Perbetulkan

22 08 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

 

zahir.jpg

Dan yang dibilangkan daripada orang mendirikan sembahyang dan memeliharakan dia, kemudian maka adalah bagi sembahyang itu baginya rupa yang zahir yang sempurna.

Sembahyang tu ada rupa yang zahir dan sempurna,

maka iaitu syarat seperti roh, maka rukun seperti kepala, dan badan, sunat ab’ad itu seperti anggota, sunat hai-at itu seperti bulu perhiasan, dan ada baginya rupa hakikat batin, dan tiada sempurna bagi sembahyang, dan tiada tamam melainkan, dengan mendirikan kedua baginya sekali

Tu dia kata.

Sembahyang macam satu anggota yang sempurna, sembahyang, ada cukup lengkap,.cukup lengkap, sembahyang.

Satu… sempurna syarat sembahyang macam roh.

Rukun sembahyang macam badan dan kepala.

Sunat ab’ad macam anggota.

Sunat hai-at macam bulu-bulu perhiasan.

Maknanya kalau kita sembahyang, jaga syarat, jaga rukun, jaga sunat ab’ad, jaga sunat hai-at, jaga semua elok, macam seorang manusia yang sempurna, daripada segi zahirnya sempurna.

Sebab apa?

Akhirat esok kita nak tengok amalan kita. Takkan kita nak tengok amalan kita yang cacat? Mesti kita nak tengok amalan kita sempurna.

Kereta kita kita nak tengok sempurna, kain baju kita nak tengok sempurna, amalan akhirat esok kita nak tengok sempurna.

Buat bagi sempurna.

Kalau sembahyang, tak betul tang syarat, macam takda roh, takleh hidup, sembahyang tak sah.

Kalau tak betul tang rukun, macam tak ada kepala, tak boleh hidup jugak.

Kalau tak betul tang sunat hai-at, macam tak ada bulu kening, tak elok jugak, bukan elok orang takda bulu kening tu, dia cukur, dia tenyeh lain, tak boleh elok.

Kalau takda sunat ab’ad, macam tak ada kaki, tak ada tangan, tak elok jugak… nak bagi lengkap, tu…sembahyang.

Baik.

Adapun rukun yang zahir itu seperti berdiri, tu rupa zahir, berdiri, dan takbir, baca fatihah, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara keduanya, duduk tasyahud, tahiyyat dan salam.

Itu rupa yang zahir.

Sebab tu sembahyang ni besar.

Dia ibadat yang kalau kita sebut macam satu set, mula dengan Allahuakbar… semua ibadat, semua, bacaan kita, tak berhenti mulut kita, Allahuakbar, sambung dengan iftitah, dan ibadat-ibadat ni pulak, kita boleh bawak keluaq asing, jadi satu…

Macam mana?

Subhaanarobbiyal ‘azim…kita baca dalam sembahyang, di luar boleh baca dak? Boleh. Subhanarobbiyal ‘azim…subhanarobbiyal ‘azim. Boleh.

Fatihah dalam sembahyang kita baca, boleh dak luaq sembahyang kita baca? Boleh, jadi pahala jugak, ambik satu fatihah, baca fatihah, jadi pahala.

Takbir Allahuakbar… dalam sembahyang, di luar sembahyang sebut Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, jadi pahala dak? Jadi,

Salam… assalamualaikum warahmatullah… asal dalam sembahyang, bawak keluaq, bagi salam di luar, jadi pahala dak? Jadi.

Ambik bawak keluaq sikit-sikit pun dia boleh jadi pahala, tambah pulak kita buat daripada awal sampai ke sudah, ibadah ni satu set yang lengkap. Tu jenis bacaan-bacaan kita, tu kata sembahyang, sempurna…

Adapun hakikat yang batin seumpama khusyuk, tu batin, hak tadi zahir, kita takbiratul ihram, kita berdiri, kita rukuk, kita sujud, kita iktidal, itu zahir.

Batin ni apa dia?

Hakikat batin seumpama khusyuk, duk diam-diam sembahyang, haa itu, duk diam sembahyang, Allahuakbar…duduk dengan penuh hina, khusyuk.

Macam mengaji, kita nampak orang khusyu’, orang tak khusyu’, sembahyang lagu tu.

Khusyu’ ni boleh nampak, tumpuan dalam sembahyang, makna kata khusyuk ni tumpuan dalam sembahyang, dia buat sesuatu dia tumpu.

Kita ni kadang duduk di saf tu pun dah tak khusyu’, sebab tu kita tak khusyu’ sampai sudah.

Sebab itu, ada yang mengatakan khusyu’ itu wajib. Wajib khusyu’, tak khusyu’ tak sah sembahyang… haa pulak dah, jadi haru-biru lagi.

Modal khusyu’ tu kena ada, apa dia? Takbiratul ihram, Alahuakbar.

Dalam Allahuakbar tu kena niat apa-apa dak? Kena ada niat dak yang tu? Tu khusyu’…satu tu, hak tu wajib tu, hati kena hadir masa tu.

Allahuakbar… masa tu kena hadir hati, itu niat tu termasuk perkara hati, khusyu’, niat tu…tak ada niat sah tak sembahyang? Tak sah.

Cuma masalahnya kita ni bila kata niat tu wajib, dia jaga tang niat ja, sepatutnya bila kita mula pun Allahuakbar…hati kita dah ingat, jaga dia sampai salam, jangan habis takat Allahuakbar, habis takat tu, dah ada niat tang tu, habis tak ada langsung dah.

Fatihah pun tak ada apa dah, habis tak ada apa dah, nak tunggu sembahyang lain pulak.

Allahuakbar, maknanya berlaku pada kita, tiap-tiap kali takbiratul ihram, khusyuk…lepas tu, tak khusyuk dah…sepatutnya kita kena pelihara masa takbiratul ihram tu, paham dak?

Tu yang tujuan tu usolli… nak sembahyang tu, nak supaya takut tak hadir hati dalam takbiratul ihram, maknanya, bila hati hadir dalam takbiratul ihram, kita kena jaga dia sampai sudah, jangan bagi tak hadir lepas daripada tu.

Sebab kita sembahyang nak sah dan nak diterima, tapi yang kita paham kalau tak hadir hati dalam takbiratul ihram, sembahyang tak sah… kita ngaji lagu tu, jadi dalam takbiratul ihram, wajib kena hadir hati.

Dalam fatihah, tak payah…rukuk pun tak payah… sujud pun tak payah… yang wajibnya dalam takbiratul ihram… tu jer masalah kita.

Maknanya dimulakan dengan hadir hati sampai sudah hadir hati, paham?

Dalam takbiratul ihram hadir, dalam baca fatihah hadir, dalam baca tahiyyat hadir, dalam baca iftitah hadir, dalam bacaan-bacaan sujud hadir, semua hadir, sebab mula dengan hadir, bukan mula dengan tak hadir…hati tu hadir, menyertai sekali dengan hati, itu tempatnya.

Maknanya khusyuk tu dah wajib dah satu dalam takbiratul ihram, hadir hati, Allahuakbar, sembahyang tau kata nak sembahyang ni.

Tapi masalahnya, macam yang saya kata tadi, hanya dalam takbiratul ihram sahaja, lain-lain kita tak bawak pi, kita silap paham, tu yang kata kita ni betul, betul sangat, bila kata lagu tu, lagu tu aja, maknanya.

Cuba kita kiaskan lebih.

Macam bab puasa, macam saya terang dulu puasa, puasa… tak boleh makan, tak boleh kita minum, tak boleh bersama dengan isteri, itu nafsu…makan tu nafsu, minum tu nafsu, bersetubuh tu nafsu, bukan boleh, sebab bulan puasa ni kena kekang nafsu.

Hak lain-lain?

Hak nafsu jugak, kena kekang jugaklah, pastu bulan puasa, muzik-muzik, lagu-lagu rancak-rancak, tak boleh dengaq, nak masuk dalam tu tak boleh, sebab tak sesuai.

Begitu jugak dalam ihram haji, ihram umrah, tak boleh gunting rambut, tak boleh apa semua, sebab apa? Tak boleh pakai pakaian yang berjahit, yang bercantum, sebab apa?

Supaya kita boleh tumpu amal ibadat kita dengan sepenuhnya, tertumpu…

Jadi, kalau kita duk kira hak tu saja, lepas pada tu kita tak kira dah, tak boleh, begitu jugak sembahyang.

Allahuakbar…dalam tu kena ada niat, niat tu apa dia? Hati…khusyu’ tu tang mana? Pelihara niat tu sampai salam, paham dak? Pelihara dia sampai salam, apa makna? Ingat dalam mata hati tu sampai salam…

walaupun yang wajib takbiratul ihram dan kita jaga semua sekali, mula sekali, itu maknanya tuan-tuan.

Kita mula sembahyang dengan khusyu’, betul dak? Kita mula sembahyang dengan khusyu’, kenapa lepas, kita tak khusyu’? Tu silap kita, mula dah betul dah, kalau tak khusyu’ tak boleh.

Hak kata niat tadi ni, hak qosod, ta’rid, takyin, hak ke depan dia ajar tu, jaga hak tu ajerlah, perkembang hak tu ajerlah, persambung yang tu sajalah, maknanya, bukan satu benda yang payah sangat, sebab dalam takbiratul ihram kita boleh?

Takkan semua nak kena wajib, wajib hadir hati dalam takbiratul ihram, wajib hadir hati dalam fatihah, wajib hadir hati dalam membaca tahiyyat, haa teruk sangat, mula dah khusyuk, haa pelihara tu sampai maut pelan-pelan kita belajaq, bagi paham betui-betui, paham pun tak khusyu’ lagi…tak boleh jugak.

Sekurang-kurangnya toks ah duk berlagaklah…amboi…aku ni sembahyang tak tinggal berapa puluh tahun dah, tok sah duk berlagaklah… kot-kot nak sedar, aku ni teruk lagi rupanya…hak mengaji dulu kata sembahyang haa tu ok dah tu, sekurang-kurang tau huh tak boleh…banyak lagi tak betul.

Baik,

Satu, tu yang kata hati tadi, khusyuk…hati-hati…itu termasuk hadir hati, bagi tahu kata dalam sembahyang.

Orang bang, kita berjalan pi ambik air sembahyang, berjalan mari, duduk di saf, maknanya kita hadir pada sembahyang, sapa jasad kita hadir, jasad kita hadir, hati kita mai dak sembahyang?

Bawak mai sekali.

Keluar daripada pejabat, sekali-sekali dengan hati keluar. Keluar daripada rumah, keluar sekali dengan hati keluar.

Ni masalahnya badan keluar, hati tinggal di pejabat, haa itu yang masalah, keluar daripada kedai, hati-hati tu pun keluar daripada kedai sekali, ni jangan tinggal lagi.

