Rukun

6 09 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

Sebenarnya tuan-tuan sekalian, kita mai mengaji pagi ni mengaji pagi raya. Sepatutnya hari ni hari raya. Memang raya dah hari ni. Saya pun berasa macam hari raya dah hari ni, macam hari raya dah. Sebab orang panggil, tak tahu Malaysia ni jadi lagu mana wallahua’lam. Tak tahu, dan timbul banyak masalah kerana tahun haji, tahun ni haji akbar. Tahun ni haji akbar, maknanya mereka wukuf hari jumaat kelmarin. Maknanya wukuf hari jumaat kelmarin. Maknanya bila wukuf hari jumaat kelmarin, bermakna hari ni raya. Kita pulak pi raya esok. Pi raya esok, haa itu, saya pun pening kepala. Talipon berlambak-lambak tanya, entah kan soalan ni pun tanya pasal tu pulak.

Talipon berlambak-lambak, ni saya nak jawab, tolong dengaq benda ni. Dia begini tuan-tuan sekalian, bila berlaku begini, menandakan susah lagi umat Islam nak bersatu, susah… Bagaimana kita nak bersatu benda-benda besar? Nak bersatu Iran dengan Iraq, nak bersatu Syiah dengan Sunni, nih yang ada OIC ni, aa OIC, Pertubuhan Negara-negara Islam ni, maknanya raya pun kita tidak boleh bersatu.

Thailand raya hari ni, em Thailand raya hari ni, kita ni pi raya esok, sedangkan Negara kita dengan Sa’udi, kita dahulu lima jam sahaja, bukan dahulu satu hari. Kita dahulu lima jam saja, yang ni, haa dahulu lima jam. Bukan kemudian lima jam, dahulu lima jam. Maknanya bila, haa kita bahagi sendiri situ.

Baik, timbul banyak masalah yang paling penting sekali orang tanya saya, hari ni boleh puasa ka tidak ustaz? Hari ni kita boleh puasa ka tidak? Maknanya kita berpuasa sunat ini, sunat puasa hari arafah. Maknanya kita sunat berpuasa hari arafah. Arafah ni orang buat di Malaysia ka buat di Mekah? Orang wukuf ni di Malaysia ka di Mekah? Dalam dunia ni tempat wukuf satu aja. Temapat satu aja, di padang Arafah sahaja. Jadi maknanya, maka pada, puasa hari arafah, maknanya mestilah orang panggil puasa pada hari orang wukuf. Maknanya, kelmarin puasa sunat arafah. B
ukan hari ni, ha.. gitu panggil. Hari ni dah hari raya. Berlaku satu bab.

Yang kedua timbul masalah korban. Timbul masalah korban yang hari yang ketiga belas, hari tasyriq. Tiga belas hari, hari tasyriq. Cuba elakkan buat hari tu. maknanya masa untuk kita buat korban ni tinggal sikit. Hari pertama, raya pertama, raya kedua, raya ketiga, tu saja. Raya keempat timbul ragu-ragu di situ.

Bila berlaku masalah begini, maka cuba kita elakkan daripada ragu-ragu. Ramai sangat nak hurai ni, dengaq saya sorang duk hurai sudah, satgi duk talipon saya jugak. Huh, orang duk hurai depa takmau dengaq. Selalu lagu tu, satgi balik satgi dia talipon. Tuh dia jadi jerkah dua tiga orang.

Tuan-tuan sekalian, pening kepala orang,

Memang begitu. Tu masalah dia, yang ini, jadi saya nak sebut satu ini jadi masalah macam mana wallahua’lam, tak tahu, taknak sebut. Maka esoklah kita baru raya, haa esok. Jadi, sedara kita memang sudah wukuf kelmarin. Hari ni depa dah ada di Mina, dari Mudzalifah, depa ke Mina dah hari ni. Kita baru duk di Arafah, kita baru di Arafah. Tu panggil, dengan zaman teknologi cukup hebat la ni, berlaku lagu tu, timbul banyak masalah.

Baik, ni ada lagi banyak soalan saya nak jawab.

Saya nak tanya masalah suami saya meninggal. Dia nazar mayatnya dipercepatkan. Tapi malang, orang yang menguruskan mayat tak mahu mempercepatkan. Saya seorang isteri, apa yang suami saya katakan pada saya jikalau dia meninggal simpan cepat mungkin. Lepas itu, saya dan keluarga menguruskan mayat suami saya. Apa hukumnya seorang isteri bertindak sebegitu. Dosa atau tidak?

Pertama, bernazar untuk menguruskan mayat supaya cepat. Yang ini bernazar wajib. Bila bernazar wajib ni, yalah benda ni kalau tak nazar pun kena cepat. Saya duk habaq berapa kali dah, benda kena urus secara cepat, ni tiga, tiga perkara. Mati kena urus bagi cepat, hutang, bayar bagi cepat, ada anak perempuan, kawin bagi cepat, ada anak lelaki berkhatan bagi cepat. Maknanya, yang pertama ni, orang panggil menguruskan mayat. Memang kena cepat. Maknanya kalau orang buat lambat, kita urus bagi jadi cepat, alhamdulillah. Dosa apa dapat, pahala dapat. Lebih-lebih lagi dia wasiat. Tak wasiat pun memang kena mempercepatkan mayat. Tu wajib. Menangguh-nangguh menyebatkan mayat menjadi lewat, hukum dia haram. Wallahua’lam.

