Hakikat Solat (Part 3)- Tilik Olehmu
23 09 2007Versi Audio :
Trankripsi :

Dan seumpama orang yang mentaksirkan zahir sembahyang seumpama ia menghadiahkan kepada raja seorang ini yang terpotong anggota dan ketiadaan dua mata. Maka adalah orang itu menghadiahkan ini dan dahulu melintangkan keduanya itu bagi diri akan dirinya keduanya bagi raja seksa.
Baik.
Yang keduanya dia kata kalau sembahyang tak betul pada zahir pulak.
Baca tahyat tak betui. Ataupun ha… buat apa-apa tak betul ka.
Macam pergi hadiah kepada raja yang cacat anggota, kalau tak betul. Yang tak ada tangan bagi pada raja. Yang tak ada kaki bagi pada raja. Yang buta bagi pada raja.
Jadi takkan raja nak sanjung dia? Tak ada.
Kita ni kalau nak bagi kat orang, mesti kita bagi yang terbaik yang elok-elok. Kalau pi bagi yang buruk-buruk kat orang, tak elok. Orang biasa pun.
Lebih-lebih lagi kalau nak bagi kepada orang yang besar. Bagi yang paling elok yang paling sempurna yang paling cantik. Ni kepada raja.
Maknanya kepada Allah Subhana Wa Taala, takkan kita nak buat yang cacat?
Takkan kita nak buat yang mati?
Maknanya kalau kita boleh buat yang terbaik kepada orang, maknanya kepada Allah, LAGI yang terbaik kita buat.
Ada orang berjanji, “Tak apa. Untuk ustaz saya buat yang terbaik”.
“Tak apa untuk tuan saya buat yang terbaik. Yang paling baik.”
Sebab dia orang besaq.
Tapi untuk Allah?
Sembahyang kita, kita buat yang terbaikkah?
Kalau kita sendiri pun tak puas hati dengan sembahyang kita, macam mana dengan Allah? Kita sendiri pun tak puas hati. Kita sendiri pun paham sembahyang kita ni nama aja sembahyang, hati perut pi ke lain. Kita puas hati kah?
Tak puas hati.
Macam mana dengan Allah Subhana Wa Taala? Allah redha ka kita buat macam tu? Tak pun sekadar nak ambik nama kita ni orang sembahyang. Hang sembahyang dak? Sembahyang. Setakat tu aja ka?
Kita bukan budak-budak. Saya habaq kita bukan budak-budak. Kita bukan nak ambik nama sembahyang dak? Sembahyang.
Kita nak buat sungguh-sungguh, nak buat yang terbaik untuk Allah swt tuhan kita. Gamakkah?
Allah Taala yang menjadikan kita daripada tak dak kepada ada. Allah beri anggota-anggota kepada kita cukup lengkap. Bulu kening seurat pun kita tak reti buat. Allah bagi cukup lengkap sempurna anggota kaki tangan. Guna nikmat-nikmat Allah Taala di atas muka bumi hak kita tak reti buat.

Air tak reti buat. Beras tak reti buat. Sedut udara Dia hari-hari.
Allah kurniakan rezeki rumah tangga semua ada. Allah kurniakan anak-pinak, anak cucu kepada kita.

Lagu tu aja ka kita balas pada Allah Taala? Sembahyang - nama aja sembahyang. Tak patut. Memang tak patut.
Orang ni bagi satu benda pada kita, kita sanjung dah. Kalau orang.
Kita susah , kita susah dulu, dia pi tolong kita buat pi hantar nasi lemak sebungkus bagi kita makan waktu kita susah. Hak tu aja dia tolong kita, kita ingat sampai ke hari ni. Tak lupa dah. Ingat dia ni tolong aku waktu aku susah dulu.
Tapi Allah Taala?
Kita lupa Dia.Yang Dia buat pada kita. Dia beri pada kita. Dia atur segala-galanya. Beranak-beranak mai atas muka bumi miskin. papa kedana, apa pun tak dak. Keluaq telanjang bogel. Baju sehelai pun tak dak. Kasut sepasang pun tak dak. La berlambak-lambak. Mai dari mana? Allah bagi. Pastu hang sembahyang, buat lebih kurang.
Thoma’ninah pun tak dak.
Fatihah pun baca macam express Mara laju bukan main, sampai tak tentu hala. Waqaf tak waqaf.
Kelam kabut sujud, subha subha subha aja. Apa kata tak tau nak kata apa.
Tu hak luaq. Cuh cah cuh cah.
