Kesempurnaan

14 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Saya baru saja dinaikkan gaji disebab pertolongan seorang rakan dalam peperiksaan PTK.

Soalan : Adakah pendapatan yang saya perolehi haram di sisi agama? Sekiranya ia haram, bagaimana pendapatan yang saya perolehi setiap bulan kerana ianya akan berterusan sehingga pencen.

Yang ni saya nak jawab pun tak tahu, periksa lagu mana tak tahu. Tolong lagu mana tak tahu, terlampau umum. Pertolongan yang bentuk lagu mana, bentuk rasuah ka, bentuk apa ka, wallahua’alam.

Ini terlampau umum. Saya tak berani jawab yang ini. Wallahua’lam.

Al Fatihah.

<doa>

WalhamdulillahiRobbil ‘Aalamin.

–>

Popularity: 64% [?]



Kesempurnaan

14 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Karomah ni macam jalan atas air tak tenggelam. Karomah boleh terbang atas udara. Tu karomah, contoh-contoh dia.

Tu sebab tu kita tengok. Pi tepi sungai, lambat sangat aih payah sangat, loncat masuk dalam ayaq, tenggelam ka tidak, tenggelam kuyup. Tak ada apa karomah pun. Tak ada apa karomah.

Kalau betul-betul sembahyang, dah ada karomah. Khusyu’ betul-betul.

Tu orang tanya. Innasholaa tatanhaa ‘anil fahsyaa iwal munkar. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari kejahatan dan kemungkaran. Orang sembahyang, tak buat mungkar. Orang sembahyang tak buat jahat. Lepas tu dok tengok orang sembahyang dok mencuri ada? Orang sembahyang rogol ada, zina ada? Orang sembahyang buat jahat ada? Pasal apa jadi lagu tu?

Imam Ghazali kata dia sembahyang tak betul. Sembahyang tak betul. Sebab tu sembahyang tak boleh jadi benteng kat dia. Kalau dia sembahyang betul-betul sembahyang, inshaallah sembahyang tu jadi benteng dia.

Tak betul lagu mana, tengok semua betul? Semua betul, hati tak betul.

Allahuakbar!

TakbiratulIhram

Badan mengadap Allah Ta’ala, hati tala ke lain. Badan mengadap Allah Ta’ala, hati tala ke lain. Tak mengadap semua jiwa raga kita kepada Allah Ta’ala, tu kira tak betul. Sah sembahyang tapi pahala tak ada. Buat apa?

Nabi sebut puasa pun lagu tu. Ramai orang berpuasa, dapat lapar dan dahaga. Sah puasa, dapat lapar dan dahaga. Hak lain tak dapat apa. Dapat lapar dengan dahaga, yang lain tak dapat. Maknanya pahala tak ada, boleh puasa sahaja. Sembahyang pun lagu tu.

Nama saja sembahyang, pahala tak ada. Tak ada isi.

Baik.

pelihara1.png

Yakni mendiri dan memeliharakan dia.

Tu nama sembahyang - buat sembahyang, jaga sembahyang.

Peringkat awal ni tuan-tuan, sekurang-kurangnya kita susah hati,

“Isy sembahyang aku ni pun teruk lagi, nak riyak apa.. dok ingat rata lagi, dok jaga-jaga, dok lari lagi ke lain.”

Jangan dok rasa syok dah, nama sembahyang tu dah ok dah.

Yakni mendirikan dan memeliharakan dia, lagi orang yang khusyu’ padanya.
Mudah-mudahan kamu berjaya menjadi orang yang khusyu’ sebelum kamu mati.

Ini pun dia tak bicara lagi, dia baru dok cerita. Macam mana nak khusyu’, dia tak habaq lagi. Baru dok cerita, bukan dok mengaji lagi ingat tuan-tuan masuk bab dia? Dak lagi aih, baru dok cerita. Dok doa baru, dok baca doa, baru nak start.

Mudah-mudahan, dia kata, kamu orang yang memelihara sembahyang lagi khusyu’ padanya.

Apa makna khusyu’?

Yakni tetap hati kamu.

Sebelum kita mati, mudah-mudahan dan (sempat) la kita dapat khusyu’. Hati kita tetap mengadap Allah Ta’ala.

Dan anggotanya di dalam sembahyang.

Dua-dua sekali. Apa makna khusyu’? Dok diam. Hati pun dok diam, anggota pun dok diam. Ni yang badan dok diam, hati tak dok diam tak jadi. Ataupun hati dok diam, badan dok goyang tak jadi jugak. Tetap. Luaran kita pun tetap, hati kita pun tetap.

Bab ni lah yang nak bahas dalam kitab ni.

Hak mengaji banyak kali, banyak kali dah, dua tiga kali dah kita khatam kitab ni. Hak baru mengaji, perhati betul-betul. Hak mengaji pun perhati pi lah, suruh baca tak reti juga, walaupun tiga kali pun.

Maknanya dia nak cerita benda ni dalam kitab dia.

Baik.

Yakni tetap hatinya dan anggotanya dalam sembahyang lagi yang mengekalkan atas sembahyang.

Apa makna mengekalkan atas sembahyang? Lagi kita ni kekal atas sembahyang,

yakni tiap-tiap sudah sembahyang,

hendak.png

mencintai ia, hendak mengerjakan sembahyang yang kedua.

Jadi orang macam tu. Habis sembahyang zohor, amboi puas sembahyang zohor, tak apalah, satgi boleh sembahyang asar pula. Habis sembahyang asar, ooih, puas sembahyang asar, satgi tak apalah boleh sembahyang maghrib pulak. Ha ini.

Ada tak kat kita lagu tu? Tak ada. Lepas-lepas takat tu habis dah. Tak fikir dah maghrib. Satgi tengok, masuk satgi lagu mana.

Sedap. Macam baru lepas berjumpa,

“Inshaallah aku boleh berjumpa pula, bagus.”

Macam orang bercinta la, boleh berjumpa, lepas tu nak jumpa pulak. Dalam dok kena hambat tu berjanji lagi tu, malam esok berjumpa pulak. Sebab dia ada cinta. Dia ada cinta.

rindu.jpg

Begitu juga kalau dia ada cinta kepada Allah Ta’ala, lepas sembahyang, nak sembahyang lagi, lepas sembahyang nak sembahyang lagi, lepas sembahyang nak sembahyang lagi.

Sembahyang,

“Amboi satnya dua puluh dah. Tak apalah malam esok dan lagi, boleh buat lagi dua puluh.”

Ni menggeliat aja sembahyang pun, nak apa dia?

Puas. Macam kita makan tu.

“Amboi! Puas aku makan nasi hari ni aih! Peluh bersimbah! “

Pandai. Puas tu pandai.

“Peluh memercik! Kena dengan asam pedas, amboi! “

Asam Pedas

Kenapa ibadat tak jadi lagu tu?

Pi makan kedai tu,

“Amboi sedap aih. Tengok dua tiga hari lagi aku nak mai pulak.”

Ada cita-cita, sebab apa? Sebab sedap. Sebab apa sembahyang, tak ada kat kita lagu tu?

Mudah-mudahan, kamu mengaji ke depan ni, kata dia, kamu jadi orang yang macam tu.

Macam mengaji.

“Amboih puas aih, minggu depan mari pulak.”

“Amboi seronok aih. Aku nak pi pulak.”

Tu tak pa dah setara tu.

Tanya hang nak pi dak?

“Tengoklah kalau rajin aku pi lah. Tengok malam.”

Tak leh harap yang ni, pemalas. Hat ni tak ada apa yang ini.

Dia ada lepas satu cita-cita, satu cita-cita. Lepas satu cita-cita, satu cita-cita. Sampai dia mati. Sampai dia mati.

Jadi sebab apa yang dia berangan nak buat pulak? Hat ni sedap. Puas mengadap Allah s.w.t. Rasa berat saja. Rasa kemas saja. Rasa tenteram saja. Sat gi boleh sembahyang asar pula. Satgi boleh sembahyang maghrib pulak. Dok fikir nak sembahyang aja.

Kita memang sembahyang. Masuk waktu kita sembahyang, masuk waktu kita sembahyang. Benda ni kadang tak ada lagi kat kita. Tak ada lagi pada kita. Tak ada.

Baik.

Demikianlah selama-lamanya.

Kalau boleh macam tu lah kena ada kat kamu. Lepas sembahyang nak sembahyang lagi. Lepas sembahyang, nak sembahyang lagi. Lepas sembahyang, nak sembahyang lagi.

Maka dengan demikian itu menyuruh Allah s.w.t. akan segala hambanya yang mukmin, di dalam kitabNya. Dengan Dialah mempersifat, memperikan sifat mereka itu.

Macam tulah Allah s.w.t suruh kepada hambanya yang mukmin, bukan suruh sembahyang saja. Allah suruh macam tu. Sembahyang, pelihara sembahyang. Khusu’. Lepas pada tu tiap kali lepas sembahyang, nak sembahyang lagi. Tiap kali lepas sembahyang, nak sembahyang lagi.

Ni siapa dia? Inilah namanya hamba Allah yang mukmin, sebenar-benarnya mukmin, kalau nak. Bukan kita buat macam orang sebut lepas batuk di tangga. Nama saja sembahyang. Orang sembahyang, kita sembahyang. Orang sembahyang, kita sembahyang.Tapi tak ada apa. Jangan jadi lagu tu.

Buat biar ni. Sebab akhirat esok, kita nak tengok amalan kita. Biarlah kita nak tengok dengan sempurna.

Kereta kita calar sedikit pun kita dah serabut perut dah. Tak seronok tengok. Kemek sana, kemik sini. Bertampung sana, bertampung sini. Kita nak tengok kalau boleh elok saja. Kenderaan kita.

polished car

Sembahyang akhirat esok kita boleh tengok.

liyurau.png

Yau maizin yashdurunnasu ash taa tan liyurau a’maa lahum.

Bangun akhirat, pakat bangun hari akhirat esok nak buat apa? Li yurau a’maa lahum. Nak tengok macam mana puasa aku ni. Dulu aku tak pernah tengok pun. Macam mana mengaji aku ni, aku tak pernah tengok pun. Macam mana sembahyang aku ni, aku tak pernah tengok pun. Akhirat esok, liyurau a’maa lahum. Nak tengok amalan. Tentulah kita nak tengok, nak tengok elok.

Kita pi tempah baju, harap dia buat elok. Kita nak tengok elok. Kereta kita nak tengok elok. Rumah kita nak tengok elok. Semua kalau kita nak tengok elok, takkan ibadah kita, kita tak mahu tengok elok?

Nak biar bertampung sana, bertampung sini, cacat sana, cacat sini, jangan! Jangan! Ni cita-cita kita.

Kita bukan budak-budak lagi tuan-tuan. Kita dah tua. Kita dah baligh, dua tiga kali baligh dah. Bukan kita ni kira nama saja nak sembahyang.

Budak-budak tak pa, dia sembahyang dia cuh pi lari. Dia sembahyang ikut dan, ikut dia. Kita dah tua, kita dah sembahyang lama.

Berpuluh-puluh tahun dah kita sembahyang.

Jadi maknanya, perlu sekarang, benda yang kita perbaiki ialah hati kita. Ni belum selesai. Belum selesai. Maknanya, tang bab-bab sembahyang, kita dah buat dah. Memang kita dah buat dah. Tapi kalau waktu kita muda-muda dulu, umur 10 tahun, 20 tahun dulu, kita sembahyang macam tu, sampai kita tua dah pun, lagu tu hati perut kita, tak ada peningkatan. Tak ada peningkatan.

Ada berubah tak?

Sepatutnya makin tua, makin sedap kita. Makin tua, makin sedap kita. Makin tua, makin sedap kita. Makin khusyu’ kita. Makin baik kita. Nak macam tu. Jangan makin tua, makin serabut, lagi serabut, lagi serabut, lagi serabut. Tak mau.

Ni baru jadi kata ‘ibaadallahi sholihiin hamba-hamba Allah yang sholih, hamba yang muttaqiin, hamba yang bertakwa.

Baik.

hendak.png

Dengan Dialah memperi sifat mereka itu. Firman Allah Ta’ala. - Pelihara oleh kamu hei sekalian mukmin atas sembahyang lima waktu.

Jadilah tang tu dulu. Wallahu a’lam.

–>

Popularity: 58% [?]



Kesempurnaan

14 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

tiang.png

Inna sholaata ‘imanuddiin.

Inna sholaata ‘imanuddiin. Wa ajallu mubaa niyal islam. Islamil khamsi ba’dal shahaa datain.

Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Sembahyang lima waktu itu tiang agama.

tiang1.png

Dan terlebih besar daripada kejadian Islam, terlebih besar daripada kejadian Rukun Islam yang lima perkara, kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah.

Sembahyang lima waktu inilah yang paling besar, daripada Rukun Islam selepas dari mengucap dua kalimah syahadah - sembahyang.

Dia paling besar. Paling penting. Sebab tu kena sembahyang.

Orang yang tak sembahyang, insyaallah puasa. Orang yang puasa, belum tentu sembahyang. Ingat ya. Tu yang kata tiang agama tu.

Orang yang sembahyang payah nak cari. Dia ni sembahyang kuat, puasa aja dak… hai payah. Insyaallah kalau dia sembahyang, dia puasa. Tapi kalu puasa, belum tentu sembahyang….. belum tentu sembahyang.