Saya ingin bertanya mengenai ibadah korban. Saya ingin membuat kenduri korban di rumah. Kebiasaannya tetamu yang datang memberi sumbangan, patutkah saya mengambil atau tidak sumbangan tersebut.

Ni pun satu hal lagi. Korban ni bukan suruh buat kenduri, selalu kampung-kampung macam tu. Yang suruh buat kenduri akikah, akikah.. masak daging buat gulai bagi.. bagi makan, adapun korban bagi daging mentah. Itu hukum yang afdhol bagi daging mentah, ikut suka hang, bagi daging kat dia sekilo, hang nak buat tomyam ka, nak buat gulai ka, nak buat apa ka, ikut hang, dia nak jual pun takpa. Tu yang kata boleh jual daging korban nih. Boleh jual, bagi kat fakir miskin, kawan nuh bagi sekilo, kawan ni bagi sekilo, sampai lima enam kilo rumah dia. Rumah dia takda peti ais sebab dia miskin. Dia nak jual daging tu nak ambik duit, boleh… Sebab daging tu sudah jadi hak dia.

Berlaku kat kita sekarang, bila kita buat kenduri, maknanya hak fakir miskin tu mungkin dia nak makan gulai, kita pi buat? Buat rebus.. yer dak? Mungkin dia nak makan rebus kita buat gulai. Jadi bawak banyak masalah.

Jadi memang tak berapa kenalah kenduri, korban ni pi buat kenduri. Tak kena. Walaupun tidaklah menyebabkan sampai korban itu tidak sah. Cuba elakkan yang ni, buat cara yang betul. Kecuali.. macam kita sini pun buat jugak makan. Ambik daging tu sikit untuk jamu-jamu orang buat kerja apa semua, dan kena ada jugak yang bungkus bagi daging mentah ni. Baik, bila begitu, dia tak timbullah pasal orang bagi makan bagi duit. Tak timbul soalan boleh ambik ka dak duit orang bagi ni. Yang hang buat tu pun tak betui dah. Hak mula tu pun tak betui dah buat kenduri korban, tak betui dah. Yang suruh buat kenduri, akikah dan kenduri kawin.

Korban, sembelih, bagi daging mentah. Kalau nak buat kenduri ambik sikit, ambik sikit haa.. jamu makan apa semua dan mesti ada jugak yang bagi daging mentah, haa boleh. Nampak? Kena faham tu..

Berkenaan apakah roh ibu bapak yang telah meninggal dunia, roh itu yang akan terseksa apabila anak-anaknya membuat jahat dan baik di atas dunia. Adakah mak bapak tu kena seksa kalau anak buat jahat di dunia, dan adakah mak bapak dapat pahala kalau anak buat bak di dunia.

Dia begini… berbagai-bagai pendapat ulamak sebut benda ni. Ada ulamak mengatakan, jikalau anak berbuat jahat di atas dunia, anak buat jahat di atas dunia, tak sampai kejahatan itu pada ibu bapa. Kalau anak berbuat kebaikan di dunia, sampai kebaikan itu kepada ibu bapa. Ini pemurah Allah Subhanahu Wataala. Haa kalau anak buat jahat di dunia, tidak sampai jahat itu ada ibu bapa. Kalau anak buat baik di dunia, baik itu akan sampai pada ibu bapa.

Ibu bapa yang macam mana? Tengok di dunia..

katakanlah waktu hidup ni kita dah didik habis cakap dah. Ikut macam Islam suruh. Kita suruh tutup aurat, kita suruh sembahyang, kita dah buat semua dah. Lepas pada mati dia tak buat jugak. Tak buat jugak, maka tanggung jawab kita tu lepas. Yer dak? Lepas, nak buat lagu mana? Kita buat sekadar yang termampu. Kalau dia buat jahat jugak, insyaallah tak sampai…

Tapi kalau dia buat jahat dengan benda tu kita tak didik, tak didik, tak pernah suruh sembahyang, alih-alih anak tak sembahyang lepas pada mati. Tak pernah pun mak bapak suruh tutup aurat, alih-alih anak tak tutup aurat lepas daripada mati. Maknanya tak pernah pun dia suruh anak dia mengaji, alih-alih anak dia tak mengaji lepas pada dia mati. Yang ni dia kena, kena dengan sebab kesalahan dia sebagai ibu bapa waktu hidup dulu kamu tak tunaikan tanggungjawab kamu. Seperti mana meratap, teriak meraung-raung bila berlaku kematian ibu bapa. Ibu yang di dalam kubur, ayah yang di dalam kubur, malaikat akan azab. Sampai ayah dan ibu bertanya malaikat kenapa azab aku? Kenapa kamu seksa aku? Sedangkan mereka tak tahu, kalau mereka tahu kata mereka meratap teriak ni aku kena seksa, nescaya mereka tak akan menangis, takkan teriak meratap riuh ni. Kata malaikat kenapa kamu tak ajar dia waktu kamu hidup?