Laa silap bawang tak beli lagi, duk masjid dah la tu, hati duk di kedai, duk pikiaq… maknanya, badan kita hadir, hati tak hadir…

Maknanya batin itu, hadir hati dalam sembahyang, khusyu’ duk diam, dalam sembahyang ni tuan-tuan, kalau ingat neraka dengan syurga pun tak khusyu’ dah, Allahuakbar…amboi, seronok masuk syurga… ingat macam tu, amboi, takutnya neraka… tak khusyu’!

Dia suruh ingat Allah Taala, ingat syurga neraka pun tak khusyu’ lagi, tambah duk ingat benda lain!

Duk ingat motor tak repair lagi, bil elektrik tak bayar lagi, menantu nak balik, cucu tak bagi makan lagi, umphh… tak khusyukla tu, haa gitu, neraka syurga tu dia suruh kita ingat pada Allah, sembahyang itu lizikri upaya ingat kat aku, kata Allah, ingat pada Allah Taala,satu, baik…

Sempurna ikhlas, ikhlas bagi betul-betul, haa sembahyang tu sempurna ikhlas, ikhlas betul-betul.

Apa makna ikhlas? Kosong hati daripada yang lain, Allah Taala saja, takda tujuan-tujuan lain.

Kadang-kadang dia mai kita tak sedar.

Nak tunjuk kita ni warak, nak tunjuk kita ni baik, masa sujud tu saja pi tenyeh dahi tu bagi kuat, nak bagi nampak lubang hitam, ni dia kata duk tenyeh tiga empat bulan ni jadi ni, gagah duk tojoh kuat-kuat, bagi dahi nampak hitam, nak bagi nampak hitam di sini, hak jadi hitam tu toksah duk buat, kalau nak terjadi, terjadilah, kalau tak terjadi pun, bukan matlamat kita yang tu, tak ikhlas, duk gaduh nak dahi hitam, ada orang nak lagu tu, bagi nampak hitam.

Hak bubuh dahi hak coreng ni bukan hitam?

Nu, cari kawan lain nu, hak kocok-kocok loceng ketang ketang ketang, depa nuh lagi banyak hak dahi cam tu, berjalur-jalur hak tu, haa pi tenyeh tu, kalau saya sebut satgi, tuan-tuan marah pulak satgi, paham dak? Nuh, panjat bukit nuh, ada berapa tangga? Haa itu, soal dahi hitam apa semua tu.

Sembahyanglah macam biasa, sujudlah macam biasa, kalau hitam takpa, tak hitam pun takpa, yang penting ada nur.

Allah Taala bagi nur, nur tu pun Allah bagi, assolaatu nuuron, sembahyang itu cahaya, biasanya orang sembahyang Allah bagi dua cahaya, satu cahaya di dunia, muka orang sembahyang, kenai, hang toksah tipulah, hang toksah berlakonlah bab sembahyang, memang kenai, boleh kenai, dia ada nur.

Jenis tak sembahyang ni kita tengok dia pakai baju pun tau dah, tak biasa sembahyang, alih-alih sembahyang, tau… dia keras lagu mana tau.

Memang, hang ni sembahyang di rumah aku aja ni, tidak bukan biasa sembahyang, jadi., nur…ikhlas lillahi taala…bukan duk menunjuk-nunjuk kat sapa dak, haa lagu tu.

Baik…

Dan tazallul, apa makna tazallul? Merendah diri…

Tu sembahyang tu, memang sembahyang ni rendah diri tuan-tuan, hina diri kita, tunduk kepala, sujud… memang lambing hina diri, sujud tu hina diri, tempat-tempat orang pijak kita letak kepala kita.

Kerana Allah, kita sanggup.

Tak boleh sujud lain daripada Allah swt termasuk suami, termasuk mak bapak, tak boleh.

Baru ni ada masuk televisyen, saya pun tengok, apa hak pertemuan mak bapak semua ni, fitrah kasih ka apa ka, semua dah jumpak dah bapak dia, tu pengacara tu pesan pulak, jangan lupa na, satgi dapat jumpa ayah sujud kaki ayah, tengok bengong ajaq orang, suruh pi sujud kaki ayah tu, jangan lupa saya pesan, nanti dapat jumpa nanti.

Saya rasa seriau darah!

Suruh sujud kaki ayah, murtad tu, jangan main-main, tak boleh.

mak bapak semua pun, salam cium tangan mak bapak, nak sayang pipi ka boleh, nak sujud ke kaki tu Allah Taala saja, haa tak boleh na…

Nak pi sujud macam sujud sembahyang tu, hanya untuk Allah.

Sebab tu kata Nabi, kalaulah boleh manusia sujud sama-sama manusia, kalau boleh kata Nabi, nescaya yang pertama sekali aku nak suruh isteri sujud pada suami, tapi tak boleh…tak boleh, untuk Allah saja sujud, saja-saja pun kita nak buat tak boleh tuan-tuan, sampai perut angin takmau keluaq, tonggek sampai sujud, tak boleh, haram!

Hang cari cara lain dulu, haa saja nak bagi keluaq angin, dia kata, hang duduk lagu tu macam buat saja, haa tak boleh! Syok-syok saja-saja hang nak sujud terus, tak boleh, hang sujud apa?

Sujud sembahyang. Tak apa, sujud tilawah tak apa, sujud syukur, tak apa, lain pada tu takdak.

Mesti sujud tu bersebab, ada empat jenis sujud kita, sujud dalam sembahyang, sujud tilawah, sujud syukur, sujud sahwi satu lagi, sujud sembahyang tu, empat jenis sujud ni, lain takdak, saja-saja nak buat lagu tu.

Nak berlakon memang tak boleh, kalau nak, sujud betul-betul.

Sebab benda sujud bukan benda main-main, benda paling besar, benda paling dekat kita dengan Allah swt, paling hina diri kita dengan Allah swt, dengan orang lain, ni tuan-tuan sekalian.

Bab sujud, benda yang cukup besaq, tu tempat sujud kita tu jadi saksi depan Allah swt, tu kata Nabi: Apabila matinya anak adam, maka menangis semua tempat-tempat yang pernah dia sujud si dunia, tempat tu teriak, dia ni lah pernah sujud atas aku hari tu, dia mati dah, mai ni, sebab tu kena banyak.

Seorang sahabat nabi, dia ni pernah berkhidmat pada Nabi banyak kali dah.

Rasulullah tanya, “Hang ni lama dah khidmat dengan saya, apa yang kamu nak? Tolong, aku mintak Allah Taala, berkat Allah Taala perkenan terus.”

Kata sahabat, “Rasulullah, saya tak mahu apa, kalau boleh saya nak teman Rasulullah dalam syurga macam saya teman di dunia”.

Kot-kotla kata nak mintak projek emas ka apa ka, dak… apa pun tak mahu.

“Cukup dah setara ni, ya Rasulullah! kalau boleh saya nak teman Rasulullah dalam syurga macam ni jugak”

Rasulullah kata “Kalau lagu tu, kamu kena tolong aku”

“Tolong apa ya Rasulullah?”

“Aktharil sujud, kena perbanyak sujud, hang nak duk syurga sekali dengan aku, hang kena perbanyakkan sujud”

Lagu mana? Banyak sembahyang, atau pun banyak sujud, sujud syukur ni macam-macam kita boleh buat, tapi kita malas.

Kalau nak tu baca yassin berkepul, haa nak lulus periksa, macam-macam boleh.

Kita sujud alhamdulillah, ni sifat sujud syukur, selalu boleh sujud, memperbanyakkan sujud, sebab apa?

Sujud boleh duduk dengan Nabi dalam syurga.

Sekali sujud naik darjat, sekali sujud naik darjat, sekali sujud naik darjat, sekali sujud naik darjat, maknanya bila dia banyak sujud, darjat dia tinggi, darjat dia tinggi, syurga dia tinggi, hak paling tinggi sekali Rasulullah saw, malas sujud takdak.

Apa makna?

Menghina diri depan Allah, tak usah dok sayang dahi kita, sujud… kepala kita duk mana? Bawah tapak kaki orang, kalau kita sembahyang jemaah,.

Sebab tu dia suruh kita sembahyang jemaah, kepala kita hak mulia ni betul-betul bawah tapak kaki orang, hang toksah duk berlagak.

Hang raja, hang agong, hang orang kaya, hang pengarah, hang apa, kepala, duk bawah kaki, bubuh kepala bawah tapak kaki orang, haa takpa, tu maknanya hina.

tafahhum akan maa’ni qiraah, paham benda-benda yang kita baca, paham, bukan tau makna, paham, paham ni kita boleh hayati, sedaq…paham, semua benda, haa itu, panjang lagi tu, dan tasbih,dan lain daripada wazifah sembahyang yang baatina…tu berhentilah tang tuu,

Wallahu subhana wataala a’lam…Al-fatihah.

–>

Popularity: 39% [?]



Perbetulkan

22 08 2007

 

Versi Audio :

Trankripsi :

 

raaitu.jpg

Sabda Nabi saw, sollu kama roaitumuuni usolli, sembahyang kamu seperti barang yang kamu lihat akan daku sembahyang.

Kata nabi sollu kama roaitumuuni usolli, hendaklah kamu sembahyang macam kamu tengok aku sembahyang, maknanya kita sembahyang kena macam nabi sembahyang.

Macam mana nabi sembahyang, macam tu kita sembahyang.

Kita boleh tengok nabi ka la ni? Tak boleh.

Pastu nak tengok sapa? Haa tu sebut kat depan…

Maka hendaklah ikut akan yang dikerjakan nabi, ikut macam nabi buat saw

atas jalan yang kita ambil daripada ulamak hari ini, atas jalan yang kita ambil daripada ulamak hari ni.

Lagu tu makna ikut nabi.

klasik.jpg

Kalau hang pakai tiru-tiru mengaji, tu tak ikut nabi, mengaji ikut nabi…sebab apa? Ulamak ni pun dia mengaji, kita ambik daripa tok guru kita, tok guru kita ambik daripada tok guru dia, tok guru dia ambik daripada tok guru dia lagi, ambik, ambik, ambik, ambik, sampai kepada tabiin, sampai kepada sahabat, sampai kepada Nabi, Nabi ambik daripada Jibril, Jibril ambik daripada Allah Taala, sempurnalah…

Tu kena mngaji, balik baca buku saja tak boleh, duk ambik dalam buku baca, boleh?

Ada takda tu duduk, telefon kat kita tanya, “Ustaz, saya duk beramal, tapi jadi panas, duk berzikir panas dia jadi pelik”

Saya tanya, “Hang ambik mana zikir tu? “

“Saya pakai buku”

Saya tanya “Hang mengaji ka dak?”

“Dak…saya pakai buku”.