Hati perut ingat serba mak nenek. Nama aja sembahyang.
Pastu hang dapat rahmat? Hang dapat sanjungan? Hang dapat anugerah? Kalau hang buat pada manusia macam tu? Pun tak dapat. Pada Allah Taala?
Tu yang kita dok kena bala macam-macam tu, tuan-tuan sekalian. Macam-macam dok timpa tu. Kerana maksiat kita, kerana kesalahan kita - banyak kesalahan-kesalahan kita banyak.
Kita dok ingat salah kita hak berzina, mencuri, merompak, mengumpat. Insya-Allah kalau kita jenis mengaji-mengaji ikut kuliah ni, insya-Allah kut tikam-tikam ekor judi-judi berzina minum minum arak tu tak buat dah.
Tapi jangan ingat kata la aku bertaubat semua dosa-dosa, aku tak ada dosa dah. Awat yang ni tak salah? Yang ni tak berdosa?
Yang kita buat pada Allah Taala begitu.
Begitu aja kita balas balik pada Allah Taala. Tak patut.
Kalau Allah tarik mengantuk sudah dah. Tak boleh lena semalam. Pejam mata tak mau lena. Pejam mata tak mau lena. Pejam mata tak mau tak boleh lena. Pagi ni jadi lagu mana? Bergoyang berjalan. Macam orang hisap dadah tu - terhayung-hayung.
Kalau semalam Allah tarik semalam ja tak boleh lena. Pagi ni macam mana? Habis kita. Semua tak terasa nikmat apa dah. Lepastu boleh lupa pada Allah Taala.
Sebenarnya tuan-tuan sekalian, kita tak khusyuk ni sebab kita tak sedar.
Kena bagi kesedaran, baru boleh. Tak sedar kita ni sapa., Allah Taala tu siapa.
Ma’rifah kita kurang. Pengenalan kita pada Allah Taala tu kurang. Tu kita tak khusyuk.
Kalau kita kenal betul-betul, macam kita kenal orang. Kita kenal dia - dia orang besar, dia orang alim, dia apa semua. Dan-dan kita timbul segan.
Masa kita tak kenal, kita pun tak kenai sapa dia, kita cakap ikut dan kita sebab kita tak kenai. Cuba kita kenal, dan-dan rasa kecut.
Macam mana nak timbul rasa kecut hati kita? Rasa bimbang, rasa malu, rasa hina diri? Ma’rifatullah - kena kenal Allah swt baru boleh timbul sifat ni. Kalau tidak tak boleh.
Nak kenal macam mana? Kena mengaji. Kena mengaji.
Maknanya tuan-tuan sekalian kita dok belajar tafsir, kita dok belajar hadis, benda itu pun boleh membantu kita khusyuk., boleh membantu kita khusyuk kepada Allah Taala, yang kita dok belajar ni.
Mengaji mengaji mengaji mengaji sedar. Benda yang Allah Taala cerita.
Cerita neraka, cerita syurga, cerita sifat-sifat orang mukmin, cerita sifat-sifat orang kafir, cerita nikmat-nikmat yang Allah Taala bagi. Allah Taala sebut nikmat. Allah Taala ungkit semua tu, benda ni menyebabkan hati kita sedar. Sedar ni la boleh timbul beribadah kepada Allah dengan penuh khusyuk. Tak semesti mengaji bab sembahyang yang khusus. Kesedaran kita tu.
La, sebab apa kita tak boleh tumpu pada Allah Taala? Kita kurang sedar. Tak kenal diri kita sendiri siapa dia.
Macam tadi la kata, hang buat lagu tu aja, Allah Taala bagi segala-galanya pada kita. Sudah kita nak balik pada Allah Taala.
Pergi akhirat esok siapa boleh tolong? Kecuali Allah swt. Hanya semata-mata Allah Taala saja yang boleh tolong. Yang lain tak boleh. Jadi buatlah yang terbaik tu maknanya, buat yang terbaik.
Kalau kita boleh buat, boleh buat kat orang yang terbaik, kita nak bagi apa-apa kat orang lebih lagi orang besar.
Kadang-kadang buah pelam dia tu - buah lebat, ada sebijik hak paling besaq sekali, yang paling elok sekali, yang ni taruh nak bagi kat ustaz.
Aku juga boleh habuan.
Nak bagi kat ustaz - bagi paling elok sekali. Sebab apa bagi kat ustaz hak paling elok? Awat tak bagi hak pecah? Hang makan hak elok ni. Awat tak bagi hak pecah?