Haa nampak dak,salah dia ni bukan salah dia tak ajar, haa kenapa kamu tak ajar dia waktu dia hidup dulu?

Itulah tuan-tuan, kadang-kadang saya kasar mengajar sini. Kadang-kadang saya sebut benda ni benda yang tuan-tuan tak suka.. ada yang tak berkenan, macam-macam yang ada. Tuan-tuan sekelian, saya jugak tuan-tuan ada tanggungjawab. Ada tanggungjawab.

Jadi tuan-tuan sekalian mari mengaji ramai-ramai di sini memang letih tuan-tuan sekelian. Tengok ramai ni pun letih. Kerana apa? Semua tuan-tuan harap pada saya seorang. Harap supaya saya ajar tuan-tuan. Tuan-tuan taruh harapan apa yang, maknanya duduk bersila ni, bagi saya ajar betul, nak bagi saya sebut betul apa semua.ada yang kadang kata kami percaya penuh kat ustaz. Jadi begitu tuan-tuan, saya terpaksa sebut semua hukum-hukum Allah Subhanahu Wataala.

Kerana apa? Kerana apabila saya mati nanti, ada benda yang saya sorok sedangkan saya tahu, tuan-tuan pulak akan salahkan saya di akhirat esok. Ataupun ada benda yang tuan-tuan tahu,  tuan-tuan tak tahu, tuan-tuan masih buat hingga ke hari ini, saya tak kata pun haram. Kalaulah saya mati, saya mati, dan terus mereka buat kejahatan, maka saya yang kena tanggung.

Sebab itu, berkenan ka, tak berkenan ka, suka ka tak suka ka, maka ketika itu kita kena sebut qulil haq walau kaana murran, kata benar walaupun benda tu pahit sekalipun.

Kita tak boleh tamak dengan orang ramai, kadang-kadang depa kata, ustaz… kalau ustaz duk sebut benda begini, benda begini, orang tak berkenan, nanti kuliah koi orang duk kurang duk kurang pulak… nak buat lagu mana? Nak kurang pun buat macam mana? Kerana hukum Allah Taala begitu. Tapi setakat hari ni pun alhamdulillah lah, duk kena teruk-teruk pun duk mai lagi.

Jadi kena begitu hukum dia, terpaksa jugak kena sebut.

Sama jugak guru dengan ibu bapak. Dia sama ja. Sama sahaja. Jadi waktu hidup ni, kita didik anak kita, kita buatlah sekadar mana yang termampu. Buatlah, jangan jemu-jemu nasihat anak. Jangan jemu-jemu, nasihat terus, nasihat terus, usaha sedaya upaya, yang ada pada kita. Kita harap berubah. Mudah-mudahan kalau tak berubah jugak, lepas daripada mati, Allah Taala tak persalahkan kita dan tidak diseksa kita. Harap-harap begitulah. Dan kita harap anak kita terus buat ibadat. Maka ibadat itu akan sampi. Kerana hak buat ibadat tu anak kita, hasil daripada didikan kita. Hasil daripada asuhan kita, dia sembahyang, dia tutup aurat, dia buat taat patuh pada Allah Subhanahu Wataala, maka pada ketika itu insyaallah sampai kepada ibu bapa.

Baik, faraid harta pusaka, bagaimanakah cara agihan? Apakah anak-anak si mati tadi yang telah telah meninggal itu, ia dikecualikan daripada mendapat harta tadi dan diberikan kepada cucu-cucunya.

Pulak.. yang ni kena pi pejabat faraid lah. Kena pi pejabat faraid,  tak bagi kat anak, bagi kat cucu-cucu, sapa suruh…? Makna, hak berhak sekali anaklah, lepas pada pak, mati pak, yang dapat pada anak, itu. lebih-lebih lagi kalau ada anak laki-laki. Maknanya itu, menghabisi. Bila ada anak laki-laki dia menghabisi, tak pi kat pak menakan, tak pi kat cucu dah bila ada anak laki-laki.

Cuma berlaku kalau pergi pada cucu… bila pergi pada cucu mungkin jugak boleh berlaku, jikalau sekiranya ayah dia dah mati.. bila yah dia mati, adik-beradik dia tangguh darpada faraid hart, tak faraid lagi, sedangkan anak dia tiga orang nih ada lagi. Tak lama pulak, anak dia ni pulak mati.

Faham dak?

Anak dia mati. Jadi baru nak faraid masa tu. maknanya ayah yang mati, si anak yang mati ni masih ada. Masih ada. Lepas pada tu depa faraid kemudian. Mungkin daripada cucu, pi kat anak kawan tu. Tetapi kalau anak pi mati dulu, anak pi mati dulu, orang panggil daripada bapak, tak sampailah pada cucu. Haa yang ni, hak ni kena balik pada hukum faraid pulak.

