taala, duk tengok televisyen.
Ada ka patut dalam sembahyang ,aku duk ingat duit.
Ada ka patut, teruk aku, astaghfirullah

Nak kata astaghfirullahal ‘azim tu pun kena sedaq. Silap kita ni, tak patut kita ni.

Allah Taala nampak sampai zahir. Zahir kita batin kita Allah Taala nampak. Tapi kita lupa masa tu. tu astaghfirullahal ‘azim. Mintak ampun.

Esok buat pulak, buat pulak, buat pulak. Insyaallah la pelan-pelan la tu.

Baik.

Takbir rupa taslim. Menyerah diri. Ingat na, angkat tangan tu kena ada Allahuakbar. Menyerah diri. Tu taslim.

Dan sana’ dan tilawah,

bacaan-bacaan, dan tilawah, sana’ - puji, puji-pujian.

Subhanarobbiyal ‘azim, hak kita baca semua tu tilawah.

Dan tilawah baca pada fatihah itu rupa tabazzulan - hina diri.

Segala kita puji, subhanallah, Maha Suci Allah. Subhanarobbiyal ‘azim…Maha Suci Tuhan yang Maha Besar. Rupa hina kita.

Dan tilawah, Alhamdulillahi robbil‘alamin, segala puji tuhan memerintah sekelian alam ini. Ar-rahmanirrohim. Ha itu. Kena faham balik makna-makna dia tu. kena ada rasa hina diri.

Dan rukuk itu rupa takhdho’an.

Rupa takhdho’an. Mukhdho’an. Rukuk tu rupa mukhdho’an yakni menghinakan diri ketika kita rukuk. Takhdo’ iaitu merendah diri waktu kita rukuk tu.

Merendah diri.

Depan sapa? Depan Allah ‘Azza wajalla. Allahuakbar, turun merendah diri depan Allah. Tunduk ni, tunduk pada sapa? Depan Allah Taala.

Kita depan orang pun kita angguk kita rasa rendah diri dah. Lalu kat orang tanda hormat sikit, angguk kepala sedikit, tanda hormat.

Jadi waktu kita turun rukuk tu, merendah diri depan Allah swt. Sebab tu kita tak boleh tunduk depan orang macam rukuk, tak boleh. Tu rukuk tu kena ada perasaan rendah diri waktu kita turn rukuk.

Dan sujud itu takhsyaan, tetap.

Ketika kita turun sujud, khusyuk, sujud pada Allah swt. Letak dahi kita, kepala yang mulia, letak di lantai, punggung yang hina angkat naik ke atas. Kepala kita duk bawah kaki orang. Tetap anggota. Dan hati kita tetap waktu kita sujud. Dan waktu tu lah waktu yang paling dekat sekali kita dengan Allah Taala.

Ketika sujud tu kata Nabi, Allah taburkan rahmat di tempat sujud.

Ingat.

Bila kamu sujud, kamu sedang sujud di atas rahmat Allah Taala. Kita kena ingat waktu kita turun sujud tu, aku ni sedang sujud di atas rahmat Allah. Insyaallah ada khusyuk, kalau kita sedang sujud di atas rahmat, jangan lupa aku ni sedang sujud di atas rahmat Allah. Jangan kita lupa.

Dan waktu sujudlah waktu yang paling dekat sekali kita dengan Allah Taala. Sebut banyak kali dah. Sujudlah yang menaikkan darjat kita, martabat kita, waktu kita sujud. Tempat-tempat sujud kita akan jadi saksi pada Allah Taala di akhirat esok. Dia akan jadi saksi. Tempat kita sujud di atas dunia ini.

Jadi sujudlah dengan penuh khusyuk.

Mintaklah apa yang kita nak mintak waktu sujud. Tu waktu kita dekat diri dengan Allah. Kalau waktu sujud, tu waktu kita dekat diri dengan Allah.

Mintak dalam hati pun Allah Taala tahu.

Sujud lama.

Tu saya kata tu lebih baik kita sembahyang, kita sembahyang hajat ni kita sujud, sujud bagi lama dalam sembahyang daripada bangun, pastu bagi salam, pastu sujud lagi sekali. Yang tu wallahua’lam sujud apa.