Haa…elokla…orang berzikir ratus ribu tak panas apa pun, yang hang jadi panas dua tiga ratus, benda tak kena!

Sebab tu kena mengaji, ambik pada alim ulamak, sebab tu tok guru yang mengajaqrtu saya duk habaq berapa kali, mesti dia mengaji, jangan tok guru tu tak mengaji, dia putu

Nabi pun Allah Taala hantaq Jibril alaihissalam. Pi ajar. Patutnya Allah swt boleh terus kat nabi, dak… Jibril turun ajar, sembahyang tu, nabi terima malam israk mikraj sembahyang, Jibril turun ajaq, dua kali dua kali dua kali, zuhur dua kali, asar dua kali, maghrib dua kali, isyak dua kali, semua ajar, nak cerita kata kita ni kena mengaji, baru sembahyang kita macam nabi buat.

Ambik daripada alim ulamak.

Macam mana kalau ambik daripada quran terus? Ambik daripada hadis nabi terus? Tak payah ambiklah dari kitab-kitab fekah, boleh dak? Tak payah pakai mazhab-mazhab, boleh dak?

Haa ni pun satu masalah…terus ambik daripada quran.

Kita kena paham tuan-tuan sekalian, kena paham, bahawa… boleh, ambik terus daripada quran hukum-hakam, boleh ambik terus daripada hadis nabi, boleh, tapi dengan syarat, kita kena reti sungguh, kita kena paham betul-betul.

Sebab tiap-tiap benda yang kalam Allah Taala, kalam Rasulullah saw, bukan macam orang biasa.

Orang biasa pun hak jadi professor, hak cerdik-cerdik tu, dia tulis dua tiga patah, dia buat sastera dia dua tiga patah, hantaq orang kaji, orang kaji, orang kaji, maksud dia tu tulis sampai jadi buku-buku, orang hurai sampai boleh jadi dua tiga buku, ni orang biasa.

Tambah kalam Allah, bukan setakat cerdik, Maha Cerdik, begitu jugak Rasulullah saw, kadang-kadang kita tak mampu nak paham, bila tak mampu nak paham, kita ambik hak ulamak, kupas siap dah.

Kupas apa? Kupas daripada quran dan hadis, apa dia?

Yang dinamakan kitab-kitab feqah…mazhab Syafie, mazhab Maliki, mazhab Hambali, mazhab Hanafi, ikut hak kitab-kitab fekah ada tu.

Ni hak kita mengaji kitab fekah ni ambik daripada mana? Depa pun kupas daripada quran jugak…depa pun kupas daripada hadis jugak, sebab kalau kita ambik, maksud dia lagu lain, kita pi hurai lagu lain, tujuan dia lagu lain, kita pi hurai tujuan dia kot lain, bahaya!

Ambik terus, hak siap dah.

Macam saya duk habaq buah durian tu, nak kupas sendiri pun boleh, ambik parang kupas sendiri, kalau hang pandailah, haa pandai.

kupasdurian.jpg

Kalau kupas sendiri ni kalau tak pandai bahaya banyak, durian tu duri, parang tu lagi, kena tangan hang, kalau tak kena tangan pun duk takek-takek dua tiga empat kali, tak terbelah, tudia durian tu jadi hangit, tau hangit? Durian bukan boleh takek gedebuk-gedebuk macam buah nyok tu…

Saya tahulah, saya beranak bawah pokok durian, maknanya dia kena takek atas kupas, bukan boleh lagu tu, payah.

Kalau reti sungguh takpa, kalau tak reti, ambik hak orang kupas siaplah senang… haa senang, orang kupas siap buh dalam pinggan, hang makan hak tu sudahlah, buah durian tu la jugak, Cuma hang tak kupas, yer dak, orang tolong kupas bagi kat kita.

Kalau reti, kupas sendiri, kalau tak reti ambik hak orang kupas dah.

Hukum-hukum pun lagu tu la, yang duk bergaduh la ni, reti ka? Reti apa…arab pun duk reti ana dengan anta, tu pun keliru, anta pi kata ana, ana kata anta, kupas sendiri, tu jadi haru-biru abis la, ambik hak orang kupas siap dah, imam hambali, imam syafie, imam maliki, hanafi, kupas siap dah, ambik hak tu, kot tu buah durian jugak, cuma kupas dah, tak tengok duri aja, hak tu aja.

Baik…

Jawab dia, boleh… nak ambik sendiri pun, kena ada mahir betul-betul, kena paham betul-betul.

Contoh dia lagu tu la kena tau, hukum-hukum pun lagu tu.

Pastu mazhab-mazhab ni wajib dak kita bermazhab? Wajib… mana dalil?

Allah sebut, fas aluu ahlal zikri in kuntum laa ta’lamun, tu dalil, perintah daripada Allah, tu wajib tu, wajib kita bermazhab, mana dalil? Fas aluu ahlal zikri in kuntuk laa ta’lamun.

Kata Allah, hang tanya orang reti, kalau hang tak reti, tanya sapa bab feqah hak paling reti? Imam Syafie, imam Maliki, Hambali, Hanafi, tanya depa… tanya macam mana? Buka kitab-kitab depa, mengaji kat ulamak-ulamak Syafie, mengaji kat ulamak-ulamak hanafi, takapalah, selamatlah.

Satgi tanya pulak, mazhab-mazhab ni ada ka suruh ambik mazhab- ni, duk kacau, ayat tula fas alu ahlal zkri in kuntum laa ta’lamun, Tanya orang reti kalau kamu tak reti, sapa suruh? Allah Taala suruh, mana mazhab, kena ikut, taqlid, pada mazhab.

Dalam hukum tauhid dia tak taqlid, taqlid tak digalakkan, setengah ulamak kata taqlid dalam tauhid ni tak sah, setengah kata sah, taqlid mana? Ikut orang…

Tak boleh, dalam tauhid tak boleh.

Tanya dia “Allah Taala ada dak?”

“Ada”

“Mana hang tau kata Allah Taala tu ada?”

“Pak aku kata ada!”

wujud.gif

Tu taqlid dalam ilmu tauhid, tak boleh pakai hak ni, otak hang ada awat hang tak pikiaq?

“Allah Taala Maha Berkuasa dak?”

“Maha Berkuasa… “

“Hang tau mana?”

“Tokwan aku kata ada, mak aku kata ada, adik aku pun kata ada, aku pun kata adala… “

Tak boleh pakai, tu taqlid dalam ilmu tauhid.

Tapi dalam hukum feqah kadang-kala wajib bertaqlid, baik, kita tak boleh buat ibadat dulu, taqlid, kita bertaqlid pasai apa? Kita Syafie, ikut imam Syafie, ikut Imam Hambali, mana-mana pun boleh, tak ada masalah, tapi buat sembahyang, daripada awal kalau Syafie, Syafie sampai sudah, kalau Maliki, Maliki sampai sudah, start daripada ambik air sembahyang lagi, boleh, tak ada masalah… Pastu ikut daripada mazhab-mazhab ni ikut quran dak? Ikutlah, ni pun daripada quran jugak, depa duk bahas keluar kitab, keluar hukum apa semua tu daripada ayat-ayat quran yang mereka bahas.

Ayat Quran yang mereka bahas, dah semua mereka cekap.

Imam Syafie tu tujuh tahun tu hafiz dah, tujuh tahun tu quran duk dalam kepala dah Imam Syafie, kita tujuh tahun, umph… mandi telanjang bogel lagi, taktau apa lagi masa tu.

Imam syafie dah mengaji sungguh.

Imam Malik tu tok guru dia sembilan ratus orang, ha nak jadi imam mazhab tu, sembilan ratus orang tok guru, kita ada tok guru dua orang pun kembang hidung dah, haha..dua orang pun kembang hidung dah, dia sembilan ratus orang, hak nak jadi imam mazhab ni.

Senang, kita baca kitab-kitab feqah, takut kita hurai lagu lain, macam mana? Contoh kita nak ambik hadis terus, boleh…

Dalam hukum feqah, kalau kita tidoq, lepas sembahyang isyak tidoq, tidoq tertungging atas katil, bila tidoq, bangkit-bangkit nak sembahyang Subuh nanti, tak pun bila nak sembahyang tahajjud nanti tu satgi, kena ambik ayaq sembahyang lain dak?

Kena ambik air sembahyang lain dak?

Kena la…awat tak kena, duk guling tidoq tak kira dah, batal la wudhuk bila tidur, hukum feqah kata,.

Jumpa hadis pulak, jumpa dak hadis Nabi? Lepas-lepas sembahyang isyak Nabi tidur, bila tidur, Nabi jaga tengah malam, Nabi tak wudhuk dah bila sembahyang, hak kita buat lagu mana pulak? Hak imam mazhab buat lagu mana pulak? Terus sembahyang…

Bangun-bangun tidur terus sembahyang, tak ambik wudhuk tak ambik apa, ada hadis yang ambik wudhuk, ada yang tak ambik wudhuk, tu kadang kita tak mampu paham, sebab apa ulamak hurai?

Tidur nabi dengan tidur kita sama dak?

sleeping-boy_ajm525.jpg

Nabi tidur, jaga, kita tidur, tak jaga… awat tak bangun subuh? Tak jaga… tak jaga sungguh.

Tangan pegang rata, macam-macam, taktau apa berlaku waktu tidur, nabi tau.

Tu huraian-huraian begitu, nabi tau, sebab tu nabi tak batal, kita tak tau, banyak huraian-huraian, kadang kita tak mampu, saya bagi contoh, itu cara dia, tu yang timbul mazhab, ambiklah mazhab siap-siap dah dengan kita bermazhab Syafie.

Boleh dak pindah mazhab lain? Boleh, tak ada masalah…

Tapi masalahnya kita hak Syafie pun duk kelabu lagi, nak mengaji Maliki pulak, Maliki lagi kelabu, Hanafi kelabu, kelabu sampai sudah, sampai mati lagu tu.

Mengaji satu-satu sudahlah, padan dengan kita ni, Syafie dulu, haa bolehlah mengaji mazhab-mazhab yang lain untuk kita beramal sikit-sikit, tu tak mengaji semua pun takpa, macam bab puasa, niat sebulan mazhab hanafi.

Zakat, Syafie dia kena bayaq semua, kalau beras kena bagi beras, kalau padi kena bagi padi, tak padi, taqlid pada mazab lain, Maliki boleh tukaq kepada duit, nilai, tu nama taqlid, takda masalah, kita beramal dah benda tu.

Salam dengan orang minta maaf, Syafie kena sebut satu-satu. Mazhab Syafie, nak mintak maaf kat orang tu, ni aku nak mintak maaf kat hang dulu ni, padi hang aku yang curi, kasut hang hilang aku yang tibai, kena habaq semua, tak boleh duk pi habaq, maaf zahir batin, banyak cantik maaf zahir batin, tak boleh, Syafie tak boleh mintak maaf zahir batin lah, apa dia zahir batin, Syafie tak mau, dia kena habaq satu-satu, buat apa? Apa buat?