Tak gamak aku. Ustaz aku, dok mengajaq aku nak bagi hak pecah-pecah hak buruk-buruk tak gamak. Tak apalah aku makan hak buruk-buruk. Hak elok-elok tu aku bagi kat tok guru ka, ustaz apa semua. Tu ustaz .
Allah Taala?
Faham dak?
Contoh dia lagu tu. ha… contoh lagu tu. Mak bapak kita tak apa. Mak bapak kena elok. Naik kereta lagu tu. aku himpit-himpit sikit tak apa. Mak bapak aku kena dok elok apa semua. Dok depan. Elok apa semua. Kami himpit kat belakang. Orang besar, kita bagi yang terbaik. Yang terbaik.
Amalan tu bagus tapi masalahnya tak sampai pada Allah Taala. Betul dak? Tak sampai.
Kita buat setakat orang ja. Orang besar nak mari nak, mari rumah kita, wakil rakyat ka. Menteri Besar ka, semua pilih semua. Ayam cerodong tu cukup sayang tu. Saja-saja tak sembelih -embelih bagi makan. Sebab apa? Kita nak buat yang terbaik.
Jadi, adakah perangai tu sifat tu kita bawa pada Allah Subhana Wa Taala? Yang terbaik ka? Sembahyang kita pada Allah swt. Ataupun yang lebih kurang? Yang cacat, yang mati, yang nazak nak mati. Kita boleh sedar.
Maknanya kita boleh sebut tu, sembahyang yang kita sebut hari tu, seperti mana seorang manusia yang lengkap. Dia ada kepala dia, kepala kena elok. Dia ada badan, badan kena elok. Dia kena ada anggota, anggota elok. Dia ada roh, roh kena elok.
Apa dia roh sembahyang? Syarat-syarat sembahyang kena elok. Hati hati kita kena elok tu roh sembahyang.
Kepala badan sembahyang apa dia rukun? Rukuk kena elok. Baca Fatihah kena elok. Takbirratulihram kena elok. Sujud kena elok. I’tidal kena elok. Tu orang panggil rukun. Setiap anggota.
Mana dia apa dia anggota-anggota dia? Sunat Ab’ad. Tahyat kena elok. Kalau Tahyat tak elok, macam tak dak tangan macam tak dak kaki. Qunut elok.
Apa dia lagi? Sunat Hai’at. Macam bulu - bulu kening kena elok. Rambut kena sikat elok-elok. Semua. Kuku kena gunting kena kerat bagi elok-elok. Sunat Hai’at pun kena eloklah. Untuk sapa?
Usollifardahal zuhri arba’a raka’aatain adaan makmuman lillahi ta’alaa
Sebut saja ka yang tu? Kerana Allah, untuk Allah, lillah. Semua lillah.
Usollifardahal ashri arba’a raka’aatain adaan makmuman lillahi ta’alaa
semua lillahita’ala lillalhita’ala. Ataupun saja sebut lillahita’ala.
Allah tu siapa?

Innamalmukminunallazi izaa zukirallahu wajilat quluubuhum (Al Anfal :2)
Innamalmukminun
Sesungguhnya orang beriman itu
izaa zukirallahu
apabila sebut nama Allah,
wajilat quluubuhum
ketar hati mereka itu.
Allahuakbar.
Wajilatqulubuhum - gementar hati mereka itu. Bimbang hati mereka itu. Kita tak dak.
Jauh lagi kita. Pastu kita nak sembang pasal khusyuk. Lepas tu kita nak bangga kita ni sembahyang kuat? Kita nak bangga kita ni beribadat? Lambat lagi. Malu dengan Allah swt.
Esok ni kita nak tengok amalan kita lagu mana tak tau.

Bangkit akhirat tu untuk apa? liyuraua’malahum - nak tengok amalan-amalan kamu. Tak pernah tengok pun puasa, tak pernah tengok sembahyang, tak pernah tengok sedekah, tak pernah tengok haji, tak pernah tengok pun. Ni baru nak tengok. Bila?
Bangkit di kubur.
Tengok cacat tang nu cacat tang ni. Tak. Ee… serabut masa tu.
Nak repair di mana? Tak boleh repair dah. Cacat sampai ke sudah.
Ni peringatan nama dia.
Baik.

Maka orang yang menghadiahkan ini, yang dahulu melintang akan keduanya akan dirinya akan keduanya bagi raja itu seksa dan murka dan marah kerana keduanya itu menghinakan bagi hormat kerajaan dan meringankan oleh keduanya dengan hak kerajaan.