Lebih baik kita sujud dalam sembahyang tu.

Sujud ni ada berapa? Sujud dalam sembahyang, sujud sahwi, sujud tilwah, sujud syukur. Tu aja, yang lain takdak. Saja-saja nak sujud tak boleh. Mesti bersebab. Sujud dalam sembahyang ka, sujud sahwi ka, sujud tilawah ka, sujud syukur ka.

Jadi kalau nak sembahyang hajat tu, sujud yang terakhir tu bagi lama, mintak dalam sujud tu. Kerana sembahyang itu pun doa. Sembahyang tu doa. Mintak dalam sembahyang. Boleh? Tu caranya, khusyuk ketika kita sujud.

Baik.

Dan julus itu rupa targhuban.

Julus itu rupa targhuban. Apa makna?

Gemar dan suka.

Ketika kita duduk tu, duduk baca tahiyyat tu, penuh minat. Penuh suka. Tak ada kata terpaksa. Ketika kita duk baca tahiyyat, duduk antara dua sujud, duduk tahiyyat akhir tu kita duduk dengan penuh gemar dan suka. Tu cara kita duduk.

Baik.

Dan tasyahud itu rupa tamalluqon.

Ha rupa tamalluqon, yakni berhadap rupa tamalluq yakni rupa rindu dendam. Waktu kita duduk tasyahud itu kena ada perasaan rindu dendam kita pada Allah swt.

Attahiyyatul mubaarokatus solawaatut toiyibaatu lillah…
Segala jenis kemuliaan keagungan… AtToyyibat, segala jenis kebaikan, AsSolawaat, segala jenis doa lillah bagi Allah.

Assalamualaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakatuh.
Sejahtera di atas engkau wahai Nabi, warahmatullah, dan rahmat Allah, wabarakatuh.

Maknanya assalamualaika, sejahtera di atas engkau. Selalu kita sebut “ka” ni jika kita di depan maqam Nabi.

Assalamualaika ya Rasulullah, assalamualaika ya Habiballah.

Di sini kita nak sebut Nabi, Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad.

Tapi dalam tahiyyat kita sebut assalamualaika, apa makna ka? Ka ni orang di depan kita, engkau. Ka ni makna engkau. Ka ni mesti orang di depan kita. Orang takdak depan kita, kita tak sebut engkau. Tapi kenapa tang ni kita sebut assalamualaika? Kita guna perkataan ka. Kita kena rasa ketika kita sebut, kita baca tahiyyat tu, seolah-olah Nabi Muhammad saw depan kita.

Assalamualaika ya ayyuhannabi, sejahtera ke atas engkau wahai Nabi.

Assalamualaina wa’ala ‘ibadillahissolihin.

Sejahteralah di atas kami dan di atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Sebut tu maknanya ketika kita baca tasyahud, ada perasaan rindu. Ada perasaan tamalluq, rindu dendam.

Baik.

Maka berhadap segala hamba kepada Allah Taala dengan itu sekelian supaya berhadap Allah Taala atas mereka itu dengan tarohum.

Baik.

Kata dia kalau kamu hadap Allah Taala dalam sembahyang kamu, ada perasaan-perasaan tadi. Perasaan apa? Ada tazallulan-merendah diri, tasalliman- menyerah diri, tabazzulan -hina diri, taqdhoan, qodho’, takhsyaan, khusyuk, taghorruban- gemar dan suka, tamalluqon- rindu dendam. Ada pada Allah Ta’ala kalau kamu sembahyang ada perasaan-perasaan tu,

Baik.

Maka berhadap segala hamba kepada Allah dengan sekeliannya, supaya berhadap Allah Taala atas mereka itu dengan tarahum.

Apa dia tarahum? Yakni kasihanNya.

Allah akan mengadap balik pada hamba dengan kasihan pada hamba. Allah kasih, Allah sayang, kalau kamu berhadap begitu.

Dan lembutNya.

Kelembutan Allah pada hambanya.

Dan berhadapNya, Allah berhadap pada hamba dia.

Dan terimaNya. Dan dihampirkan kepadaNya. Allah hampirkan dekatkan padaNya. Hampir pada Allah.