Yang kita maaf zahir batin ni taqlid pada Imam Malik, masa sebut minta maaf zahir batin tu ingat, apa hak kata, toksah habaq kat dia, kita taula, bukan pakai sedap mulut ja, kita mengumpat kat dia, kita apa semua, yang tak melibatkan barang, barang kena hantaq balik, kalau habis, kena ganti… hak jenis sakit hati dia, jenis apa semua ni haa mintak maaf zahir batin, tu mazhab lain, mazhab Syafie kena habaq satu-satu, masa tu, dalam masa tu kita duk buat, kita sudah taqlid pada mazhab lain, boleh dak? Bolehlah…

Tapi yang penting, masa kita maaf zahir batin tu, kita ingat, memang kita ada salah kat dia… Cuma salah kita tak sebut, tu cerita dia, tu bermazhab, kita duk beramal benda tu, tu taqlid la tu, haa senang, pindah kepada mazhab lain, boleh, tak ada masalah…

Yang penting mengaji… ada tok guru… ada tempat ambilan… jangan ikut-ikut orang, jangan tiru-tiru orang, pi mengaji, dengaq alim ulamak baca kitab, mengaji berkitab hak boleh ilmu sekarang, tu kena nilai… masjid-masjid, surau-surau, hak mana kita pi kita boleh ilmu banyak, boleh bagi semngat kat kita…tengok, kalau semangat, semangat, semangat, ilmu tak boleh, tak jadi jugak, duk semangat tak tahu punca, sembahyang tak betul.

Ada… tang semangat tu, Allah…cukup hebat memuncak, najis mukhollazoh mutawassitah pun tak tahu, tak ke kacau…sujud sahwi pun tak tahu, haa tang semangat tu menggodam mengocak cam cawan kat kedai kopi nuh…tak tahu apa, bab-bab ni tak tahu apa. Tak suka bab ilmiah, kena stabil…benda yang kita belajar ni ilmu, benda apa yang kita jahil, benda apa yang kita tak paham, susun… kita sendiri kita tahulah, belajaq benda tu bagi reti…

–>

Popularity: 48% [?]



Perbetulkan

22 08 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

 

istisnak.jpg

 

Dan maka diistisnak, apa diistisnak? Dikecuali.

Yakni dikeluarkan akan mereka itu bagi manusia,

dikeluarkan bagi mereka itu, bagi manusia,

yang dijadikan perangai mereka itu terkejut dan keluh-kesah tatkala mengena mereka itu akan kejahatan,

kena mengena mereka itu akan kejahatan, dikeluarkan, yakni dikeluarkan daripada orang yang sembahyang, bila dia sembahyang.

Bila dikena satu-satu kejahatan, apa kejahatan? Bala bencana.

Hidup atas dunia ni kita kena lalu benda ni, bukan nak seronok semua. Bila kena satu bala bencana, dikeluarkan daripada terkejut dan keluh-kesah.

Dia nak cerita, kata orang yang sembahyang, yang sebenar-benar sembahyang, bila dia timpa satu-satu bala, dia tak terkejut dan tak keluh kesah, dia redha.

Sifat orang sembahyang memang macam tu.

maut_eksiden1.jpg

Sedih memang sedih, mungkin timbul susah hati, tapi, dia tak terkejut dan tak keluh-kesah, hati dia tu redha, ni dugaan Allah Taala, yang Allah Taala nak uji, yang ini.

Bukan dia tak bagi sedih.

acehsalat.jpg

Nabi saw, cucu dia wafat di atas riba dia pun, teriak, keluar air mata…takpa…tapi, redha.

Haa…bukan jenis terajang dinding, bukan jenis garu kepala, sepak sana sepak, haa ni…tu bukan sifat dia.

Tu orang ni, orang tak sembahyang nama dia.

Orang sembahyang nih, sebab itu kita kena jaga, kita ni orang sembahyang ni kena jaga, cara kita ni, cara orang sembahyang, bukan cara orang tak sembahyang.

Ni macam orang tak sembahyang, tengok bila bulan puasa, lagu tu, sapa pun tak boleh kacau dia, nak marah saja, ingat dia sorang ja puasa gamaknya, sapa pun tak boleh, silap sikit dia marah berdegum, haha…ni ni, hang sembahyang ka dak… hang jadi perangai lagu ni, amboi bila lapaq sikit, awat perangai teruk sangat? Pukul enam pukul lima setengah tu bini pun tak berani kata apa kat dia, senyap ja bini pun, dalam hati bini duk menerkam, meluat orang tua ni.

Huh…hah sabaq la sikit, ye dak?

Kita orang sembahyang ni kena jaga, akhlak kita, haa gitu…bukan jenis keluh-kesah tak tahu punca lagu tu.

Sabar ada, lapar, semua orang lapar, letih, semua orang letih, sifat orang sembahyang tu, tu kalau sembahyang duk mari jugak sifat ni, maknanya sembahyang tak betul.

Tak sah ka? Sah…tapi tak betul.

Hang tak betul-betul buat, kalau betul-betul dia buat, dia boleh ubah peribadi kita, haa boleh ubah peribadi kita.

Tu Allah tak sebut tu, innassolaa tatanhaa ‘anil fahsyaaiwal munkar, sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran, sembahyang tu boleh ubah diri kita ni.

Maknanya orang sembahyang, baik, kalau tak baik, orang tak sembahyang, kalau sembahyang jugak, sembahyang tak betul kalau tak baik jugak, tu cerita dia

Baik.

Dan apabila mengena mereka itu kebajikan, ditegah kebajikan daripada mengerjakan kebaikan.

Tu sifat orang tak sembahyang.

Bila dia boleh pulak kebaikan, boleh duit ka, tanah kena projek lebuhraya boleh berapa juta ka, haa bukan nak buat kebajikan, kedekut pahit, nak derma-derma ka, nak wakaf ka, zakat-zakat, nak keluaq kot-kot nak buat kenduri ka, haram tak buat.

Ni perangai orang tak sembahyang ni.

Orang sembahyang bukan perangai lagu tu.

Bila ada lebih sikit mulalah teringat, surau nuh nak pakai, masjid ni nak pakai, boleh derma tang ni, boleh buat kenduri, boleh sedekah, macam-macam dia nak buat bantuan dia, semua, haa ni orang sembahyang.

La kita tengok orang sembahyang ramai ka orang tak sembahyang ramai? Tengok sini sudah.

Orang sembahyang dia perangai dia lagu tu, bila dia kena musibah, musibah apa pun dia tenang, redha, bila dia boleh nikmat, nikmat, benda yang seronok, benda yang nikmat, dia ingat nikmat tu nak kongsi dengan orang lain sama, haa nak kongsi dengan orang lain sama, nak bagi orang lain rasa sama, kot buat kenduri pakat makan, itu cara dia.

Baik…

Maka seperti firman Allah Subhanahu Wataala berfirman bahawasanya orang yang sembahyang atas sebenar-benarnya tiada mereka itu keluh-kesah, dan terkejut apabila menyentuh mereka itu kejahatan.

Allah sebut lagu tu.

Orang yang sembahyang, yang sebenar-benar sembahyang, bila kena sesuatu musibah, dia tak terkejut dan tak keluh-kesah, haa redha, macam saya duk kata tadi lah.

Kita tunjukkan sifat orang sembahyang.

Dunia memang lagu tu, kita bukan nak boleh jumpa seronok semua, seronok tak ada susah, bukan dunia, syurga, tu nama dia. kita bukan duk dalam syurga la ni, kita kena sedaq, kita duk dalam dunia.

Bila kata dunia, ada susah, ada senang, ada susah ada senang, kalau susah, tak dak senang langsung tu neraka.

Dunia Allah buat semua elok dah, ada malam ada siang, bukan dia nak siang semua, ada gelap, ada cerah, ada gelap bukan nak gelap sampai sudah, ada waktu cerah itu.

Banyaklah kadang-kadang tu, banyak muslimat la jumpa saya, telefon saya apa semua, laki dia awat lagu ni, kita kena bagi semangat ajela, buat apa, bagi semangat, dunia bukan gelap semua, ada waktu cerah, ada waktu cerah apa semua, la kita susah, satu hari kita senanglah.

Bela dengan anak, laki tak peduli, bagi, laki tak peduli, bagi saraan, bini saja bela, cerai, bela anak-anak dia.

La hang susah, sikit hari hang menangla, anak-anak hang sepuluh orang boleh kat hang semua, semua balik mak, mak, mak, dia bukan susah setara mana sangat, satu hari senangla.

Baik.

Dan apabila datang kebajikan baginya tetapi dia menafkah atas keredhaan Allah Taala.

aqiimu.jpg

Dan lagi pula sembahyang sebenarnya itu mencegah daripada fahsyaa dan munkar seperti firman Allah, waaqimussolah, innassolaata tanha ‘anil fahsyaaiwal munkar, walazikrullahi akbar, diri olehmu akan sembahyang, bahawasanya sembahyang itu menegah daripada kejahatan dan pekerjaan mungkar.

Sembahyang tu.

zikrullah.jpg

Dan sesungguhnya zikrullah itu terlebih besar, maka orang yang sembahyang seperti yang disuruh oleh Allah Taala dan rasulnya menegakkan dia sembahyang daripada mengerjakan itu daripada segala pekerjaan yang jahat-jahat.

Pokok dia tang tu, zaman la ni, zaman macam-macam benda jahat ada.

Tak macam zaman kita dulu, zaman kita kecik-kecik dulu, tapi yang tua-tua daripada saya lagi, jahat depa jenis lain.

Jahat panjat pokok, jahat lastik burung, jahat orang dulu-dulu, terjun ban, jahat orang dulu-dulu, jahat dia nampak tapi tak teruk sangat, paling jahat, curi padi orang… jahat curi ayam orang, telur ayam orang, setara tu aja jahat orang dulu-dulu.

Tapi jahat orang la ni eii…kita dengaq pun takut, dalam internet tu ada serba mak nenek, hak barat-barat, hak kristian-kristian duk mai macam-macam, hak kita panggil apa dia ni, black metal, ya Allah…jahat teruk.

metal.jpg

Seronok sangat, orang-orang kita masuk, sapa? Anti agama, anti tuhan, sampai kutip quran-quran di masjid, bubuh satu tempat pakat kencing, pakat pijak, pakat berak, ni jahat yang cukup teruk, taktau nak habaq dah, jahat yang boleh jadi kafir, boleh jadi murtad,.

Risau, keluaq daripada rumah, macam-macam ada, dalam rumah, televisyen tu, macam-macam ada, sebab tu, kita gak kena tengok televisyen, tengok tu tengok sesuai dak benda ni anak-pinak kita tengok, tak sesuai jangan bagi tengok.