Hai puasa cukup rajin, tak tinggal puasa, sembahyang tak. Bukan setakat wajib, puasa enam pun puasa lagi, sembahyang dak. Cukup teruk.

Sebab tu sembahyang kena jaga. Jaga sembahyang, baik semua. Sembahyanglah yang mula-mula Allah fardhukan, sebelum ibadat lain. Puasa hijrah ke Madinah dah, baru.. sembahyang ni di Mekah turun dah.

Berlaku israk wal mi’raj ketika Nabi di Mekah, dia disyari’atkan sembahyang, mula sekali, dan dialah ibadat yang mula dicheck oleh Allah s.w.t di Mahsyar. Dok pulun buat hat lain, hat awal ni rosak, habih.

Allah Ta’ala nak check, nak hisab amalan di akhirat esok, yang pertama sekali Allah hisab ialah solat, sembahyang.

Baik.

Kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah.

kepada.png

Wamahalahaa minaddiin, mahalluro’ si minal jasadi. Fakamaa annahu laa hayaa taliman la ro’ salahu. Fakazaa lika laa dii na liman laa shola talahuu. Kazaa lika waraa da fil akbaar.

Baik.

Dan tempatnya tempat sembahyang daripada agama, nak tengok sembahyang ni duduk pada agama duduk di mana, tempat sembahyang pada agama, seperti tempat kepala pada tubuh. Tempat dia sepertimana kepala pada tubuh.

Maka seperti bahawasanya tiada hidup bagi orang yang tiada kepala baginya, demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada sembahyang baginya.

Sama.

Orang tak ada kepala boleh hidup tak? Tak boleh hidup.

CT head scan

Begitu juga orang ni dikira tiada agama kalau tak sembahyang. Macam tak ada kepala.

Apa makna orang tapi tak ada kepala? Samalah apa makna beragama kalau tak sembahyang. Tak beragama orang ni. Tak ada Diin pada dia, tak ada agama kalau tak sembahyang.

Payah nak buat kira orang tak sembahyang tuan-tuan .. kotor, jijik. Tak ada agama orang ni.. ya lah … nak kata agama apa? Nak kata agama apa, jenis tak sembahyang?

Nak kata kafir, tak sembah tokong.

Nak kata islam, tak sembah Allah.

Menatang apa? Allah pun tak sembah, tokong pun tak sembah. Kalau pagi-pagi dok sembah tokong, orang kata dia ni kafir dok sembah tokong. Bolehlah kata.

Ni tokong tak sembah, Allah Ta’ala pun tak sembah.. dok lagu mana pun tak tahu. Laa Diin, orang tak beragama.. itu kata dia.

Biar tentulah, sembah Allah.

sujud.png

Ramai ni orang tak sembahyang ni… teman kita.. sebab tu kita turun bala macam-macam. Macam-macam bala terima. Allah Ta’ala bala yang tak sembahyang ramai. Suruhlah sembahyang.

Laa sapa yang nak suruh sembahyang? Tak ada orang nak suruh. Nak suruh benda lain, banyak. Mak bapa banyak tak suruh. Ketua kampung pun tak suruh orang-orang kampung dia sembahyang. JKK pun tak suruh orang bawah-bawah dia sembahyang. Wakil rakyat pun tak suruh orang-orang bawah dia sembahyang. Tak suruh setara mana. Tekan bab sembahyang tu tak ada.

Cuba pakat suruh.

Ni kerja JKK, projek longkang sana longkang sini. Titi sana titi sini. Bagus bukan saya nak tak suruh, buat pi lah yang tu, tapi cubalah mesyuarat sama macam mana kita nak buat, orang kita tak sembahyang ni.

Ketua-ketua kampung, wakil-wakil rakyat.. Itu amanah yang Allah terletak pada kita.. ambil tindakan, mesyuarat, bincang, jangan sampai tajuk sembahyang ni tak timbul langsung.

Tuan-tuan nak marah saya, marahlah. Saya nak lepas tanggungjawab saya.

Tuan-tuan sekalian.

Dia kata ustaz melarat sampai kita pun dia kata. Tak kira..kena kata semua. Cuba mesyuarat sama bab sembahyang. Ni macam mana ni orang kita ni.. tak pernah mai surau, tak pernah mai masjid, tak pernah sembahyang ni, macam mana kita nak buat.

Tak adakah tindakan apa-apa. Takkan kita kerja nak bagi dunia aja kat depa. Akhirat macam mana. Esok Tuhan nak tanya jawatan yang Allah Ta’ala bagi pada kita, ni tak peduli. Nak peduli apa, ni kadang-kadang dia pun tak sembahyang!

Jadi sebab tu orang tak sembahyang ramai. Tindakan, tekanan tu. Nak lah tuan-tuan, tuan-tuan ni banyak orang berkuasa kat sini, pegawai-pegawai, boss-boss syarikat, pengarah-pengarah, gunalah kuasa yang ada pada kita, suruh orang bawah kita sembahyang.

Suruhlah. Di samping kita cari makan, kita dapat pahala. Guna setakat mana ada kuasa pada kita, suruh sembahyang. Kakitangan kita, pekerja-pekerja kita, suruh sembahyang.

Esok Tuhan nak tanya kita, di samping kita bagi kebajikan duniawi, dunia-dunia kita ni, orang panggil, akhirat pun kena tekan. Jangan jadi agama tak ada kepala, tak sembahyang.

Esok Tuhan nak tanya kita, jangan dok pejam mata sahaja. Kita suruh tuan-tuan, dia nak buat tak buat tu bukan kerja kita, Allah Ta’ala. Suruh tu kena. Dia nak buat tak buat, dia punya pasal. Akhirat esok, Allah Ta’ala nak tanya kita.

Bagi ramai orang sujud pada Allah Ta’ala di atas muka bumi ini. Sujud pada Allah s.w.t. atas muka bumi, bagi ramai. Apa duduk atas muka bumi ini, Tuhan pun tak mahu sembah.

Dan tempatnya daripada agama seperti tempat kepala daripada tubuh. Maka seperti bahawasanya tiada hidup orang yang tiada kepada baginya. Maka demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada sembahyang baginya.

Demikian telah datang daripada beberapa hadith Nabi s.a.w.

Itulah Nabi sebut. Orang yang tak sembahyang, macam orang tak ada kepala.

pelihara.png

Ja’alana Allahu waiyya kum minal muhaa fizhina ‘alasshola til muqiimiinalahaal khaa shi’ii na fiihadaa imiina ‘aialiha fabizaa lika amarallahu’ibaadahul mukminiina fii kita bihi washofahum fa qoola haa fizhuu ‘ala sholawaa ti wassholati wush thoo waquu muu lillahi qaa nitiiin.

Menjadi kami akan Allah Ta’ala dan akan kamu daripada orang yang memelihara atas sembahyang lima waktu

Ha tengok dia kata.. Mudah-mudahan Allah Ta’ala jadikan kamu dan kami, aku sendiri, pengarang kitab ini, dan kamu semua, yang mengaji kitab aku ni, yang mengajar kitab aku ni, orang yang pelihara sembahyang. Bukan sembahyang, orang yang pelihara sembahyang, jaga dia bagi elok, bagi sempurna - pelihara dia, bukan sekadar sembahyang tapi tak sempurna.

Mudah-mudahan kamu jadi orang yang pelihara sembahyang, yakni, sembahyang dengan sempurna, mudah-mudahan.

Dan orang yang muqiim bagi sembahyang, yakni mendirikan.

Muqiim - mendirikan sembahyang. Qadqaa matissholah - mendirikan sembahyang. Lepas pada tu, kena haafizhiin, orang pelihara sembahyang.

Kita macam mana? Mendirikan sembahyang dan pelihara sembahyang. Dua. Bukan sekadar sembahyang, tapi tak pelihara dia. Pelihara macam mana? Jaga syarat-syarat dia. Jaga sah batal dia. Jaga hati khusyu’ pada Allah s.w.t. Jaga rindu dendam kita. Biar kita sembahyang tu elok sempurna penuh tumpuan hati kita - nama dia muhaa fizhiin - orang pelihara sembahyang. Jangan orang yang sembahyang sahaja, tak jadi. Berusahalah kita.

Banyak lagi kerja kita tuan-tuan, bukan selesai dah. Ingat sembahyang tak tinggal, sembahyang tak tinggal tu dah OK dah .. Belum OK. Belum sempurna, lagi kamu tak jadi orang yang muhaafizhiin.

Sebab tu ulamak kata kalau kita ni sembahyang betul-betul khusyu’, 40 hari betul-betul khusyu’, dah ada karomah dah. Dah ada karomah - kemuliaan dah.

–>

Popularity: 63% [?]



Kesempurnaan

14 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

wabadu.png

Waba’du. Ataupun Amma Ba’du. Ini satu perkataan yang selalu kita dengar. Saya selalu terang benda ni.

Amma Ba’du ataupun waba’du. Makna dia - adapun kemudian daripada itu.

Amma Ba’du ni waba’du : adapun kemudian daripada itu. Kemudian daripada mana?

Selepas daripada dia Alhamdulillah. Selepas daripada dia salawat dan salam kepada Rasulullah, pada keluarga Nabi dan para sahabat Nabi, waba’du - adapun kemudia daripada itu.

Menandakan bila sebut amma ba’du, muqaddimah dah habis. Senang kita faham. Bila sebut amma ba’du tu, muqaddimah dah habis. Tanda kata muqaddimah dah habis. Satgi tak tahu pula apa dia gedeba’ gedeba’ ni? Habis kalau orang ceramah pun begitu.

Alhamdulillahirobbil ‘alamin. Wasshola tu wassalamu ‘ala asyrofil anbiyaa iwal mursaliin. Wa’ala aa lihii washoh bihi ajma’in. Amma Ba’du. Dia mula cerita tajuk dia.

Baik.

Waba’du.

Fa’lamuu ya ma’asharol muslimiin. Waffaqonallahu wa iyya kum waal hamanaa rushdanaa waa’a zana min sharrun an fusinaa.

Dan adapun kemudian daripada itu, lepas daripada dia salawat dan salam, lepas daripada alhamdulillah, salawat dan salam tu, maka ketahui oleh kamu hei semua orang yang muslimin, telah memberi faham akan kami, dan akan kamu, oleh Allah s.w.t.

Apa makna?

Telah memberi taufik akan kami dan akan kamu oleh Allah Ta’ala.

Dan mengilhamkan kamu. Dan kamu cerdik.

Mengilhamkan kami - bukan kamu mudah-mudahan. Mengilhamkan kami. Dan kamu cerdik.

Dak bukan macam tu.

Dan mengilhamkan kamu dan kami, kamu dan kami, ataupun mengilhamkan kami dan kamu, cerdik.

Bukan senang nak baca kitab lama ni.

Mudah-mudahan kamu, Allah s.w.t bagi taufik, bagi hidayah, dan Allah Ta’ala mengilhamkan kamu, dan kami cerdik. Mudah-mudahan kamu jadi orang yang cerdik, Allah bagi taufik dan hidayah.

Dalam Islam ni, orang yang cerdik - orang yang dapat hidayah - orang cerdik. Bukan orang yang cerdik itu orang boleh mengaji universiti, orang dapat ijazah, orang boleh jadi pakar nu pakar ni orang cerdik, tidak.

Orang cerdik ialah orang yang dapat hidayah - orang cerdik.

hidayah.png

Kalau dia tak dapat hidayah, dia tak cerdik. Walau dia pandai, tapi tak cerdik. Yang cerdik sejati ialah orang yang dapat hidayah, kerana orang yang cerdik, ada juga orang yang mengaji sampai peringkat universiti, sampai jadi pensyarah-pensyarah, mengajar orang, berceramah pada orang, ajar pula orang cerdik-cerdik, tapi dia balik ke rumah, ambil batu buat tuhan.

Cerdik dia setakat tu saja. Ambil kayu buat tuhan. Sembah api buat tuhan. Sembah lembu, martabatnya lebih rendah daripada manusia, buat tuhan. Cerdik apa dia?

Sebab tu orang yang cerdik adalah orang yang menyembah Allah s.w.t. Tu orang yang cerdik sejati. Tak usah tunjuk cerdiklah. Tak usah tunjuk pandailah kalau tak sembah Allah dan tak dapat taufik dan hidayah daripada Allah.

Tu orang yang cerdik, orang yang menyembah Allah.

Dan dilindungkan dari kejahatan diri kita.

Dilindungkan dari kejahatan diri kita. Ni doa. Sebab tu, orang kata nak mengaji dari awal kitab ni berkat, berkat. Sebab dia ada doa pengarang di situ. Mudah-mudahan, dia kata, dilindungkan daripada kejahatan diri kita.

Kejahatan ni ada dua, kejahatan diri kita sendiri dan kejahatan syaitan. Yang payah sekali kejahatan diri kita. Apa kejahatan diri kita? Nafsu. Duduk pada kita.

nafs_suyuti.jpg

Ni orang dok kata bulan Ramadhan syaitan kena belenggu. Syaitan kena tambat. Syaitan kena gari. Bulan Ramadhan.