Maka tiada satu daripada pekerjaannya yang lebih besar daripada ini. Inilah yang paling besar sekali.

Kenapa? Dapat tarahum, dapat kasih sayang Allah. Dapat kelembutan Allah Taala. Allah dekatkan kita dengan Dia.

Kita ni kalau boleh duduk dekat dengan orang besar pun… ni dekat dengan Allah swt, Yang Maha Agung.

Sebab tu kita ni, kalau kita baik dengan orang kaya pun, tempias-tempias boleh pada kita, bagaimana pulak kalau kita baik dengan Yang Maha Kaya. Jadi sebab tu kalau nak benda ni semu,a kuat sembahyang dan kena ada sifat-sifat hak tadi. Sifat-sifat hak dia sebut tadi. Barulah dia akan dapat benda-benda ni.

Kalau tidak, kena ikhtiar lagi.

Dan sabda Nabi saw, bermula sembahyang itu nur.

Nak sebut lagi, jadi tang tu dulu. Dan sabda Nabi saw bermula sembahyang itu nur.

Wallahua’lam.

–>

Popularity: 47% [?]



Memelihara

11 11 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

keadaanhamba.jpg

Kata Muhd bin Ali Turmizi r.a,
Bermula sembahyang itu ‘imaduddin.
Bermula sembahyang itu tiang agama. Dan ialah yang pertama difardhukan ia.

Mula-mula sekali difardhukan ia.
Bila difardhukan sembahyang? Malam mikraj, israk dan mikraj. Israk perjalanan bumi, mikraj perjalanan langit. Malam tu difardhukan pada Nabi, sembahyang. Di mana? Di Mekah. Sebelum amalan lain difardhukan, sembahyang dulu, dia nombor satu sekali. Hak lain-lain banyak difardhukan di Madinah.

Di Mekah tu Nabi masih sibuk memperbetulkan akidah. Memperbetulkan akidah umat manusia pada ketika itu di Mekah. Tapi dalam sibuk-sibuk tu, dekat-dekat Nabi nak hijrah, sebelum berhijrah, Allah Taala fardhukan sembahyang. Dia mula-mula sekali - sembahyang. Tu dia kata tiang agama sembahyang ni.

Dan difardhukan Allah atas muslimin iaitu sembahyang.

Sembahyang.

Dialah tiang ibadat yang mula-mula sekali difardhukan dan dialah ibadat yang mula-mula dihisab.

Sembahyang nak hisab dulu. Jadi kalau sembahyang tak, alih-alih puasa, akhirat esok dia hisab sembahyang dulu. Puasa hisab di belakang. Check-check tak sembahyang, masuk neraka dulu jawab dia. Ni puasa rajin sembahyang dak. Woi puasa, puasa enam pun puasa, sembahyang dak. Teruk, tuan-tuan sekalian. Tu jangan duk kata, ustaz tu gaduh-gaduh posa pun dak pa. Baru padan muka aku.

Tak bolehlah …dia tiang agama sembahyang ni. Kena jaga betui.

Baik.

Dan dialah yang pertama difadhukan Allah Taala atas segala muslimin itu sembahyang. Bermula sembahyang itu berhadap Allah Taala atas segala hambaNya supaya berhadap atas segala hambaNya kepadaNya dalam rukun kehambaan dengan keadaan.

Tu dia kata. Baik.

Bermula sembahyang itu hadap hamba kepada Tuhannya.

Apa makna sembahyang? Menghadap Allah. Kita sembahyang ni maknanya kita menghadap Allah.

Sebab apa kita menghadap Allah? Supaya Allah mengadap balik kepada kita. Ha ni payah nak paham, paham elok-elok, satgi silap paham. Maknanya kita menghadap Allah swt, kita nak Allah menghadap balik pada kita. Jangan kita mengadap Allah swt, tapi jiwa kita tak mengadap, Allah tak pandang pun pada kita.

Pandang dengan apa? Pandang dengan rahmat dan kasihan belas. Kita nak kita menghadap Allah swt, Allah menghadap dengan nikmat dan belas dia pada kita. Dengan jiwa. Sebab tu sembahyang tu dengan jiwa raga. Allah bukan nak tengok zahir, Allah nak tengok hati kita.