Kartun-kartun tu kena tengok, saya tengok kartun, sesuai dak anak kita tengok ni kartun nih, kadang dia buat kartun tu macam tuhan, boleh buat semua, boleh buat semua, haa tu toksah bagi tengok, mengarut…

Tuan-tuan sekalian,

Kita kena perhati, nak harap Lembaga Penapisan Filem, umph… kita ni kena tapis, macam-macam duk ada la, kena tengok sama cerita tu, sesuai ka tak sesuai.

Tu saya duk habaq berapa kali, macam doraemon tu, macam tuhan, boleh buat semua, malam boleh buat, siang boleh buat, panjang malam boleh, pendek malam boleh, ni apa ni… bulat macam tu tuhan ka?

Nak terap dalam kepala budak-budak tu dia macam tuhan, sikit hari lagi…uihh…kuasa ada lagi macam Allah Taala, kucing robot ni pun macam tuhan jugak, denda-benda lagu tu, yahudi serupa tu.

Serangan pemikiran pada budak-budak, macam-macam, yang hak buruk-buruk lagi, di sekolah-sekolah la ni macam-macam duk ada, zina pun ada, serupa mak nenek duk ada la ni, macam mana kita nak sekat?

Tekan sembahyang…tu aja satu tiang agama,

assolaatu ‘imaaduddin, sembahyang itu tiang agama,

earthquake.jpg

Sembahyang jangan tinggal, masuk waktu sembahyang, sembahyang… sembahyang betul-betul.

Teruk la sikit la ni tuan-tuan, duk nak suruh memang terukla, tapi nanti suatu hari kita senang. La teruk, anak-anak kecik-kecik nak suruh sembahyang bukan senang, nak gerak nak suruh, kena korban banyak.

Suami kena korban, isteri kena korban, bangun awal untuk anak-anak, siap anak awal-awal.

Kena korban banyak, kalau kita nak senang la ni, kita susah kemudian.

La takpa kita susah sikit, kurang tidur sikit ka apa semua, jaga anak-anak apa semua, suruh sembahyang.

Insyaallah aih depa besar esok depa sembahyang, senang kita sampai kita mati.

Tu aja cara nak sekat mungkar, sampai dia sembahyang, dia sembahyang, dia sembahyang ni, dia benci pada mungkar, bila benci tak apalah, jadi dia tengok dia meluat, dia meluat dah, macam kita, tak suka tengok benda-benda jaha

Sebab apa? Semangat sembahyang itu ada.

Orang laa ni nak cegah mungkar macam-macam orang buat, tapi sembahyang tak tekan, sebab tu tak selesai…

Buatla macam-macam perbincangan, macam-macam forum, macam-macam ada masalah, macam-macam ada…tapi, tak pernah tak pernah tekan bab sembahyang, tak jad

Tekan sembahyang betul-betul, selesai semua masalah, dia tak buat jahat dah.

–>

Popularity: 34% [?]



Perbetulkan

22 08 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

Baik.

mushollin1.jpg

yakni engkau kata tatkala sembahyang hingga akhir, firman Allah Taala segala yang adalah atas sembahyang mereka itu memeliharakan ia

Orang yang jaga sembahyang.

Dan lagi firmannya, firman Allah, illal musollin, allazinahum ‘ala solatihim daaimuun. Melainkan orang yang sembahyang, yang atas mereka itu berkekalan memelihara akannya, melainkan berkekalan memelihara akan dia.

Memelihara akan sembahyang.

Sembahyang, jaga berkekalan.

Dia kena jaga selalu, jaga jaga jaga sembahyang.

Ingat tak?

Sembahyang kita ada dua kita belajar dalam kitab.

Satu, kita nak dirikan sembahyang.

Apa makna diri sembahyang? Masuk waktu, sembahyang… masuk waktu, sembahyang… satu.

Yang kedua, nak memelihara sembahyang, bukan diri saja, masuk waktu sembahyang, masuk waktu sembahyang, masuk waktu sembahyang, khusyuk tak khusyuk, lantak pi, tak boleh, dua ni.

Sebab tu saya sebut banyak kali dah, kita ni bukan budak-budak lagi dah, budak-budak takpa.

Nak diri sembahyang, umur tujuh tahun, umur lapan tahun anak kita, suruh dia sembahyang aja, dia sembahyang sat dia berhenti, sat dia cabut lari, satgi dia sembahyang pulak.

Budak…budak..

Satgi dia sembahyang pulak, tak cukup rakaat pulak.

Janji sembahyang… bagi dia lekat dulu satu bab satu bab satu bab.

Kalau kita pun kira nama sembahyang, janji sembahyang, maknanya kita dah tua, tapi sembahyang macam budak-budak. Mau dak?

Baru duk kira.. bab sembahyang tu.

Insyaallah dah memang kita sembahyang…

Ambik pulak peringkat kedua, jaga pulak sembahyang macam mana?

Nak khusyuk, macam mana nak khusyuk?

Tang sembahyang tu insyaallah lah kita…satu bab satu bab.

Sebab tu ulamak kata, kita ni kadang, bila kita derma, mari aja penyakit hati, nak menunjuk nak apa, dia mai la, mai penyakit tu…dia duk mai.

Kadang-kadang bila kita bagi, timbul perasaan-perasaan tak elok tu.

Katakanlah kita nak bagi hilang penyakit tu dulu baru nak bagi, pakat tak dermalah.

Sampai bila? Dia kata tengoklah masa ikhlas esok, aku buatlah…dah tua dah, dah tua dah…

Masa ikhlas esok aku buatla.

Sebab dia nak kena lawan dua, satu, kedekut, satu nak bagi ikhlas, dua,.

Buat satu-satu, buat satu-satu.

La…latih bagi, biaq pi lah nak mai sikit, bagi dulu, bagi bagi, dah lekat dah kita ni biasa dah duk derma ni biasa, lepas dah biasa yang tu buat pulak lagi satu, ajaq dia ikhlas.

Sebab kita tak mampu lawan dua benda dalam satu masa, insyaallah Allah bagi pahala.

Yang penting kita di peringkat mujahadah.

Macam budak, budak nak pi mengaji quran, syarat pegang quran, kena ada wudhuk, kena suci..takda wudhuk, pegang quran haram, tak boleh.

Tapi budak-budak kita takleh tekan dia, takleh tekan dia, anak kita, baru tujuh tahun… nak pi suruh mengaji quran, darjah satu darjah dua suruh mengaji quran, kita suruh mat… ambil air sembahyang na…umph…dia tak ambik, dia tak ambik pun, toksah godam dia, toksah marah dia, sebab orang panggil peringkat awal.

Kita sebut aja… bagi dia paham kata kena sembahyang…sebab apa?

Sebab dia ada dua benda, ada dua benda macam mana?

Pertama… dia nak ambik wudhuk dia rasa payah, yang kedua nak pi mengaji tu pun malas, mengaji tu satu bab.

Jadi kita nak beban dua benda silap-silap dua-dua sekali dia tak buat, dua-dua sekali dia tak buat.

Cuma kita suruh, ambik wudhuk…sekali-sekala dia tak ambik wudhuk biaq pi kat dia, kerana nak latih satu-satu, bila dia dah mula mengaji, biasa biasa biasa biasa dah mengaji, lekat dah mengaji tu elok dah, tekan pulak, tiap kali nak sembahyang kena wudhuk, tiap-tiap kali, satu-satu, tak boleh buat sekaligus kepada budak.

Haa itu cerita dia.

Suruh satu-satu, yang penting habaq dulu.

Begitu gak dengan sembahyang, maknanya satu-satu.

La…alhamdulillah, kita ni sesuailah belajar bab ni, kerana apa, kita orang sembahyang, tapi masalah kita, tak mahu khusyu’, tu masalah kita, haa dia kena perbetul banyak bab.

Baik

Maka diistisnak, yakni dikeluarkan mereka itu daripada bahagian mustasna yang diajadikan perangai mereka itu terkejut, dan keluh-kesah tatkala mengena mereka itu kejahatan, apabila mengena mereka itu kebajikan, ditegah kebajikan daripada mengerja kebaikan, maka seperti bahawasanya firman Allah Taala berfirman, bahawasanya Allah Taala berfirman bahawasanya orang yang sembahyang atas sebenarnya, tiada mereka itu daripada keluh kesah dan terkejut apabila menyentuh mereka itu kejahatan…dan tiada memegang kebajikan baginya apabila dating kebajikan baginya, tetapi ia menafkah atas keredhaan Allah Taala.

Faham ka, dia kata apa?

Hmm…baik…ulang sekali lagi…

–>

Popularity: 29% [?]



Perbetulkan

22 08 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin

Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.

Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.

Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘ azim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil’ azim.

 

aflahal1.jpg

Dan lagi firmannya, yakni firman Allah, qod aflahal mukminuunallazinahum fi solatihim khosyiun hingga ilah yakni hingga akhir ayat tu… wallazinahum ala solaatihim yuhaafizuun..

Baik

Sanya… telah dapat kemenangan segala orang yang mukmin, iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk.

Muka surat tiga, dua belas baris pada bawah, jumpa dah?

Cari.

Sanya telah dapat kemenangan segala orang mukmin, telah dapat kemenangan, telah dapat kejayaan orang mukmin.

Orang yang berjaya, orang iaitu orang yang adalah mereka itu khusyuk, ni orang mukmin yang berjaya.

Orang mukmin yang berjaya ialah orang mukmin yang khusyuk, baru berjaya.

Kita taulah jawab kita ni berjaya ka tak berjaya.

Apa dia? Khusyuk ka tidak?

Kalau khusyuk, alhamdulillah… kita berjaya, tak khusyuk lagi kena usaha lagi, bukan boleh berhenti, maknanya kena terus berusaha, berusaha, berusaha sampai berjaya, sampai berjaya, dapat kita khusyuk dalam sembahyang.

Usaha apa..?

Memperbaiki hati kita, jiwa kita, taubat daripada dosa-dosa kita…kenal Allah Taala, pupuk rasa cinta kepada Allah swt maka, insyaallah akan lahir perasaan cinta kepada Allah, dapatlah khusyuk.

Benda ni, khusyuk ni, dia kena mengaji.

Ada soalan-soalan yang bila kita tanya, kita tak reti nak jawab.

Ada.. ustaz tak reti nak jawab.

Bukan tak ada jawapan, nak ambik tang mana pun taktau.

Macam soalan: ustaz… macam mana nak khusyuk sembahyang?

Tak reti, saya tak reti nak jawab.

Boleh nak jawab… hang kena duduk situ seminggu nak cerita…aku pun tak larat hang pun tak larat nak cerita.

Maknanya banyak.