Lepas pada tu sebab apa ada jahat? Dah syaitan kena tambat semua dah, moto-moto tinggallah kunci di moto tu. Tinggal kunci-kunci di kereta, siapa yang nak curi? Dah syaitan tak ada. Ha tinggal - cerah moto hang! Balik jalan kakilah jawabnya, walaupun bulan Ramadhan.

Sebab jahat ni ada dua. Yang pertama syaitan, yang kedua nafsu.

Nak masuk bulan Ramadhan, syaitan wasiat siap-siap kat nafsu, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni, macam ni. Macam ni, macam ni.

Jadi, kejahatan yang ada pada diri kita sendiri ialah nafsu. Boleh buang dak nafsu? Tak boleh. Nak buang nafsu, kena mati, baru tak ada nafsu. Lagi hidup ada nafsu. Nak buat macam mana?

Didik dia bagi jadi baik.

Asuh dia bagi jadi baik.

Latih dia bagi jadi baik.

Itu nafsu. Nak buang dia tak boleh. Macam mana nak didik? Kena tarbiyah.

” Hamel al-Nafs ” Oil on Canvas cm 150 x 150 2004

Antara tarbiyah nafsu, kita berpuasa. Tak makan. Nafsu makan ni. Tak minum. Nafsu minum ni. Tak bersetubuh di siang hari. Bersetubuh ni nafsu.

Tapi rejam dia sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak. Mudah-mudahan selepas daripada Ramadhan, kita boleh control nafsu jahat kita. Nafsu jahat kita itu bulan Ramadhan.

Sebab apabila Allah Ta’ala buat akal, Allah Ta’ala tanya akal

“Wahai Akal. Siapa kamu siapa Aku?”

Akal jawab

“Engkau Tuhanku, aku hambaMu”.

Ha pergi.

Tapi bila buat nafsu, panggil nafsu mari, tanya nafsu.

“Hei nafsu. Siapa kamu siapa aku?”

Kata nafsu

“Kamu kamu, aku aku”.

Punya samseng nafsu ni. Samseng. Allah rejam dalam neraka seratus tahun, panggil keluar, jawab macam tu juga.

“Kamu kamu, aku aku”.

Rejam lagi. Panggil keluar. Jawab macam tu juga.

“Kamu kamu, aku aku”.

Sampai lepas tiga ratus tahun tanya, baru jawab:

“Aku hambaMu, Engkau Tuhanku”

Maknanya nafsu ni kena dok rejam baru jadi baik. Kalau dok biar dia, dok tak berjenis situ lah. Kena control-control nafsu, kena rejam jangan ikut dia.

Lawan nafsu mengantuk, lawan nafsu tidur, lawan nafsu malas, lawan nafsu segan, lawan nafsu marah, lawan lawan nafsu. Baru boleh.

Kalau main turut saja dia, punah ranah habih.

Nak lawan nafsu ni yang payah. Lebih payah dari nak lawan musuh di medan perang lagi. Sebab dia dalam diri kita. Jiwa kita. Sebab tu kena ada.

Mudah-mudahan, kata dia, mudah-mudahan kamu dilindungi dari kejahatan diri kita sendiri, yang ada pada diri kita.

–>

Popularity: 58% [?]



Kesempurnaan

14 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Buatlah tuan-tuan sekalian.

Ni kita dok 10 akhir Ramadhan dah. 10 akhir Ramadhan. Ni, tinggal lagi berapa hari lagi nak puasa? 7, 8 hari lagi dah. Siapa tak rebut habislah. Malam ni 22, 23 dah? 22 dah mlm ni. Tinggal lagi berapa hari kalau kita posa 29 hari. Tinggal lagi 7 hari, lapan hari. Tahun depan tak tentu lagi.

Dan hidup, tak dan hidup tak tentu lagi. Kita laa dok ada lagi. Tapi tinggal tak banyak ruang mana dah. Tak banyak mana berapa hari dah.

Wali-wali Allah susah hati. Bulan rahmat, bulan ni dah nak tutup. Dah nak habis dah. Susah hati para waliyullah.

Kita dok seronok nak raya. Baju raya, kuih raya, dok seronok.

ketupat.jpg

Wali-wali Allah susah hati. Kerana bulan yang mulia ni bakal meninggal. Nak tinggalkan kita. Sebab itu berusahalah. Jangan ikut sangat nafsu malas kita. Kita dah tua, tuan-tuan sekalian. Dah tua umur kita dah berapa dah. Fikir tengok.

Tak usah dok kira orang.

Sebab tu saya dok kata kita pi umrah, kita tak usah dok kira orang. Kita yang tak berapa ada duit ni nak boleh pi sekali sekala pun terketaq. Dok kira dia tu tak pi tak buat umrah, kita pun tak buat umrah. Dia tu wirid sikit, kita pun wirid sikit. Dia tu baca Quran, tak baca Quran, kita pun tak baca. Dok kira orang. Orang tak apalah, dia duit banyak, setahun 3-4 kali pi, setahun 3-4 kali pi. Kita gamaknya, kalau tak kena tanah projek lebuhraya ka apa, tak pi pulak. Maknanya nak boleh pi pun bergagah - pulun ambil yang tu. Buat bagi sempurna.

Itu cara. Bukan senang nak boleh pi. Ini kita dok kira orang.

Baik.

dan_jadikan_solat.png

Dan menjadikan padanya dapat lazat manis khidmat sembahyang yag menempati syurga yang disegerakan dalam dunia.

Sembahyang ni manis, nikmat, macam syurga dunia.

Orang dok kata, rumahku, syurgaku. Sekolahku, syurgaku. Pejabatku, syurgaku. Dak aih! Sembahyang tu syurgaku.

Dapat berbisik-bisik dengan Allah.

Dapat bermunajat dengan Allah

Dapat merayu-rayu dengan Allah Ta’ala, kekasih yang menjadikan dia. Tu paling baik, tu paling baik, paling tepat sekali.

Baik.

Daripada segala hambaNya yang muhibbin. Hambanya yang dicintai. Dan tempat galian segala rahsia daripada segala tajalli bagi Allah, orang yang ‘aasyiqiin. Yakni orang yang rindu akan mahbubnya.

Tempat galian segala rahsia, rahsia-rahsia kenikmatan dalam sembahyang.

Ini untuk orang yang rindu pada mahbubnya, pada kekasihnya. Dia rindu pada Allah. Dia cinta pada Allah, tempat pelepas rindu dia - Allahu Akbar! Sembahyang. Tempat pelepas rindu, boleh bercakap, merayu kepada Allah.

Sebab tu kita ada 3. Iman, Islam dan Ihsan. Apa makna Ihsan?

ihsan.gif

Anta’ Budallah Ka An Nakatarahu. (* lihat rujukan di bawah)
Tu ihsan.

Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu boleh tengok Allah. Tu dok berdiri tu depan siapa? Depan Allah ‘Azzawajalla. Kalau tak boleh dapat perasaan tu, kamu kena yakin dalam mata hati kamu Allah sentiasa melihat kamu.

Jadi macam tadilah, tuan-tuan sekalian. Kalau kita dok ralit mengaji bab sembahyang ni, syarat-syarat sembahyang, mengaji rukun sembahyang, ruku’, sujud, i’tidal, qiyam, ngaji sunat-sunat sembahyang - qunut, tahiyat, habis setakat tu habis saja, sampai bila pun kita malas. Kita tak dapat rajin. Kita kena belajar KENAPA KITA SEMBAHYANG.

Kita sedang buat apa sekarang?

Perlunya sembahyang kepada kita dan apa jadi kalau kita ni tak sembahyang?

Dan kita perlu rasa sembahyang ini satu nikmat rahmat Allah bagi kepada kita dan tak bagi pada semua orang, dan kita rasa sangat beruntung kita ni jadi orang yang sembahyang., anugerah Allah s.w.t - barulah kita rasa benda tu besar. Kalau tidak, kita tak rasa dia besar. Sembahyang begitu - gitu, kosong. Tak menyertai dengan hati. Hati dia lalai.

Bila sembahyang hati dia lalai, maka di samping tidak dapat pahala, tak dapat kesedapan, tak dapat nikmat dalam sembahyang dia.

Baik.

solawat.png

Wassola tu wassalamu ‘ala sayyidina Muhammadin rasulirobbil ‘A lamiin, wasyafiil muznibiin.

Wassolatu wassalam - Jadi tu saya kata muqaddimah tu bukan ngaji lagi bab dia tak masuklagi pun. Kalau ceramah pun dok Alhamdulillahi robbil ‘aa lamiin wassolatuwassalam. Baru tang tu . Tak sampai lagi. Dikata muqaddimah.

Dan rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kita, Nabi Muhammad pesuruh sekalian alam.

Rahmat Allah wassolatu wassalam rahmat Allah dan kesejahteraanNya di atas penghulu kita.

Siapa penghulu kita? Nabi Muhammad s.a.w. Dia penghulu kita. La ni kitab-kitab lama dia tulis penghulu. Saiyidul Mursalin - penghulu segala rasul. Nabi Muhammad in Saiyidina Muhammad - penghulu Muhammad. Maknanya kita bubuh saiyidina tu makna penghulu. Penghulu. Itu kitab-kitab lama.

Kitab-kitab sekarang dia tak bubuh dah penghulu. Sebab tak sesuai. Dia bubuh Junjungan kita. Sebab apa? 100, 200 tahun dulu bila sebut Tok Penghulu ni habis reng. Habis cakap. Kalau sebut Tok Penghulu ni paling hebat. Maka diterjemah makna Saiyidina itu penghulu kami. Mari zaman kita, penghulu macam kita juga tok penghulu la ni. Tak rupa dah. Jadi bubuh Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Terjemahlah apa pun makna saiyidina yang sesuai dengan dia. Boleh.

Penghulu kita Nabi Muhammad pesuruh Tuhan sekalian alam dan yang memberi syafaat

Apa memberi syafaat?

Memberi pertolongan ia akan segala orang yang berdosa pada hari kiamat.

Nabi Muhammad ini dia akan tolong segala orang yang berdosa pada hari kiamat. Yang mendapat syafaat daripada nabi kita Muhammad s.a.w.

Sebab tu, bila orang mati dalam keadaan berdosa, dia mati dalam keadaan berdosa, kita kena baik sangka pada dia. Tok sah dok kata “mmm dia tu tak sembahyang, berdosa mati apa semua ni, malam ni pakai kena la dalam kubur, tu pun tah dah dok kena dah apa”. Tak boleh!

mayat.png

Mana kita tahu yang ni. Sudah setakat tu. Bila dia mati, dia buat dosa sudah.

Yang kita nak kata nak kena bagi nasihat apa, waktu hidup. Ni waktu hidup hang tak pi kata apa kat dia, hang tak pi habag nak kena azab kah, nak kena siksa, nak kena apa? Hang biar!

Bila mati baru nak kata, tak ada makna.

Biar pi lah. Serah pada Dia. Kalau Allah Ta’ala nak azab pun, azab. Kalau Allah Ta’ala nak ampun pun, ampun. Itu serah pada Allah Ta’ala. Asal dia ada iman.

Macam mana peluang-peluang yang ada, mungkin dia dapat syafaat daripada Nabi Muhammad, inshaallah. Ataupun dia dapat syafaat daripada syuhada, orang yang mati syahid. Ataupun dia dapat syafaat daripada sholihiin, orang yang sholih. Ataupun dia dapat syafaat daripada ulamak. Ataupun dia dapat syafaat daripada anak dia yang mati kecil.

Kalau tak dapat semua ini, masuk neraka sampai kadar yang Allah Ta’ala tetapkan, Allah keluarkan daripada neraka. Jadi bil dah mati, kita serahkan dia letak dalam kubur, serahlah pada Allah swt. Kalau kita kasihan kat dia, tolonglah minta ampun pada dia supaya Allah ampunkan dosa dia. Itulah caranya. Nabi yang memberi syafaat.

sohabat.png

 

 

Dan atas segala keluarganya, keluarga Nabi. Dan di atas segala keluarganya.

Nak mula kitab ni, Alhamdulillah, selawat dan salam Nabi Muhammad, dan keluarga Nabi Muhammad. Apa dia keluarga Nabi Muhammad? Ada dua.

Satu, keluarga nasab - keturunan. Bani Hashim. Bani Mutalib. Satu lagi keluarga Nabi, keluarga seagama. Kita ni masuk di kalangan keluarga Nabi - keluarga seagama.

Sama agama dengan Nabi kita Muhammad s.a.w. Itu keluarga Nabi.

Dan segala sahabatnya. Sahabat Nabi. Selawat dan salam juga, nak mula kitab ni, kepada para sahabat Nabi. Nak jadi sahabat kena ada empat syarat - boleh jadi sahabat.

Yang pertama - dia kena hidup sezaman dengan Nabi. Syarat pertama, kita terkeluar. Syarat pertama, dia kena hidup sezaman dengan Nabi.

desert.png

Syarat yang kedua, dia kena berjumpa dengan Nabi. Dia kena berjumpa dengan Nabi. Kalau dia hidup sezaman dengan Nabi, tapi kalau dia tak berjumpa dengan Nabi, tak nama sahabat walaupun beriman. Dia nama sholihin. Ataupun dinama waliyullah.

Macam seorang sahabat - seorang yang hidup di zaman Nabi, tak sahabat tapi dia waliyullah - dia beriman dengan Nabi dia duduk di Yaman, namanya Uwais Al Qarni. Uwais Al Qarni seorang yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w tetapi sepanjang hidup dia tak pernah berjumpa dengan Nabi.