Innamaa yanzuru ila quluubikum.
Hanya sanya tempat dia nak tilik, tempat dia nak nilai, hati kamu. Tu tempat Allah Taala nak nilai.

Tapi sayang, tempat yang Allah Taala nak nilai tulah kita pi ke lain. Susah sembahyang kita. Tambah-tambah kita-kita hak lalai-lalai ni, kita sembahyang seorang di rumah, lagi teruk. Sembahyang seorang di rumah lagi teruk.

Sembahyang jemaah pun lalai jugak tapi boleh gagah. Boleh gagahlah sikit sembahyang jemaah. Tu orang kata, sembahyang jemaah ni bolehlah… kalau kita tak khusyuk seratus peratus pun, kawan nu ingat tang takbiratul ihram, kawan takbiratul ihram kena ingatla semua la masa tu.

Kawan ni khusyuk tang fatihah, kawan ni khusyuk tang rukuk, kawan ni khusyuk tang sujud, kawan ni khusyuk tang tahiyyat, campur-campur ada jugak kongsi-kongsi sorang sikit.

Ni harap dia seorang ja. Nak campur dengan sapa?

Sembahyang sorang…nak campur dengan sapa?

Sembahyang jemaah ni kongsi-kongsi sikit-sikit adalah satu - khusyuk semua…mungkin kawan ni sikit kalau rama-ramai.

Tu kalau kita sembahyang srorang, harap kitala, mana ada hak tu la. Takdak langsung kosongla. Toksah. Sebab tu, kita mengadap Allah swt, tu yang sembahyang tu mengadap Allah swt supaya..

Bermula sembahyang itu berhadap Allah Taala atas segala hambanya, Allah berhadap segala hambanya, supaya berhadap hambanya kepadanya dalam rupa kehambaan.

Baik.

Dia kata begini.

Kalau kita nak Allah Taala menghadap pada kita dengan rahim dia, dengan rahmat dia dengan kasih sayang dia, kita ni nak menghadap Allah Taala mestila menghadap dengan jiwa kehambaan.

Faham?

Menghadap sembahyang tu sebagai seorang hamba.

Kadang-kadang kita menghadap bukan sebagai seorang hamba. Tu silap. Biaq kita ni menghadap sebagai seorang hamba.

Baik.

Hal keadaan,
macam mana jiwa kehambaan dengan keadaan.

Keadaan hamba tu kena ada apa?

Satu, tazallula, ataupun tazallulan yakni merendah diri.

Waktu kita sembahyang kena ada sifat merendah diri. Jangan lupa, tu satu. Nanti pecah-pecah ke bawah.

Dan tasliiman. Apa tasliiman?

Yakni menyerah diri bagi Tuhannya.

Angkat tangan Allahuakbar. Tu menyerah diri. Orang kalah perang pun angkat macam ni. Surrender apa-apa pun angkat macam ni. Kita angkat tangan macam ni menyerah diri. Kena ada. Jangan buat saja, biaq betui. Allah… menyerah diri pada Allah Taala.

Ni tuan-tuan, sembahyang ni cukup berat bagi orang yang tak pernah sembahyang. Berat. Dia rasa berat. Bagi orang yang sembahyang dan faham sembahyang, nikmati sembahyang, cukup nikmat.

Kita ni duk tengah-tengah. Ha duk tengah-tengah saya bagi. Nak kata berat sangat pun dak, nak kata nikmat sangat pun dak. Duk tengah-tengah. Ha itu cara dia. Jadi.

Sebab tu orang tak sembahyang cukup berat… Suruh panjat atas bangunan empat tingkat naik di atas tak apa, jangan suruh sembahyang saja. Sembahyang tak mau. Suruh buat kerja tak apa lagi, jangan suruh sembahyang. Naya la… bab sembahyang ni penting.

Kadang-kadang rumah kenduri tu tuan-tuan sekalian, kita tengok dia tolong orangla cukup rajin. Sehari sebelum kenduri pi dah. Buat kerja sampai letih ternganga. Pulun orang buat kenduri. Hari kenduri pulun masak, pulun berhidang hui tak kirala pulun. Sampai petang basuh kawah semua, buat kerja apa semua, cukup rajin tolong, sembahyang dak.