Saya pun malas nak hurai di sini. Sebab nak kena bawak dengan kalkulator, nak kena bawak dengan apa pen, nak tulis, nak bahagi  nak tolak nak darab, tuan-tuan pun pening, saya pun pening. Jadi ceritanya bab faraid ni kena rujuk pada pakar-pakar faraid, itu cara dia. Banyak tuan-tuan mari rumah saya tanya tentang faraid. Kalau saya buat keputusan pun tak boleh jugak. Tu tolong paham, kalau saya buat keputusan, kamu dapat banyak ni, kamu dapat banyak ni, tak bolh jugak…dia kena pergi pada pihak yang berkuasa. Depa yang nak buat hukum, depa. Lebih baik terus pergi ke sana. Kerana saya tidak ada kuasa. Yang ada pada saya ni lidah dengan mikrofon, tu yang boleh sebut apa semua.

Begitu jugak bab cerai laki bini, bab cerai laki bini. Saya boleh bagi pendapat sahaja. Yang nak perjatuh hukum bukan saya. Bukan saya.

Kadang-kadang orang kata saya ni macam orang boleh pi perjatuh hukum, tiidak… saya bukan ada kuasa. Yang nak duk perjatuh hukum apa semua.

Dia kata ustaz… laki saya ni takmau pi mahkamah.. nak buat lagu mana? Saya kata suruhlah mahkamah panggil apa semua. Panggil apa semua.

Saya, bila laki dia taknak pi mahkamah, mai jumpa saya, saya bukan boleh keluar waran tangkap… saya takdak kuasa. Haa takpa, saya suruh awak buat waran tangkap. Saya takdak kuasa. Yang mari laki dia takmau pi mahkamah ustaz, tambah nak buat lagu mana? Nak buat lagu mana apa semua. Dia duk ingat ustaz ni ada waran boleh tangkap orang ka apa. Saya ni boleh bagi pendapat sahaja, tu tolong paham. Tugas saya setakat mana sahaja, setakat tu ja semua.

Kecuali hak mengaji kat saya, hak tu mungkin ada kuasa sikit saya. Suami dia hak mengaji kat saya, hak dengaq kuliah saya, hak mengaji lama apa semua, hak tu mungkin, hak tu selalu saya panggil. Haa saya guna kuasa pasal anak murid saya. Yang tu aja kuasa sikit pun. Dia lawan, aku bubuh penampaq. Haa yang ni sikit. Maknanya ada kuasa sikit, sebabnya kenalah dengar kita duk mengaji apa semua, selalu dengar yang tu saya kata panggil suami hang mai.

Sebab tu isteri mai rumah, saya Tanya suami mai mengaji dak? Tak pernah mai ustaz oii.. tak pernah mai tak payahlah. Payah, saya nak tolong pun tak boleh. Kalau suami pernah mai mengaji duk ikut kuliah saya, isteri mari, selalunya saya kata suruh suami mai. Dia kata tak mau mai, habaq kata saya suruh mai.. mana boleh lawan tok guru.. maknanya saya ada kuasa sedikit di situ.

Alhamdulillah… selalunya tuan-tuan sekalian, selesai… selalunya kalau begitu. Tapi kalau suami dia, kenai saya pun dak.. tengok saya pun tak pernah, saya suruh mai, satgi kata, hang sapa?? Yer dak? Yang tu tolong paham. Muslimat-muslimat tolong paham. Maknanya kalau yang mengaji. Begitu jugak suami, kalau masalah isteri dia, kebetulan jugak isteri dia tu duk mengaji, duk dengar kuliah apa semua, ada buat salah apa semua, maka yang tu insyaallah saya boleh. Selalu dia kata suruh dia mai, kalau dia takmau mai, saya pi, haa sebab dia mai.. tau dak. Tak mai saya pi rumah dia, saya pi, memang saya pernah pi rumah dia pun. Jadi banyakla sikit kerja saya ni. Kalau dia mai takla teruk sangat. Makna ada sedikit kuasa saya tolong apa semua.

Tapi cerita dia kalau takda hubungan langsung ngan saya, tak pernah mengaji, dengar kuliah tak pernah, apa semua tak pernah, apa semua, maka saya tak ada kuasa lebih daripada tu,  ada kuasa sikit saja yang mengaji kat saya, ada kuasa. Bukan buat apa pun, Cuma bagi nasihat apa semua untuk perbetul sama-saa perbetul. Begitu jugak dengan harta faraid apa semua, kena paham. Wallahua’lam.

Sebelum tu tuan-tuan sekalian insyaallah esok kita akan menyambut raya aidil adha, raya besar esok.. walaupun ada raya hari ni takpalah, kita raya esoklah jugak. Dan kita sembahyang raya di sini pada pukul lapan setengah pagi, lapan setengah pagi, dan selepas pada tu terus kita menjalankan ibadah korban yang tuan-tuan sekalian masuk kat sini. Sebenaqnya tahun ni kita buat lapan ekor korban, jadi yang tidak, tak mau ambik daging tu, kita hantaq ke kampung, kampung saya di sana ramai yang susah-susah. Kita buat di sana tiga, di sini lima. Dan kita asing siap-siap dah, kita maklum dah, yang tak ambik daging tu, tu kita buat sana dan kita sedekah semua daging tu.