Dan dia hidup sezaman dengan Nabi.

Pernah satu ketika dia datang ke rumah Nabi, dia datang rumah Nabi nak jumpa dengan Nabi, kebetulannya Nabi tak ada di rumah, dia terpaksa balik kerana di rumah dia ada ibu dia yang tua yang sudah sakit. Aisyah bagi tahu kepada Rasulullah, ada seorang datang daripada Yaman nak jumpa dengan engkau Ya Rasulullah. Antaranya Rasulullah terkilan. Rasulullah tak sempat berjumpa dengan Uwais Al Qarni.

Arab Saudi

Dan Rasulullah berwasiat kepada sahabat, kalau sekiranya kamu pergi ke Yaman, kamu carilah seorang yang bernama Uwais Al Qarni. Abu Bakar pergi cari. Umar pergi cari.

Jadi maknanya, Uwais Al Qarni seorang yang beriman dan hidup sezaman dengan Nabi, tetapi dia tidak termasuk di kalangan sahabat kerana dia tidak berjumpa dengan Nabi. Kena berjumpa dengan Nabi. Tu syarat yang kedua.

Yang ketiga, dia kena beriman dengan Nabi. Kalau dia hidup sezaman dengan Nabi, berjumpa dengan Nabi, tak beriman dengan Nabi, itu bukan sahabat.

Abu Jahal tu berjumpa hari-hari, Abu Lahab bertembung hari-hari, tapi tak beriman, maka itu tak termasuk di kalangan sahabat.

Syarat yang ke empat nak jadi sahabat, dia kena mati dengan iman. Kalau sekiranya selepas daripada Rasulullah wafat, dia murtad, maka dia juga tidak dinamakan sahabat. Walaupun dia pernah hidup sezaman dengan Nabi, berjumpa dengan Nabi, pernah beriman dengan Nabi, tapi kalau dia tidak beriman selepas daripada mati tak nama sahabat.

Itu empat syarat nak jadi sahabat. Baik. Tu nama washohbihi.

Dan segala ikutannya. pada anak buahnya yang suci mereka itu akan rahmat dan salamnya yang berkekalan keduanya hingga hari kiamat.

Haa rahmat dan salam yang berkekalan hingga hari kiamat.

Rujukan:

iman1.png

Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.

Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya, lantas dia berkata: “Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam”.

Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya.”

Lelaki itu berkata: “Benarlah kamu!”

Kami pun merasa hairan terhadapnya: dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Lelaki itu berkata lagi : “Ceritakan kepadaku tentang iman”.

Baginda s.a.w bersabda: “Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu
beriman dengan kadar baik dan burukNya”.

Lelaki itu berkata: “Benarlah kamu!”

Dia berkata lagi: “ceritakan kepadaku tentang ihsan”.

Baginda s.a.w menjawab: “Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika tidak melihatNya, sesungguhnya Allah
melihat kamu.”

Lelaki itu berkata lagi: “Ceritakan kepadaku tentang tentang kiamat”.

Baginda menjawab: “Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku kiamat).”

Lelaki itu berkata lagi: “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya.”

Baginda menjawab: “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan.”

Kemudian lelaki itupun pergi. maka akupun menunggu beberapa hari.

Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: “Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu.”

Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu. “

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab Iman, hadis no. 8.

–>

Popularity: 71% [?]



Kesempurnaan

14 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin

Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.

Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du

Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.

Tang mana? Waja’ala?

dan_jadikan_solat1.png

Buka mukasurat depan sekali enam baris dari atas.

Dan yang menjadi padanya dapat lazat manis khidmat sembahyang yang menempati syurga yang disegerakan di dalam dunia. Bagi segala hambanya yang muhibbin dan tempat galian segala rahsia daripada bagai tajalli bagi Allah orang yang ‘aashiqin yakni rindu mereka itu akan mahbubNya.

Apa dia ni?

Masih lagi Alhamdulillah. Masih lagi Alhamdulillah.

Alhamdulillah apa?

Muqaddimah kitab.

Syukur pada Allah.

Allah mana?

Allah menjadikan sembahyang itu jalan bagi orang muttaqin.

Allah mana?

Allah menjadikan sembahyang itu tempat sejuk mata hati mursalin.

Allah mana?

Allay yang menjadikan sembahyang itu daripada segala rukun-rukun agama. Dan Allah yang menjadikan padanya tempat lazat manis khidmat sembahyang yang menempati dengan syurga di dalam dunia.

Faham tak?

Kita bukan dok masuk bab lagi. Baru dok Alhamdulillah. Bukan masuk bicara lagi.

Baik.

Muqaddimah kitab. Oleh kerana kitab ni kitab cerita pasal sembahyang, muqaddimah pun dia mula pasal sembahyang. Muqaddimah pun dia mula pasal sembahyang.

Begitu juga orang yang berceramah.

Orang yang berceramah ni, dia akan mula berceramah muqaddimahnya menurut benda yang dia nak cerita. Mula dengan cerita.

Macam contohnya, dia nak ceramah apa dia Maulidurrasul.

Alhamdulillahillazi Arsalarasuulahu bil huda wadiinil haq.

Sesuai dengan benda yang dia nak cerita. Itu orang pandai ceramah.

Dia nak berceramah dengan apa dia dengan raya, berkenaan dengan raya

Alhamdulillahiwahdah, sodaqowa’dah, wanashoro’abdah, waa ‘azzajundahu wahazamal ahzaabawah dah.

Dia mula muqaddimah dia gitu. Mana-mana muqaddimah pun bolehlah. Tetapi sesuai - sesuai.

Macam laa ni mula musim puasa ni, dia mula dengan

Alhamdulillahi qaa il shahru Romazhoonallazi unzilafii hil quraaan.

Ha..itu muqaddimah.

Begitu juga oleh kerana kitab ini dia bicara bab sembahyang, dia bicara bab sembahyang dan dia tekan dalam kitab ni khusyu’ dalam sembahyang, maka muqaddimah dia pun mula dengan puji Tuhan.

Tuhan mana?

Tuhan yang menjadikan sembahyang jalan bagi orang muttaqiin.

Tuhan Alhamdulillah yang mana?

Allah mana?

Allah yang jadikan sembahyang tempat sejuk mata hati.

Allah mana?

Allah menjadikan sembahyang rukun daripada rukun agama.

Jadi tu makna Alhamdulillah. Urutan daripada situ. Faham tak?

Dan menjadikan padanya, Allah Ta’ala menjadi padanya, pada sembahyang itu, dapat lazat manis khidmat sembahyang ia menempati syurga yang disegerakan di dalam dunia.

Maknanya Alhamdulillah lah - Allah Ta’ala yang menjadikan sembahyang tu tempat lazat, lazat manis, menempati syurga dunia sembahyang ni.

Sembahyang ni dia syurga dunia yang paling nikmat - Ialah sembahyang.

Sebab apa bila sampai pada kita tak nikmat? Sembahyang tak sedap? Bergagah sahaja? Tengok sembahyang terawih nak sampai 20 tak larat menggeliat. Sebab apa?

Sebab kita ada penyakit. Orang tak ada penyakit bukan setakat 20 rakaat, ribu rakaat orang boleh buat. Wali waliyullah, wali waliyullah, boleh sembahyang, boleh sembahyang beribu-ribu rakaat. Kita? 20 rakaat pun bergagah. 8 rakaat pun bergagah, sebab kita ada penyakit.

Penyakit apa?

picdiabetes.gif

Bukan kencing manis, bukan darah tinggi. Penyakit dalam hati. Jahil. Kotor hati kita.

Sebab tu tak sedap. Tak sedap. Macam orang.. bila orang hidang makanan, sedap setara mana pun, dah dia ada penyakit, penyakit demam, pening kepala, loya, beri makan makanan apa pun,lauk apa pun, kambing masak khurma pun, tak sedap. Sebab apa? Sebab dia ada penyakit. Cuba orang yang tak ada penyakit. Dia mamah kepala-kepala. Sebab dia tak ada penyakit.

Begitu juga sembahyang. Orang yangtak ada penyakit nikmat. Sebab itu tuan-tuan kalau kita dok bergagah bergagah bergagah sembahyang, tak jadi apa. Nak macam mana cara? Berusaha bagi sembahyang tu sedap. Berusaha bagi sembahyang tu seronok. Macam tak puas 20 ni. Kalau boleh terawih 40 pun tak pa aku. Siapa pun tak berani nak sebut yang ni. Tak berani.

Yang dok sebut la ni 8, 20, 8, 20. Dak kot cari kot-kot ada khilaf 4 tak ada ka? Kot-kot khilaf-khilaf dhoif-dhoif pun jadilah, boleh pakai lagi. Tak ada dah.

Sebab apa kita tak pergi ke arah situ? Kita tak syok. Tak sedap.

Jadi maknanya macam mana?

Sebab kita buat ibadat - gitu- buat… musim terawih, kita buat, musim terawih, kita buat. Tak jadi sembahyang tu ditunggu-tunggu.

Sembahyang ni satu benda nikmat, satu benda seronok. Barulah kita tak bergagah, kita puas boleh buat. Puas. Muka pun rajin. Jadi tak ada masalah.

Jadi untuk selesai masalah ni, tuan-tuan, kita kena bersih hati kita. Kita kena sedar diri kita. Kita kena ingat nikmat Allah Ta’ala yang bagi kepada kita banyak. Kita kena ingat amal-amal yang kita buat tak banyak mana, ni peluang untuk aku kumpulkan pahala sebanyak mungkin yang boleh. Kena fikir itu semua.

Kena berusaha benda ni, barulah nak jadi.

Bertaubat daripada segala dosa-dosa. Yang macam kita belajar inshaallah kita boleh dapat semangat balik. Sebab tu kita letak dua, macam tafsir tu, tu dia nak semangat kita balik. Sebab kita tak sedar diri kita. Kita tak faham diri kita macam mana. Sebab tu kita tak kenal Tuhan kita. Tak kenal Tuhan kita.

Lagi satu kita laa ni sihat. Boleh berjalan, boleh ruku’, boleh apa.

dialisis.png

Terkedang atas katil - ngap ngap ngap tak leh buat, masa tu baru hang nak tepuk dahi. Nak tepuk dahi. Laa sihat, sembahyang terawih pun malas. Bukan nak sembahyang sangat, bergagah sahaja.

Buatlah tuan-tuan sekalian. Lawan-lawan sikit malas tu. Lepas tu ajar-ajar bagi jadi sedap. Sedap. Jadi sedap. Bagi jadi nikmat. Tak sedap, hati kita ada penyakit. Hati kita ada penyakit. Bagi nikmat.

Sebab tu, tok-tok Imam terawih pun baca janganlah kalut sangat. Nak sedap macam mana, tak tahu prr prr prr. Menatang apa dia baca tak tahu. Tak tahu apa. Mana nak mari sedap. Dia gaduh. Pelan-pelan. Apa makna terawih? Berehat-rehat. Pelan-pelan baca. Hayati. Ni nak hayati lagu mana, sampak tak tahu apa prr prr prr…dhooolllin. Sedar-sedar dhooolllin dah.

Tak kira panjang pendek, tak kira apa semua. Tak nikmat. Kita gaduh nak ke banyak. Selalu saya habag banyak kali dah. Apa pun, kita bukan nak kira nak sempurna, nak bagi banyak. Fesyen kita lagu tu. Lailaaa……………..qadiirrrr. Janji sepuluh. Betul tak betul tok sah kira. Perangai tu dok bawa lagi. Sampai ke terawih. Janji 20. Cucah cucah cucah tak pa. Bukan kira lagu tu. Nak buat sempurna.

Kita buat ni nak apa? Nak pahala. Nak pahala. Sembahyang untuk apa -

Inassholaa tatan haa ‘anil fahsyaa iwal munkar.

Sembahyang itu mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran.

Kalau sembahyang kelam kabut macam tu, dia boleh jadi benteng kat kita ka? Satu. Dia boleh bawa kesan pada peribadi kita kah? Boleh bawa kesan pada akhlak kita kah? Tak boleh.

Sempurna sembahyang. Jangan kalut. Nak balik buat apa di rumah? Yang gaduh nak balik sangat ada apa di rumah? Televisyen? Lambat-lambat sikit pun tak apa. Tu saya sebut tu kalau prr prr prr sampai tak tahu ekoq kepala baca, sembahyang lapanlah senang. Kalau 8 jugak kalut sampai tak tahu apa, tok sah sembahyang langsunglah.

Dah bagi lapan pun prrr.. dia dok cerita tempat kami paling best, 9 suku clear sekali dengan witir. Ni. Nak 9 suku clear sekali dengan witir-witir. Kita nak buat ibadat. Baik sempurna. Tu saya kata, Allah suka kita buat ibadat. Tak banyak pun tak apa, tapi sempurna. Banyak sempurna, lagi baik. Jangan gaduh.

Yang kita gaduh-gaduh nak sudah cepat, bukan buat apa pun lepas sembahyang. Sudah sat gi pi duduk balai lintang, bukan nak balik terus. Sembang pulak.

Hak sembang sahaja pun pi pukul 12 pukul 1. Sembahyang, setengah jam rasa lama sangat dah.