Tak sembahyang.

Pahala nak bubuh di mana?

Tolong orang nombor satu, memang nombor satu. Sampai tak tidoq dia. Tidoq satgi balik satgi sampai tidoq letih ternganga. Sembahyang dak.

Ada dak gesyen tu? Berlambak…kat kampung berderu macam tu. bab tolong orang cukup rajin.

Bila kenduri tu haa…tolong sungguh-sungguh. Baguihla tolong orang. Tapi tak sembahyang nak buat apa? Kesian.

Kena pi habaq kat dia pelan-pelan hak baik-baik tu. Aku kesian kat hang. Hang ni kalau sembahyang pahala cukup banyak nih. Hang ni sembahyang pahala cukup banyak, tapi tak sembahyang… dan dia bukan harap orang tolong pun. Tu takpala, dia pun tak kenduri apa dah aih. Tapi tolong orang tu baguih. Kot la kata aku ni kena tolong sungguh-sungguh, esok rumah aku nak kenduri orang tolong pulak. Dak… dia memang nak tolong bukan pasai tu, tapi tak sembahyang. Nak buat apa? Habis gitu pahala. Tu cara dia.

Baik.

Yakni menyerah diri bagi tuhannya.

Hendaklah dia menyerah dia pada tuhannya. Ha itu satu kena ada.

Dan tazallulan, kena ada.

Yakni hina.

Sebab tu kita sembahyang kena ada perasaan hina diri. Kena ada perasaan hina diri.

Dan taqoddhuan, yakni qodho’ ,

kena ada qodho’. Qhodo’ ni makna hina diri. Sama jugak, hina diri tu.

Dan takhshaan yakni khusyuk.

Kena ada khusyuk. Apa makna khusyuk? Tetap. Sembahyang tu khusyuk, khusyuk ni tetap. Apa dia tetap? Luaran kita pun tetap. Toksah duk garu sana garu sini, tengok sana tengok, tu tak tetap. Satu. Hati kita pun kena tetap. Ingat pada Allah Taala, tu khusyuk. Hati khusyuk, luaran khusyuk. Tu kena ada khusyuk…

Dan targhuban,

apa targhuban?

Yakni gemar dan suka.

Tu saya habaq berapa kali dah. Tu perangai kita, sembahyang ni minat. Kena tunjuk gemar dan suka, suka.

Jangan buat bergagah terpaksa aja. Sebab tu kita masuk-masuk waktu sembahyang, sebelum waktu sembahyang tu kira nak sembahyang dah. Nampak kata kita ni gemar dan suka sembahyang.

Ada orang dia tak gemar. Sembahyang, sembahyang, tapi ini tak ada adab nama dia. Tak ada gemar. Sembahyang menggeliat gitulah. Duk mengeluh, hm asar tak sembahyang lagi ni… mengeluh, ha itu. Orang seronok, kena ada perasaan gemar dan suka. Terawikh gitu. Hak kita buat terawikh apa semua, kena tunjuk rajin tu. ni dak, menggeliat aja.

Satgi orang nak rukuk satgi baru naik bangun…tadi bersila ternganga, main kuku tengok jam hantar mesej. Orang sembahyang terawikh. Satgi dekat-dekat tok imam nak rukuk, satgi bangunla, Allahuakbar. Tok imam rukuk, dia pun rukukla. Fatihah tak baca dah. Awat ni? Fatihah tok imam tanggung… dia kata. Ajaq cerdik pun payah jugak ni… betui sungguhlah. Betui, tapi ka rugi…

Toksah tuan-tuan. Kita kena tunjuk rajin.

Fastabiqul khairat, berlumba-lumba benda baik, berebut. Berebut. Kita ni bila lagi nak tunjuk rajin bab-bab ibadat-ibadat lagu ni. Kadang-kadang tua-tua kita tengok serabut lagi. Sembahyang, sembahyang, tapi nampak macam malas, buat pun bergagah ja, tak berapa rajin.