Jadi cerita dia, soalan ni soalan yang banyak sangat rawik dia, banyak sangat bab dia, bergantung bersangkut-paut, kena mengaji kitab macam ni, baru boleh jumpa semua.

Ni tanya ustaz macam mana nak khusyuk?…payah nak jawab… Ada benda yang memang soalan-solan susah yang kita nak jawab, haa..susah kita nak jawab.

Baik

Hak ni pun gitu, kena belajar…

Sanya telah dapat kemenangan segala orang mukmin, orang yang mukmin iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk,.

Tu orang berjaya.

Apa makna?

Yakni tetap anggota tatkala sembahyang hingga akhir

Tetap anggota tatkala sembahyang hingga akhir.

Tu berjaya.

Allahuakbar… hati kita tetap.

Tetap macam mana? Khusyuk ni makna duk tetap, zahir kita kena khusyuk, batin kita kena khusyuk.

Zahir kita duk diam.

Luar pun nampak tak khusyuk. Dah kadang tu, dia tengok sana, dia tengok sini, dia garu sana, dia garu sini, goyang sana, goyang sini.

Tu tak khusyuk sembahyang macam tu, tak khusyuk apa? Zahir.

Hati dia?

Hati dia pun kalau zahir tak khusyuk, hati tak khusyukla…

Nabi suatu hari masuk tengok orang duk sembahyang, sorang duk sembahyang duk main janggut, tengah duk sembahyang duk main janggut, Rasulullah kata laki-laki ni kalau hati dia khusyuk, luaran dia pun khusyuk, kalau luaran dia duduk merata, hati dia pun macam tu.

Pastu ayat yang sebut tu, saya hurai lagi ke dak tak taula…

wailullilmusollin, allazinahum ‘an solaatihim saahuun,

neraka wail lah orang yang sembahyang, yang adalah sembahyang mereka itu lalai.

Masuk neraka, celaka orang yang sembahyang, yang dalam sembahyang mereka itu lalai.

Kalau terjemah lalai tu khusyu’, masuk neraka belaka, banyak hak yang tak khusyuk daripada khusyuk.

Tapi, ayat quran tengok dia sebut kat sini, qod aflahal mukminuun, allazina fi solatihim khosyiun, berjayalah orang yang beriman, yang adalah dalam sembahyang mereka itu khusyu’, berjaya, kalau tak khusyu’ tak berjaya.

Yang ni dia tak guna “fi”, dia guna apa?…” ‘an”…

wailullilmusollin, allazinahum ‘an solatihim saahuun,

kalau dia guna “fi” haa jenuh.

Haa tu hebat ayat quran tu, kalau dia sebut wailillil musollin, allazinahum fi solatihim saahuun, neraka will ah orang yang sembahyang yang adalah dalam sembahyang mereka itu lalai, haa..punah.

Tapi dia guna “‘an”, daripada, bukan “fi”… “‘an”.

Apa makna daripada?

Sembahyang… tapi lalai.

Lalai macam mana?

Zuhur tu masuk dah, sembang sembang sembang, sampai abis zuhur, sembahyang zuhur dalam asar, hak ni nak masuk wail nih, dia lalai kot tu, maghrib tu masuk dah, duk bersembang bersembang bersembang, abis maghrib, qodo maghrib dalam isyak, hak ni hak wail ni, dia lalai sampai habis waktu.

Hak lalai dalam sembahyang tadi tu kalau lalai, yang tu tak berjaya, gagal.

Dia duk pi hurai kat dia, dia kata “umph… sembahyang pun masuk neraka wail baik toksah sembahyang”, saja cari pasal.

Kena pulak ustaz pi hurai lagu tu pulak, pakat tak sembahyang puak tu kata “Baik tak payah sembahyang..umph..sembahyang pun masuk neraka?”

“Sembahyang pun celaka, lagu tu celaka baik celaka terus!”, dia kata,.

Dia pun memang nak cari pasal lagu tu.

Kena bijak kita nak hurai-hurai ayat quran, bukan boleh duk pi habaq kat orang tak tau punca.

–>

Popularity: 30% [?]



Solat

4 08 2007

Versi Audio :

Trankripsi :

munibi.png

Maka tilik olehmu betapa kelebihan sembahyang asar dan nyata hingga mengetahui segala musyrikin kelebihannya.

Lagi firman Allah Taala muni bi na ilaih wattaquhu aqimussolah wala takuunuu minal musyrikin, kembali kamu hey segala mukmin kepada Allah dan takut akan dia dan diri oleh kamu akan sembahyang.

kembali kamu hey segala mukmin kepada Allah, kembalilah, apa dia? Yang buat maksiat, dia lajak pi ke lain dah, baliklah pada Allah Subhanahu Wataala, balik macam mana? Taubat,

yang sebut tu

Tubna ilallah, kami bertaubat padaMu ya Allah…

waroja’na ilallah, kami balik padaMu ya Allah,

wanadim naa ma fa’alna, kami menyesal benda yang kami buat,

Apa dia? Waroja’na ila Allah, kami balik kepadamu ya Allah!

Dulu kita pi ke lain, kita tak mengaji, kita tak sembahyang, kita tak peduli halal haram dosa pahala, laa kita mari dah, buat ibadat, sembahyang, mengaji tutup aurat, patuh, apa ni? Balik kepada Allah, balik juga kesudahan dia.

Jangan tak balik, tu makna dia, muni bi, kembalilah kepada Allah, Allah panggil balik.

Maknanya orang-orang yang tidak taat pada Allah, orang-orang yang tak patuh pada Allah, orang-orang yang durhaka pada Allah, dia pi jauh dah, dia pergi jauh daripada Allah, kena panggil balik.

Siapa panggil balik? Allah Subhanahu Wataala panggil balik, panggil balik macam mana? Tinggallah maksiat tu.

Sebab apa tuhan panggil balik? Tuhan nak ampun, taubat Allah Subhanahu Wataala ampun, balik.

Muni bi na ilaih, kembali segala mukmin kepada Allah, wattaquhu takut akan dia, takutlah kepada Allah Subhanahu Wataala dan diri oleh kamu akan sembahyang, wa aqimussolah, diri sembahyang, dan jangan ada kamu daripada orang musyrikin, jangan jadi orang musyrikin, kata Allah.

Maka makna inabah kembali kamu kepada Allah, dan taqwa, itu takut akan Allah dan erti iqamatissolah iaitu mendatangkan dia atas wajah yang disuruh Allah taala,

buat macam Allah Taala suruh, sembahyang macam mana Allah Taala suruh, macam tu kita buat, buat…

Dan lagi firmannya, firman Allah, qod aflahal mukminun, allazi nahum fi solaatihim khosyiun, hingga, wallazi nahum ala solatihim yuhafizun, sanya kata Allah telah dapat kemenangan segala orang mukmin,

sanya kata Allah telah dapat kemenangan bagi orang mukmin, sapa dia?

iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk, iaitu orang mukmin iaitu orang, buang setengah tu, iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk, baru boleh faham, orang yang ada mereka itu khusyuk, kira ni yang berjaya,

Qod aflahal mukminun, allazi nahum fi solaa tihim khosyiun, sesungguhnya berjayalah orang yang beriman yang adalah orang beriman sembahyang mereka itu khusyuk, orang beriman yang berjaya yang sembahyang khusyuk.

Tanya kita sendiri, kita ni berjaya ke tak berjaya? Makna khusyuk ka tak khusyuk ka dalam sembahyang? Tak berjaya lagi…

Gagal, gagal apa? Syaitan boleh tawan hati kita, syaitan boleh tembus hati kita, kita tak berjaya.

Yang kata Allah, mukmin yang berjaya ialah allazinahum fi solatihim khosyiun, yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk, dia berjaya.

Kita nak bangga apa tuan-tuan, kita nak besar diri apa? kita nak sombong apa? Tak usah sombonglah, toksah banggalah, sembahyang kita pun teruk lagi, malu pada Allah Subhanahu Wataala, ni mengaji sikit berasa alim dah, toksah lah.

Buat amal ibadat sikit berasa dia amal ibadat banyak, toksah duk riak lah.

Allah kata apa, qod aflahal mukminun, allazinahum fi solatihim khosyiun, berjayalah orang beriman yang adalah sembahyang mereka itu khusyuk, check balik kat diri kita, sembahyang boleh khusyuk?

Kadang-kadang khusyuk, kadang-kadang dak, Kadang-kadang khusyuk, kadang-kadang dak.

Sebab tu sembahyang di rumah sorang-sorang tu tak patut dah, lebih-lebih lagi bagi orang yang tak khusyuk lagi tak patut.

Nak harap kita sorang tuan-tuan, memang sembahyang sorg, lagi bercelaru… kena pulak kita ni, bukan orang ingat sangat,.

Sebab tu tuan-tuan sekalian, kita ni kalau kita sedar sembahyang kita memang dah teruk dah, kalau sembahyang di rumah sorang-sorang, lagi teruk, ajar sembahyang jemaah.

Kot boleh bantu sikit, kawan nuh khusyuk tang rukuk, kawan nih khusyuk tang sujud, kita khusyuk tang takbir, campur-campur ada la jugak, ni sorang, sorang lah…

Tuan-tuan sekalian,

Banyak lagi benda kita nak berjaya diri kita, harap-harap biarlah kita mati dalam keadaan sembahyang kita khusyu.

Sebab apa tak khusyuk? Dosa banyak, sebab tu kita tak khusyuk, kita dosa banyak, jiwa kita ni kotor, hati kita ni kotor.

Allahu akbar tak boleh tolong, ditutup dengan dosa, tu saya kata, nak check darah tinggi duk tau balut buh menatang apa, pam, pam-pam ha… tengok darah tinggi, ada takda, nak check panas letak tang sini, tengok tera mana, nak check kencing manis, ha… check darah, ada kencing manis? Takdak.

Nak check dosa? Nak pam tang mana? Check dosa banyak sikit? Tak payahlah, Allahuakbar kalau khusyuk elok, alhamdulillah… dosa tak banyak, kalau Allahuakbar ingat serba mak nenek, dosa bercambah, senang ja, nak tau dosa banyak, dosa sikit, sembahyang, hari-hari boleh check.

Dosa kurang, insyaallah… boleh khusyuk.

Saya cukup payah nak jawab, banyak kadang-kadang jumpa kita, ustaz ni… tanya satu soalan, macam mana nak khusyuk dalam sembahyang?

Hang pi mengaji, bukan boleh jawab la ni, tanya masalah lain boleh jawab tu, jawab kot nuh, nih jwb kot nih, payah.

Kena mengaji bab dia, bab khusyuk, hati kena bersih, kena faham, kena tadabbur, kena ada tazallulan, kena ada takhsyaan, kena taffahum, tu ke depan dia nak habaq.

