Solat

30 07 2007

Versi Audio :

 

Transkripsi :

 

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin

Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.

Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du

Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.

 

wustho.png

Maka firmanNya peliharakan oleh kamu hey org mukmin atas sembahyang lima waktu dan memeliharakan akan sembahyang wustho dan berdiri kamu bagi Allah Subhanallahu Taala mengerjakan kamu akan taat. Maka dikehendaki dgn selawat itu iaitu sembahyang lima waktu iaitu zuhur, asar, maghrib, isyak, subuh. Dan demikian itulah sembahyang yang tiada diluluskan akan seorang daripada orang Islam meninggalkan satu daripadanya daripada satu kelakuan daripada segala kelakuan selama ada ia berakal, bukan Islam, selama ada ia berakal,

haa… itu satgi tak reti baca plak..

segala kelakuan islam ada ia berakal, bukan lagu tu… selama ia berakal… kata dia, dia nak hurai daripada ayat yang kita baca lepas haafizu ala solawatil wustho…haafizu alaa solawati wassolaatu… wassola til wustho

Pelihara oleh kamu sembahyang lima waktu.. dia ada dua bahasa:

Satu - dirikan sembahyang, masuk waktu - sembahyang, masuk waktu - sembahyang…

Yang kedua pelihara sembahyang , dua sekali,

Saya sebut berapa kali dah, kita ni mendirikan sembahyang insyaallah kita dah mendiri, bukan macam budak-budak lagi nak kena orang hambat, nak kena orang marah, nak kena orang apa.

Bang aja, kita buat.

Masuk waktu ja kita buat, maknanya kita dah termasuk di kalangan.., ha… PBS 2354, mintak maaf, kereta mau keluar… saudara meninggal, ubah sat…ha.. itu, tang dirikan, dirikan sembahyang tu maknanya masa tu kita dah buat dah, la ni, masuk waktu kita buat, masuk waktu kita buat…satu…

Yang kedua, kita nak jadi orang yang pelihara sembahyang, bukan sekadar buat saja - pelihara dia, jaga dia bagi elok, biar dia kata, bila kita sembahyang sempurna, baru boleh ubah peribadi kita, sifat orang sembahyang ni ada kat kita, tidak takda sifat.

Lain ka orang sembahyang dengan orang tak sembahyang?

Memang lain, orang sembahyang dengan orang tak sembahyang memang lain, perangai dia pun lagu lain, sifat dia lagu lain.

Maknanya, kalau orang sembahyang bagus, baik, sifat dia.

Jadi kita nak dapat sifat org sembahyang ni maka nombor satu sekali kita kena jaga dua benda: masuk waktu sembahyang, kita sembahyang, yang kedua, kita kena pelihara dia sedaya upaya yang boleh, fikiran kita biaq boleh kita tumpu dalam sembahyang dengan sempurna, kalau tak boleh seratus-peratus pun, maknanya biaq ada juga ingat Allah Subhanahu Wataala..

Baru tak timbul malas…

Orang tanya kita, sebab apa kita ni malas nak sembahyang?

Sebab apa kita malas nak terawih?
Sebab apa kita malas nak sembahyang dhuha?
Sebab apa kita mls nak sembahyang tahajjud?

Sebab kita tak dapat nikmat.

Mahu tak mahu kita kena sembahyang. Takkan kita nak sembahyang macam keadaan kita sekarang? Badan menghadap Allah Subhanahu Wataala hati tala pi ke lain, kalau kita budak-budak takpala… belas-belas umur…ni bukan belas, puluh dah, bukan belas, puluh-puluh dah, puluh pun bukan yang puluh yang sikit, yang banyak dah… nak mati belaka dah…

Tuan-tuan sekalian, pastu dok celaru lagi.. na haa… duk celaru lagi, jadi toksahlah, berusaha .. berusaha, sebab tu saya pilih baca kitab nih…ulang sampai dua tiga kali ulang, ulang, sebab benda ni banyak, dia bahas di sini, dia bahas di sini kita jadi lagu tu.

Sebab kitab ni ni dia cerita hati, tuan-tuan… kalau kitab-kitab lain dia cerita hukum… mungkin dengaq sekali, kita ingat tak payah faham dah… tapi jenis hati, dia kena dengaq banyak kali sebab hati ni dia tak duk diam… sat macam tu, sat macam ni, sat macam tu, haa…dia tak.