Dan di sini insyaallah kita buat lima secara gotong-royong. Tak ada upah-upah, secara gotong-royong. Jadi, tuan-tuan yang pandai lapah, yang pandai potong, yang pandai apa semua, maka bawak mai… pakai lengkap, macam sebut tadi, setiausaha sebut tadi, bawaklah pisau ka, bawak baju pakai apa semua untuk salin, dan insyaallah kita sama-sama gotong-royong, dan selepas pada tu kita ambik daging bawak balik. Dan tahun ini, untuk makan pekerja tu, wallahua’lam, ada ka tidak. Insyaallah kita cuba bagi ada, kita cuba bagi ada makan nasik tu pekerja apa semua, rebus daging tu dulu bagi makan apa semua, tu esok, sementara tengah hari tu lambat, insyaallah kita cuba buat bagi ada sikit makan. Haa itu, maka saya jemputlah tuan-tuan sekalian,  dan sempena pada tu saya mengucapkanlah tuan-tuan sekalian selamat menyambut hari raya korban, hari raya adha, mudah-mudahan Allah Tala terima ibadat kita semua.

Wallahua’lam.

Doa

39:49

Popularity: 22% [?]



Rukun

6 09 2009

 Versi Audio :

Trankripsi :

Baik,

Adapun kalau sembahyang sunat itu sembahyang sunat yang berwaktu dan yang bersebab, yang mempunyai waaktu dan sebab, maka disyaratkan adalah niat itu dua perkara. Qosod, dan ta’yin. Qosod, keduanya ta’yin. Seperti sunat subuh dan sunat dua hari raya.

Macam kita sembahyang sunat subuh, Allahuakbar, waktu dalam sembahyang kita tu niat sembahyang sunat, sunat apa? Sunat sembahyang subuh. Ta’yin tentu subuh. Sebab sahaja aku sembahyang sunat, macam-macam sunat ada.

Begitu jugak dua hari raya, niat dalam mata hati sahaja aku sembahyang sunat hari raya, sembahyang sunat hari raya, raya apa? Raya haji ka raya puasa ka, tu nama dia ta’yin.

Dan jika disembahyangkan sunat dan sembahyang gerhana, dan hadir seperti aku sembahyang sunat gerhana matahari atau gerhana bulan, atau aku sembahyang hari raya  adha, atau fitrah, dan jika ada sembahyang itu sunat mutlak, iaitu yang tidak mempunyai waktu dan sebab, maka memadailah niat satu perkara jua, iaitu qosod hendak mengerjakan sembahyang.

Kalau sembahyang tu sembahyang sunat mutlak, makna tak niat, sembahyang jelah. Niat kata aku sembahyang, Allahuakbar, sembahyang kerana Allah, sembahyang kerana Allah, tu saja…

Tu termasuk ulamak sebut, kalau kita masuk dalam masjid, nak sembahyang, kalaulah sembahyang tu kita masuk, tak ada kata sembahyang fardhu ka sembahyang qobliah ba’diyah, dak ka masuk-masuk nak sembahyang dalam masjid, cukup dengan Allahuakbar. Sunat mutlak. Sahaja aku sembahyang kerana Allah, walaupun dia tidak niat dalam mati hati dia, sahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid kerana Allah, pun boleh.

Itu yang lebih baik ulamak kata. Sembahyang kerana Allah kerana dia termasuk daripada jenis sunat mutlak.

Sebab apa?

Sebab dia suruh kita masuk dalam masjid ni jangan masuk duduk terus. Jangan masuk duduk terus aja. Kerana apa? Kerana hormat masjid. Maknanya bukan pasal pasal masjid tu, msjid tu makhluk Allah. Kerana kita nak beza antara masjid dengan tempat lain. Kita pi-pi masuk rumah kita duk terus, masuk kedai pun duk terus, masuk pejabat pun duk terus, tapi kalau kita masuk masjid duduk terus jugak, jadi kita buat masjid sama dengan tempat lain.

Jadi maknanya untuk membezakan sikit, kita sembahyang. Haa sembahyang, masuk sembahyang, sembahyang apa? Apa-apa sembahyang. Maknanya katakan kita masuk kebetulan waktu pagi, kita sembahyang sunat dhuha.

Di dalam sembahyang sunat dhuha, sudah terhasil tahiyyatul masjid, sudah terhasil tahiyyatul masjid.

Ataupun kita masuk-masuk orang dah sembahyang dah, sembahyang berjemaah. Kita pun masuk-masuk terus sembahyang, sudah terhasil tahiyyatul masjid. Haa tak payah buat asing pun takpa, haa tak payah buat asing.