Sekurang-kurangnya kita mengaji mengaji ni baru kita tau, sembahyang kita pun teruk lagi, kita rasa bersalah lagi, maka barulah kita tak sombong sangat, kadang syaitan ni mari berasa kita ni buat ibadah banyak sangat dah, berasa kita ni amal banyak sangat dah.

Padahal kalau check-check betul, buat betulla buat, masuk waktu sembahyang, masuk waktu sembahyang, tapi berjaya ka tidak?

Berusaha lagi, berusaha berusaha macam orang berniaga, lagi mana tak kaya, tak berjaya lagi, berusaha berusaha berusaha sampai dapat, sembahyang kita pun lagu tuh, berusaha berusaha berusaha smpai kita dapat khusyuk, insyaallah dapat.

Angkat takbiratul ihram seronok ja, sembahyang pun seronok ja, boleh mengadap Allah Taala, boleh bercakap-cakap dengan Allah Taala, boleh merayu merayu dengan Allah Taala, bermunajat dengan Allah Taala, munajat ni merayu, berbisik, memohon, jadi kot setakat tu.

Qod aflahal mukminun allazi na hum fi solatihim khasyiun, wallahu subhanhu wataala a’lam,

Tazkirah Hari Raya :

Tuan-tuan sekalian kita tunggu sat, saya nak sebut dua tiga perkara berkaitan dengan raya ni bagaimana kita faham, biarla kita faham betul, dengan makna ‘aidil fitri.

‘Aid makna kembali, fitri kepada fitrah kita.

Orang faham ‘aidilfitri seronok bergembira, dengar lagu, hiburan, bukan.

‘Aidilfitri kembali kepada fitrah kita, kita fesyen mana? Maknanya kita lahir daripada perut ibu, fitrah kita baik, kita lahir dalam keadaan baik, orang senang.

Kita beranak-beranak daripada perut ibu dulu, mak kita letak atas lantai pun takpa, letak atas tikar pun takpa, letak atas tilam pun takpa, atas toto pun takpa, bagi pakai baju baru pun takpa, baju mahal pun takpa, baju murah pun takpa, bg tak pakai baju pun takpa.

Maknanya fitrah kita ni senang.

Tu fitrah kita, bukan masalah sangat, kita orang baik, kita orang baik, takdak masalah, bagi makan apa suap, makan.

Yang mengada-ngada ni mari bila? Bila tuhan bagi rezeki, ni mula mengada, mula berlagak, mula apa semua.

Asal kita ni bagus, fitrah kita ni baik.

Maknanya cuba kita kekalkan fitrah kita dulu, kita jadi orang senang, tak ada masalah, ni ada pangkat sikit, panas sikit takmau, payah sikit takmau, susah sikit takmau, nak senang ja.

Maknanya dia dah lupa dah, lupa dah fitrah kita.

Waktu kita masa lahir dulu waktu itulah paling zuhud, waktu itulah waktu paling tawaduk, sifat-sifat luhur tu ada waktu kita kecik dulu.

Tapi bila kita dah mari besar sikit, dah tua sikit, Allah bagi rezeki macam-macam, Allah bagi kesenangan macam-macam, Allah Taala bagi kemewahan macam-macam, marilah sifat-sifat buruk dia, sifat-sifat yang tak berjenis dia, mengada-ngada, sifat sombong, ego, apa semua.

Jadi sepanjang bulan ramadhan, kita basuh diri kita, tak makan dari pagi sampai petang, Allah bagi kursus sebulan.

Kita kalau kerja di pejabat-pejabat kerajaan, kerja swasta diorang hantar kita pi kursus, kursus di Langkawi ka, kursus di Kuala Lumpur ka dua minggu, sebulan.

Pasa apa pi kursus? Bila balik kursus, harap-harap berubah, keja cekap, dulu pemalas rajin, itu makna kursus.

Begitu gak Allah bagi kursus, masa bila nak tengok? Mudah-mudahan lepas Ramadhan berubah.

Kursus yang kita pi, kursus tu pun boleh berubah, kursus sana boleh makan, kursus sikit ja, makan tak berhenti, cakap-cakap sikit, makan, pun boleh berubah, takkan kursus daripada gemuk sampai kurus tak berubah?

Teruk apa puasa… sapa kata tak teruk? Letih, tapi Allah bagi kursus bulan Ramadhan sebulan, bersih diri kita, cuci diri kita .

Seolah-olah bila kita sambut raya aidilfitri, balik pada putih bersih, macam kita beranak dulu.

Tapi la ni, hiburan-hiburan bagi kotor balik banyak, pandai-pandai la nak buat lagu mana, kita hidup di akhir zaman nih, macam-macam benda ada di depan mata kita.

Kita pandai-pandailah jaga, yang kita puasa sebulan jangan lupa, takut kita dapat penat, letih lapar dahaga saja, masing-masing kita jagalah, jaga puasa kita.

Biar semangat Ramadhan kita bawa sampai dekat Ramadhan lagi akan datang, kalau umur kita panjang, ni kita asuh.

Tak mau bulan ramadhan kita sia-sia cuma sahaja…

Itu makna fitrah kita, putih bersih, makna kita cuci diri kita, kita bersih diri kita, kita sambut ‘aidilfitri seolah-olah kita ni putih bersih daripada dosa.

Ni ada kesempatan lagi dua malam lagi untuk kita putih bersih diri kita, taubatlah dosa-dosa kita, sujudlah pada Allah Taala, mintalah ampun, tinggal dua mlm lagi dah, tahun depan toksah haraplah, kita mati ka kita apa ka, kalau tak mati, sakit ka apa, semua, kita tak tau dah semua tuan-tuan, la.. kita duk ada lagi jangan duk ralit, ambillah kesempatan yang ada ni kita sama-sama buat ibadat sampai habis Ramadhan al-mubarak.

Biarlah kita sambut ‘aidilfitri benar-benar fitrah, benar-benar putih bersih, itulah harapan untuk saya dan tuan-tuan sekalian,

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala terima segala amal ibadat yang kita buat sepanjang Ramadhan al-mubarak…

Dengan itu tuan-tuan sekalian, pengajian kita, kita cuti sabtu depan, ni dengar elok-elok, ni dak pakat dok telefon. Saya pun tak larat jawab. Cuti sekali sabtu sahaja.

Dia tak reti telefon, dia suruh cucu dia telefon.

Itu masalah dia, macam-macam.

Maka saya habaq lagi sekali, minggu depan kita cuti, sekali sabtu sahaja, lepas pada minggu sekali lagi, kita akan sambung balik pengajian kita.

Dengan itu, tuan-tuan sekalian, saya jemputlah tuan-tuan ke rumah saya, sepertimana biasa, hari raya pertama memang saya tak ada di rumah, saya balik kampung, saya hanya ada di rumah pada raya kedua sahaja, untuk tunggu tuan-tuan sekalian daripada pagi sampai ke malam, raya ketiga tak ada, saya pulak nak beraya.

Jadi, saya buat rumah terbuka macam biasa, pada raya kedua, maka saya jemputlah tuan-tuan sekalian datang ke rumah saya, yang berpuasa pergilah malam, yang tak berpuasa tu datanglah siang, jemputlah.

Dengan itu saya ucap kepada tuan-tuan sekalian, selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir batin, mudah-mudahan Allah SubhanhuTaala memberkati kita semua, Allah taala memanjangkan usia kita, insyaallah kita dapat bertemu lagi selepas daripada raya ni dalam kuliah-kuliah kita yang lagi akan datang, sekadar tu dulu,

wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

<doa>

Saya jugak ucap terimakasihlah kepada yang hantar kad raya saya tak jawab, yang hantar SMS, ucap terimakasih lah. Tak dan nak jawab, terimakasih.

There are a total of 5 Users online now: 0 Members, 5 Guests and 0 Bots.

Most users ever online were 37, on November 17, 2009 @ 8:40 pm

5 Guests Online Now

#1 - guest on September 5, 2010 @ 10:06 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Muqaddimah [url]

#2 - guest on September 5, 2010 @ 10:08 am
Menadah Kitab » 2007 » [url]

#3 - guest on September 5, 2010 @ 10:04 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Perbetulkan [url]

#4 - guest on September 5, 2010 @ 10:07 am
Menadah Kitab » 2008 » [url]

#5 - guest on September 5, 2010 @ 10:08 am
Menadah Kitab » Blog Archive » CT head scan [url]

 

–>

Popularity: 32% [?]



Solat

4 08 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Dia berkehendak dan dikehendaki dengan solaatul wustho iaitu sembahyang asar.

Yang dikatakan solaatul wustho ni sembahyang asar.

haafizuu ‘ala solawaati wassolaatil wustho

Jagalah kamu sembahyang lima waktu dan sembahyang wustho.

Sembahyang apa? Sembahyang asar…

Khilaf ulama, ada ulama kata… sembahyang subuh, solaatul wustho

Tengok, dua kali tuhan sebut sebab apa?

Yang ni penting sekali, asar dengan subuh ni orang duk ralit. Dua ni. Asar tu kadang ralit ralit ralit, sembang pun sedap, buat kerja pun sedap, pi kebun pukul empat, dia duk redup-redup, bang maghrib baru balik, asar tak sembahyang, tu banyak la…

Pi alih lembu dalam hutan, tengok lembu tu, pi kul empat, seronok tengok lembu apa, semua berminyak, lembu, jirus bagi makan, apa semua, ni dia tak sembahyang asar… Macam lembu hak dia bela gak dia pun…

Maknanya, tak sembahyang…

Sebab itu, sebut wassolatul wustho sebab duk ralit….

Subuh ralit tidoq, sebab itu sebut…

Cuba tuan-tuan tengok ayat quran haafizuu ‘ala solawati, pelihara oleh kamu sembahyang lima waktu, masuk tak asar dengan subuh?

Masuk.

Sebab apa sebut lain, wassolaatul wustho, jadi dua kali la asar ni?

Kalau sebut haafizuu ‘ala solawati, pelihara oleh kamu sembahyang lima waktu, tak payah sebut dah wassolatul wustho… tapi, Allah sebut lagi sekali yang tu, sembahyang asar ataupun sembahyang subuh, yang ni kena jaga betul, sebab hak tu paling penting…

Tuan-tuan faham macam kita balik kampung..haa nak balik.

“Hang balik kirim salam semua la kat kampung no, mak ayah hang tu…”

Tengok dia sebut dah, hang kirim salam semua la no, tu mak ayah hang semua,

Yang sebut semua tadi masuk dak mak ayah hang? Masukla…

Pastu tu pasai apa sebut?

Hak tu paling penting sekali, kita pun sebut lagu tu…

“Kirim salam la semua, tu kat mak ayah hang tu”.