Tunjuk rajin, seronok. Tu bersiap awal, pergi masjid. Sembahyang jemaah apa semua. Tunjuk rajin. Tu akhlak sembahyang. Ni duk bersila hang aku hang aku. Pi saf depan, kalau sembayang jemaah, tunjuk lagu tu kena ada. Satu.

Dan tamalluqon.

Kena ada tamalluqon. Apa makna tamalluqon?

Yakni dengan rindu dendam.

Rindu. Ni perasaan-perasaan ni kena ada. Rindu dendam. Ada perasaan rasa rindu nak mengadap Allah swt. Ni jauh lagi kita tuan-tuan…nak sampai tahap ni. Pi duk mengaji mengaji mengaji, insyallah lah dia mai tu, kena ada rasa rindu nak sembahyang.

Baik

–>

Popularity: 53% [?]



Memelihara

11 11 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin

Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.

Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.

Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.

keberkatan2.jpg

Bahawasanya sabda Nabi, bahawasanya sabda ia, tang tu?
Buka muka surat empat, bawah sikit tu.
.
Tiada diberi akan seorang hamba dalam dunia yang terlebih kebajikan, daripada diizinkan baginya mengerjakan daripada dua rakaat sembahyang akan keduanya. Maka padanya hasil baginya khulwat ia sertanya, dapat asing ia dengan dia dapat sekedudukan baginya, memutuskan dirinya kepadanya, dapat padanya itu mengangkat daripada hati akan dinding dan tabir. Yang antaranya antara Tuhannya, dan nyatalah padanya haqooiq dan asror, dan teranglah padanya cemerlang segala cahayanya, dan adalah padanya munajat dengan Tuhannya…

Faham? Tak Faham nganga.

Jernihlah hatinya dan sirnya. Dan ialah hubungnya antara hambanya dan Tuhannya ‘azza wajalla.

“Nya” berderet. Haa itu Allah Taala mau. Ha baik, tengok itu.

Dan tiada diberi, ni baca perlahan-lahan, takut tak paham.
Dan tiada diberi akan seorang hamba di dalam dunia yang terlebih kebajikan daripada diizin baginya pada mengerjakan dua rakaat yang disembahyangkan akan keduanya.

Kata Nabi, tiada diberi pada hamba satu kebajikan yang paling besaq, di dunia ni kecuali kalau dia boleh sembahyang dua rakaat sembahyang. Yang dua rakaat sembahyang tu diizinkan baginya sembahyang dua rakaat, itulah benda yang paling besaq sekali. Sembahyang dua rakaat yang macam mana? Ha bawah tu.

Maka padanya. Pada sembahyang.

Baru boleh paham, baca pelan-pelan.

Maka padanya, pada sembahyang, hasillah baginya khulwat

Sembahyang tu hak paling besaq sekali. Sembahyang tu hasillah baginya berkhulwat.

Khulwat ni bahasa ahli sufi. Bahasa mulia. Maknanya berdua-duaan di tempat yang sunyi. Merayu-rayu.
Berdua-duaan ini antara hamba dengan Tuhannya, tu nama khulwat. Bukan khulwat pejabat agama tangkap tu. tu khulwat lain.

Maknanya khulwat ni, memang kita kena berkhulwat. Macam mana khulwat? Bangun malam-malam ambil air sembahyang. Pukul satu pagi ka pukul tiga pagi ka bangun pagi ka, ambik air sembahyang. Mari masuk dalam bilik sorang-sorang tutup pintu. Padam lampu, takpun buka terang kelabu, terang sangat pun dak, cera sangat pun dak, gelap sangat pun dak. Ambik sejadah, ambik wudhuk, ha sembahyang tengah malam.

Usholli sunnatan tahjjud rok’ataini lillahi taala. Allahuakbar. Sembahyang dua rakaat. Hati tu ingat betul-betul pada Allah.

Lepas sembahyang bagi salam, tadah tangan merayu pada Allah swt. Cerita apa masalah.

Tak hilang sabar kita kalau kita cerita masalah kita pada Allah. Hilang sabar kita kalau kita cerita masalah kita pada orang.