Kalau nak buat asing, katakanlah masuk tu waktu pagi, waktu dhuha, kita nak buat asing, dhuha lain, tahiyyatul masjid lain, sembahyang yang pertama tu, sahaja aku sembahyang kerana Allah, Allahuakbar, sembahyang.. tak payah niat tahiyyatul masjid pun tak apa. Memang…ada kitab-kitab yang suruh niat pun boleh, tapi kalau tak niat pun tak apa saya kata. Lepas bagi salam, maknanya kita sembahyang yang pertama tadi sembahyang sunat mutlak. Lepas tu bagi salam sunat mutlak tu, bangun pulak buat dhuha, haa boleh…

Ataupun kita masuk dalam masjid tadi, katakanlah orang baru lepas bang. Kita nak buat dua-dua, sembahyang pertama dulu dua rakaat. Jadi dengan niat sunat mutlak, boleh. Lepas pada tu bagi salam sunat mutlak, bangun pulak buat qobliyah sunat zuhur, qobliyah isyak ka boleh, qobliyah maghrib ka haa boleh, tu cara dia, tu termasuk daripada jenis-jenis sunat mutlak.

Samalah dengan sembahyang hajat pun gitu. Sembahyang hajat pun gitu, sebab tu dia tak senaraikan, sembahyang hajat ni kalau kita tak niat usolli sunnatan hajjati, tak perlu, duduk niat sembahyang sunat mutlak ja, haa boleh. Allahuakbar, aku sembahyang kerana Allah Taala. Lepas  pada tu satgi ni dalam sujud satgi kita berdoa, kita berdoa dalam sujud terakhir satgi. Maka dia jadi sembahyang hajat.

Maknanya, niat sembahyang hajat tu tak wajib diniatkan dalam takbiratul ihram. Tak wajib. usolli sunnatan hajjati rak’ataini sahaja aku sembahyang sunat hajat , dak..tak wajib. Tapi kalau dia nak niat tak apa… jangan habaq pulak Ustaz Mutalib kata tak boleh niat sembahyang sunat hajat. Ustaz-ustaz lain riuh pulak dah. Dia belajar kitab mana?? K

Saya nak sebut di sini kalau tak niat dalam takbiratul ihram, sah sembahyang hajat. Yang penting kena ada qosod nak sembahyang tu.

Sama jugak hak kata sunat korban, tak silap minggu lepas pun mai soalan, Sunat korban.. yang tu pun takdak dalam kitab-kitab sunat korban. Takdak memang takdak. Tapi jenis kita ni nak sembahyang, bagus… orang nak buat baik ni kita takleh halang, sembahyanglah, sembahyang. Jadi sembahyang apa? Sembahyang sunat mutlak. Mungkin dalam sujud dia boleh berdoa supaya Allah terima korban dia, dia tadah tangan berdoa. Kalau dia tak niat korban dalam takbiratul ihram, boleh dak? Jawab dia boleh.. paham bagi lebih, jangan menyusahkan orang. Tu cara dia..

Jadi hak kena ni, hak kena sembahyang raya. Hak ni kena niat, niat nak sembahyang, dia nak sembahyang haji raya posa, apa lagi? Sembahyang hak ni ni, sembahyang gerhana matahari, sembahyang gerhana bulan, yang tu kena. Sembahyang yang ba’diah qobliyah kena.Dia kena ada qosod dan ta’yin.

Adapun sembahyang yang tadi, qosod sahaja pun boleh dah. Termasuk jugak yang orang sebut sembahyang hadiah. Memang takdak. Ambik mana usolli sunnatan hadiyyata, maknanya yang masalah jadi riuh dengan masalah yang sunat hadiah. Kita buat sembahyang bagi hadiah. Apa dia? Smbahyang sunat mutlak asal dia. Asal dia sembahyang sunat mutlak. Sahaja aku sembahyang kerana Allah Taala. Lepas sembahyang doa untuk si mati tu, senang… tak berkelahi dengan orang. Kalau kita bertegang ada, kawan nu kata takdak, kawan ni kata ada, kawan ni kata takdak, kawan ni ada, la pakai hak ada semua. Sunat mutlak semua ada. Haa kalau kata sunat mutlak pun takdak haa penyakit. Memang ada, tu cerita dia, haa senang benda ni.

Sebab tu sembahyang sunat ni kalau kita tengok ada tiga peringkat, ada yang kena ada qosod, kena ada ta’rod, ta’yin, yang ni untuk fardhu. Ada yang qosod dan ta’yin sahaja, ini untuk sembahyang sunat yang berwaktu dan bersebab. Ada yang qosod sahaja, ini sembahyang sunat yang tidak ada waktu dan tidak ada sebab. Tidak ada waktu dan tidak ada sebab, maka termasuk yang ni nama dia sunat mutlak, semata-mata sunat. Haa boleh paham situ.

Baik..

Dan ia itu tidak mempunyai waktu dan sebab, maka memadailah niat satu perkara dua itu qosod hendak mengerjakan sembahyang.

Memadailah satu perkara sahaja, qosod hendak mengerjakan sembahyang, cukup dengan satu perkara saja, macam say abaca tadi,

dan sunat melafazkan dengan lidahnya dahulu daripada takbiratul ihram. Dan menyebut bilang-bilangan rakaat dan menyebut ada’ atau qodo’ dan mengidhofatkan bagi Allah seperti usolli fardho zuhri arba’a rokaatin adaa an lillahi taala.

Kita berhentilah tang tu dulu. Baca sikit sudahlah, ramai kawan kita raya dah hari ni. Ramai tak mai..

19:54

–>

Popularity: 23% [?]