Mula sebut umum dulu, lepas tu khusus pulak, sebab semua-semua tu dia la jugak, tapi paling penting, mak ayah hang tu…jangan lupa…

Haafizuu ‘ala solawaat, jagalah sembahyang lima waktu, wassolaatul wustho, asar tu, jaga elok-elok, maksud dia gitu… ayat quran, sebab yang tu duk ralit selalu,

Orang ni kalau boleh jaga subuh dengan asar, insyaallah… yang lain elok dah. Kalau sembahyang maghrib, belum tentu yang lain sembahyang… tapi kalau subuh pagi-pagi boleh pi dah tak ada masalah lain dah, insyaallah… asar dia sembahyang, isyak dia sembahyang, zuhur dia sembahyang.

Kalau maghrib aja duk pi, ada orang sembahyang maghrib ja… yang lain tak sembahyang, maghrib dia pi, senget2 pi masjid maghrib, subuh dak, zuhur dak, asar dak, maghrib aja, ni kita jangan jadi golongan tu.

Pelihara dia bagi elok-elok sembahyang ni.

Selagi mana nabi duk ada, selagi tu nak sembahyang, kena beribadat sampai berhenti-berhenti sembahyang ni, mati.

Malaikat tanya pasai apa tak sembahyang? Mati… Kalau hidup, aku sembahyang.

Jangan tanya pasai apa tak sembahyang? Kalut kerja..jangan, itu sembahyang…

wustho.png

Maka iaitu asar adapun sebab di tuntut dengan menyebut akan dia kerana kelebihannya dan mulianya asar ni, kelebihan asar, dan mulianya, asar ni atas yg lain.

Asar ni paling mulia.

Dan adalah sebab diturunkan ayat, ini kerana memudahkan sembahyang tatkala takut, bahawasanya adalah org Islam serta Rasulullah saw pada setengah daripada peperangan, sembahyang Rasulullah saw, sembahyang zuhur atas jalan adat, dalam peperangan Rasulullah sembahyang zuhur atas jalan adat,

macam biasa… Jemaah dengan para sahabat sembahyang zuhur, jemaah dengan para sahabat macam biasa…

Adalah musyrikun hampir dengan mereka itu dalam peperangan orang musyrikin, hampir dengan mereka itu, dengan para sahabat, melihat ia akan muslimin, tengok orang Islam, maka manakala selesai mereka itu daripada sembahyang, bila selesai sembahyang…

Kata setengah mereka itu, kata setengah daripada musyrikin, jikalau mereka gempak atas mereka itu dan sembahyang mereka itu… nescaya mengena kamu akan mereka itu, maka berkata setengah yg lain, bahawasanya bagi mereka itu kemudian, daripada sembahyang, terlebih kasih daripada mereka itu, daripada bapak mereka itu, daripada anak-anaknya, yakni dikehendakinya sembahyang asar.

Faham ka, dia kata apa? Saja nak baca, duk kata tak reti banyak lagi… ni la kitab lama.

Dia cerita, zaman dulu dalam peperangan, nabi berperang masuk waktu sembahyang, sembahyang zuhur, sembahyang macam biasa, yang musyrikin duk perhati tengok.

Lepas duk sembahyang depa duk cakap sama-sama depa,

“Silap kita, kalau kita pi terkam tengah duk sembahyang zuhur, senang-senang menang kita”

kawan depa kata

“Takpa, kata kan dia takpa, lepas sembahyang zuhur ni, ada sembahyang lebih besar depa tak tinggal”

Sembahyang apa?

“Sembahyang asar…satgi depa sembahyang pulak.”

Sebab apa dia cerita ni?

Musyrikin pun tau kata sembahyang asar ni besar, ada orang tak sembahyang asar lebih teruk daripada musyrikin tu, tak tau, nak habaq yang tu.

Orang kafir pun tau kata orang Islam ni sembahyang asar ni cukup besar, memang kalau tak kuat betul asar, tak sembahyang.

Pasar malam buka pukul berapa? Pukul empat buka dah… kong kang kong kang , duk elok nak sembahyang asar, orang penuh mai.

Pasar ramadhan buka pukul berapa? Tiga empat buka, duk elok nak masuk asar satgi lagi petang, lagi ramai, lagi petang lagi ramai.

Toksah duk makan yang orang masak tak sembahyang tu, toksah duk beli dah, balik beli telur, balik makan di rumah senang, bukan apa, tak berkat…

Tuan-tuan sekalian,

Bukan la saya tuduh, satgi kata tak sembahyang pulak… kalau tak kuat betul, tak sembahyang… tu cerita dia.

Kalau kaki sembahyang, dia sembahyang.

Kalau kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang dak, ni pakat tak sembahyang, sebab tu dia sebut khas, pasar malam buka pukul empat, duk kalut dah, buka pukul tiga duk kalut dah, masa bila nak sembahyang.

Meniaga pi la… tak salah tapi kena, sebab tu dia sebut khas ni, haafizuu ‘ala solawati wassolaatul wustho, sembahyang asar tu jaga elok-elok, jangan duk ralit.

Dan terlebih kasih kepada mereka itu daripada bapak mereka itu dan daripada anak-anaknya dan yakni dikehendaki akan mereka itu sembahyang asar, maka turun Jibril alaihissalam atas Rasulullah saw akan kaifiat syiddatul khauf.

Bila depa nak gempak waktu sembahyang asar satgi, Jibril alaihisalam turun ajar sembahyang dalam perang, tengah sembahyang boleh perang, duk sembahyang tu, musyrikin mari, ambik pedang, takek dulu, darah bersembur… haa, sembahyang takpa, terus, tak payah berhenti, ni kena belajar sembahyang syiddatul khauf nama dia, sembahyang dalam keadaan bersangatan takut.

Ceritanya tengah perang pun kena sembahyang, tengah perang tu, tengah musuh duduk serang-menyerang masa tu, masuk waktu sembahyang, sembahyang… musuh mari, takek dulu, tembak dulu, satgi letak pulak, sambung balik, boleh, bergerak berapa kali bergerak pun takpa, yang ni sembahyang syiddatul khauf nama dia, ni kena belajar asing, ada kaifiat dia, tambah tak perang…

Tidak ka, dia kata ya Allah… nak kira apa, ni pun bab kerja agama jugak, takda maaf, hubungan kita dengan Allah jangan putus, hari-hari kita berhubung dengan Allah, hari-hari kita berhubung, hari-hari, berkat, insyaallah…

Berkat, sujud dahi kita ni ke bumi menyembah Allah Subhanahu Wataala, jangan sombong, jangan ego duk tang muka bumi ni.

Orang tak sembahyang dia sombong, orang sombong dia tak sembahyang, dia tak amanah dengan Allah, memang dia tak amanah.

Tok guru saya orang mana nak mintak motong kebun getah dia, orang kampong… mintak motong kebun getah, pi la tanya tok guru… kebun getah tok guru duk semak dalam hutan, babi ja duk dalam hutan tu, biar saya tebang habis, tebas-tebas saya motongla… boleh bahagi dua, tok guru kata motong pi la dari duk semak saja.

Tok guru tanya, hang sembahyang dak…? Kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang dak, ha… toksah dah la, toksah motong la, dengan tuhan pun hang tipu, tambah dengan aku, lagi hang penipu… Biaq semak pun takpa.

Cerita dia, dia tak amanah, dengan tuhan pun dia tak amanah, tambah dengan kita, dia nak amanah macam mana? Kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang dak, itu

Sembahyang betul… Makin hari makin baik, sembahyang kita, tak habis belajar bab sembahyang.

Jangan bagi ada sepatah pun yang kita tak faham dalam sembahyang, semua faham, mula daripada takbiratul ihram smpai salam, faham semua apa yang kita kata.

Iftitah kita faham, qunut kita faham, duduk antara dua sujud, rabbighfirli smpai habis kita faham, surah-surah, fatihah kita bacafaham, semua faham… subhanarobbiyal ‘azim, subhanarobbiyal a’la, faham semua, mengaji sekali kita faham…

Tuan-tuan sekelian,

kita nak beramal sampai bila-bila, bukan kita nak beramal sat-sat, sampai bila-bila kita nak beramal, maknanya kena belajar betul-betul bab sembahyang ni, jangan buat main-main.

Sebab dia ‘imaddudin, tiang agama… sapa mendirikan sembahyang, dia mendirikan agama, siapa yang tak mendirikan sembahyang, dia meruntuhkan agama, orang ni orang yang tak sembahyang, peruntuh agama tau, tak sembahyang.

Kita ni dengar kalau dengar orang nak runtuh masjid lailahaillah… kelam kabut, dengar nak runtuh masjid dulu berapa tiga empat tahun dulu, dengar, ni bukan cerita betul ka, khabar angin ka, lagu mana tak tahula…

Di Kampung Rawa dulu riuh kata hindu nak roboh masjid, dengar khabar-khabar angin, penuh, pakat pi hari tu sembahyang jumaat, Masjid Kampung Rawa sampai kot bawah-bawah, sampai bawah rumah flat penuh , sembahyang penuh.

Ni nak pertahan masjid, termasuk orang tak sembahyang pun pi jugak, sayangnya nak runtuh masjid…haa, penuh, pakat pi.

Baguslah, mempertahankan masjid-masjid , ni yang runtuh masjid.

Ni yang runtuh agama, sapa dia yang runtuh agama?

Ni orang yang tak sembahyang ni, peruntuh agama, ni yang hindu nombor dua ni, duk saja tak sembahyang, peruntuh agama, memang runtuh agama, sebab orang tak sembahyang dia tak ada peribadi sembahyang, tak ada.

Akhirnya perangai loq laq loq laq, perangai buruk yang ada pada dia, org kata yang ni Islam, menyebabkan orang jauh dengan Islam, padahal kalau dia sembahyang betul-betul, dia ada peribadi orang sembahyang.

Sembahyang ni tenang, tengok dia sebut di bawah, orang sembahyang, bila kena bala pada dia, dia sabar, bila boleh nikmat dia, dia nak infak, nak sedekah, nak derma. Orang tak sembahyang, bila kena bala kat dia, dia keluh-kesah, bila boleh nikmat kat dia, dia guna nikmat untuk lawan Tuhan balik, tu sifat orang tak sembahyang…

There are a total of 5 Users online now: 0 Members, 5 Guests and 0 Bots.

Most users ever online were 37, on November 17, 2009 @ 8:40 pm

5 Guests Online Now

#1 - guest on September 5, 2010 @ 10:06 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Muqaddimah [url]

#2 - guest on September 5, 2010 @ 10:08 am
Menadah Kitab » 2007 » [url]

#3 - guest on September 5, 2010 @ 10:04 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Perbetulkan [url]

#4 - guest on September 5, 2010 @ 10:07 am
Menadah Kitab » 2008 » [url]

#5 - guest on September 5, 2010 @ 10:08 am
Menadah Kitab » Blog Archive » CT head scan [url]

–>

Popularity: 35% [?]