Bergerak-gerak hati kita, jadi selalu ingat, selalu ingat, selalu ingat… jadi mudah-mudahan kita tak ralit sangat sembahyang kita tu.

Kalau terlupa pulak, habaq pulak, dia merapu pi ke lain pulak…haa.. dia fesyen tu..

 

ngaji1.png

Macam mengaji lagu tu, ustaz duk habaq, duk tekan, duk habaq, duk tekan, haa… boleh gagah… dia berhenti mengaji sebulan, merapu pulak, dia fesyen tu.

Begitu jugak sembahyang dalam berkaitan hati ni. Tadi ni pelihara… diri dan pelihara, dua bahasa, sembahyang dan pelihara.

Jaga sembahyang, sampai kita rasa nikmat… qiam tu rasa sedap ja… rukuk tu berasa puas ja… sujud tu berasa rendah… haa.. seronok… baru kita boleh buat banyak… baru tak mengeliat… baru tak malas… tu cara dia.

Baik

Sebab tu sebut kata Allah pelihara oleh kamu, haafizu ala solawaati, jagalah sembahyang-sembahyang kamu itu, tengok, dia sebut haafizu, pelihara, haafizu ni pelihara, ala solawati, sembahyang-sembahyang kamu, wassolatul wustho, dan wassola tul wustho tu,

Depan dia sebut

Berdiri bagi kamu, bagi Allah mengerjakan akan taat, pelihara oleh kamu hey segala orang mukmin akan sembahyang lima waktu, memelihara sembahyang wustho, dan berdiri kamu bagi Allah Subhanahu Wataala mengerjakan kamu akan taat, maka dikehendaki solawat itu,

dia kata…

sembahyang-sembahyang itu sembahyang fardhu yang lima, zuhur, asar, maghrib, isyak, subuh, maka demikian itu ialah sembahyang yang tiada diluluskan akan seorang daripada orang Islam

Tiada dilulus, tiada dilulus apa dia?

Meninggalkan satu daripadanya, tak dilulus sekali-kali,

Orangg Islam nak tinggal sembahyang tak diluluskan sekali, tak boleh tinggal.

Hang toksah bagi alasan apa pun, tak boleh tinggal.

Bab lain, boleh kira… puasa hang tak larat, tak larat sangat, teruk sangat dah, hang toksah puasa, hang mkn… bab mati tu pun tak suruh, sakit tak boleh puasa, haa.. makan, esok qadha.

Sembahyang hang tak larat, hang toksah sembahyang, esok qadha? Tak boleh! Kena sembahyang, nak tinggal tak boleh.

Cuma yang bolehnya, tak larat berdiri, duduk… tak larat duduk, mengiring… tidoq… tidoq mengiring, sembahyang.., mengiring tak larat, menelentang… isyarat dengan kepala, nak rukuk, angguk, nak sujud, angguk, kepala pun tak larat… isyarat dengan kelopak mata… kenyit mata, mata pun tak larat… hati, kena jugak, hati tak larat haa.. mati..!

Camtu.. maknanya, sembahyang kena, tak boleh, takda maaf-maaf, tak boleh,

Camtu.. jangan maaf-maaf.., anak kita pun lagu tu, bab sembahyang takda maaf-maaf, kena sembahyang apa hal pun.

“Hei mak oi, cek demam mak oi!”

Kena sembahyang.

“Tak larat sungguh, ayah!”

Kena.

Tang lain boleh buat kira… sembahyang tak dilulus sekali-kali… kena sembahyang, kena macam tu…

Ni dak, kalau suami suruh sembahyang, bini pulak bela…

“Yang ayah hang pun.. kawan tu demam, duk gagah apa? “

Mak ni pun sayang kat anak tak kena gaya kadang-kadang, kalau kata sembahyang gak lagu mana pun, dia pun pi kata pulak dah

“Ayah hang tu pun baru ni ja pun sembahyang… dulu dak jugak!”

Tu buat leceh tu… koman punya bini. Dia kata,

“Ayah hang tu pun baru ja sembahyang, dulu tak sembahyang gak!”

Dia pi kata lagu tu, senyap gakla kita pun.

Toksah pi habaq lagu tu, yang anak tak nampak tu sudahla, kita baru nak bertegas-bertegas kat anak, bini duk buat patah semangat lagu tu, tak boleh buat kawan bini.