Tapi pada Allah, ya Allah apalah orang buat kat aku macam ni, macam ni macam ni. Apalah nasib aku macam ni macam ni macam ni. Takpa. Suruh cerita kat Allah. Jangan cerita kat orang. Cerita kat orang, hilang sabar.

Ha dok pi cerita kat orang aku ni orang buat kat aku la…macam-macam, buat macam ni macam ni, tapi aku sabar.

Sabar taik minyak apa habaq kat orang? Bohong la gu tu. Sabaq bukan habaq kat orang. Habaq pada Allah Taala nu. Haa habaq pada Allah Taala. Tu sebab.

Jadi yang ni tu nama khulwat. Bangun tengah malam merayu pada Allah. Munajat pada Allah, tu nama berkhulwat.

Makna dalam dua rakaat sembahyang tu kita berkhulwat. Tiap-tiap patah yang kita baca tu hayati.

Allahuakbar.
Bila kita sebut Allahuakbar tu, hinanya kita.

Mula-mula sebut tu pun kita rasa kita ni hina dah. Sebab apa? Takda apa kita ni. Yang Maha Besar, Yang Maha Agung, Yang Maha Hebat, Allah Taala.

Allaahuakbar.

Sebut lagi Allahuakbar kabiro, Allah Yang Maha Besar akan segala besar.

Walhamdulillahi kathiro, aku pujilah pada Allah sebanyak-banyak puji.

Subhanallahi bukratawwaashila, Maha Suci Allah daripada segala kekurangan. Tak ada kekurangan.

Bukrotan pada pagi-pagi dan petang.

Panjangla kita duk baca tu.

Wajjahtu, wajah aku ni, diri aku ni, wajhiyalillazi fathorossamaawati wal ardh, aku mengadaplah bagi tuhan yang menjadikan tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi, fatorossamaawati wal ardh.

Hanifan muslima, ya Allah, aku ni orang Islam, menyerah diri padamu.

Wama anaminal musyrikin, aku bukan orang musyrikin. Mengaku kat Tuhan tu. Tu kata munajat, khulwat, berbisik-bisik cerita. Tu bisik kita sebut pelan-pelan tu.

Innasholati, ya Allah sembahyangku, wanusuki, ibadat aku, wamahyaya, hidup aku ni, wamamaati, mati aku ni, lillahi robbil ‘alamin, semua untukmu tuhan sekalian alam.

Kalaulah, kata dia, kalau kita boleh buat macam tu,
dan padanya hasillah baginya khulwat.

Sembahyang dua rakaat hasil macam ni, macam tu. Bukan nama sembahyang saja tapi tak hasil.

Ingat dak tajuk kita belajar bab apa - nak mendirikan sembahyang, satu lagi nak memelihara sembahyang… tu yang kata Nabi, dia yang paling besaq sekali. Kalau kita sembahyang, dalam tu dapat baginya khulwat…

Dan ia sertanya khulwat sertanya bersunyi, serta Allah Taala dan dapat asing ia dengan dia. Dapat asing ia dengan dia (hamba), dengan Allah Taala.

Macam mana asing?

Kita ni kadang-kadang bila kita nak bersembang dengan orang yang kita cinta, kita takmau sembang ramai-ramai. Payah. Sengap-sengap suk sik suk sik, cuhh pi duduk dua-dua orang tang tang mana. Ha cukup syok lagu tu. Tak biasa dulu? Mampuih nak mengaku.

Haa itu maknanya, asing. Payahlah orang ramai-ramai ni susah. Bercinta.

Yang orang duk kalut, duk hiris bawang rumah kenduri kalut duk sembelih lembu, sembelih kerbau, tengok-tengok hilang dua ekoq. Duk bucu nu. Ha ni jadi kerja ni.

Begitu jugak cinta dengan Allah Taala, asing. Payah bising-bising ni, payah. Bangun tengah malam, pi duk berdua-duaan dengan Allah Ta’ala. Ni benda paling besaq sekali. Baik.

Dapat asing ia hamba dengan tuhannya, dan dapat sekedudukan baginya.

Masa tu, kita dengan Allah Taala. Masa tu, kita dengan Allah Taala.

Dan memutuskan dirinya kepadanya.

Menyerah diri kepada Allah Taala.