–>

Popularity: 52% [?]



Muqaddimah

7 04 2007

3rd.png

Waja’alafiiha qurrata ‘aini saiyyidil mursaliin. Waruk nan min arkaaniddiin.
Dan Tuhan yang menjadikan dalam sembahyang itu sejuk mata hati.

Sembahyang tu, Allah jadikan sembahyang tu sejuk mata hati. Tahu sejuk mata hati? Sembahyang ni tempat sejuk mata hati.

Allah Ta’ala jadikan Waja’alafiiha qurrata a’ yuunin, apa dia? Aku puji dah. Puji mana? Tuhan yang jadikan sembahyang itu jalan bagi orang muttaqiin, satu. Aku puji dah. Tuhan yang menjadikan sembahyang itu tempat sejuk mata hati. Baru faham, maknanya begitu.

Dia duduk kat Alhamdulillah lagi. Puji pada Allah Ta’ala, syukur pada Allah, kerana kita ada sembahyang tempat sejuk mata hati.

Kita orang beriman ni orang paling tenang. Kita malam-malam mimpi ni biasa. Mimpi merapu. Kadang-kadang kita ada mimpi merapu. Mimpi hat takut. Mimpi hantukah, masuk kuburkah, mimpi ular hambat kita kah, mimpi hak ngeri.

Tengah-tengah malam, terjaga. Tidur tak lena. Takut. Bulu roma cerin naik apa semua. Kita orang beriman, baca ayat Kursi. Baca Lau Anzalna. Baca Bismillah banyak-banyak. Inshaallah hilang. Malam esok sebelum tidur, siap-siap beringat dah. Baca ayat Kursi, baca Lau Anzalna siap-siap.

lauanzalna.jpg

Kalau tak reti sangat, baca Qulhuallah, baca Qul A’u zubirobbilfalaq, Qul A’u zubirobbinnas, baca betul-betul ikhlas - Bismillah 41 kali. Bismillah 21 kali ka. Inshaallah, tidur aman. Aman kita lena, elok saja.

Fikir sat. Nu orang-orang kafir nu. Anak-anak cina, anak-anak hindu mimpi tengah malam hantu takut dia nak baca apa? Hang tak pa dah ada ayat Quran sebab orang Mukmin. Depa nak baca apa? Nak baca apa? Tak ada benda nak baca depa.

Tapi bila mari mimpi, nak tidur takut. Nak tidur takut. Takut apa? Takut mimpi pulak. Takut mimpi pulak. Cukup siksa bagi depa. Mimpi sudah siksa. Dia tak ada jalan. Takkan nak panggil wayang cina godam gedebung gedebang gedebung gedebang? Nak buat lagu mana? Nak buat lagu mana?

Tang tu pun kita dah boleh bersyukur dah, alhamdulillah, aku ni ada jugak. Nasib baiklah aku orang beriman, bolehlah baca ayat-ayat Kursi, baca Lau Anzalna, Qulhuallah. Puak-puak tu nak baca apa gamaknya. Nak baca apa. Memang tak ada. Depa bukan ada benda nak baca.

sleeping_pills.jpg

Ya tak ya, tu yang makan ubat tidur, nak bagi tidur. Macam-macam dia orang apa semua. Tak lena, macam-macam timbul, apa semua, gitu. Kita ni ada ayat Quran tu, ayat Quran boleh baca, ada masalah boleh baca. Ada masalah boleh baca. Depa tak ada. Tu penyiksaan, tapi depa tak berasa lah itu satu siksa, sebab benda tu dok lalu kat depa lagu tu.

Cuba depa dapat nikmat Iman dan Islam. Masa tu dia rasa cukup besar. Kita ni hat ada ni tak berasa apa. Patutnya alhamdulillah syukur ni aku boleh baca ayat-ayat ni. Sebagai benteng, sebagai penghadang, sebagai penghalang kita. Tak rasakah benda tu rasa besar.

Sembahyang pun begitu. Ada masalah pi sembahyang, sejuk mata hati. Balik sembahyang terawih rasa lapang saja. Ibadat ni tuan-tuan sekalian, bukan macam maksiat.

Kata Nabi, Lisho iimi farhataani, farhatun ‘inda ifthoorihi, farhatun ‘inda li qo irobbih � bagi orang puasa, dapat dua benda yang seronok. Dapat dua benda yang seronok. Satu dia seronok bagi orang yang berpuasa, farhatun ‘inda ifthoorihi, satu bahagian ketika dia buka puasa, seronok. Waktu buka puasa tu seronok.

Apa makna seronok buka puasa? Sebab boleh makan? Ada lycheekang, ada nasi kerabu, ada kuih badak, ada buah melaka, seronok ? Cendol, bubur lambuk, seronok? Bukan semua orang seronok boleh makan. Mungkin puak-puak muda kita zaman budak-budak dulu, seronok sungguh. Mai tua-tua ni, dengan sakit macam serba mak nenek ada, seronokkah makan?

dates.jpg

Seronok, tapi tak setara mana. Makan khurma sebiji, kenyang. Tak makan pun tak apa dah. Bubuh mineral sebiji, bubuh botol, teguk air tak apa dah. Seronok?

Apa makna seronok yang Nabi kata Lisho iimi farhataani, farhatun ‘inda ifthoorihi, satu seronok waktu buka. Apa seronok? Satu, mungkin seronok sebab boleh makan.
Ulamak tafsir seronok ni sebab boleh buat ibadat. Alhamdulillah, aku sampai juga hari ni, sampai habis hari ni. Berasa seronok sebab ibadat ni, lepas buat seronok, lepas buat seronok, lepas buat seronok. Dia gitu. Dia tak macam maksiat.

Maksiat lepas buat menyesal, tak seronok. Dia terbalik.

Maksiat, masa buat tu seronok. Masa buat tu seronok. Ibadat ni, masa buat tak berapa seronok. Lepas buat tu seronok. Dia terbalik begitu. Tu makna seronok. Buat ibadat ni seronok lepas sembahyang, rasa lapang. Nak sembahyang nak cukup dua puluh tu menggeliat. Bila nak habis. Kena tok imam, amboi tok imam pun meleret baca, dok berleter kat belakang.

Tapi nak keluar rasa sayang jugak..gagah buat, gagah buat, gagah buat, habis dua puluh. Sambung lagi, nak cabut balik dah, witir sat gi balik buat di rumah lah ni. Tak apa dah. Balik rumah malas tak buat dah. Gagah juga buat sampai habis witir. Lepas sembahyang amboi rasa lapang saja.

Tu ibadat. Masa buat tak berapa seronok sangat.

Maksiat, buat seronok. Orang rogol orang tu berapa minit seronok? Berapa minit seronok? Lepas tu, masuk penjara berpuluh-puluh tahun pulak. Itu hat penjara satu bab pulak, hat duduk orang dok maki hamun cerca apa semua ni, lagi. Hang nak seronok sat saja, hang fikir sama nak buat maksiat. Yang seronok betul, buat taat.

Tu cerita dia.

Bangun beribadah tengah malam, malas. Malas nak bangun cukup malas, bergagah saja. Bangun juga, malas, bangun juga. Esok berasa lapang saja. Rasa wara’ hari tu. Baik aku hari ni, kalau mati pun tak apa dah. Semalam Qiamullail. Kalau tiap-tiap malam lagu ni kan bagus. Setahun kali tu la.

Tu ibadat. Lepas buat seronok.

Mengaji pun lagu tu. Mengaji ni. Masa nak mai tu bukan berapa rajin sangat, bergagah saja. Nak kata seronok sangat, dak. Masa mengaji bukan seronok sangat. Ka dok tunggu tengok jam, dok ralit bila nak sudah. Dengan hujan nak turun lagi, dengan jalan sekat lagi apa semua.

ngaji2.png

Orang buat jalan apa semua, bukan orang sekat tuan-tuan, orang nak perbesar untuk kita bagi elok, kali ni saja. Esok elok, boleh selisih boleh apa semua. Mujur depa pun dengar yang kita dok berleter gamaknya. Dia kata payah Ustaz Mutalib dok berleter, buat pi lah kat dia.

Masa buat tu seronok. Masa buat tak seronok mana. Lepas buat, balik mengaji ni, ni, tuan-tuan balik mengaji, seronok. Saya balik mengaji, duduk atas motorkah atau keretakah, tenang. Tak mahu dengar nasyid ka, apa ka tak sedap. Tak sedap. Dok sedap yang mengaji tadi. Masa mengaji menggelisah, amboi tok guru rancak lagi bila nak sudah ni.

Jadi, ibadat begitu. Lepas buat seronok. Ni seronok dok rasa sedap, balik satgi. Berasa alim aku hari ni. Padahal mengaji tu baru tu. Rasa alim. Semua ibadat. Tu yang kata, farhatun ‘inda ifthoorihi, satu bahagian ketika dia buka puasa, seronok. Seronok boleh tunai tanggungjawab kita. Inshaallah, semua ibadat. Haji pun lagu tu.

Masa pi buat haji tuan-tuan, siapa kata seronok? Seronoklah jugak, tapi banyak susah.

arafah.jpg

Nak banding dengan rumah kita, pi tidur di padang Arafah, berkelewar kot tu. Angkat tauk di Mudzalifah tu, lepas macam lembu. Boh tu ha, masuk dalam kandang, boh hambat, masuk. Tok Arab pulak mana nak layan kita. Bagi kain satu, kain selimut satu. Kalau hujan pun yang tu, tak hujan pun. Yang tu lah selimut, yang tu apa. Duduk tengah panas.Habis tu dia pi tauk pulak di Mina, dok di Mina, dok dalam khemah ratus-ratus orang dok dalam khemah. Kepala aku kaki hang, kaki aku kepala hang. Kena pulak kita duduk tang tengah pulak, orang keluar nak pi bilik air langkah kita, langkah kita, langkah, langkah, seronok apa? Orang pakat batuk pulak, dok dekat-dekat, pakat tidur belaka. Kalih kot nu, sembur muka kawan ni batuk, kalih kot ni sembur muka. Kita pun sembur muka kawan tu pulak. Seronok?

Pi melontar pun gitu. Pi melontar tempuh aku tempuh hang tempuh aku hang tempuh. Tawaf lagu tu, kita tak tolak orang, orang maki kita, kata kita yang tolak apa semua. Susah. Susah. Tapi balik-balik haji, seronok tak? Nampak tak?

Tu yang kata ibadat ni seronok. Sampai-sampai di airport tu, seronok? Allah seronoknya..nak pi pulak. Hat ni pun tak sampai rumah lagi, dan la sampai rumah dulu.. dan nak pi pulak dah aih..Baru balik sat ni baru, tak dan dok atas kereta nak pi dah ni. Tu kata ibadat tu.

Seronok ni bukan sat-sat. Tu tanya orang pi haji dua puluh tahun lalu.Tanya tengok, macam mana Pak Long, pi haji dua puluh tahun dulu. Allah, dia kata cukup seronok. Pak Long, mencuri dua puluh tahun dulu lagu mana? Seronokkah? Hmm..

Ibadat tu lepas buat seronok. Seronok ni pulak, seronok terus terus di dunia, bawa seronok tu sampai dalam kubur, bawak seronok tu sampai bertemu Allah Ta’ala.

Orang tak mahu buat ibadat, bodoh. Dia ikut nafsu. Bela nafsu. Sebab buat ibadat ni tu dia, fesyen dia memang lagu tu. Tanya haji tu contoh, kita nampak senang sangat. Setahun dua tahun pergi haji tapi dok bayang lagi hat seronok. Berasa tenang, seronok tak ada dah hat seronok lagu tu.

Gitu lah saya. Hidup saya ni macam-macam, tuan-tuan sekalian. Macam-macam saya lalui dah. Pi ceramah sana, pi ceramah sini. Macam-macam. Hat paling seronok sekali, waktu duduk di pondok. Masa bila? Masa keluar pondok.

Masa duduk pondok berasa susah la. Dengan tidur dengan bantal sebiji. Baju sehelai. Makan ikan tamban kering saja hari-hari. Tidur musim-musim hujan, tuan-tuan sekalian, bumbung tiris. Bumbung tiris. Kalih kot nu, kena kaki, air. Kalih kot ni kena kepala. Kalih kot nu, sudah tak tidur.

pondok_student.jpg

Susah mandi telaga. Musim-musim kemarau tu bukan, nak mandi bagi sejuk badan aja. Air telaga. Bawah cukup keruh, jirus naik putih aja semua. Susah kata. Duit tak ada. Adalah dua puluh ringgit, hat tu lah nak beli ubat gigi, beli sabun. Sabun harap ambil yang dalam telaga yang orang jatuh saja. Hat kembang, bau busuk nak mampuih. Sabun pi, biar nama sabun.

Ubat gigi tonyoh saja aja, nak beli ubat gigi pun tak ada. Tak pernah habaq kat tuan-tuan, bulan puasa ni habaq pi lah. Nak beli ubat gigi pun tak ada duit, tuan-tuan sekalian, gigi nak kena gosok juga. Tonyoh saja lah. Pernah tuan-tuan, ambil berus gigi, tenyeh dengan sabun. Termuntah tu la..tuan-tuan sekalian.