Rukun

6 09 2009

Versi Audio :

Trankripsi :

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du.
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.

La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil ‘azim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil’ azim.

Dan jika ada sembahyang itu sunat yang mempunyai waktu, atau yang mempunyai sebab, maka disyaratkan adalah niatnya itu dua perkara, pertama  qosod, kedua ta’yin. Seperti sunat subuh dan dua hari raya, yakni hari raya haji dan hari raya puasa, dan sembahyang gerhana seperti hadirkan aku sembahyang gerhana matahari atau gerhana bulan atau aku sembahyang hari raya adha, atau fitrah.

Baik, dia kata jika ada sembahyang itu sembahyang sunat, niat dia dua sahaja, qosod dan ta’yin.

Apa makna qosod? Sahaja aku sembahyang. Ta’yin tentukan sembahyang tu sembahyang apa.

Niat dalam mata hati “aku sembahyang sunat aidil adha”, “aku sembahyang sunat aidil fitri” ataupun “aku sembahyang sunat gerhana”. Sunat gerhana matahari, gerhana bulan, maknanya dia kena ada qosod dan ta’yin. Baik, saya ulang balik hak kita mengaji minggu lepas.

Minggu lepas, dalam takbiratul ihram, kita kena ada qosod, ta’rudh dan ta’yin untuk sembahyang fardhu. Bila kita sembahyang fardhu maknanya, ketika kita niat kita kena tau kita ni nak sembahyang. Kita tahu sembahyang kita tu sembahyang fardhu. Kita tau fardhu maghrib ka isyak ka subuh ka, tentukan… Jadi, bila kita angkat Allahuakbar dalam takbiratul ihram kita, maknanya kita sudah ada qosod, ta’rod dan ta’yin.

Qosod, nak sembahyang. Tu nak dia qosod. Ta’rudh, sembahyang tu fardhu. Ta’yin, tentu zuhur ka maghrib ka isyak. Maknanya bila kita angkat takbiratul ihram, kita sedar masa tu kita sembahyang, kita tau masa tu sembahyang fardhu, kita tau masa tu maghrib ka isyak, maka dalam masa itu, kita tau dalam sembahyang kita ada qosod, ta’rudh dan ta’yin. Haa itu, dah jelas dah.

Kecuali kalau sembahyang itu sembahyang jumaat ataupun sembahyang qasar. Sembayang jumaat ataupun sembahyang qasar, kena tambah lagi imam, kalau imam sembahyang jumaat, kena niat. Makmum, kena niat makmum. Sebab apa? Sebab sembahyang jumaat itu diwajibkan sembahyang berjemaah. Haa dia kena niat dalam takbiratul ihram.

Adapun sembahyang biasa, kita sembahyang berjemaah biasa, kalau kita makmum, kita tidak niat menjadi makmum, maka sah sembahyang, tapi tak dapat pahala berjemaah. Ataupun imam, dia tidak berniat menjadi imam, sembahyang biasa, tapi tak dapat pahala berjemaah.

Berbeza sikit kalau makmum, dia tidak niat menjadi makmum, alih-alih dia tunggu imam, tidak sah. Dia tidak niat makmum, tapi dia jadi makmum, dia duduk di belakang dengan dia tidak niat makmum, maka satgi dia habis semua dah, tapi dia tunggu lagi. Tunggu tok imam rukuk baru dia rukuk. Tunggu tok imam sujud, baru dia nak sujud. Maka dia tunggu buat apa? Dia tunggu buat apa? Maknanya bila dia menunggu imam rukuk, menunggu imam sujud, sedangkan dia tidak niat jadi makmum, maka pada ketika itu menyebabkan sembahyang dia batal. Menyebabkan sembahyang dia batal, tu cara dia.

Baik…

Adapun iman, kalau sekiranya dia tidak niat menjadi imam, maka sembahyang dia sah, tidak dapat pahala berjemaah sahaja, kecuali sembahyang, orang panggil sembahyang jumaat, wajib niat menjadi imam, baik…

Yang keduanya sembahyang qasar. Sembahyang qasar, mesti dia kena niat dalam takbiratul ihram, qasar… Pendekkan sembahyang. Maknanya waktu dia takbiratul ihram tu, dalam takbiratul ihram dia kena tahu, kata masa tu dia nak kena sembahyang qasar. Kalau dia tidak niat sembahyang qasar dalam takbiratul ihram, maka sembahyang dia kena sembahyang tamam, sembahyang macam biasa. Ketika dia musafirlah, ketika dia musafir.

Maknanya qasar ni kena niat dalam takbiratul ihram.

Berbeza dengan jamak. Jamak dia tak wajib niat dalam takbiratul ihram. Dia suruh niat dalam sembahyang yang pertama. Dalam sembahyang yang pertama dia kena niat jamak, orang panggil jamak taqdim, dia kena niat. Kalau dia sembahyang tu sembahyang zuhur, kalau dia nak jamakkan asar sekali, dia kena niat ketika dalam sembahyang zuhur, nak masukkan asar sekali.