Baik.
Kalau dia pergi hadiah yang macam tu, yang mati, yang cacat, adakah orang ni memuliakan kerajaan ataupun menghina? Imam Ghazali kata. Hang pi hadiah yang potong kaki - hak cacat. Hang pi hadiah yang mampus, yang tak bernyawa. Adakah yang ni layak menerima pujian ataupun dia ni layak menerima azab kerana dia mempermain dan menghina kerajaan? Mestilah orang ni mempermain-mainkan dan merendah-rendahkan martabat kerajaan.
Kalau kerajaan pun.
Baik.
Maka tilik olehmu, kata Imam Ghazali,
Cuba hang pikiaq.
Cuba hang pikiaq.
akan diri kamu yang kamu hadiahkan sembahyang kepada Tuhan kamu. Jangan, kamu jangan ada seperti itu.
Cuba hang pikiaq sat yang sembahyang kamu, kamu hadiah kepada Tuham kamu. Hang buat macam tu dak?
Awat tak buat. Dok buat lagu tu. Cuba hang pikiaq sat.
Tengok ni Syeikh Daud dia susun kitab ni elok. Sebelum dia bahas bab khusyuk, kena sedar dulu. Tak sedar, tak boleh.
Macam tu juga. Nak jadi baik kena bertaubat dulu. Kena bertaubat dulu. Bertaubat bertaubat bertaubat betul-betul, baru boleh. Pintu nak jadi baik tu kena bertaubat. Sembahyang tak jadi baik lagi kalau tak bertaubat dulu. Baru terbuka jalan.
Begitu juga nak khusyuk, kena sedar. Sebab apa kamu tak khusyuk? Hang tak sedar.
Bagi rasa dulu - hang jahat, hang permain-main. Hang penipu. Hang pembohong. Ha… tu macam saya sebut. Cara dia. Ha… baru kita tau. Patutkah aku?

Tilik olehmu akan diri kamu yang kamu hadiahkan sembahyang kamu kepada Tuhan kamu jangan ada seperti itu.
Jangan ada macam tadi na… apa dia? Hadiah pada raja yang cacat. Hadiah pada raja yang mati. Janganlah hang buat sembahyang pada Tuhan kamu. Hm… jangan ada macam tu. Check check tengok bukan jangan ada, dok ada lama dah! Hm… Imam Ghazali kata.
Baik.
Takut oleh kamu, kemudian maka takut bahawa engkau hadiahkan dengan sifat ini.
Takut oleh kamu pada Allah Taala. Takut apa? Kamu hadiahkan pada Allah sifat ini.
Maknanya sembahyang itu, kalau dia rupai macam orang, macam mati, cacat. Hak tu lah hari-hari. Zohor cacat, Asar cacat, Maghrib cacat, Subuh cacat, Isyak cacat. Cacat hari-hari. Hari-hari cacat. Jangan kamu buat hadiah macam tu, sifat macam tu.
Kurang-kurang kita sedar. Sat gi pakat tak sembahyang pulak. Sembahyang pun cacat, tak sembahyang pulak dah.
Haru biru ni hak baru-baru mengaji kena habaq betui kat dia ni. Dia kata, tak jadi sembahyang, baik toksah sembahyang langsung. Elok ah.
Kurang-kurang rasa malu.
Sebab tu saya kata, lepas sembahyang tu,
Astghfirullahhala’zim
Jangan, jangan adat aja. Banyak kita buat tabiat.
Assalamualaikumwarahmatullah
Assalamualaikumwarahmatullah
Hang kata buat apa? Kalau ada soalan di situ.
Hang kata buat apa ni? Hang, awat tak kata menda lain? Banyak lagi ibadat lain?
Assalamualaikumwarahmatullah
Assalamualaikumwarahmatullah
Alhamdullilah -Alhamdullilah
Allahuakbar macam-macam
Lahaulawala. Banyak lagi zikir.
Kenapa lepas sembahyang, Astghfirullahhala’zim?
Kata tu kena sedar.
Fikir balik sembahyang tadi. Silap. Allah Ta’ala tahu hati aku. Aku menghadap dia, aku ingat barang lain. Aku dok jiwa aku menghadap hati aku ke lain. Ssedar. Minta ampun. Minta ampun kelalaian kita daripada takbirratulihram sampai salam.