La Tuhan bagi. Macam-macam, pi ceramah sana, pi ceramah sini, ceramah sana, tak ada dah rasa hat paling seronok waktu duduk pondok. Tak jumpa dah. Tak jumpa dah. Pi naik kapal terbang ceramah sana, ceramah sini. Tak boleh sama waktu duduk pondok dulu. Tu yang kata buat ibadat tu.

pondok.png

Tu dok tanya kawan-kawan saya, itu yang paling seronok sekali. Padahal, dinding pondok terajang pun runtuh. Menyandar pun tak berani menyandar kuat takut jatuh terlentang, sekali dengan papan-papan, sekali dengan aku-aku turun ke bawah.

Tu saya.

Tapi nikmat beribadat tu. Nikmat, sebab kita duduk tu dalam ibadat. Dia nikmat. Nikmat terasa. Terasa walaupun sepuluh tahun dulu saya duduk pondok, la dok terasa. Dok terasa lagi nikmat. Tu ibadat.

Semua ibadat macam tu. La ni tuan-tuan sekalian kita tak terasa nikmat. Waktu tak boleh mengaji duduk di rumah, PAP! kena tak boleh jalan tak boleh apa semua, masa tu nikmat besar. Tu dok teriyak tu. Dok telefon kat saya banyak lagu tu, huuu..teriyak, ustaz tak boleh pi lumpuh apa semua, nanti legalah tu sabar la. Dia rasa nikmat hat dia ngaji tu. La tak berasa lagi.

Tu saya kata jangan dok menyembang. Esok hang tak boleh pi esok hang teriyak la. Tak boleh pi. Orang dok nikmat apa semua mengaji hang dok sembang pot pet pot pet pot pet. Ibadat. Ini cara dia. Masa buat ni, ni. Lepas tu kita nak kira pulak nikmat tu. Sampai la…

Dunia ni pun kita dah nampak dah ibadat macam tu tuan-tuan. Allah tunjuk dah di dunia ni lepas buat ibadat, nikmat, nikmat. Tu takkan tak percaya sampai akhirat, sampai dalam kubur dia bawa nikmat tu. Maksiat tak ada apa. Ikut nafsu, tak ada apa. Ada orang bangga buat maksiat. Lepas tu menyesal. Tak ada kesudah.

 

3rd.png

Waja’alafiiha qurrata a’ yuunin saiyyidil mursaliin. Waruk nan min arkaaniddiin.

Menjadikan dia sembahyang itu sejuk mata hati penghulu segala mursaliin.Yakni jadi sejuk mata hati Nabi dengan mujahadah dengan Tuhannya di dalam sembahyang, dan menjadikan sembahyang itu satu rukun dari rukun agama.

Cukuplah setakat tu.

Wallahu subhaanahuata’la a’lam.

–>

Popularity: 58% [?]



Muqaddimah

7 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

2nd1.png

Alhamdulillahi robbil ‘alamiin. Allazii ja ‘ala solaa ta thoriqatal muttaqiin.
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Tuhan yang menjadi sembahyang yakni sembahyang lima waktu ini jalan segala orang yang muttaqiin.

jalan_ke_mana.jpg

Jalan bagi segala orang yang bertakwa. Sembahyang lima waktu, jalan bagi orang yang muttaqiin, jalan bagi orang yang bertakwa. Apa dia? Allazii ja ‘ala solaa ta thoriqatal muttaqiin.

Tuhan mana? Tuhan yang kita puji tu yang menjadikan sembahyang itu jalan bagi orang yang muttaqiin. Itu jalan kita. Jalan kita - sembahyang. Orang yang tak sembahyang tak ada jalan. Tak ada. Orang yang muttaqiin, orang yang bertakwa, tempat selesai masalah dia, sembahyang. Tu jalan kita. Cara kita, cara sembahyang. Bukan cara tak sembahyang.

Keturunan kita keturunan sembahyang. Jenis kita jenis sembahyang. Bukan jenis tak sembahyang. Ini orang mukmin. Tak nama mukmin kalau tak sembahyang. Tak nama mukmin.

Sebab tu Imam Nawawi Rahimullah sebut, dia tafsir. Nabi ni bila sembahyang jumaat, sembahyang jumaat, biasanya, bila Nabi jadi imam sembahyang jumaat, Nabi baca surah Jumaat dan surah Munafiquun. Raka’at pertama surah Jumaah, raka’at kedua surah Al Munafiquun. Tu biasa Nabi baca. Ada juga kadang-kadang Nabi baca surah Sabbihismarobbukal a’la dan surah Hal ata kahadiithulghoosyi yah.

Lepas pada tu orang tanyalah sebab apa Nabi baca surah Jumaah? Tak apalah, kata Imam Nawawi, sebab surah Jumaah tu memang cerita pasal hari Jumaat. Cerita pasal hari Jumaat surah Jumaah tu, sesuailah baca pada hari Jumaat. Lepas tu surah Al Munafiquun pasal apa baca sembahyang Jumaat, apa sesuainya dengan surah Munafiquun?

Surah Jumaat tak apa la tadi baca ni. Macam kita baca raka’at pertama, macam sembahyang sunat Dhuha, raka’at pertama, Was Shamsi wa dhuhaa ha. Raka’at kedua, Waddhuha. Sesuailah. Sesuai bukan kata tetap kena baca surah tu.

Untuk sembahyang Jumaat raka’at kedua Nabi baca surah Al Munafiquun. Sebab apa? Imam Nawawi tafsir, sebab hari Jumaat ni banyak orang munafik. Banyak orang munafik sebab tu kena baca surah Munafiquun tu. Bagi nak sebab surah Munafiquun ni banyak cerca orang munafik macam kita baca lepas dah, tafsir lepas. Sebab hari jumaat banyak orang munafik.

Betulkah hari jumaat banyak? Memang betul. Jumaat banyak orang munafik. Zaman dulu banyak orang munafik. Zaman la pun ramai. Sebab apa? Sebab orang munafik ni, dia punya ibadat menunjuk-nunjuk. Menunjuk-nunjuk. Sebab tu dia gagah juga pi sembahyang jumaat. Sebab dia tak ada alasan nak jawab.

jumaat.jpg

Nak jawab, awat hang tak pi sembahyang jumaat? Kelmarin aku tak nampak muka hang pun? Aku sembahyang Jumaat di rumah. Mana boleh. Mana boleh. Mana ada sembahyang Jumaat di rumah. Nak jawab lagu mana? Ya tak ya, pi pi lah, satgi orang nampak sangat aku tak sembahyang jumaat. Ni munafik ni. Sifat munafik ni. Pi pi lah satgi orang nampak sangat aku tak sembahyang jumaat.

Yang Subuh? Awat hang tak sembahyang Subuh? Aku sembahyang Subuh di rumah. Ini dia boleh jawab, sebab tu dia tak pi. Sembahyang Maghrib? Aku sembahyang Maghrib di rumah. Sembahyang Isya? Aku sembahyang Isya di rumah. Sembahyang Asar? Aku sembahyang Asar di rumah. Walaupun tak sembahyang, dia boleh jawab di rumah. Mari jumaat, tak upaya nak jawab dah, mau tak mau kena pi.

Sebab tu jumaat semua orang mai, Subuh tak ada orang. Kes tu. Orang munafik ramai. Sebab tu dok baca surah Munafiq tu.

Munafik dulu tak apalah, Arab, baca surah Munafiq dia faham. Berasa juga terkena. Mai munafik melayu ni? Dia tak faham apa. Tak faham apa. Yang ni banyak.

Sebab tu hikmat baca surah Al Munafiquun tu.

Sebab tu orang panggil Islam tak akan kuat selagi mana sembahyang jemaah Subuh tidak macam sembahyang jemaah Jumaat. Dah tulis dalam Harakah la apa semua, laa ni dok riuh. Memang betul lagu tu. Sebab apa Subuh tak boleh ramai dari Jumaat, patut Subuh lagi ramai, sebab Subuh orang perempuan pun pi.

Kita boleh bawa start motor, bawa bini kita pi sekali apa penuh, baru Islam kuat. Pasal apa yang Jumaat ramai? Sebab orang yang menunjuk-nunjuk tu ramai. Kalau duduk di rumah hari Jumaat orang nampak sangat. Sebab sembahyang Jumaat, tak boleh sembahyang sorang-sorang. Sembahyang lain, dia kata tak apa aku sembahyang di rumah, padahal dia tak sembahyang pun. Dia tak sembahyang pun.

Jadi kalau buat ibadat nak menunjuk-nunjuk, itu namanya sifat munafiquun. Itu patut baca hari jumaat tu surah Munafiquun, supaya yang munafik tu jangan buat perangai munafik, jangan mari Jumaat ni nak tunjuk-tunjuk kat orang saja. Mari ni nak sembah Allah Ta’ala betul-betul. Bukan nak tunjuk kat orang saja.

Jadi kalau kamu mari nak sembah Allah Taala betul-betul, Zohor, Asar, Maghrib, Isya, Subuh, hang pi jugak macam tu la. Takkan nak semua nak wajib jemaah? Sebab tu baca surah munafiquun. Tu Imam Nawawi tafsir.

Dan Tuhan yang menjadi sembahyang yakni sembahyang lima waktu ini jalan segala orang yang muttaqiin.

Jalan segala orang yang bertakwa. Jalan segala orang yang bertakwa, ini jalan kita. Sembahyang.

solat1.jpg

Nak sembahyang sampai bila kita ni, tuan-tuan? Sampai mati. Sampai mati. Biar kita berhadap dengan mati, tahu dah kita ni nak mati, aku tak hidup dah ni. Tak boleh hidup lama dah berasa macam ni. Ni memang nak mati dah kita pun tahu dah. Tak apalah. Kalau aku hidup lagi aku boleh sembahyang lagi, kalau aku mati tak apalah, setakat ni sahaja sembahyang aku.

Biar sampai macam tu, jangan dok berserabut. Jangan dok serabut. Ni sembahyang dak lagi, kadha yang nu ada lagi, itu bukan jalan kita. Nak mati tenang kita, tuan-tuan sekalian.

Sujudlah pada Allah Ta’ala. Tunduklah pada Allah Ta’ala. Allah Ta’ala beri kesempatan kepada kita. Waktu kita sihat. Umur kita ada lagi. Guna peluang. Kita mai di dunia ni pun, Allah Ta’ala hantar kita untuk beribadah. Kita nak sembah dia. Esok, di dunia tak pernah sujud, akhirat esok, nampak Allah Ta’ala, pakat nak sujud semua.

Orang yang tak pernah sujud Allah Ta’ala keraskan belakang dia macam sekeping papan. Nak sujud ke depan, terlentang ke belakang. Nak sujud ke depan, terlentang ke belakang.

Sebab tu Allah s.w.t sebut dalam surah YaaSiin “aghlaalan“, perkataan “aghlaalan” - gari. Allah gari di tengkok. Laa ni kalau orang salah gari kot ni (tunjuk dua tangan di hadapan) atau gari kot ni (letak dua tangan di belakang). Akhirat esok gari tangan kepit tengkok begitu (sambil meletak tangan di belakang leher), untuk orang tak sembahyang. Siku dia bubuh bawah tengkok menelenggak gitu.

aghlal.jpg

Lengguk sampai ke sudah. Sebab apa? Di dunia dulu hang lenggak sangat, hang tak mahu sujud langsung dahi hang. Dia akan lenggak sampai bila-bila. Nak sujud terlentang ke belakang. Nak sujud terlentang ke belakang. Melenggak sombong, Allah Ta’ala ambil tangan kepit gari tengkok dia tak buka-buka dah, melenggak dua puluh empat jam. Kerana dia tak muttaqiin.

Tak adalah tuan-tuan semua. Tak boleh. Sembahyang tak ada cara. Payah. Buat ibadat apa pun payah nak kira. Main dengan tak sembahyang, puasa pun tak jadi. Ya lah, kenalah jugak puasa, tapi tak sembahyang nak letak di mana?

Ni puasa ni cukup rajin, sembahyang tidak. Cukup bersahur bangun dia gerak anak bini suruh bersahur, dia tak sembahyang. Lepas-lepas bersahur makan kenyang tidur, Subuh tak sembahyang. Zohor tak sembahyang, Asar tak sembahyang, Maghrib tak sembahyang.

Pukul lima start motor pergi beli makanan bawak balik, makan. Puasa cukup rajin, sembahyang tak mahu. Bukan setakat hat wajib, puasa enam pun puasa. Sembahyang tak mahu. Tak ke kacau fesyen ni. Mengarut.

Sembahyang itu tiang agama. Kena buat. Kena jaga. Suruh anak pinak kita sembahyang. Kena suruh, kena suruh, kena suruh, kena suruh. Tu dapat pahala. Yang dikata pahala kita kahwin ini, saya sebut tadi dah, tang mana lebih orang kahwin.

Orang tak kahwin dia sembahyang, dia bukan kira siapa. Dia cari makan masuk mulut dia, bukan kira siapa. Sebab tu pahala dia sikit.

Orang kahwin, otak ni dia dok fikir. Dia sembahyang, nak suruh anak-anak dia sembahyang sama. Dia mengaji nak bagi anak-anak dia mengaji sama. Dia ada ilmu, nak bagi anak-anak ilmu sama. Dia makan, nak bagi anak-anak dia makan sama. Dia buat ibadat, nak bagi anak-anak beribadat sama.

malay_family.jpg

Otak dia ni dok fikir benda tu. Fikir benda tu. Fikir tu ibadat. Akhirnya dia bentuk, dia bentuk, dia bentuk, dia bentuk. Dia sujud, anak dia pun sujud, bini dia pun sujud. Anak lima enam orang sujud semua kepada Allah Ta’ala. Pahala kita berganda.