Dia nak niat dalam takbiratul ihram ka, dalam baca fatihah ka, dalam rukuk ka, dalam sujud ka, asal sebelum bagi salam yang pertama. Dia boleh niat masa tu, ini untuk jamak. Sebelum dia bagi salam yang pertama, dia boleh niat jamak. Tetapi yang paling baik dia niat dalam takbiratul ihrah, yang tu paling baik.

Kalau sekiranya dia sembahyang qasar, dengan tidak diniat langsung untuk jamak, takda dalam sembahyang tadi tak niat langsung, sama ada sengaja atau tidak sengaja, dia tak niat, ataupun dia terlupa, terlupa nak niat, maka dia tidak boleh jamak, dia tidak boleh jamak. Jadi macam mana? Dia qasar sahaja. Dia sembahyang zuhur dua rakat, bagi salam berdoa, berjalan terus. Masuk asar satgi, dia sembahyang asar. Dia sembahyang asar, asar pun dia qasar saja ja. Boleh jugak lagu tu pun, sebab dia tidak niat dalam sembahyang yang pertama tadi.

Faham nooo.. hukum dia memang begitu.

Baik… hari ni yang kita belajar hari ni pulak berkaitan dengan sembahyang yang mempunyai waktu dan mempunyai sebab, sembahyang sunat. Sembahyang sunat ni ada tiga jenis. Satu, sembahyang sunat yang mempunyai waktu. Yang kedua sembahyang sunat yang mempunyai sebab. Yang ketiga, sembahyang sunat yang tidak mempunyai waktu dan tidak mempunyai sebab. Jadi, ada tiga jenis sembahyang sunat ni. Sembahyang sunat yang mempunyai waktu, sembahyang sunat yang mempunyai sebab, sanya sembahyang sunat yang tidak mempunyai waktu dan tidak mempunyai sebab. Jadi, ada tigalah sembahyang sunat.

Sembahyang sunat yang berwaktu macam sembahyang sunat hari raya, dia ada waktu dia. Macam mana waktu sembahyang raya? Lepas naik matahari, dipanggil waktu dhuha tu. Tetapi yang afdhalnya sembahyang sunat hari raya ni, orang panggil waktu dhuha. Keluaq matahari, habis waktu tahrim tu boleh sembahyang sunat dhuha dah.,  boleh sembahyang sunat hari raya dah. Tapi yang lebih baik, tunggu matahari segalah.

Daan berbeza sikit sembahyang haji ni, elok sembahyang haji lebih awal. Kerana bagi peluang pada orang buat korban. Raya puasa lewatkan sikit, kerana bagi peluang orang yang bayar fitrah yang takdan tu. Ini sembahyang yang mempunyai waktu. Macam sembahyang terawikh, dia ada waktu dia, selepas daripada sembahyang isyak, lepas daripada sembahyang isyak dia ada waktu. Macam sembahyang tahajjud, lepas daripada tidur di waktu malam, dia ada waktu. Sembahyang tahajjud ni waktu malam, lepas daripada tidour. Tak boleh buat tahajjud siang, orang tak buat. Kerana sembahyang ni sembahyang yang mempunyai waktu, dia ada waktu dia.

Satu lagi sembahyang sunat yang dia takda waktu. Waktu dia takdak tetapi dia ada sebab. Waktu takda tapi dia ada sebab. Macam gerhana matahari, dia ada gerhana waktu bila, sembahyanglah. Gerhana waktu pagi ka petang ka, gerhana siang ka, gerhana tengah hari ka, haa dia boleh buat. Cuma matahari ni tak gerhana malam lah. Maknanya dia tak ada waktu, dia tidak ada waktu.

Yang kedua, hak tadi ni. Macam gerhana bulan pun begitu jugak. Dia tidak ada waktu. Makna gerhana awal bulan ka, awal malam ka, tengah malam ka, hujung malam ka dia gerhana, maka dia boleh buat. Ini nama dia sembahyang ni sembahyang yang bersebab.

Adapun yang ketiga sembahyang yang tidak ada waktu dan tidak ada sebab. Waktu pun takdak, sebab pun takdak. Tu nama dia sembahyang sunat mutlak.
Dia takdak waktu dan takdak sebab, nasa-masa bila pun boleh kita buat kecuali waktu-waktu yang diharamkan selepas subuh dan selepas asar.

Termasuklah sembahyang sunat mutlak ni sembahyang hajat contohnya, boleh nak buat malam pun takpa nak buat siang pun tak apa. Takda masalah sembahyang hajat, kerana sembahyang hajat ni termasuk jenis-jenis sembahyang sunat mutlak.

Sama jugak dengan sembahyang sunat tahiyyatul masjid. Maknanya asalnya nama sembahyang sunat mutlak. Bila kita masuk ja masjid, sembahyanglah. Pagi ka, petang ka, malam ka apa semua,  boleh, sembahyang sunat tahiyyatul masjid. Itu nama dia.

Jadi, tigalah sembahyang sunat ni.
Sembahyang sunat yang berwaktu, sembahyang sunat yang bersebab, sembahyang sunat yang tidak berwaktu dan tidak bersebab. Itu nama dia.

10:54

–>

Popularity: 24% [?]