Dan dapat padanya ia mengangkat daripada segala, mengangkat daripada hati mereka itu akan dinding dan tabir.

Mengangkat hati mereka itu akan dinding dan tabir.

Dua rakaat sembahyang ni, hati kita la ni ni, dengan Tuhan kita bila kita sembahyang, macam ada dinding, ada sekatan. Dia tak terus, nak ingat pada Allah ada dinding, nak ingat ada dinding. Tapi kalau kita boleh buat sampai kita dengan Tuhan terus macam tak ada dinding. Terus.

Padanya macam tidak ada halangan apa-apa. Macam tak ada dinding apa-apa. Kita dengan Allah swt dan tabir.

Yang antaranya dan antara tuhannya. Dan ialah padanya segala haqooiq, segala ilmu rahsia dan asror, rahsia, dan terangkatlah padanya cemerlang segala cahaya. Pada sembahyang itu cemerlang segala cahaya, cahaya tu dah terang dah, tapi cahaya yang cemerlang.

Dan adalah padanya munajat hamba dengan Tuhannya.

Itulah munajat hamba dengan Tuhannya, apa munajat? Merayu-rayu, cerita.

Dan sirnya, sengapnya,

dan perhubungan antara hamba dan tuhan ‘azza wajalla.

Hubungan hamba dengan Tuhan ‘azza wajalla.

Maknanya dia nak cerita apa? Inilah benda yang paling besaq, walaupun dua rakaat aja buat. Tapi dalam dua rakaat ni, ada macam ni.

Kalau buat dua puluh rakaat pun… seratus rakaat pun, nama aja sembahyang, tapi jiwa kita tak menyertai benda ni, tak jadi apa… sebab tu tak berubah diri kita. Dua rakaat aja dia kita. Tu kata tu, tengok tu hak atas tu.

Tiada diberi akan seorang hamba dalam dunia terlebih kebajikan diizin baginya mengerjakan dua rakaat sembahyang, yang disembahyangkan akan keduanya.

Dua rakaat sembahyang yang disembahyangkan akan keduanya, tapi dia ada perasaan macam tadi. Dia ada perasaan macam tadi. Itu cita-cita kita nak sembahyang macam tu.

Kita sembahyang-sembahyang ada juga waktu kita dapat lazat, seronok jiwa tenang. Tapi kita kadang-kadang dikalahkan oleh nafsu. Tu masalah.

Nafsu lebih kuat.
Tarikan dunia lebih kuat.
Pengaruh dunia lebih kuat.

Walaupun kita tau yang ni nikmat ni. Nikmat. Tenang… ada duit pun takpa takda duit pun takpa. Tak kalut, ha tenang. Dia tak keluh kesah, ni cara dia.

Kalau boleh tiap-tiap kali sembahyang macam tu, tiap-tiap kali sembahyang macam tu, tiap-tiap kali sembahyang macam tu, amanla kita. Takkan orang yang sembahyang macam ni nak buat maksiat? Tak buat dah. Takkan orang sembahyang macam ni nak mencuri? Tak mencuri dah. Takkan sembahyang macam ni nak merokok, nak tipu orang? Ni, jiwa dia sembahyang begitu.

Tu yang kata innassolata tanha ‘anil fahsyaai walmunkar, orang yang sembahyang itu mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Sembahyang yang macam ni.

Tu cita-cita kita. Doala tuan-tuan sekalian, mudahan-mudahan kita belum mati sebelum kita mati dapatla macam ni. La duk mujahadah, dok lawan lagi. Baru duk lawan, kadang dapat satu rakaat. Kadang dapat dua rakaat kadang tak dapat langsung. Haha itu, jiwa tu teruk, kotoq. Taula kita ni bukan baik lagi duk berasa baik. Ingat duk mai mengaji tiap-tiap minggu, mai mrngaji mengaji mengaji ingat baik dah la? Tengok sembahyang sudah, merapu. Dengaq macam-macam, toksah duk berasa baik. Pi mengaji sikit punya lenggak tu la.

Tak payahla…tuan-tuan sekelian. Banyak lagi salah. Banyak lagi tak betul…kena perbetul.

Baik, habis takat tu.

–>

Popularity: 52% [?]