Nak banding orang bujang dia sujud dia seorang sahaja. Kita? Ini anak siapa ni? Ini bini siapa ni? Tu pahala banyak. Berganda. Berganda.

Kita nak hidup berapa hari, tuan-tuan? Hat kita bapak ni nak hidup berapa hari? Yang nak hidup lama, anak. Inshaallahlah hidup lama. Lepas anak kita, sambung cucu kita pulak.

Kita nak zuriat kita ni orang sembahyang. Zuriat kita ni orang sembahyang, zuriat kita, keturunan kita ni keturunan orang sembahyang. Bukan keturunan kita jenis tak sembahyang. Biar pi la hak lepas-lepas sudah.

Hat setakat kita tu, hat mak pak tak peduli kat kita, sudah setakat tu. Ambik pengajaran yang tu. Ada orang sedar, aku ni kalau harap mak pak aku, tak sembahyang lagi ni. Nasib baiklah aku sedar.

Jangan bagi anak kita kata kat kita lagu tu esok ni. Nak harap mak pak aku, tak sembahyang lagi aku ni. Nasib baiklah aku berkawan dengan ustaz, berkawan dengan tok-tok guru. Ada juga kenal kawan-kawan ajak sembahyang.

Nak harap mak aku suruh, nak harap ayah aku suruh, tak pernah suruh apa, kira dia saja. Kira dia. Tak sembahyang, tak pernah marah. Naik motor dia, patah tempuh mud guard marah. Patah motor marah. Dok jaga motor lebih daripada sembahyang lagi.

kapchai.jpg

Kita tak. Biar anak kita tahu. Esok ni, kalau kita biar, biar, biar anak pinak kita tak sembahyang, umur dua puluh lima baru dia nak sembahyang. Masa tu dia sedar sendiri, katakan dia nak sembahyang, dia sembahyang. Dia ingat, umur dua puluh lima, kalau baligh umur lima belas, berapa tahun dia kena kadha? Sepuluh tahun. Dia salah siapa sepuluh tahun ni?

Dia kata kalau mak pak aku suruh sembahyang dulu, sepuluh tahun ni aku tak kena kadha dah aih. Ni mak pak aku tak peduli, tak pasal nak kena kadha sepuluh tahun.

Mak pak dok dalam kubur dah, anak dok dendam dalam hati. Anak dok dendam dalam hati. Lepas tu macam mana nak tadah tangan nak berdoa kat mak pak. Doalah juga, doa jugak, tapi tak sama dengan mak pak yang didik anak-anak ni. Doa dia tak sama.

Itu kita nak. Sebab tu start tang kita. Start tang kita, kalau hak lepas dah, hak silap-silap dah, tu nak buat lagu mana. Orang dulu pun kadang jahil juga, mengaji pun tak ada. Tok-tok guru pun tak macam laa ni. Pendedahan orang kampung kadang tak sampai macam kita laa ni. Start daripada kita.

Keturunan kita kena sembahyang. Mari nak meminang anak kita, tanya sembahyang ke tidak. Itu dulu. Jangan dok tanya pakai kereta apa? Dia bawak mai kereta mercedes sewa sat gi? Sembahyang. Sembahyang, boleh. Tak sembahyang, payah.

Kena pulak anak perempuan, lagi haru pulak. Esok jadi masalah. Orang perempuan. Anak kita ajar suruh sembahyang semua, laki dia tak sembahyang nak buat macam mana? Dia boleh buat apa? Dia boleh nasihat, nasihat, nasihat. Kalau dia nak dengar, kalau dia tak mahu dengar? Berpuluh-puluh tahun dok siksa begitu. Silap-silap, sekali dengan anak kita pulak tak sembahyang. Tak kacau?

Sembahyang tu dulu. Boleh sembahyang tak? Bolehlah nak buat kira, buat kira pasal lain. Tak sembahyang, baliklah. Balik sembahyang dulu, nanti mai lain.

–>

Popularity: 63% [?]



Muqaddimah

7 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

 

2nd1.png

Alhamdulillahi robbil ‘alamiin. Allazii ja ‘ala solaa ta thoriqatal muttaqiin.
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Tuhan yang menjadi sembahyang yakni sembahyang lima waktu ini jalan segala orang yang muttaqiin.

Puji Allah Ta’ala. Muqaddimah. Alhamdulillahi robbil ‘alamiin. Segala puji bagi Allah. Puji bagi Allah. Segala puji. Sebab apa dia sebut segala puji. Alhamdulillah � segala puji.

Puji ni banyak. Kita baca pelan-pelan sebab kita dah baca banyak kali kitab ni.

Segala puji. Hat baca tiga empat kali dah dok teringat nak mengajar tengok betul-betul. Dua kali, tiga kali khatam dah, takkan tak boleh ajar lagi?

Segala puji. Maknanya puji-pujian itu banyak. Puji apa? Orang panggil - Puji Qadim bagi Qadim. Puji baharu bagi Qadim. Puji Qadim bagi baharu. Puji baharu bagi baharu, kembali pada Qadim.

Apa dia puji Qadim bagi Qadim. Allah puji Dia sendiri. Tak apa, Allah puji Dia sendiri. Banyak dalam Quran Allah puji Dia sendiri.

Innallaha ‘alaa kullisyai in qadiir.
Allah Ta’ala di atas tiap-tiap sesuatu Amat Kuasa.

Siapa kata? Siapa kata hat ni? Ayat siapa ni? Ayat Allah Ta’ala. Dia kata kat siapa. Dia kata kat Dia lah. Allah puji Dia. Boleh tak? Boleh. Tak ada masalah.

Innallaha ghoniyyun hamiid.
Sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Kaya Maha Terpuji.

Siapa kata?. Dia kata. Dia kata kat siapa? Dia kata kat Dia lah. Dia puji Dia.

Innallaha ‘aliimun bashiir.

Berlambak ayat quran Allah Ta’ala puji dia. Allah yang kata dia puji dia sendiri. Tu namanya puji Qadim bagi Qadim. Puji Allah bagi Allah.

Yang kedua, puji baharu bagi Qadim. Hat tu pun banyak jugak. Siapa dia? Makhluk-makhluk Allah puji Allah. Manusia puji Allah. Pokok kayu puji Allah. Binatang puji Allah. Malaikat puji Allah. Ada tak? Ada. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.Tu kita puji Allah.

Lagi satu, Allah puji Qadim (ralat: baharu). Ada, Allah puji hamba-hambaNya orang mukmin. Allah puji nabi-nabi Dia. Macam Laqod kaana lakum fii rasuulillah ushwatun hasanah. Sesungguhnya pada Rasulullah itu contoh teladan yang terbaik.

Siapa kata? Allah Ta’ala kata. Dia kata kat siapa? Dia kata pada Rasulullah.

Dia kata pada Rasulullah “Khuluqul ‘Azhiim“- akhlak yang terpuji. Siapa kata? Allah kata. Dia kata kat siapa? Dia kata pada hambaNya. Qadim puji baharu.

Berapa dah? Tiga?

Yang keempat puji baharu bagi baharu. Puji kita sama kita. Kembali pada Qadim.

Hang lawa sungguh noo. Tu kita puji. Lawa tu siapa bagi? Allah Ta’ala. Puji kita sama kita, balik kepada Allah Ta’ala. Hang kaya sungguh noo. Siapa bagi kekayaan kat hang?
Allah Ta’ala yang bagi. Balik kepada Allah Ta’ala.

Semua puji balik kepada Allah, baru tak berdosa. Kalau puji ambil kat kita, berdosa. Puji, ambil kat kita. Orang puji kita, balik pada Allah Ta’ala. Orang puji kita, balik pada Allah Ta’ala.

Sebab tu nak puji orang pun kena tengok. Ada kala kita puji orang, berdosa. Berdosa. Sebab apa? Orang ni kalau kita puji dia, dia makan puji. Tu berdosa. Sebab kita pujilah dia berdosa. Dan kita pun berdosa. Jangan puji.

Ada orang yang boleh kita puji. Sebab apa? Dia ni faham, bila kita puji, dia ingat ni anugerah Allah bagi kepada dia. Dia ingat ini nikmat Allah Ta’ala, lagi dia syukur pada Allah Ta’ala. Ni orang ni boleh kita puji.

Bukan semua orang boleh kita puji. Orang tertentu saja boleh kita puji. Tu dok puji artis tu bukan boleh, depa bukan reti. Eh suara you sedap laa noo. You cantikla noo.. Thank you, thank you, thank you. Amboi. Mujur, kembang, berjalan pun dah tak kena dah. Tu tak boleh, berdosa. Dengan sebab kita puji, dia riyak. Dia riyak, dia takabur. Tak boleh.

Nak puji, puji orang sholeh-sholeh. Puji orang sholeh-sholeh. Rasulullah pun puji. Tengok Rasulullah puji apa? Puji Abu Bakar.

Hai Abu Bakar. Kalau nak timbang semua iman (puji depan) penduduk Madinah ini, semua iman timbang, nak banding dengan iman kamu, iman kamu berat lagi.

Tengok puji. Puji Abu Bakar. Nak cerita iman Umar kuat. Umar takaburkah? Umar riyakkah? Dak. Syukur pada Allah Ta’ala. Orang ni orang boleh puji.

Tengok Rasulullah puji. Rasulullah puji…tadi puji Abu Bakar, ni puji Umar. Yang tadi sebut Umar, Abu Bakar? Yang tadi Abu Bakar. Ni Rasulullah puji Umar.

Hai Umar. Kalau Allah Ta’ala tak lantik aku jadi Rasul, Allah lantik engkaulah. Dah Allah lantik aku, hang tak payah dah lah.

Maknanya Rasulullah puji Umar.

Hai Umar. Kalau Allah Ta’ala tak lantik aku jadi Rasul, hang yang layak.

Nampak dia puji. Puji Saidina Umar. Boleh.

Bagi Bilal bang, kerana suara Bilal tu sedap. Jelas. Nampak Rasulullah puji Saidina Bilal. Banyak Rasulullah puji sahabat dia. Puji sahabat dia. Boleh tak puji? Boleh, tapi orang macam mana, macam Abu Bakar, macam Umar, macam Othman, puji. Ali pun puji.

Aku ini gedung ilmu, kata Rasulullah, gudang ilmu aku ni, pintu dia Ali. Nak masuk gudang kena ada pintu, pintu gudang ilmu tu Ali. Ali banyak ilmu. Aku gedung, pintu gedung tu Ali. Nak habaq kata Ali ni ‘alim sungguh ilmu banyak. Dia puji ilmu Ali.

Sebab Ali ni orang tanya satu soalan, dia boleh jawab berlainan � semua betul. Apa kelebihan ilmu? Dia boleh jawab macam-macam. Kelebihan ilmu. Ilmu ni, lagi bagi kat orang, lagi banyak. Harta, lagi bagi kat orang, lagi habis. Orang tanya pulak, hei Ali, apa kelebihan ilmu? Ilmu ni kalau dia ada kat kita, dia jaga kita. Harta bila dia ada kat kita, kita kena jaga dia. Boleh jawab berbelas-belas. Macam-macam. Itu Saidina Ali.

Sebab tu Ali ni orang yang cinta pada ilmu. Asal dapat ilmu saja, dia cinta. Seronok Ali ni, suka ilmu. Sebab tu dia ni pintu ilmu. Baa bun. Pintu ilmu Ali ini. Rasulullah puji dia.

Ali kata Man ‘allamani harfan, kaa nalahu ‘abdan. Siapa ajar aku satu huruf saja, aku sanggup jadi ‘abdan, sanggup jadi kuli kat dia.

Ilmu ni mahal. Ilmu mahal. Dia puji. Maknanya orang yang kita nak puji, kena tengok macam mana. Kalau orang sholeh-sholeh, orang ada ilmu ada apa, boleh kita puji. Tapi jika orang tak ada ilmu, tak ada apa, jangan puji. Dia riyak, kita berdosa. Dia berdosa, kita pun berdosa.

Kita nak orang yang kita puji tu dia syukur. Sikit pun tak pandang dia. Kita mari daripada apa, papa kedana apa pun tak ada. Beranak-beranak jahil berdengung tak tahu apa sepatah. Waktu kita beranak dulu, jangan kata nak bercakap, nak baca ayat Quran, nak baca Hadith, beranak dulu, nak panggil “mak” pun tak reti. Diam tak reti apa. La Allah Ta’ala bagi ilmu sikit-sikit boleh bercakap jadi pandai jadi penceramah, boleh baca kitab, boleh baca Quran sedap mai dari mana?

Hang beranak-beranak boleh baca Quran berlagu dah? Dak aih. Tak tahu apa. Alif Ba Ta tak tahu. Allah Ta’ala bagi, dia sedar yang tu. Orang ni boleh puji. Yang ni boleh puji. Kalau dok makan puji tu, tuan-tuan jangan dok puji dia. Mengarut. Kita berdosa, dia berdosa.