Tuan-tuan sekalian,

Itu orang panggil sembahyang kena, pakat-pakat tolong berkepul sembahyang.

Maka demikian itu ialah sembahyang tiada diluluskan akan seorang daripada org Islam meninggalkan satu daripadanya daripada kelakuan, daripada kelakuan selama ada akal,

Selagi mana ada akal… lepas takda akal, takpa…takyah sembahyang dah…

Tu kita bela orang tua kita, nyanyuk di rumah kita, mak kita, tokwan yang nyanyuk-nyanyuk, biaq pi kat dia, dia takda akal… nak gaduh apa..?

Nu, kira yang tak nyanyuk nu…

Ni mai susah hati la.. mai jumpa saya, ustaz, ni camna nk buat, mak saya tak sembahyang.

Awat?

Dia nyanyuk.

Yang duk susah hati apa kat dia.., nu anak teruna yang tak nyanyuk nu??

Kalau nak susah hati, maknanya, selagi mana dia ada akal, kena sembahyang, takda akal haa… tak payah.

Ni kita orang laki-laki nak tinggal sembahyang macam mana? Kalau org perempuan dia ada waktu cuti dia, orang laki-laki nak tinggal sembahyang lagu mana?

Dia duk situ daripada pukul satu buat keja sampai ke atas, buat kerja. Kita nak sangka baik lagu mana orang ni, nak sangka baik lagu mana?

Nak kata dia lupa, bang takkan tak dengaq. Nak kata dia haid, haid apa laki-laki, keluaq kot mana? Memang tak sembahyang, tak boleh buat kira.

Kalau orang perempuan duk situ, kot-kot dia uzur kot… boleh bubuh kot kat dia…haa la kot.

Nak kata gila tak gila, tak mau sembahyang kena gila, tu saja dia, lagi, mana ada akal kena, kena sembahyang.

lemah.png

Jikalau sampailah lemah barang yang sampai, sakit kepada sehingga-hingga sempit sekalipun.

Jikalau sampailah lemah barang yang sampai,

kalau lemah, buat takat mana boleh,

sakit kepada sehingga-hingga sempit sekalipun tiada diuzurkan dia.

Sempit tera mana, sakit tera mana pun, tak diuzurkan boleh meninggalkan sembahyang, tak boleh, kena sembahyang.

Tgas betul bab sembahyang ni, tak boleh, kita kena sembahyang gak, kita sakit, sembahyang cara sakit.

Alah dia kata Allah Taala tau la.

Pasal Allah Taala tau ni yg duk buat kira ni.

Dia kata Allah pun tau aku sakit.

Cerita Allah Taala tau ni, kena ni…Kalau Allah Taala tak tau, tak payah sembahyang langsung, duk sembahyang buat apa, ni Allah Taala tau, sikit-sikit kata Allah Taala tau, haa… cerita dia.,

Fesyen lagu tu bercakap, orang jahil memang lagu tu… kata,

“Aku ni sakit lutut ni berapa hari dah tak sembahyang”

Tengok, bercakap bodoh.

“Pinggang nyut nyut nyut… tiga empat hari dah aku tak sembahyang”

Jenis bercakap lagu tu, sembahyang tak boleh, apa keadaan pun kena.

Baik.

There are a total of 9 Users online now: 0 Members, 9 Guests and 0 Bots.

Most users ever online were 37, on November 17, 2009 @ 8:40 pm

9 Guests Online Now

#1 - guest on September 8, 2010 @ 9:38 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Perbetulkan [url]

#2 - guest on September 8, 2010 @ 9:39 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Rukun [url]

#3 - guest on September 8, 2010 @ 9:43 am
Menadah Kitab » 2007 » [url]

#4 - guest on September 8, 2010 @ 9:43 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Kesempurnaan [url]

#5 - guest on September 8, 2010 @ 9:40 am
Menadah Kitab » 2009 » [url]

#6 - guest on September 8, 2010 @ 9:39 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Kesempurnaan [url]

#7 - guest on September 8, 2010 @ 9:41 am
Menadah Kitab » 2009 » [url]

#8 - guest on September 8, 2010 @ 9:40 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Rukun [url]

#9 - guest on September 8, 2010 @ 9:42 am
Menadah Kitab » Blog Archive » Keberkatan [url]

–>

Popularity: 47% [?]