Kita doa baca khatam Quran. Kita check balik ada doa khatam Quran, minta ampun, ya Allah, kalau ada aku baca silap. Kalau aku ada baca salah. Kalau aku ada baca saja tak beramal apa semua. Hak kita baca sebijik Quran.
Macam tu juga Astghfirullahhala’zim silap.
Silap kita sembahyang. Tapi tak payah la buat lain. Cukup dengan Istighfar.
Kalau silap bab rukun bab apa, kena sembahyang lain. Silap yang ni, kena istighfar, minta ampun pada Allah swt.
Jadi yang kita sebut Astghfirullahhala’zim kalau orang tanya sebab apa? Sedar sembahyang kita. Macam kita hadiah kat raja yang cacat.
Allah ni buat kita pada tak ada kepada ada. Atur rezeki kat kita dengan penuh kasih sayang.
Kita ni beruntung banyak tuan-tuan sekalian. Sampai ke la ni kita ada lagi. Kalau mati waktu beranak dulu?
Ada orang cacat. Muhasabah la tengok, tuan-tuan sekalian. Orang cacat-cacat yang teruk teruk kita tengok. Ada yang terkeluar bijik mata, masuk surat khabar. Ada yang ketumbuhan mulut dok tang ni, masuk surat khabar dulu., ata dok atas nu ha… tak tau nampak macam muka orang. Tak nampak muka orang langsung. Senget tumbuh naik semua tu. Allah Taala buat. Awat muka kita kebal setara mana sangat takleh jadi lagu tu? Boleh.
Tapi yang Allah Taala bagi kita ni, elok sempurna ni, sejauh mana kita bersyukur? Mana kita bersyukur?
Masuk surat khabar, hak mata terkeluaq.
Tuan-tuan sekalian.
Dok di luaq. Tidoq malam kena bubuh plaster. Bijik mata dok keluar tuan-tuan. Bayangkan. Hak cacat macam-macam ada.
Kita ni sempurna Allah buat. Nak bagi kita fikir. Apa yang kita, alih sembahyang pun kelam kabut. Sembah nama ja sembahyang, hati perut tala pi ke lain. Tak betul-betul pun. Tu makna kita tak sedaq.
Seolah-olah kita ni tak bertumpang, tak bergantung dengan Allah swt. Tu jiwa kita tu, baru kita tau lalai tak lalai kita.
Baik.

Maka hendaklah engkau ketahui, akan Qadar sebesar-besar nikmat Allah menghadiahkan dan menganugerahkan akan Tuhan kamu, menghadiahkan Tuhanmu akan segala hambanya.
Hendaklah kamu ketahui, Allah Taala anugerahkan kepada menganugerah Tuhanmu akan segala hambanya sembahyang lima waktu ini.
Ini nikmat Allah. Allah anugerahkan kepada kita sembahyang. Kalaulah tak ada sembahyang, nak jadi apa kita tak tau. Tu tara sembahyang tu dok ingat ke lain lagi, tambah tak sembahyang.
Maknanya, kita kena ingat sembahyang ni adalah satu nikmat Allah yang cukup besar. Boleh kita menghadap Allah.
Baik.
Seperti barang yang disebut pada hadith Rasullah s.a.w, bersabda ia, <hadith>.
Baik. Dia nak masuk pula.
Faham dah tadi?
Sebab apa kita kena khusyuk sembahyang?
Lepas tu, kita kena faham pula, nak kena sedar pula, sembahyang ni nikmat. Baru boleh jadi.
Sembahyang ni nikmat, baru boleh kita rasa besar.
Kalau kita rasa nikmat rumah, nikmat kesihatan, nikmat rumah tangga, nikmat-nikmat, akhirnya kita tak nampak pun sembahyang ni nikmat.
Dia nak suruh kita nampak sembahyang ni nikmat.
Sembahyang ni nikmat.
Benda nikmat sembahyang ni. Nak suruh. Kena sedar kata dia satu nikmat. Bukan buat bergagah aja.
Kalau kita nampak ni satu anugerah Allah yang paling besar, bahkan lebih besar daripada benda lain, Insya-Allah dapat khusyuk. Tadi satu bab.
Tu dia nak sebut, seperti tersebut pada hadith Rasullah s.a.w., bersabda ia, <hadith>.
Wallahu’alam. Kita sambung minggu depan.
Al-Fatihah.
Doa.
Sesiapa bakal-bakal haji tahun ni boleh bagi nama kat kaunter kita baca yaasiin sekali
Popularity: 56% [?]
Categories : Syarah MM, Hakikat Solat