Jadi puji ada empat. Sebab tu sebut segala jenis puji. Sebut segala jenis puji. Maknanya ada empat jenis puji. Tu segala jenis puji.

alhamdulillah.jpg

 

–>

Popularity: 56% [?]



Muqaddimah

7 04 2007

Versi Audio :

Transkripsi :

Mari mana lapan dengan dua puluh? Elok nak kena cerita juga hak ni pun. Sejarah. Sejarah. Mula-mula, tak ada terawih. Mula-mula dulu tak dak terawih. Dipanggil apa? Qiamullail. Bila mari bulan Ramadhan, suruh perbanyakkan beribadah bulan Ramadhan. Mai bulan Ramadhan, perbanyakkan beribadah di bulan Ramadhan. Suruh.

Sahabat ni bila arahan begitu, mari masuk bulan Ramadhan, masing-masing sembahyanglah. Asalnya. Bagi tuan-tuan faham sejarah dia. Kawan nu sembahyang bucu ni. Kawan ni sembahyang bucu nu. Kawan ni sembahyang bucu nu. Penuh masjid. Tapi tak jemaah. Buatlah hang nak buat sunat apa pun, janji sembahyang. Tu asal dia gitu.

nabawi.jpg

Nabi pun tak keluar. Nabi sembahyang di rumah. Memang sunat suruh sembahyang di rumah. Sembahyang di rumah. Sahabat-sahabat penuh duduk di masjid. Lepas pada tu malam 23, Nabi pun buka pintu rumah dia, kan rumah Nabi kan dengan-dengan masjid Nabawi, buka-buka pintu masuk masjid selalu lah. Masuklah dalam masjid. Nabi pun sembahyang. Sama-sama sembahyang dengan para sahabat. Nabi mai duk sembahyang. Para sahabat tengok Nabi keluar malam 23 pakat ikut belakang berderet. Nabi tak suruh ikut pun. Ikut. Penuh Ikut. Dah Nabi ada ikut pi lah belakang Nabi. Nabi pun tak ada masalah nak ikut.

Lapan. Nabi pun masuk rumah dia. Masuk dalam rumah dia. Dok pulak. Depa kata semalam Nabi keluar. Rugi hampa tak pi masjid. Pakat riuh. Riuh apa semua. Hat tak pi pakat pi semua, tunggu malam esok. Nabi keluar ni. Tunggu-tunggu Nabi tak keluar malam 24. Sembahyang masing-masing. Sembahyang masing-masing.

Lepas pada tu, dah sembahyang masing-masing, malam 25 Nabi keluar pula. Nabi keluar pula daripada rumah dia. Nabi tak keluar bukan Nabi tak sembahyang, Nabi sembahyang di rumah. Malam 25 Nabi keluar. Pakat penuh pula mai dok ikut belakang Nabi. Riuh pula. Nabi keluar malam 25. Depa faham dah. Malam 26 tak keluar. Mesti malam 27. Mesti malam 27. Ready depa.

Malam 27 penuhlah. Penuh. Kebetulan Nabi keluar sungguh malam 27. Keluar tu lah mula sembahyang malam 27 cukup ramai. Lapan. Sembahyang lapan. Itu cerita dia. Lepas tu maka Nabi pun masuk. Ah depa kata malam 28 Nabi tak keluar, 29 kita ready. Tunggulah pakat tunggu penuh malam 29, tak keluar. Tak keluar. Jadi, Nabi sembahyang terawih 23, 25, 27. Tu saja.

Satgi tuan-tuan pakai hat ni pulak. Kut pun hat ni dapat nas baru ni dia kata, 23, 25, 27. Sebab apa Nabi tak keluar tiap-tiap malam? Kalau Nabi keluar tiap-tiap malam, takut jadi wajib tu tak larat pulak. Berdosa pulak puak-puak tak pi terawih. Takpalah sahabat teruskan ibadat. Itulah zaman Nabi.

Mari zaman Saidina Abu Bakar, lepas Nabi wafat mari Abu Bakar. Bila mari Abu Bakar, Abu Bakar tak pinda. Macam tu jugak. Pakat sembahyang masing-masing. Sembahyang masing-masing. Hidupkan masing-masing nak buat ibadat ka nak buat apa pun buat-buat. Banyakkan ibadat, sembahyanglah pakat sembahyang masing-masing. Kawan ni sujud, kawan ni rukuk, kawan ni i’tidal, berselerak la. Teruskan macam tu.

Sampai zaman Saidina Umar. Zaman Saidina Umar. Bila mari zaman Saidina Umar, mula sembahyang macam tu jugak. Umar ni tengok berserabut. Umar kata nak sistem sikit aih. Tu Nabi kata “Ashabul Ashabika Nujum” - Sahabatku macam bintang, kalau kamu ikut dapat petunjuk. Umar tengok. Umar ajak, macam mana kita buat jemaah, nampak bersatu elok kita semua berjemaah, Umar jadi imam, lapan. Sembahyang lapan.

Bunyi hat lapan, dua puluh tak bunyi lagi ni. Sedap lagi la ni. Haa tu. Sembahyang lapan.

Penuh apa semua. Umar tengok dapat sambutan. Sambutan hebat. Umar syorkan pada hari tu macam mana esok kita buat dua puluh. Umar syorkan macam mana malam esok kita buat dua puluh, saya lantik seorang tok imam. Saya lantik seorang tok imam. Sahabat-sahabat ramai masa tu, walaupun Rasulullah dah wafat, sahabat ramai zaman Umar, sengap depa tak kata apa. Maknanya depa setuju. Tu namanya ijma’ sahabat. Ijma’ ulama’ pun kita dah kena pegang dah, nak lawan ijma’ ulamak pun tak boleh, tambah ijma’ sahabat, pakatan sahabat.

Maka start sembahyang dua puluh. Tulah puncanya dua puluh. Jadi terus dua puluh sembahyang, punca daripada zaman Saidina Umar. Sama saja daripada Rasulullah semua, dua puluh ka, lapan ka, daripada Rasulullah s.a.w. Tapi terpulanglah kepada kita. Nak banyak kena sembahyang banyakla. Nak pahala banyak sembahyang banyak. Dua puluh.

Ada lagi zaman Saidina Umar b. Abdul Aziz, dia tambah tiga puluh lebih, tiga puluh enam. Zaman Saidina Umar b. Abdul Aziz. Yang ni senyap di siapa pun tak berani sebut lla ni. Yang dok bunyi dua puluh dengan lapan, hat tiga puluh siapa pun tak pernah kata dah. Senyap di tak kata apa dah.

Tu cerita dia. Tu sejarah dia. Walau bagaimana pun tuan-tuan, buatlah bagi banyak. Di sini kita buat dua puluh. Buat dua puluh. Dah kita bulan lain kita tak buat tang mana dah, bulan ni kita buat dua puluh. Terpulanglah masing-masing, janji orang buat baik. Sudahlah tuan-tuan sekalian. Apa yang nak buat baik. Saya lagu tu. Asal orang buat baik sudah, jangan dok kacau dah. Buatlah. Tu cerita yang dok sembahyang terawih apa semua sudah.

Lepas tu yang bubuh tazkirah pulak macam mana? La bubuh tazkirah pulak dah. Ni tanya kita nak buat macam mana tazkirah. Tazkirah ni tengok keadaan. Ada bagi saya ini pendapat bukan hukum. Bagi saya satu tempat tak perlu tazkirah. Satu tempat perlu tazkirah. Tengok keadaan.

tazkirah.JPG

Kalau tempat tu anak qariahnya memang dah bagus, memang dah baik, kaki pi masjid, kaki pi surau apa semua, sembahyang terawih dua puluh tak payah tazkirah apa dah.

Tapi kalau tempat tu, ada puak tu yang banyaknya fesyen tu, dia mari bulan Ramadhan sahaja, bulan lain tak mai. Bulan Ramadhan penuh saja, lepas-lepas Ramadhan hilang. Ramadhan pulak baru nampak. Aku tengok muka hang di masjid Ramadhan tahun ni, tu tak tengok dah ingatkah dah mati dah. Rupanya ada lagi ni dok mai pulak dah.

Ni maknanya dia ni tak berubah, pasal apa jadi lagu tu? Mai setahun sekali, bulan Ramadhan mai. Tu pun Ramadhan yang awal-awal. Kalau hujung-hujung tak ada. Hat hujung-hujung tak ada. Nampak ada puak ni tak faham. Kalau jadi lagu ni tak faham. Sampai bila nak jadi lagu ni. Ni kena tazkirah.

Apa tazkirah? Nasihat. Bagi nasihat.

Innaha zihi tazkirah, kata ayat quran. Dalam apa? Dalam Al Insaan.

Innaha tazkirah. Dalam ‘abasatawalla. Sesungguhnya ini satu tazkirah.

inaatazkira.png

Tho Ha. Maa anzalna ‘alaikal quraana litashqaa. Illa tazkiratan..

Berlambak tazkirah, tazkirah, tazkirah. Bagi tazkirah. Bagi nasihat.

Terpulanglah kalau sekiranya bagi anak qariah yang jadi macam tu perangai macam tu, bagi dia kenal sikit ini ustaz, ini tuk guru apa semua, habaq apa semua, mungkin dia dapat ilmu sikit, esok dia boleh bertukar.

Satu bab dia belajar ilmu agama lebih baik dari sembahyang tujuh puluh raka’at. Fadhilat juga hat tu pun, bukan sembahyang aja pahala. Dengar ilmu, dengar orang hurai ayat Al Quran apa semua, dia sedar. Sedar dah elok dah, masjid tu dah elok dah. Dok tazkirah elok penuh apa semua, tak payah tazkirah dah. Sembahyang terawih pulak.

Ni tengok tempat. Tengok tempat macam mana.

Lepas tu nak tazkirah masa bila ustaz? Terpulanglah nak buat tengah terawihkah, lepas terawihkah. Tapi puak ni lepas lapan dia cabut. Nak tunggu lepas dua puluh nanti kita tazkirah, dia nyah balik. Nak lepas lapan pun dia nyah balik. Tu orang buat empat. Buat empat, berhenti dulu tazkirah, sambung lagi empat. Dia nak balik pun tak bolehdah, mana ada nas orang sembahyang terawih empat raka’at, paling sikit lapan saja. Ya tak ya tunggu jugak, merah telinga-telinga dengar. Lama-lama sedar. Dia faham la.

Tu makna tazkirah. Bagi nasihat. Baca ayat-ayat al-Quran, bagi tok-tok guru bagi ceramah bagi nasihat. Tak salah. Boleh. Mulia. Elok. Asal benda elok, buat.

Samalah jugak. Mungkin bubuh tazkirah apa semua balik pukul sebelas, walaupun sembahyang lapan. Kalau dua puluh pun balik pukul sepuluh setengah. Sama, tak apa lah. Yang penting tengok kebaikan hat mana satu. Hat mana satu.

Tengok masjid kita jenis mana. Kalau hat jenis mai bulan Ramadhan saja, bulan lain tak pernah mai, patut puak ni kena nasihat. Kalau hat tak mahu nasihat bulan Ramadhan, kena pi nasihat kat rumah dia. Kena pi nasihat kat rumah dia. Tanggungjawab nasihat. Larat kita nak pi rumah sorang-sorang ni. Dah dia mai dah, tibai masa tu. Baru dia faham.

La alhamdulillah orang dah faham la sikit-sikit. Dulu orang tak faham. Kalau kata jom kita pi sembahyang masjid tu masjid tu ada tazkirah. Dia tanya tazkirah lauk apa? Dia dok ingat moreh tazkirah tu. Tazkirah lauk apa. Nasihat, bagi nasihat.

Walaubagaimana pun tak usah kelahi. Itu saya nasihat tuan-tuan sekalian. Tak usah berkelahi. Tak usah berkelahilah. Buatlah. Asal orang buat baik, buatlah. Janji buat baik. Nak buat dua puluh, alhamdulillah. Bulan-bulan Ramadhan ni buat banyak lagi bagus. Banyak lagi bagus.

Tapi kalau buat dua puluh, cukup lapan tinggal hat tua-tua sahaja, yang muda-muda nyah balik habis, tak faham puak ni, kena nasihat kat depa. Buat tazkirah. Buat tazkirah.

ngaji4.png

Sebab tu sini saya tak buat tazkirah dah. Nak tazkirah apa, tiap-tiap hari dah tazkirah dah. Pagi-pagi saya bagi kuliah subuh. Hari Sabtu pulun mengajar apa semua dok ceramah apa semua, tak payah.. kita sembahyang ajalah. Tengok keperluan tempat macam mana. Jangan berkelahi, tuan-tuan sekalian.

Semua ada nas. Tu sejarahnya memang begitu. Tak sepatut kita berkelahi benda-benda begitu. Itu cara.

Yang paling elok yang mana ustaz, yang mana paling elok? Dua puluhlah, dah banyak. Tu paling baik sekali dah banyak. Hat tu paling baik, dua puluh. Tapi kalau tengok jenis kita lah. Kalau jenis kita kaki mengaji ni, elok buat banyaklah. Kita kalau tak dengar tazkirah pun, kita memang dok kaki mengaji dah. Hat tu tak pa la. Kalau nak pi tambah-tambah ilmu lagi, pi lah, terpulang. Tuan-tuan sekalian, itu maksudnya, memang begitu.

Baik.

–>

Popularity: 67% [?]